Wednesday, 11 October 2017

MEMILIKI HATI SETERANG BINTANG



Maksud: "Allah yang menerangi langit dan bumi. Perumpamaan nur Allah adalah seperti sebuah lubang yang di dalamnya ada sebuah pelita. Pelita itu di dalam kaca, kaca itu pula laksana bintang yang bersinar seperti mutiara, pelita itu dinyalakan dengan minyak daripada pohon yang diberkati iaitu pohon zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur dan tidak pula di sebelah barat yang minyaknya hampir-hampir memancarkan cahaya bersinar walaupun ia tidak disentuh api, cahaya berlapis cahaya. Allah memimpin sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Allah mengemukakan pelbagai perumpamaan untuk manusia. Allah Maha Mengetahui setiap sesuatu." (Surah al-Nur 24:35)

Intipati Ayat.

Apabila seorang mukmin meletakkan iman dan al-Quran dalam hati, maka dadanya seperti misykah iaitu lubang yang tidak dapat ditembusi.

Pelita besar ialah al_Quran yang berada dalam dada. Kaca pula seperti hati yang bertindak menjaga al-Quran. Manakala bintang yang berkerlipan seperti mutiara adalah bandingan hati yang telah disinari oleh al-Quran dan keimanan.

Seterusnya, maksud ia dinyalakan oleh minyak daripada pohon yang diberkati adalah melambangkan keikhlasan yang bertapak dalam hati Mukmin.

Pohon zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur dan tidak pula di sebelah baratnya pula merujuk kepada kondisi Mukmin yang sentiasa mendapat penjagaan daripada Allah bahkan selamat daripada fitnah. Walaupun ditimpa ujian, dia akan diberi kekuatan oleh Allah.







Hidayah Allah.

Pada dasarnya, seluruh alam semesta berada dalam kegelapan. Kemudian Allah memberikan cahaya-Nya pada tempat tertentu dengan menjadikan bintang, matahari dan bulan sebagai sumber cahaya yang menerangi sekelilingnya. Oleh yang demikian, kita dapat fahami secara zahir bahawa nur yang dimaksudkan adalah cahaya.

Namun dari sudut yang lain, nur bermakna hidayah yang Allah kurniakan buat hamba-Nya yang terpilih.

hal ini sebagaimana hadis Rasulullah: "Sesungguhnya Allah menciptakan makhluk -Nya dalam kegelapan, lalu Dia melemparkan kepada mereka suatu cahaya daripada cahaya-Nya. Maka sesiapa yang terkena cahaya itu, dia mendapat petunjuk dan sesiapa yang terlepas daripadanya, maka dia akan sesat." (Riwayat al-Bazzar).  

Malah menurut Al-Nasafi dalam tafsirnya dan Al-Suyuti dalam Al-Dur al-Manthur, daripada Ibn Abbas, Ibn Mas'ud dan Ubay, Allah memberikan cahaya-Nya kepada orang beriman sekali gus menjadikannya berada dalam naungan Allah cahaya Allah. Ayat ini merujuk kepada Mukmin yang berpegang teguh kepada iman dan al-Quran.



Cahaya Atas Cahaya

Apakah yang dimaksudkan dengan cahaya  atas cahaya? Bukankah secara zahir, ia dilihat seolah-olah
perkara mustahil?

Cahaya di atas cahaya ditafsirkan dengan lima cahaya yang diperolehi oleh Mukmin iaitu percakapannya cahaya, amalannya cahaya, kedua-dua tempat masuk dan keluarnya merupakan cahaya lalu disempurnakan baginya cahaya terakhir iaitu syuga yang akan menjadi tempat kembali pada hari akhirat.

Sebaliknya orang yang ingkar pula percakapannya kegelapan, amalannya kegelapan, kedua-dua tempat keluar dan masuknya kegelapan dan kesudahannya pada hari akhirat juga kegelapan iaitu neraka. Nauzubillah!

Orang kafir tidak ubah seperti mayat yang hidup dalam kalangan manusia. Dia tidak mengerti tanggung-jawab  kepada orang lain. Demikianlah mafhum tafsiran Ubay bin Ka'ab seperti yang dikemukakan dalam  Al-Dur al- Manthur.

Apabila nur Allah menerangi hati, wajah dan lisannya juga akan diliputi cahaya. Hasilnya, kata-katanya ibarat ubat yang menenangkan. malah hatinya akan ikhlas dalam segala tindak tanduk yang dilakukan.

