Sunday, 5 March 2017

ISLAMIC PICTURE QUOTES


























































































BICARA HATI HAMBA



Alhamdulillah.

...ada waktu-waktu, begitu ingin sekali kita sendiri. Bukan untuk menjauh dari sesiapa pun tapi ingin mencari ruang untuk jiwa sendiri. Menilai setiap cinta yang datang dari Tuhan. 
Untuk segenap sisi kebaikan itu adalah cinta. Rasa cinta itu tumbuh dalam hati seseorang yang tidak pernah berputus asa. 

Sebab dia tahu cinta itu, tidak pernah akan habis. Nilai hidup ini tidak cukup cuma dengan kita menjalani dan berserah sahaja, tetapi sentiasa membawa jiwa pada perjuangan. Perjuangan yang bernyawa cinta.

Semoga kita antara jiwa-jiwa yang berjuang dengan penuh cinta, bukan untuk apa-apa, tapi satu tujuan cinta...Allah.

Jika setiap salah satu dari kita berniat untuk mundur dan menyerah, moga selalu saja ada alasan untuk jiwa terus betah dan bertahan lagi. Tidak banyak, cukup satu....Allah.
Moga terus melangkah, berjuang sepenuh cinta.





Doa sering menjadi rahsia yang cuma diketahui kita dengan Tuhan, suara-suara sepi yang selalu menenangkan, yang selalu menemukan hakikat ketenangan sebuah jiwa. Bukan sesuatu yang wajar untuk kita berdoa cuma untuk meminta, melainkan doa adalah bukti kehambaan kita kepada Rabb. Tidak perlu khawatir kalau mungkin doa kita masih belum terjawab.

Allah yang paling tahu cara paling indah untuk menjawab doa.....aku mencintaimu itu sebabnya aku tidak pernah selesai mendoakanmu.



Friday, 3 March 2017

TAKDIR



Telah dikhabarkan kepada langit hati
Tentang gerimis yang akan bertandang
Pada awan yang masih memaksa senyum
Dan langit  seperti sudah bisu.

Telah dikhabarkan kepada bumi rasa
Akan kemarau rindu yang sedang tercipta
Pada rapuh ranting yang menghijau
Ketika belum sempat nafasnya dilepas

Kalau diantara langit dan bumi itu
Masih ada senja yang mahu menyapa
Mari aku khabarkan kepadamu
Duhai hati dan rasa
Betapa takdir itu tulisan Tuhan
Dan kita makhluk hanya menerima...





Anak Muda


Aku tahu kau sedang semangat
Semua orang kau mahu tangkap
Kau mahu ikat mereka ketat
Kau mahu mereka meningkat
Kau mahu bantu umat

Anak muda
Aku tahu kau mahu ligat
Ke sana sini penuh tekad
Di mana-mana ilmu disumbat
Peduli apa orang nak cakap

Anak muda
Aku kini sudah terlalu senja
Untuk memberi kata nasihat
Atau menegur mana yang silap
Sabarlah, anak muda
Dan sabarlah
Dan sabarlah
Itu pesan Nabi untuk kita
Kerana tak semua orang mahu
Seperti kau mahu
Tak semua orang faham
Seperti kau faham
Dan bukan sepanjang waktu
Yang kau faham itu tepat.

Kerana aku juga pernah merasai
Semangat seorang anak muda.








Burung-burung pagi yang sedang galak
Bercerita tentang semalamnya yang mesra
Pada titis embun yang belum tua
Di atasnya langit terlalu kosong
Dan laut sudah jemu bergelora

Embun itu terlalu setia
Pada burung dan alamnya yang baru disapa
Seperti ianya mahu menjadi sungai
Oh alangkah butanya

Kalau fajar nanti menjadi kiamat
Untuk embun yang belum bertaubat
Burung dengarkan wasiat
Biar esok aku menjadi angin....


~pemburu syurga~



Thursday, 2 March 2017

MEMBUANG GULITA, MENUAI PELITA



Berangkat dari pemahaman yang sederhana...


Jika hati adalah laksana cermin
Maka hati adalah tempat memantulkan cahaya
Cukuplah cahayaNya yang terbias pada hati
Jika hati adalah Raja
Maka semua fikir adalah bentuk kepatuhan terhadapnya
Jika ilmu menepati ruang dalam hati
Maka Perilaku adalah materi yang memenuhinya
Kerana Ilmu tanpa Perilaku
adalah ruang hampa.

Sadarilah yang Awal
Kerana kita datang tanpa apa-apa
Berjalan menapaki Bumi yang makin tua
Berpayungkan langit yang semakin menganga
Satu dunia dalam genggaman
Hanya kefanaan yang akan merenggutnya
Kita adalah makhluk yang fakir.

Saat menajak jalan kita menuju kepada-Nya
Duri hanyalah mawar yang terserak
Kasih sayang-Nya yang menjadikan demikian
Tak perlu lagi keluh kesah
Jadilah jiwa yang bersyukur
Kerana itu mampu menikam semua keinginan.

Saat dendam menghantui...
Kikislah dengan baju keikhlasan
Agar mampu diri ini menyerahkan segala urusan
Kepada takdir-Nya.

