Dalam media sosial menyebarkan maklumat palsu dan mengadu domba serta menimbulkan fitnah yang dirancang amatlah mudah. Tetapi disebabkan dosa ini telah sebati dalam diri maka ia dianggap normal sehinggakan dirasai pelik jika ada orang yang tidak terlibat dalam dosa mengata, mencaci, membuli orang.
Manusia telah sampai pada tahap hilang rasa kesian, prihatin, empati dan simpati pada orang lain. Ini merupakan tanda-tanda sakit jiwa yang teruk yang dialami secara beramai-ramai dan dikongsi secara meluas setiap saat. Demi memburu gerakan viral antarabangsa maka berlumba-lumbalah manusia menaip komen paling pedas dan tajam sedunia. Ada satu hadis yang dikhaskan untuk para wanita yang memiliki penyakit jiwa yang teruk sehinggakan tidak pernah rasa puas hatinya jika belum mencarut sesuka hati dalam komen bengis mereka di media sosial.
Ditanyakan kepada Nabi s.a.w. : "Wahai Rasululllah, sesungguhnya si Fulanlah suka solat malam, puasa di siang hari, mengerjakan [berbagai kebaikan] dan bersedekah, tetapi dia suka mengganggu para jiran tetangganya dengan lisannya? Rasulullah bersabda: Tiada kebaikan padanya, dia termasuk penghuni neraka. Mereka pun bertanya lagi: Sesungguhnya si Fulanlah [yang lain] mengerjakan [hanya] solat wajib dan bersedekah dengan sepotong keju, namun tidak pernah mengganggu seorang pun? Bersabda Rasulullah s.a.w. : Dia termasuk penghuni syurga". (Hadis riwayat Imam al-Bukhari)
Wahai wanita, malangnya jika lidahmu menjadi sebab diharamkannya syurgamu! Penjarakanlah ia semoga Allah menolong kita daripada kejahatan diri sendiri...
~ Hentikan Trend Buka Aib Di Media Sosial!!~