Hakikat, dan kejayaan di dunia ini hanya hebat jika gemanya terus berbunyi di akhirat.
Sunday, 4 September 2016
Thursday, 1 September 2016
SIFAT AMANAH AKAN HILANG SEDIKIT DEMI SEDIKIT
Daripada Huzaifah bin Al-Yaman r.a. katanya, "Rasulullah s.a.w.. pernah memberitahu kami dua buah hadis (mengenai dua kejadian yang akan berlaku). Yang pertama sudah saya lihat sedang yang kedua saya menanti-nantikannya. Rasulullah s.a.w. memberitahu bahawasanya amanat itu turun ke dalam lubuk hati orang-orang yang tertentu. Kemudian turunlah Al-Quran. Maka orang-orang itu lalu mengetahuinya melalui panduan Al-Quran dan mengetahuinya melalui panduan as-Sunnah.
Selanjutnya Rasulullah s.a.w. menceritakan kepada kami tentang hilangnya amanah, lalu Baginda s.a.w. bersabda, "Seseorangitu tidur sekali tidur, lalu di ambillah amanah itu dari dalam hatinya, kemudian tertinggallah bekasnya seperti bekas yang ringan sahaja. Kemudian ia tertidur pula, lalu di ambillah amanah itu dari dalam hatinya, maka tinggallah bekasnya seperti lepuh di tangan (mengelembung di tangan dari bekas bekerja berat seperti menggunakan kapak atau cangkul). Jadi seperti bara api yang kau gillingkan dengan kaki mu, kemudian mengelembunglah ia dan engkau melihat ia meninggi, padahal tidak ada apa-apa".
Ketika Rasulullah s.a.w. menceritakan hadis ini beliau mengambil sebiji batu kecil (batu kerikil) lalu menggilingkannya dengan kakinya.
"Kemudian berpagi-pagi (jadilah) orang ramai berjual beli, maka hampir sahaja tiada ada seorang juga pun yang suka menunaikan amanah, sampai dikatakan orang bahawasanya di kalangan Bani Fulan (di kampung yang tertentu) itu ada seorang yang sangat baik memegang amanah, sangat terpercaya dan orang ramai mengatakan, "Alangkah tekunnya dalam bekerja, alangkah indahnya pekerjaannya, alangkah pula cerdik otaknya. Padahal di dalam hatinya sudah tiada lagi keimanan sekali pun hanya seberat timbangan biji sawi."
"Maka sesungguhnya telah sampai masanya saya pun tidak memperdulikan manakah diantara kamu semua yang saya hendak bermubaya'ah (berjual beli). Jikalau ia seorang Islam, maka agamanyalah yang akan mengembalikan kepada ku (maksudnya agamanyalah yang dapat menahannya dari khianat). Dan jikalau ia seorang Nasrani atau Yahudi, maka pihak yang bertugaslah yang akan menggembalikannya kepada ku (maksudnya jika dia seorang Nasrani atau Yahudi maka orang yang memegang kekuasaan / pemerintahlah yang dapat menbantu aku untuk mendapatkan semua hak-hakku daripadanya.) Ada pun pada hari ini maka saya tidak pernah berjual beli dengan kamu semua kecuali dengan Fulan dan Fulan (orang-orang tertentu sahaja)".
(Riwayat Bukhari & Muslim)
Keterangan:
Hadis ini menunjukkan bahawa sifat amanah akan hilang secara beransur-ansur dan bilangan kaum Muslimin, sehinggalah sampai suatu saat nanti orang yang dianggap baik untuk menjaga amanat pun telah khianat pula. Begitulah gambaran masyarakat kita hariini. Ramai daripada kita terpedaya oleh seseorang yang pada zahirnya boleh memikul amanah, tetapi sebenarnya ia juga telah berlaku curang.
kredit: fadhilatamal
MARAH ADALAH KUNCI KEJAHATAN
SIFAT marah yang datang daripada hati mempunyai kaitan dengan keimanan seseorang. Orang yang sabar dapat menahan kemarahan dalam saat-saat genting dan sudah tentu mendapat ganjaran di sisi-Nya. Seseorang yang dapat mengawal kemarahan adalah orang yang kuat di sisi Allah.