Ketika raga ini basah oleh peluh
Jadikanlah ikhtiar sebagai jubah keikhlasan
Kerana kita bekerja untuk keabadian.
Ketika jiwa tandus oleh ketakutan
Cukuplah kematian kita jadikan nasihat
Kerana jiwa akan berpulang meninggalkan raga yang rosak.

Ketika amal tak mampu menghapuskan Noda
Janganlah berharap syurga yang abadi
Takutlah akan siksa-Nya
Jika kita lupa jalan kembali
Sandarkanlah harap kita hanya kepada redha-Nya

Saat nafsu menggelayuti syahwat kita
Bukalah lebar-lebar mata hati kita
Agar tipuannya tak menyilaukan bola mata kita
Hindarilah jalan kehinaan dengan kemuliaan
Kerana hawa nafsu adalah kenikmatan sekejap.

Ramai dunia dengan perselisihan
Tak usah lagi gundah dengan perbedaan
Kerana kita sedang membangun benteng yang kukuh
Yang dibangun dari banyak perbedaan
Jika dunia menjadi gelap
Berhentilah mengutuk, nyalakanlah lilin
Agar terang jalan untuk melangkah.

Yakinlah akan yang akhir
Kerana keyakinan melahirkan kepastian
Yakinlah bahawa langit akan terpecah
Sehingga kita sedar
Bahawa kita berjalan dari satu adzan ke adzan pamungkas
Berharaplah duka mereka mengiringi senyuman kita.

Kerana hati adalah medan pertempuran
Hiasilah ia dengan zikirullah
Tak mungkin memantul cahaya dalam cermin yang kusam
Kerana hanya ada satu kekuatan yang akan berdiri
Pelita atau Gulita.....

        Sebuah pengharapan bagi diri, saat mata tak juga terpejam, saat waktu semakin berlalu...


 ~ sumber Atmakusumah



JIKA INGIN BERTAUBAT...

                 


Seseorang yang ingin bertaubat perlu menyegerakan taubatnya, menyesali diri dan berusaha menebus dosa-dosa dengan membuat pelbagai amal kebajikan.
Amal kebajikan menjadi penebus kejahatan, dan boleh dilakukan dengan hati, lisan mahupun anggota badan.


Dengan hati: Perbanyakkan tadharru' atau merendah diri kepada Allah s.w.t. dan memohon-Nya mengampuni segala dosa.
Hinakan diri di hadapan-Nya lenyapkan rasa takbur ketika berada di khalayak ramai, dan isikan hati dengan niat baik serta tanamkan azam untuk memperbanyakkan ketaatan.


Dengan lisan: Akui wujudnya sifat zalim dan aniaya pada diri sendiri. Mohonlah keampunan kepada Allah s.w.t. contohnya dengan berdoa: "Wahai Tuhanku. Sesungguhnya aku telah menganiayai diriku sendiri dan membuat dosa, maka ampunilah segala dosa-dosaku."
Pilihlah doa-doa dan istighfar yang ma'tsurah, yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabat.


Dengan anggota badan: Perbanyakkan amalan taat, bersedekah dan melakukan ibadat-ibadat lain.
 Hisablah diri kita setiap hari, kemudian gantikan segala keburukan dan dosa yang dilakukan dengan pelbagai kebajikan. Semoga ia akan menebus dan menghapuskan dosa-dosa tersebut. 
In shaa Allah.





Wednesday, 1 March 2017

SO ENDURE PATIENTLY WITH A BEAUTIFUL PATIENCE
























































MENGAPA UMAR ABDUL BERHENTI MEMBACA SURAH AL-LAIL?

                                  


Pada suatu malam, Khalifah Umar Abdul Aziz membaca surah al-Lail:

"Demi malam apabila menutupi (cahaya siang), dan siang apabila terang benderang, sesungguhnya usaha kamu memang berbeza-beza.

Adapun orang yang memberikan (hartanya di jalan Allah) dan bertakwa, dan membenarkan adanya pahala yang terbaik (syurga),
maka Kami kelak akan menyiapkan baginya jalan yang mudah,

Dan adapun orang-orang yang bakhil dan berasa dirinya cukup, 
Serta mendustakan pahala yang terbaik, maka kelak Kami akan menyiapkan baginya (jalan) yang sukar.

Dan hartanya tidak bermanfaat baginya apabila ia telah binasa.
Sesungguhnya kewajipan Kamilah memberi petunjuk, 
Dan sesungguhnya kepunyaan Kamilah akhirat dan dunia. 

Maka, Kami memperingatkan kamu dengan neraka yang menyala-nyala....."

Sehingga ayat ke 14 ini, beliau berhenti kerana tidak dapat meneruskan bacaannya lagi. Leher beliau terasa tercekik. Khalifah Umar Abdul Aziz lantas meninggalkan ayat seterusnya dan membaca surah lain.  

Begitulah khusyuknya Khalifah Islam ini apabila membaca ayat al-Quran. Apabila tiba pada ayat yang memperkatakan neraka, beliau berasa takut dan tidak dapat meneruskan bacaannya.


~ sumber majalah iman.







Saat kita dewasa, kita akan semakin belajar untuk mati rasa pada banyak hal. Hingga satu waktu, hal-hal yang dulu menyakiti kita dengan muda...