Tuesday, 12 February 2019

MELURUSKAN NIAT



Musibah itu, mengecil jika dirahsiakan. membesar jika dikeluh kesahkan. Terurai jika diadukan pada Allah. Dan merumit jika diumbar pada manusia.

Hampir sama seperti rencana besarmu, tidak perlu semua orang tahu apa langkah terdepanmu dalam hidup ini, kabarkanlah pada ia yang mahu mendoakanmu, bukan untuk dipamerkan agar terlihat orang besar.

Dan kecewamu juga tidak perlu disampaikan pada banyak orang, bukankah kecewa berasal dari meletakkan harapan pada manusia? Jika ia Lillah tak akan ada kecewa kerana semua berasal dari-Nya. Meluruskan niat, mengupayakan apa pun yang dikerjakan tujuannya mencari redha dan keberkahan-Nya, bukan manusia.

Utamakan Allah pada senang dan sedihmu, utamakan Allah pada lapang dan sempitmu, dan utamakan Allah pada setiap kebahagiaan, bukan hanya datang pada ketika ada yang hilang..

~jndmmsyhd

LEPASKAN DAN BIARKAN



Jika ada nama yang kamu sebut dalam doamu agar kelak menjadi bagian dalam hidupmu, maka melepaskannya adalah sebuah ketenangan. Kamu tidak terikat dengannya, dan ia tidak terikat denganmu. Merugi sekali jika hati dan hidupmu hanya terpaku pada satu orang saja.

Ketahuilah, ada seseorang yang tanpa kamu kenal dan ketahui telah menyebut namamu, ia bahkan tidak mengenalmu. Jangan biarkan keterpakuanmu pada satu orang, menjadi penghalang yang terbaik untuk masuk dan menjemputmu. Ia ingin menemuimu dengan kesiapannya, namun terasa berat saat ternyata hatimu tertawan oleh rasa yang mengeras tersebab cinta buta. Lepaskan saja dan biarkan yang terbaik untuk menjemputmu.

Benarlah waktu itu seperti permaianan, terasa cepat berlalu jika hanya mengisinya dengan mainan dunia, entah sibuk mencari harta, menemukan separuh hati, atau menghias diri untuk mendapatkan pujian. Dunia itu manis dan candu bagi mata yang terpikat padanya.

Berhentilah sejenak, sekadar meregangkan tubuh dari singkatnya perjalanan dunia menuju kematian, merefleksikan hati sudah seberapa banyak usia dan sesiap apa melewati kehidupan berikutnya. Sekadar mengikatkan pada yang lupa, kita.

Jangan takut untuk mengutarakan maksud hati pada-Nya, jangan takut untuk meminta hidayah pada-Nya, Dia tau apa yang kamu rasakan, namun ia menunggumu untuk mengadu pada-Nya, luangkan waktu.Di setiap solat dan zikirmu..

~jndmmsyhd

Tuesday, 29 January 2019

MENANGISLAH SUPAYA TIDAK MENANGIS...



Hidup dimulakan dengan tangisan, dicelah dengan tangisan dan diakhiri oleh tangisan. Manusia dan tangisan tidak boleh dipisahkan. Sejak detik kelahiran lagi, seorang bayi telah menangis.

Apakah ertinya tangisan bayi?

Pakar perubatan berkata ia sebagai cara jantung mengepam oksigen yang lebih banyak.

Hakikatnya itu sunnatullah kepada kelangsungan hidup.

Ahli-ahli sufi pula mentafsirkan tangisan pertama itu tanda protes manusia kepada godaan syaitan yang mula menyesatkannya.

Nikmat atau hadiah buat seorang ibu selepas bertarung nyawa melahirkan. Betapa gembiranya seorang ibu apabila mendengar tangisan tersebut.



Oleh sebab tangisan itu fitrah dan tidak dapat dielak dalam kehidupan, maka Islam mengatur fitrah itu dengan syariat. Agar dengan tangisan itu, manusia mendapat pahala dan kebaikan, serta terhindar daripada dosa dan kejahatan. Jika kena pada sebab serta ketika, tangisan akan menjana kebaikan yang melimpah.

Ketahuilah bahawa menangis itu juga adalah ibadah. Tidak perlu ditanya tentang orang yang tidak pernah menangis. Namun yang mungkin perlu kita tanya pada diri, pernahkah aku merasai pengalaman seperti berikut?

Menangis kerana takut kepada Allah.
Menangis kerana rindu dan cinta kepada Allah.
Menangis kerana rindu kepada Rasulullah.
Menangis kerana belas kasihan dan rasa kasihan pada jenazah.
Menangis kerana khuatir dan simpati akan nasib umat Islam.
Menangis kerana membaca atau mendengar al-Quran.
Menangis kerana berdoa kepada Allah.


Ulama sufi mengatakan: "Kejahatan yang diiringi oleh rasa sedih, lebih Allah sukai daripada satu kebaikan yang menimbulkan rasa takabbur."

Ibn 'Ataillah pernah berwasiat: "Tangisan seorang pendosa lebih Allah cintai daripada tasbih para wali."


Wednesday, 23 January 2019

MENCARI HIBURAN MENCARI KETENANGAN...



