Monday, 1 January 2018

MOVE ON


Kehidupan ini singkat.Oleh itu jangan singkatkannya dengan kebimbangan, kemurungan dan kesediham. Jadilah pemilik hati yang bernafas dengan nafas kebahagiaan dan reda.


PESAN ULAMA TATKALA BERDEPAN KESEDIHAN.


Kesedihan tiada gunanya.
Ibn Qayyim berkata: "Al- Quran tidak menyebut tentang kesedihan kecuali untuk menegahnya atau menafikannya."

Perhatikan contoh berikut:

a.  Menegah - "Jangan berasa hina dan jangan bersedih." ( Surah Ali 'Imran 3: 139 )

b.  Menafikan - "Tidak ada kebimbangan kepada mereka dan tidak pula mereka bersedih." (Surah al-Baqarah 2 :38 )


Mengapa al-Quran menyatakan begitu?

Kerana tidak ada faedah menyimpan kesedihan di hati. Bahkan syaitan amat menyukai seorang hamba yang beriman berada dalam kesedihan dan cuba untuk menariknya keluar dari landasan yang benar.


Kesedihan melemahkan jiwa.
Ibn Qayyim berkata lagi: "Kesedihan melemahkan hati nurani dan menghancurkan keazaman dan keinginan."


Kesedihan bersama syaitan.
Apabila seorang hamba yang beriman bersedih, hal tersebut amat disukai oleh syaitan. Oleh itu, bergembiralah, bersikap optimis dan bersangka baiklah kepada Allah. Yakinlah dengan kuasa Allah dan bertawakal kepada-Nya. Pasti kita akan memperolehi kebahagiaan dan reda dalam segala keadaan.


Kesedihan menghancurkan kiwa.
Bicara Ibn Qayyim:

a.  Jangan hancurkan kegembiraanmu dengan kebimbangan.

b.  Usah hancurkan akalmu dengan mudah putus asa.

c.  Jangan hancurkan kejayaanmu dengan penipuan.

d.  Usah hancurkan harimu dengan meratapi hari semalam.


Bergembiralah.
Seorang salaf berkata: "Aku berdoa kepada Allah untuk hajat yang aku inginkan. Jika Dia kurniakan kepadaku, aku gembira hanya sekali. Namun jika Dia tidak mengurniakannya, aku gembira berkali-kali. Hal inikerana keputusan yang pertama ialah pilihanku, manakala keputusan yang kedua ialah pilihan Allah."

Kadang kala kita menyangka apa yang diminta adalah yang terbaik. Namun Allah  Maha Mengetahui. Dia memberikan apa yang kita perlu, bukan apa yang kita nahu. Pilihan Allah adalah yang terbaik. Jika konsisten memegang kata-kata ini, pasti kita akan berbisik kepada diri: "Mengapa aku perlu bersedih lagi?"


Kehidupan hanya singkat.
Ibn Sa'di berkata: "Kehidupan ini singkat. Oleh itu jangan singkatkannya dengan kebimbangan, kemurungan dan kesedihan. Jadilah pemilik hati yang bernafas dengan nafas kebahagiaan dan reda. Semoga Allah penuhi masa kita dengan kebahagiaan dan mengampunkan segala dosa."

Kata-kata ini memberikan peringatan terhadap tujuan sebenar kita diciptakan di atas muka bumi. Jika keseluruhan kehidupan dibazirkan dengan kesedihan, di mana pula ruang untuk berbakti sebagai khalifah dan beribadah sebagai hamba? Berbaloikah untuk kita bersedih?






CABARAN KELUAR DARI ZON KESEDIHAN

Perubahan bergantung kepada diri sendiri. Lumrahnya apabila ingin melakukan perubahan positif kebaiasaannya ada saja cabaran yang menghalang. Antara cabaran tersebut adalah :


Persekitaran yang negatif.
Persekitaran memainkan peranan yang penting untuk berubah. Cuba bayangkan jika kita sahaja yang inginkan perubahan sedangkan di sekeliling kita ialah mereka yang selalu berfikiran negatif. Pasti kita akan mula memikirkan kesedihan, lalu kembali hilang arah dan semangat semakin pudar. Bina persekitaran yang positif. Carilah mereka yang sentiasa memberi semangat dan dorongan untuk berubah.


Penyakit suka bertangguh.
Sikap suka bertangguh kadangkala menyebabkan kita terus terperangkap dalam kesedihan. "Nanti dulu", "belum bersedia lagi", antara alasan yang diberikan kepada diri sendiri kerana masih sukar untuk move on daripada kesedihan. Sikap bertangguh lama-kelamaan memakan diri sehingga akhirnya menyebabkan kita kembali kepada kesedihan yang tiada panduan.

Sa;ah satu cara untuk keluar daripada masalah adalah mengatasi penyakit suka bertangguh. Ktakan pada diri "just do it". Teruskan tindakan dan kurangkan memberkan alasan!



RESOLUSI

Mengapa masih lagi bersedih? Mulai hari ini:

Usah bazirkan masa dengan meratapi kesedihan, tetapi cari masa untuk membina peluang.

Fokus kepada solusi, bukannya menangisi masalah.

Banyakkan berdoa supaya terlindung daripada kesedihan dan kegundahan.


~sumber.

Saat kita dewasa, kita akan semakin belajar untuk mati rasa pada banyak hal. Hingga satu waktu, hal-hal yang dulu menyakiti kita dengan muda...