Esok, ketika kekecewaan dan kesedihan hari ini membuat kita tersenyum. tersenyum kerana kita mengerti dan memahami mengapa kesedihan dan kekecewaan itu harus kita alami hari ini.
Kita bersyukur bahawa apa yang terjadi hari ini menghantarkan kita kepada kebahagiaan yang hakiki.
Esok, ketika segala penolakan yang kita terima membuat kita tersenyum. tersenyum kerana kita menyedari bahawa penolakan itu membuat kita menemukan apa yang sejatinya untuk kita, kita menemukan ketulusan yang kita cari susah payah hari ini.
Esok, ketika segala pengorbanan kita membuat kita lega. Kerana tidak ada yang sia-sia dari sebuah perjuangan dan kita menyedari bahawa apa yang sedang kita korbankan hari ini, entah itu waktu kita, tenaga kita, bahkan perasaan kita. Esok, seluruhnya tergantikan dengan sesuatu yang tak terduga dan itu membuat kita merasa pengorbanan ini terasa sangat berharga.
Esok, ketika kita telah sampai kepada jawapan dari pertanyaan-pertanyaan hidup kita hari ini. Menjadi apa nanti? Siapa pendamping hidup kita? Berapa anak kita? Kerja di mana? dan segala pertanyaan membuat kita resah. Kita memahami bahawa keresahan itu membuat doa-doa kita lebih memiliki kekuatan, lebih tulus dan lebih berserah.
Esok, apa yang terjadi dalam hidup kita hari ini. Akan kita fahami esok hari. Terus melangkah, meski melelahkan, meski menyita perasaan. Tujuan itu tidak akan ke mana-mana. Jangan berhenti nanti tidak sampai...
~dokterfina