Menyebut tentang kehamilan, surah Maryam antara surah yang dekat dengan ibu mengandung. Kita akan berjumpa dua cerita berkaitan dengan perkara ini pada awal-awal surah. Pertama, tentang Nabi Zakaria yang direzekikan zuriat ketika usia renta, ditambah lagi dengan isterinya yang mandul.

Kisah kedua, tentang Maryam yang melahirkan anak tanpa bapa. Kedua-dua kisah pelik tapi benar ini sungguh pun kelihatan memungkinkan putus asa, juga menyebabkan kecaman orang, tetapi inilah yang dikatakan hiburan dalam kehidupan.

Sesuatu yang menjemput tenang itulah hiburan. Nabi Zakaria, sekalipun zuriat yang dinantikan lambat kehadirannya, tetapi harapannya kepada Allah tidak pernah padam. Lihat doa Nabi Zakaria yang dirakamkan dalam Al-Quran: "Wahai Tuhanku! Sesungguhnya tulangku telah lemah dan kepalaku telah putih dipenuhi uban dan aku tidak pernah berasa hampa untuk berdoa kepada-Mu...Oleh itu, kurniakanlahaku dari sisi -Mu seorang putera." [Surah Maryam 19; 4-5]

Sekalipun difikirkan dengan akal manusia, mustahil baginda boleh mempunyai anak sendiri atas faktor usia. Namun harapannya tidak pernah padam. Keyakinannya kepada Allah sepenuh jiwa. Bahkan lebih kerap baginda berdoa, semakin dekat terasa dengan Tuhan. Sehingga akhirnya dikhabarkan berita gembira oleh Allah, baginda bakal menimang cahaya mata. Sungguh, yang menggembirakan itu bukan sekadar doa yang terkabul tetapi kemanisan saat berdoa.!

Mengenangkan setiap satu peristiwa yang berlaku dalam kehidupan, hakikatnya tidak lari daripada hiburan. Sama ada berbentuk sesuatu yang menggembirakan atau menyedihkan, menakutkan atau menerujakan. Satu persatu babak dalam kehidupan jika diteliti sebenarnya menjadi hiburan buat diri.

Andai menjadi insan teruji, carilah kasih sayang Tuhan pada 'kekerasan' takdir-Nya. Itu juga hiburan. Sesungguhnya tiada satu pun yang sia-sia...


Thursday, 17 January 2019

BAHAGIA



Dengarkan bibirku berbicara tapi dari dari hatiku yang kini sepi
Kenapa pula perlu berpisah
Bila semua punyai cinta di jiwa

Apa mungkin ini selamanya atau ini hanya seketika
Kenangan yang tersimpan dihati sampai mati
Kujanji pulangkan suatu hari nanti

Oh oh Hari nanti
Oh oh Hari nanti

Ku ada kamu
Tapi kuperlukan jawapan jujur dari kamu
Biar dunia pun tahu

Kau kau penipu
Setiap tutur katamu
Hanya permainanmu saja untuk aku
Sedihnya hidup begini

Setiap yang kulakukan untuk dirimu
Terasakan bagai angin berlalu
Bila dirimu tiada
Hatiku rasa hiba

Kau tanda bahagia
Kaulah dunia

Walaupun aku tahu kau bukan milikku
Kau perlu tahu sedihnya novel cintaku
Biarlah yang fahami hanya diriku saja
Ku tetap berdoa agar kau bahagia

Agar kau bahagia

Ku ada kamu
Tapi kuperlukan jawapan jujur dari kamu
Biar dunia pun tahu


Setiap yang kulakukan untuk dirimu
Terasa bagaikan angin berlalu
Bila dirimu tiada
Hatiku rasa hiba

Kau tanda bahagia
Kaulah dunia

Walaupun aku tahu kau bukan milikku
Kau perlu tahu sedihnya novel cintaku
Biarlah yang fahami hanya diriku saja
Ku tetap berdoa agar kau bahagia

Agar kau bahagia...



Friday, 11 January 2019

GORESAN MUSAFIR



Bukan manusia tempatnya untuk kita meraih kembali keteduhan dan teriknya persaingan dunia. Bukan pula manusia, tempatnya untuk kita berlari mencari-cari bahu ternyaman agar mendamaikan apa yang sedang riuh dan bergemuruh di dalam dada. Tetapi Allah hanya kepada Allah kita akan kembali. Hanya kepada Allah kita akan pulang.

Dan bukankah seharusnya begitu? Menyandarkan setiap permasalahan kepada Dia yang menjamin berbagai macam kemudahan.

Untukku ketika kau menangis namun hampa dan kekosongan tak kunjung menghilang dari jiwamu, bisa jadi selama ini bukan Allah yang kau tuju. Akan tetapi yang kau ikuti itu hawa nafsumu.




CETUSAN HATI




Akan selalu ada, waktu-waktu di mana engkau hanya ingin sendiri. Menangis, mengadu, mengeluh dan menceritakan seluruh rasa hanya kepada-Nya. Mengungkapkan seluruh rahsia yang selama ini engkau simpan sendiri dengan begitu rapi hanya kepada-Nya. Menangislah, barangkali lelah yang selama ini engkau simpan sendiri akan luruh bersama air matamu...

~menyapa mentari

Saat kita dewasa, kita akan semakin belajar untuk mati rasa pada banyak hal. Hingga satu waktu, hal-hal yang dulu menyakiti kita dengan muda...