Daripada Abdullah bin Umar ra, Rasulullah SAW bersabda:
Daripada Abdullah bin Umar ra, Rasulullah SAW bersabda:
"Tiada hamba yang meneguk air, lalu mendapat ganjaran yang lebih besar di sisi Allah daripada hamba yang meneguk air menahan kemarahan kerana Allah."
(riwayat Ibnu Majah)
Sementara itu, marah dapat didefinisikan sebagai berasa panas hati kerana ditipu (dihina dan lain-lain), perasaan panas hati, berang, gusar, murka yang datangnya daripada hati. Kemarahan akhirnya meresap dalam darah dan menguasai akal fikiran yang tidak terkawal.
Dalam hadis yang lain, daripada Abu Hurairah ra, Nabi SAW bersabda:

Bukankah orang gagah itu, orang kuat bertinju. Akan tetapi orang yang gagah adalah orang yang dapat mengawal diri ketika marah.
(riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Dalam hubungan kekeluargaan, marah juga boleh merenggangkan antara satu sama lain. Kita boleh marah jika sesuatu yang dilakukan oleh seseorang itu bertentangan dengan Islam.
Allah amat menyukai sifat lemah-lembut. Daripada Aisyah ra, Nabi SAW bersabda:
Sesungguhnya Allah menyukai sifat lemah-lembut dalam setiap perkara.
(riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Begitulah juga dalam hubungan persahabatan dan kejiranan. Sifat marah boleh merenggangkan seseorang dengan sahabat atau jirannya.
Mengambil wuduk dan beristighfar dapat mengawal sifat marah. Segala-galanya dapat meruntuhkan tipu daya iblis dan menghancurkan kesesatan yang disuruhnya. Selain itu, memberi penawar hati yang marah dan gundah, sesungguhnya hati tunduk kepada Allah SWT.
Sifat marah juga adalah cerminan kalbu keperibadian jiwa yang tidak tenteram. Oleh itu, kawal jiwa kerohanian supaya hidup sentiasa tenteram, aman dan damai sepanjang masa.
Para sahabat Nabi Muhammad SAW dan ulama dahulu memberikan berbagai-bagai ungkapan dan falsafah tentang bahaya dan buruknya sifat marah.

kredit: utusanmelayu
DOA NABI ALLAH YUNUS
DOA INI AFDALNYA DIBACA 11 KALI KETIKA SUJUD SEBAIK SELESAI SALAM SEMBAHYANG FARDHU. KEMUDIAN MOHON DOA KEPADA ALLAH.
INSHA'ALLAH. TAWAKKAL... BUKANKAH ALLAH MAHA MENDENGAR LAGI MAHA MENGASIHANI.
DOA NABI YUNUS... memang AJAIB
INSHA'ALLAH. TAWAKKAL... BUKANKAH ALLAH MAHA MENDENGAR LAGI MAHA MENGASIHANI.
DOA NABI YUNUS... memang AJAIB
Khasiat ayat ni kalau diamalkan, insha Allah segala kesulitan dapat diselesaikan dengan mudah sangat..saya memang rajin membaca ayat ni malah ianya juga menjauhkan kita dari terkena perbuatan sihir. sesapa yg susah hati, tkena buatan atau apa
penyakit sekalipun, bagitau ayat ini dan rajin2 ler baca ayat ni setiap masa.. memang miracle.
penyakit sekalipun, bagitau ayat ini dan rajin2 ler baca ayat ni setiap masa.. memang miracle.
Doa Nabi Allah Yunus semasa terperangkap di dalam perut Ikan Nun...
"LAA ILA HA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINAZ DZALIMIIN"
(Surah Anbiyak)
"LAA ILA HA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINAZ DZALIMIIN"
(Surah Anbiyak)
لا اله الا انت سبحانك اني كنت من الظالمين
"Tiada Tuhan selain Engkau (Ya Allah). Sesunggunya aku adalah termasuk orang yang zalim (menganiayai diriku)."
