Saturday, 18 March 2017

BUAT BAIK SESAMA INSAN




Pernahkah kita merasa letih melakukan kebaikan? Pernahkah kita terfikir, kenapa Allah s.w.t. masih belum memberikan kebaikan kepada kita disebabkan kebaikan yang pernah kita lakukan kepada orang lain?
Boleh jadi kebaikan yang kita lakukan itu belum mencapai piawaian yang dikehendaki oleh Allah s.w.t. bagi melayakkan kita mendapat balasan daripada-Nya.

Mungkin juga Allah s.w.t. ingin melihat sejauh mana kesabaran dan keikhlasan kita meneruskan amal baik yang selalu kita lakukan sebelum ini. Banyak kebarangkalian yang boleh kita andaikan.
Namun, bersangka baiklah kepada Allah s.w.t. Jikalau kebaikan itu tidak dibalas di dunia pasti akan dibalas di akhirat.




Kadang-kala kita terfikir, begitu lama bagi menunggu balasan amalan kebaikan dibalas di akhirat. Kita tidak mengetahui bilakah berlakunya kiamat, inikan mahu menunggunya. Jikalau kebaikan dibalas di dunia, balasan itu terus dapat kita rasai.
Berbaloikah kita menunggu dalam tempuh yang lama? Ya, sudah pasti berbaloi kerana balasan yang diterima di akhirat bersifat kekal. 

Syurga yang didiami bersifat kekal tanpa had masa. Manakala, balasan yag diterima di dunia tidak kekal dan akan tamat di saat kematian ataupun berakhirnya dunia ini.

Membuat kebaikan memang meletihkan, tetapi ganjarannya memang besar. Bagaimana mahu melakukan kebaikan tanpa berasa letih? Buatlah kerana Allah s.w.t.  Melakukan kebaikan kerana manusia, kita akan menjadi letih.

Manusia selalu tidak puas dengan apa yang dimilikinya. Ingat, kita melakukan kebaikan bukanlah bermakna kita sudah menjadi orang baik. Itulah usaha kita untuk menjadi baik.


 


"Dan berbuat bailah, kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang yang berusaha memperbaiki amalan nya."[ Surah Al-Baqarah, ayat 195]




~sumber dari buku sound direct.


Saat kita dewasa, kita akan semakin belajar untuk mati rasa pada banyak hal. Hingga satu waktu, hal-hal yang dulu menyakiti kita dengan muda...