Hakikat, dan kejayaan di dunia ini hanya hebat jika gemanya terus berbunyi di akhirat.
Friday, 31 March 2017
BUKTI CINTAKU...
Cinta itu indah. Sudah menjadi fitrah manusia untuk dicintai dan mencintai. Namun jika ianya disalah ertikan mampu membuatkan setiap yang mengalaminya terluka dan terpesong dari erti cinta yang sebenar.
Cinta merupakan anugerah Allah pada setiap hambanya yang bergelar makhluk, seperti manusia.
Corak penyampaian cinta setiap makhluk Allah adalah berbeza satu sama lain. Terdapat pelbagai jenis cinta antaranya, cinta kepada Allah, agama, para Nabi, ibu bapa, keluarga, sahabat dan harta benda.
Cinta kepada manusia sentiasa berubah-ubah dan mudah pudar. Namun cinta yang paling agung dan hakiki adalah cinta hamba kepada Penciptanya. Sebagaiman firman Allah swt yang bermaksud:
"Katakanlah ( wahai Muhammad): " jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutlah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan ( ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." ( Surah Al-Imran- ayat 31 )
Menerusi ayat suci ini, dapat diringkaskan bahawa cinta yang sebenar adalah milik Allah. Sekiranya seseorang individu ikhlas mencintai-Nya, Allah akan lebih mengasihi dan mengampunkan segala dosa hamba-Nya.
Cinta perlu dibuktikan. Apa bukti cinta kita kepada pencipta kita, Allah? Mensyukuri nikmat pemberian Allah Taala dan menunaikan kewajipan berzakat adalah salah satu daripada manifestasi kesyukuran hamba kepada Tuhannya.
Harta benda merupakan sesuatu yang sangat dicintai manusia. Hakikatnya manusia tidak akan memberikan sesuatu yang menjadi milikan melainkan cinta kepada Yang Maha Esa melebihi segalanya.
Menunaikan zakat menunjukkan sikap sanggup berkongsi harta yang dimiliki individu dengan golongan yang memerlukan. Ini kerana, harta yang Allah berikan bukan untuk mereka sahaja, tetapi terdapat hak insan lain. Atas sifat mengasihi Allah ke atas hambanya, maka digantikan dan ditambah-tambah lagi harta mereka dengan pelbagai nikmat lain seperti keluarga bahagia, hidup yang berkat, kesihatan yang baik dan sebagainya.
Terdapat banyak kelebihan pada hamba yang mencintai Allah dengan seikhlasnya tanpa mengharapkan balasan di dunia. Sama halnya dengan mengeluarkan zakat, Allah bukan sahaja memberi keuntungan di dunia, bahkan lebih banyak lagi di akhirat.
Saat kita dewasa, kita akan semakin belajar untuk mati rasa pada banyak hal. Hingga satu waktu, hal-hal yang dulu menyakiti kita dengan muda...
-
Perjalanan hidup kita tidak seharusnya berpandukan apa yang terbentang di mata sahaja. Ia memerlukan perancangan agar kita dapat mene...
-
Nama penuh: Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim Nama bapa: ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim Nama ibu: Ami...
-
Kita selalu dinasihati supaya bersabar, tetapi jarang ditekankan tentang keperluan menepati waktu. Jika sabar itu nilai murni. B...