Sebaliknya orang yang tidak beriman kepada Allah akan berada dalam kegelapan. Wajah dan hatinya diliputi kegelapan atas kegelapan. Percakapannya menyakitkan hati, bahkan perilakunya pula menimbulkan keresahan manusia di sekitarnya.

Malah hidupnya penuh pembohongan. Dia sentiasa memandu manusia berpandukan syahwat dengan menawarkan kesenangan yang hanya berbentuk fatamorgana. Malangnya, ada juga manusia yang menurutinya sekaligus terjebak dalam keseronokan yang menipu bahkan berakhir dengan kesengsaraan.

Sesungguhnya Allah akan membimbing hamba-Nya yang dikehendaki kepada cahaya-Nya. Perbanyakkanlah berdoa. Mudah-mudahan kita termasuk dalam kelompok tersebut.

Wallahu a'lam.



Dua Golongan.


Hidup dalam cahaya

* Orang yang berilmu.

* Hidup dengan aman dan tenang bahkan dipenuhi dengan keberkatan dan rahmat.

* Diibaratkan seperti orang yang dapat melihat dengan baik di tempat yang teduh dan sejuk.


Hidup dalam kegelapan

* Orang jahil

* Tidak berilmu.

* Hidup sempit dan kacau bilau.

* Dibebani pelbagai kesusahan dan kesengsaraan.

* Diibaratkan seperti orang buta dan berada pada tempat yang amat panas.



~sumber majalah al-ustaz.

DALAM HATI SIAPA TAHU



PERASAAN DALAM HATI TIADA SIAPA YANG MENGERTI.


Siapa yang mengetahui isi hati seseorang?

Siapa yang dapat menyelami seberapa dalamnya hati seseorang?
Bila kita melihat seseorang tersenyum apakah dia benar-benar bahagia?
Bila seseorang menangis adakah itu bererti dia sedang bersedih?
Adakah kenyataannya seperti kta lihat?

Hati tidak ada seorang pun  yang mampu meneka dengan pasti sedalam mananya hati kita sendiri, kadang kala kita tidak dapat memahami apa yang ada didalam hati.

Apa yang dilihat di luar belum tentu itu mencerminkan apa yang ada di dalam hati. Bukan bererti perlu hipokrit tetapi kadang-kadang orang lain tidak perlu tahu apa yang sebenarnya kita rasakan saat itu.

Apabila kita bahagia tidak perlu kita memperlihatkan kebahagiaan itu secara berlebihan kepada orang lain. Ketika kita sedih tidak perlu juga mereka mengetahui seberapa sakit yang menimpa kita hingga membuat kita bersedih.

Begitu juga ketika kita berasa jengkel, jangan sampai orang lain kena getahnya.

Cukuplah diri kita sendiri yang mengetahuinya dan Allahlah tempat kita menumpahkan segala rasa yang ada di hati, hanya Allah tempat kita mengadu, tempat kita berserah diri.

"CUKUPLAH ALLAH MENJADI PENOLONG KAMI DAN ALLAH ADALAH SEBAIK-BAIK PELINDUNG."

Waktu ini disuatu tempat ada hati yang begitu bahagia, seolah-olah ia ingin tersenyum setiap saat.

Ya, di sana ada hati yang berbunga-bunga kerana akan memiliki apa yang dia harapkan selama ini, dia sedang menunggu hari besar dalam hidupnya.

Saya dapat bayangkan bagaimana hati yang dipenuhi dengan kebahagiaan, kesenangan dan suka cita.

Tetapi sebaliknya, di sini ada hati yang terluka kerananya, sedih kebahagiaan yang dirasakan olehnya.

Tahukah dia bahawa ada hati yang sakit disaat dia sedang merasakan kebahagiaan yang sempurna?

Tahukah dia ada seseorang ingin menangis ketika dia tersenyum dan ketawa.



DALAMNYA HATI SIAPA YANG TAHU?


Senyum kita masih ada, tawa kita kadang masih terlihat dan gurauan itu juga masih kita berikan pada setiap orang didekat kita, tidak ada yang tahu bahawa disebalik apa yang mereka lihat dari mimik wajah dan tingkah laku kita sebenarnya kita sedang terluka.

Kita ingin menangis saat itu, tetapi tidak ada yang tahu tentang itu.

Hanya Allah dan kita sahaja yang mengetahu dalam hati, hanya Allah tempat kita mengembalikan semua rasa di dalam hati, hanya Allah pengubat sakit dan lara hati ini.

Hanya dengan mengingat Allahlah kita berusaha menenangkan hati ini ketika kebahagiaan kita, ketika tak seorang pun memahami perasaan dalam hati kita.


