LADA BENGGALA
Lada benggala memiliki pelbagai variasi dan nama bergantung kepada tempat dan jenisnya. Lada benggala memiliki pelbagai warna daripada hijau, merah, kuning, oren, ungu, coklat sehinggalah hitam.
Walaupun warnanya berbeza, semua jenis lada benggala ini tergolong dalam tanaman yang dikenali dengan nama saintifiknya, Capsicum annuum.
Rupa lada benggala adalah seperti loceng yang memiliki lobus atau cuping sebanyak tiga atau empat. lada benggala berwarna hijau dan ungu memiliki rasa yang sedikit pahit. Sementara warna merah, oren dan kuning lebih manis seperti rasa buah.
Di dalam lada benggala terdapat antioksidan dan zat fito anti keradangan. Zat fito ini termasuklah flavonoid dan asid hydroxycinnamic. Terdapat juga karotenoid seperti alpha-karotena, beta -karotena, cryptoxanthin, lutein dan zeaxanthin.
Lada benggala juga kaya dengan sumber vitamin A, C, B6, B2, B3, B5, E, serat, folat, kalium, vitamin K, mangan dan magnesium. Berikut adalah kebaikan lada benggala untuk kesihatan tubuh.
KURANGKAN TAHAP KOLESTEROL.
Bahan utama yang mengawal kepedasan dalam lada benggala dikenali sebagai capsaicin dan ia hanya dijumpai dalam jumlah yang kecil. Capsaicin memiliki antibakteria, anti karsinogenik, analgesic dan anti diabetik.
Sebagai perangsang kardiovaskular, lada benggala dikatakan mampu membantu dalam merendahkan tekanan darah dan memecahkan pembinaan kolesterol.
Ciri-ciri pemanasan dalam lada benggala dikatakan amat berguna untuk merawat masalah peredaran yang kurang baik pada tangan dan kaki.
Ia dikatakan mampu mengurangkan tahap kolesterol LDL buat mereka yang obes. Capsaicin juga mampu meningkatkan kadar metabolik tanpa menaikkan tekanan darah dan kadar denyut janyung sekali gus membantu dalam mengurangkan berat badan.
MERANGSANG PEREDARAN DARAH.
Warna merah lada berikutaan dengan kandungan vitamin A yang tinggi. lada benggala telah digunakan selama berdekad sebagai mangkin untuk herba-herba lain. Disebabkan lada benggala mampu merangsang peredaran dan mempertingkatkan aliran darah, ia dikatakan boleh dipertimbangkan sebagai makanan untuk sistem peredaran.
MELEGAKAN KESAKITAN DISEBABKAN ULSER.
Lada benggala juga dikatakan boleh digunakan sebagai bahan pembantu pencernaan untuk melegakan keradangan usus, merangsang perlindungan membran mukus pada perut dan melegakan kesakitan yang disebabkan ulser.
BAIK UNTUK PENGLIHATAN.
Kaya dengan vitamin C dan mampu membantu mencegah kebutaan waktu malam. Kehadiran karotenoid dalam lada benggala mampu merendahkan risiko kemerosotan makula dan membantu mengekalkan penglihatan yang sihat.
MENCEGAH KEKURANGAN ZAT BESI.
Vitamin C dalam lada benggala dikatakan mampu membantu dalam penyerapan zat besi. Ini akan mencegah kekurangan besi dan anemia.
MENCANTIKKAN KULIT WAJAH.
Pengambilan lada benggala mampu membantu dalam penghasilan kolagen, satu bahan yang bertanggung jawab dalam kulit sihat dan anjal. Antioksidan dan fitokimia dalam lada benggala juga mampu membantu memastikan kulit kekal muda.
~sumber mingguan wanita