Hakikat, dan kejayaan di dunia ini hanya hebat jika gemanya terus berbunyi di akhirat.
Saturday, 11 May 2019
KATA-KATAMU TITAH BUATKU
Duhai Allah, banyak sungguh kalam-Mu dalam lembaran kitab agung. Sungguh, sudah berkali-kali aku baca dan baca. Alpanya aku, kadangkala baca tanpa faham. Yang dikejar khatam. Walau aku tahu ia tidak salah.
Sungguh, kadang kala aku faham, namun masih alpa daripada mengamalkan inti pati dan inti sari kalam-Mu. Walau aku sedar, ia terkandung titah-Mu. Sungguh, kadang kala aku ingin beramal, namun aku masih memilih-milih. Yang menepati selera, aku patuh. Yang bertentangan dengan selera, aku abaikan.
Makin aku amati, aku sedar bahawa setiap kalam-Mu adalah titah rasmi buatku. Tidak kira sama ada ia suruhan mahupun larangan. Semuanya....
Malu terasa saat Raja kepada segala raja bertitah, namun aku masih buat-buat pekak dan buta. Namun nafsu kadangkala masih menang. Berkali-kali menang. Ah, aku tidak senang, apatah lagi tenang. Selagi titah-Mu belum menjadi rentak denyut jantungku. Selagi perintah-Mu belum menjadi makan minum wajibku. Selagi larangan-Mu belum aku jauhi sepenuh hati.
Akhirnya, saat aku cuba patuh, aku terasa berat. Tetapi rasa itu hanya pada peringkat permulaan. Makin lama makin serasi. Makin lama taat terasa semakin mudah. Akhirnya aku sedar, mujahadah tidaklah sesukar mana. Yang sukar hanya apabila kita beraja nafsu.
Aku ingin hidup dalam gaya patuh kepada titah-Mu kerana ia begitu indah...
Saat kita dewasa, kita akan semakin belajar untuk mati rasa pada banyak hal. Hingga satu waktu, hal-hal yang dulu menyakiti kita dengan muda...
-
Mencintai seseorang itu bisa dibentuk sesederhana mungkin. Diam-diam permudahkan segala urusannya Diam-diam membantu kesulitannya Di...
-
Kebahagian tertunda yang dibayar dengan pengorbanan selalunya terasa manis. Tidak ada satupun di dunia ini hasil karya sendiri. And...
-
Sering kita merasa punya sesuatu, memiliki sesuatu....pada hal kita tak pernah memiliki sesuatu selain amal salih. Itu parahnya s...