SubhanallahWalhamdulillah walailhaillallah wallahuakbar walahaulawalaquwataillabillah rangkaian kalimat ini yang membasahi bibir kita, menggetarkan hati kita yang sedang kita pupuk kembali. menemani butiran air yang menitis dari kelopak mata.


"Sabda Rasulullah saw: "Perbanyakalah membaca La Haula Wala Quwwata Illa Billah kerana sesungguhnya bacaan ini adalah ubat bagi 99 penyakit, yang mana penyakit paling ringan adalah kebimbangan" (Riwayat Al-Uqaili melalui Jabir r.a.)

Hasbunallahu wa ni'mal wakiil ni'mal maula mani'man nashir


Ya Rabb....

Semuanya datang dari Engkau dan semua akan kembali kepada Engkau, maka aku serahkan semua rasa ini kepada-Mu Ya Rabb....

Kuatkanlah aku menghadapi setiap ujian yang Engkau berikan, Ikhlaskanlah hatiku untuk menerima setiap takdir yang Engkau tiliskan kepada aku.

Hanya Engkau Ya Rabb yang mengetahui dengan benar dalamnya hati aku maka aku memohon tuntunlah diri ini untuk tetap berada dalam kebenaran-Mu Aamiin Allahumma Aamiin.


~blog Aku Islam


Monday, 9 October 2017

BIACARA HATI HAMBA



Betapa bersyukurnya diri ini ketika terlahirnya sebagai seorang muslim. Sungguh, sangat bersyukur menemukan dan mengenal Islam. Islam adalah sejuta kebaikan di dalamnya. Walau kadang kala kutemui pahitnya kehidupan ini.

Kadang kala kutemui sepinya hidup ini, dan kadang kala kehampaan dalam hidup ini. Namun Islam selalu menghiburku, menenangkanku, mengajariku dan membantu aku untuk terus tersenyum dan tegar dalam menghadapi setiap kepahitan hidup ini.

Tidak semua orang tahu bahkan mengerti.
Bahawa tak semua orang dapat membuat kita tersenyum, dan disetiap malam tersungkur menangisi ....
Dan tak selalu pula orang untuk memotivasikan kita. Bisa disebalik jiwanya, dia sedang tenggelam,terhempas, terhentam kehidupannya yang berat.

Tak selalu pula orang membuat kita terharu dan terkesan atas potensinya, di kehidupannya, dia juga selalu termotivasi dengan apa yang ia miliki.
Dan terjadi di sebalik malam, ia terperangkap diantara tusukan-tusukan kehidupan.

# Bersyukurlah diri diatas apa yang kau miliki di saat ini 
kerana kebahagiaan datang dari-Nya.
Dan seandainya kebahagiaan itu boleh dibeli, niscaya setiap orang pasti berusaha membelinya.

# Dan menjadi seorang muslim adalah salah satu kebahagiaan dan kenikmatan yang diberi-Nya untuk kita....


#  Seandainya kebahagiaan itu dapat dibeli, maka tidak semua orang boleh merasakan yang namanya bahagia.....
Mari bersyukur,mari saling menguatkan. Jika saat ini hatimu lelah, maka menangislah. Ada al- Quran yang dengan senang hati menjadi syifa (ubat) bagi hati yang sakit.

# self reminder.


BICARA SAHABAT


Terkadang sulit sekali mengontrol perasaan yang menggebu. bersikap seolah biasa-biasa saja. Tanpa ekpektasi berlebihan terhadap segala hal di dunia. Sudah taukan bahawa dunia dan seisinya adalah bentuk kefanaan yang nyata. Semua hal yang kita kejar, impikan, usahakan pada akhirnya bukan milik kita seutuhnya. Kita hanya dititipi untuk kemudian diminta kembali oleh Sang Pemiliknya.

Lalu, kalau sudah tahu begitu mengapa seirng merasa kecewa saat satu hal tak berjalan sesuai kehendak kita? Kenapa kita masih berbangga hati wajah kita yang cantik, suara kita yang syahdu merdu, otak kita yang pintar, pun harta dan kedudukan kita di hadapan manusia.

Kenapa kita merasa semua pencapaian dan kejayaan kita selama ini semata-mata hasil kerja keras dan keringat kita sendiri. Seolah kitalah satu-satunya orang yang amat penting di dalamnya.

