Tuesday, 16 October 2018

NIKMAT JUGA UJIAN DARINYA




Ramai yang sangka, ujian adalah apabila ditimpa musibah atau malapetaka sahaja. Ketahuilah bahawa ketika mendapat nikmat itu juga adalah sebuah ujian. Ujian nikmat dinilai dari bersyukur dan redhanya seseorang itu kepada-Nya atas nikmat yang diberi. Adakah dengan mendapat nikmat kita menjadi lalai dan lupa pada-Nya atau bertambah-tambah lagi keyakinan dan bersyukur kita kepada-Nya.


Sekiranya mampu untuk menangis ketika mendapat nikmat maka menangislah. Ucaplah kalimah syukur dan berterima kasih sebanyak-banyaknya kepada-Nya.Tangisan di sini bukanlah tangisan sedih atau kecewa, tetapi tangisan bersyukur dan gembira atas kurniaan nikmat-Nya.


Dalam dunia  ini segala-galanya adalah ujian. Baik ianya yang baik mahupun ianya tidak baik. Sentiasa ingat pada-Nya ketika diuji dengan musibah dan mendapat nikmat. Semoga kita tergolong dalam mereka yang tidak lalai dan lupa apabila mendapat nikmat dan diuji dengan musibah dari-Nya.


Saat kita dewasa, kita akan semakin belajar untuk mati rasa pada banyak hal. Hingga satu waktu, hal-hal yang dulu menyakiti kita dengan muda...