Hakikat, dan kejayaan di dunia ini hanya hebat jika gemanya terus berbunyi di akhirat.
Saturday, 11 May 2019
TANAH DAN KEHIDUPAN
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud "Sesungguhnya Allah menciptakan Nabi Adam daripada segumpal tanah yang diambil dari muka bumi. Kemudian datanglah sekalian keturunan Nabi Adam yang sesuai dengan permukaan bumi tersebut. Diantara mereka ada yang berkulit merah, putih , hitam dan juga antara ketiga-tiga warna tersebut. Begitu juga ada yang ramah, sedih, keji dan baik." [Riwayat Abu Dawud].
Terdapat rahsia yang tersirat daripada penciptaan manusia yang pelbagai warna dan sifat kerana kepelbagaian penciptaan Adam dari pelbagai jenis tanah dunia. Maka dengan itu, lahirlah manusia yang mempunyai perbezaan rupa kulit, sifat dan tabiat semula jadi, dan pelbagai lagi sebagaimana yang dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w.
Begitulah perumpamaan yang Nabi Muhammad s.a.w. bawakan kepada kita. Semuanya adalah keturunan daripada bapa segala manusia iaitu Nabi Adam.
Maka seharusnya kita perlu ingat, kita perlu hidup secara harmoni di dunia ini bersama dengan saudara kita. Hanya yang membezakan kita adalah:
1. Islam....Alangkah indahnya jika Islam menjadi budaya hidup.
2. Iman....Alangkah indahnya jika taqwa sebagai perisai kita dalam segenap penjuru.
Oleh itu, jalan kita di dunia, jangan suka mendabik dada. Jangan anggap diri tinggi dan mulia. Hakikatnya kita semua serupa disisi-Nya. Hari perhitungan kelak, Allah akan menghisab segala amal kebaikan kita.
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah tidak melihat rupa paras kamu mahupun harta kepunyaan kamu, namun Allah melihat hati atau amalan kamu." [Riwayat Muslim]
Saat kita dewasa, kita akan semakin belajar untuk mati rasa pada banyak hal. Hingga satu waktu, hal-hal yang dulu menyakiti kita dengan muda...
-
Alhamdulillah. Andai datang ribut melanda...ombak mempamerkan kuasa...kuatkan semangatmu...usah biarkan bahteramu karam...karam dibadai pe...
-
Sama2 kita renungi hadith Rasulullah saw mengenai akhlak. Pentingnya menghayati akhlak adalah kerana akhlak itulah yang menjamin kesempu...
-
Biarkanlah hari-hari berbuat semahunya Berlapang dadalah jika takdir menimpa Jangan berkeluh kesah atas musibah di malam hari...