Satu munajat yang telah diucapkan oleh Nabi Yunus Alaihissalam. Tatkala merasai musibah yang menimpanya adalah akibat meninggalkan kaumnya sedangkan mereka masih mampu bertaubat. Walhal mereka telah bertaubat setelqah beliau meninggalkan mereka.
Satu munajat yg baik diamalkan ketika dalam kesusahan. Dibaca setelah tafakur (merenung) kesilapan diri. "Apakah musibah ini akibat kesalahanku yang lalu?" Afdal diiringi dengan istighfar.
Seperti kata Nabi SallalahuAlaihiwasallam:
"Tidak ditimpa ke atas seorang muslim musibah atau kemalangan kecuali Allah akan menghapuskan dosanya, seperti pokok menggugurkan daun-daunnya." (HR Bukhari dan Muslim)
"Jika Allah mahukan kebaikan ke atas seoseorang, nescaya Dia akan mengujinya dgn kesusahan." (At-Tirmizi)
- sumber dari blog Tok Wan
CINTA
CETUSAN MINDA
Jika kau berasa lelah dan tak berdaya dari usaha yang seperti sia-sia....Allah tahu betapa kuatnya engkau telah berusaha.
Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu terasa pedih...Allah sudah menghitung airmatamu.
Jika kau fikir bahawa hidupmu sedang menunggu sesuatu dan waktu berlalu begitu sahaja.....Allah sedang menunggu bersama-samamu.
Ketika kau berasa sendirian dan teman-teman terlalu sibuk untuk menghubungi dirimu......Allah sentiasa berada disampingmu.
Ketika kau fikir kau sudah berusaha sesungguhnya tak tahu hendak berbuat apa lagi........Allah mempunyai jawapannya.
Ketika segalanya menjadi suatu yang tidak masuk akal dan kau berasa tertekan.......Allah bersamamu untuk menenangkanmu.
Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan......sebenarnya Allah sedang berbisik kepadamu ketika sesuatu berjalan lancar dan kau berasa ingin mengucap syukur......Allah telah pun memberkatimu.
Ketika sesuatu yang indah terjadi dan kau dipenuhi ketakjuban........Allah akan tersenyum kepadamu.
Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk digenapi, Allah sudah membuka matamu dan memanggilmu dengan namamu....
BICARA HATI HAMBA
Alhamdulillah.
Bukankah ketenangan itu hadirnya dari Tuhan.
Dalam sujudku penuh sendu.
Hanya DIA aku mohon.
Dibukakan jalan untukku temu keredhaan.
Aku sentiasa merasakan kehidupan yang Tuhan aturkan, disetiap bahagiannya adalah sentiasa yang terindah.
Dalam sepi aku menadah, ternyata Tuhan mengabulkan semuanya, namun penantian yang mungkin rasa sukar diclah-celahnya takala terasa getirnya hidup ini.
Namun, tersingkap hikmah disebaliknya...
Tuhan sentiasa merencanakan suatu yang baik untuk hamba-hamba-NYA....Tuhan merencanakannya tepat pada waktu yang tepat.
dan ternyata apa yang aku nantikan telah tiba dan aku harus pergi....

Subscribe to:
Posts (Atom)
Saat kita dewasa, kita akan semakin belajar untuk mati rasa pada banyak hal. Hingga satu waktu, hal-hal yang dulu menyakiti kita dengan muda...
-
Sejatinya manusia dilahirkan dengan hati yang baik. Namun ternyata sekarang aku tengah hidup diantara orang-orang yang hatinya sering me...
-
Saat kita dewasa, kita akan semakin belajar untuk mati rasa pada banyak hal. Hingga satu waktu, hal-hal yang dulu menyakiti kita dengan muda...
-
Belajar untuk redha. Things happened for a reason. Semua ada sebab tersendiri. Always look at everything with an open mind. Learning how to ...