Pernahkah terbesit bahawa kita tidak pantas bersikap demikian. Mengingat-ingat kembali bahawa apa-apa yang kita dapati selama ini tidak lain adalah kerana redha Ilahi Rabbi. Pernahkah sempat terfikir untuk membalas itu semua dengan sekadar taat kepada-Nya? Mempercayai bahawa tanpa izin Allah di dalamnya semua hal tidak akan pernah terjadi. Meyakini sepenuh hati perkara Dialah satu-satunya Dzat Yang Maha Memiliki. Sebab Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.  Rabb yang menggenggam alam semesta dan sisinya.

Jangan Khawtir.


Saturday, 7 October 2017

BICARA HATI HAMBA



Seseorang bisa datang ke hidupmu dengan cara yang manis. Pada hal hanya ingin tahu rahsiamu. hanya ingin tahu apa kelemahanmu. Lalu pergi dan meninggalkan hal-hal pahit yang  membekas di hati.
Tidak semua yang datang benar-benar ingin jadi bagian baik hidupmu. Terkadang hanya ingin mencurangi dan melemahkan semangatmu. Tapi bila kau percaya pada impian dan kemampuanmu, kau bisa bangkit lagi. Berkali-kali lebih baik dari hari sebelum kau dicurangi...



Semakin kita dewasa. Semakin  kita harus berani mengambil keputusan-keputusan penting dalam hidup ini. Orang lain hanya bisa memberi pandangan. Penentu pilihan tetaplah kita. Tidak semua hal harus dicurhatkan, tidak semua yang orang lain katakan harus dijalani.

~boychandra








Bagaimana mahu setia pada seseorang yang tak pernah berjanji mahu datang? Bagaimana tetap bertahan pada seseorang yang tak minta ditunggu.
Ini cinta atau apa?

Tapi menunggu seseorang tak perlu ada janji. Jika benar-benar berharga memang perlu pengorbanan yang besar dan sabar berlapis-lapis.

Pun melepaskan seseorang tak selalu berakhir sakit. Kerana cinta bukan hanya tentang memiliki tapi juga tentang penghormatan dan keikhlasan terhadap apa-apa yang sudah ditentukan Pencipta.

Setiap pilihan selalu ada resiko. Bertahan atau beranjak itu terserah padamu. Tapi ingat kamu juga berhak bahagia. Sertakan Allah dalam setiap pilihan. Yakinlah tidak ada yang sesal di kemudian hari.


Kehilangan cinta memang sangat menyayat hati. Membuat malam terasa panjang, siang jadi kelabu, dalam hidup benar-benar hampa. Sungguh hati boleh sakit terhiris, mata perih menangis tetapi hidup harus tetap diteruskan......



Friday, 6 October 2017

RINDUKU


Aku tak pandai merangkai kata
Hanya sekadar ingin tuangkan rasa
Rasa rindu yang membuak
Ingin menembus diniding jarak

Jarak yang membuat hati bertema sepi
Layaknya bumi tanpa mentari
Langit yang ditinggalkan sang bulan pergi
Bahkan bintang pun enggan menyinari

Tahukah engkau rasa ini makin menggebu
Tak ingin menghilang bagai butiran debu
Bahkan hujan pun berseru setuju
Tak ingin kehilangan hadirnya sang mendung

Kutulis sepenggal kata ini hanya untukmu
Tuk mewakili rasa rinduku
Yang berharap akan hadirmu
Dan melihat senyum indahmu.


Thursday, 5 October 2017

SUMPAH CINTAKU

SUMPAH CINTAKU


Disaat saling mengenali
Ku tahu cinta mu memanggil
Dalam perasaan yang tak kau dengari

Lambaianmu di dalam mimpi
Bayangan senyuman bidadari
Indah segenap rasa tak terbagi

Belahkah jasadku
Tirai kenanganku
Pasti akan kau jumpa
Api cinta menyala

Hingga akhir nafas ini
Sayang sampai akhir pasti
Cintaku tersimpul mati
Di syurga kau tetap ku nanti
Sumpah cintaku hanya padamu

Disaat saling mengenali
Ku tahu cintamu memanggil
Dalam perasaan yang tak kau dengari


Belahlah jasadku
Tirai kenanganku
Pasti akan kau jumpa
Api cinta menyala

Hingga akhir nafas ini
Sayang sampai akhir pasti
Cinta tak bisa berganti
Sumpahku hanya kau disisi

Genggam tanganmu yang suci
Sampai rambutku memutih
Cintaku tersimpul mati
Di syurga kau tetapku nanti.
(sumpah cintaku hanya padamu)

~Asfan Shah

Saat kita dewasa, kita akan semakin belajar untuk mati rasa pada banyak hal. Hingga satu waktu, hal-hal yang dulu menyakiti kita dengan muda...