Friday, 19 July 2019

SABAR LEBIH BAIK



BERSOSIAL+SABAR LEBIH BAIK

Kita hidup di dunia ini bukan berseorangan. Kita hidup cara berkelompok dengan manusia lain yang kaya dengan pelbagai kerenah berbeza. Kadang kala, jiwa diuji dengan kerenah yang cukup menjengkelkan. Hati hilang sabar!

"Ish, ada juga manusia seteruk itu," bebel kita tanda tidak puas hati. Namun apakah sikap mukmin apabila berdepan dengan kerenah manusia yang sering menguji kesabaran ini?

Sebelum apa-apa, Rasulullah s.a.w. sudah mengingatkan, "Seorang Mukmin yang bercampur dengan manusia dan bersabar atas kejahatan mereka lebih besar ganjaran untuknya berbanding orang Mukmin yang tidak bercampur dengan manusia dan tidak bersabar atas kejahatan mereka." [Riwayat Ibn Majah]

Jadi sekarang kita sudah tahu kemahiran sosial yang dilengkapkan dengan pakej bersabar dengan keletah manusia lain jauh lebih baik berbanding duduk menyendiri.






FAHAMI PSIKOLOGI MANUSIA

Walaupun kita ini sama-sama manusia, namun kita belum tentu mampu memahami kerenah manusia lain. Lebih-lebih lagi manusiayang bersikap dan bersifat lain daripada manusia biasa.

Oleh itu, jika kita faham psikologi manusia, pasti kita akan bersikap lebih terbuka apabila berdepan dengan perangai manusia yang menuntut kesabaran. Kadangkala, apabila sikap seseorang itu berlainan atau menjengkelkan, pasti ada sebab yang menjadi punca seseorang bertindak demikian.


TELADAN NABAWI

Rasulullah s.a.w. hampir tidak pernah meletakkan sempadan atau mahu masa bersendiri melainkan sewaktu beribadah atau berkhalwat dengan Rabb. Selain itu, Baginda bergaul dengan orang ramai.

Cabaran yang Baginda hadapi bukan kecil. Baginda berdepan dengan golongan kafir dan musyrik yang memusuhi Baginda, Arab Badwi yang masih perlu dididik, sahabat yang sentiasa dahaga bimbing dan banyak lagi. Itu belum dikira lagi peperangan yag Baginda hadapi.

Namun Baginda mempunyai tahap kesabaran yang tinggi, bahkan bijak berdepan dengan pelbagai kerenah manusia dan situasi yang berbeza.



Saat kita dewasa, kita akan semakin belajar untuk mati rasa pada banyak hal. Hingga satu waktu, hal-hal yang dulu menyakiti kita dengan muda...