Hakikat, dan kejayaan di dunia ini hanya hebat jika gemanya terus berbunyi di akhirat.
Monday, 11 March 2019
MALU DENGAN ALLAH
MENGAPA PERLU MALU PADA ALLAH?
Allah adalah Pencipta, manakala kita hanyalah hamba. Selayaknya hamba malu kepada Tuhannya.
Malu merupakan benteng dari daripada sebarang perbuatan terkutuk.
Allah sentiasa memerhati kerana Dia Maha Mendengar dan Maha Melihat.
Rasa malu boleh mengangkat darjat seorang muslim ke tahap ihsan iaitu beribadah seolah-olah Allah sedang melihat kita.
PUPUK SIFAT MALU KEPADA ALLAH.
Sentiasa ingat bahawa Allah itu khalik sedangkan kita hanya makhluk. Rasa kehambaan yang menebal ini pemacu kepada rasa malu dalam diri.
Sentiasa ingat mati dan akhirat. Individu yang berorientasi akhirat sebegini akan selalu malu untuk berbuat maksiat.
Turut merasa malu walau ketika bersendirian atau di tengah khalayak.
Mohon doa semoga Allah kurniakan kita rasa malu kepada-Nya.
Sunday, 10 March 2019
JAGA ALLAH, ALLAH PASTI JAGA KITA
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Wahai budak! Sesungguhnya aku ingin mengajar kamu beberapa kalimah [ajaran agama]: Jagalah Allah, [nescaya] Dia akan jaga kamu. Jagalah Allah [nescaya] kamu akan dapati Dia di hadapan kamu." (Riwayat al-Tirmizi)
Ini sebahagian daripada hadis yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w. kepada Ibn Abbas. Ketika itu Ibu Abbas masih kecil dikatakan berusia 10 tahun. Pesanan ini disampaikan kepada beliau semasa beliau menunggang unta dengan Rasulullah dan berada di belakang Rasulullah.
Apabila Rsulullah berpesan supaya "jaga Allah" maka boleh disimpulkan dalam dua poin penting berikut:
1. Jaga dan jauhi... Batasan dan larangan yang Allah tetapkan.
2. Tunai dan laksana... Hak dan suruhan yang Allah tetapkan.
Hadis di atas datang dalam bentuk bersyarat. Untuk mendapat jagaan Allah, syaratnya kita perlu terlebih dahulu menjaga Allah. Ini kerana balasan bagi apa-apa saja perbuatan mengikut perbuatan itu sendiri.
Batasan ibarat tembok yang tidak boleh dilanggar. Jika boleh digambarkan dalam bentuk kata-kata atau menolong, inilah antara yang termasuk dalam kategori menjaga batasan yang Allah tetapkan:
* Ini semua Allah tidak benarkan, jadi aku tak akan lakukan.
* Ini semua haram, aku akan jauhkan diri daripadanya.
* Aku tidak akan menandatangani kontrak yang memang sah ada riba ini.
* Aku tidak akan melakukan demikian kerana itu semua hanya memudaratkan diri sendiri dan insan lain.
* Aku tidak akan lalai dengan ajakan syaitan dan nafsu.
~ Api yang panas tidak mampu membakar Nabi Ibrahim.
~ Lautan yang terbelah tidak menenggelamkan Nabi Musa.
~Pisau tidak melukakan leher Nabi Ismail, sebaliknya digantikan dengan kibas.
~ Ikan paus tidak memakan Nabi Yunus.
Mereka menjaga agama Allah, maka Allah menjaga mereka.
Wednesday, 6 March 2019
BILA SUATU SAAT
Aku dan kau seakan telah menjadi sesuatu yang bila dipaksakan akan sama-sama menjadi duri yang saling menyakiti. Bukan hanya menyakiti, namun saling menutup pintu-pintu kebahagiaan.
Bila suatu saat aku menjadi masa lalumu, mungkinkah kau akan menyedari bahawa tiada wanita yang begitu sabar menerimamu seperti diriku?
Wanita yang melupakan segala egonya untuk menjadi ratu barang satu hari.
Wanita yang melupakan mimpi-mimpinya untuk memeluk kekasihnya kerana terharu mendapat banyak sekali hadiah yang akan membuatnya berkaca-kaca.
Wanita yang melupakan bahawa sikap manismu hanya ada di masa lalu. Ia tetap meyakinkan dirinya bahawa kau tak pernah berubah. Walau semesta membuka matanya setiap saat.
Wanita yang melupakan bahawa ia begitu berharga di mata Ayah dan Ibunya, dan memilih bersamamu yang bahkan kau sendiri telah lupa bagaimana merawat sesuatu yang dulu kau sebut berharga.
Bila suatu saat aku hanya menjadi masa lalumu, mungkinkah kau akan menyesal dan meminta waktu berputar sekali saja, lalu membahagiakan ku sekuatmu dan menggenggam erat tanganku seolah meyakinkan bahawa kau satu-satunya lelaki yang layak mendampingiku.
Kekasih, bila suatu saat aku hanya menjadi masa lalumu mungkinkah kau akan merindukan setiap apa yang ada pada diriku? Suaraku, tatapanku, senyumanku, dekapanku, pelukku bahkan tangisku?
Kekasih, bila suatu saat aku hanya menjadi masa lalumu, mungkinkah kau akan memperjuangkanku kembali dan tidak melepaskanku lagi?
Kekasih, bila suatu saat aku hanya menjadi masa lalumu, mungkinkah kau akan melupakanku seperti kau melupakan bahawa aku saat ini sedang begitu merindukanmu dalam kediaman yang penuh luka.
Aku dan kau [mungkin] telah sama-sama lelah. Kau lelah mengingat bahawa ada aku yang menunggumu begitu tabah di sudut kota dengan luka yang bertebaran. Sedang aku lelah mengharapkan kau mengingatku sebagi sesuatu yang dulu kau sebut berharga.
Bila suatu saat aku hanya menjadi masa lalumu, semoga kau bahagia bersamanya...
~langitkuitukamu
Monday, 4 March 2019
KAITAN USAHA DENGAN QADAK DAN QADAR
Bertitik tolak daripada ketetapan qadak dan qadar Allah swt, terdapat manusia yang mempersoalkan mengapa berlaku perkara yang buruk dalam hidup seseorang? Mereka menyangka orang yang miskin itu memang ditakdirkan oleh Alla swt sebagai tidak bernasib baik.
Kefahaman begini hendaklah dibetulkan kerana boleh merosakkan akidah manusia. Hakikatnya, segala kejadian yang ditetapkan Allah swt itu ada hikmah disebaliknya. Antara hikmah tersebut ialah:
1. Bernasib baik dengan tujuan untuk menguji manusia itu sendiri.
2. Bernasib susah adalah tujuan untuk menguji sejauh manakah dia dapat bersabar dalam ujian yang berlaku ke atasnya.
Uthman bin Hunaif menceritakan kisah seorang lelaki buta yang datang bertemu Rasulullah saw, katanya: "Wahai Rasulullah, tolonglah berdoa untukku agar Dia memberi keafiatan untukku [dikembalikan mataku ini]."
Baginda menjawab: "Kalau engkau mahu, aku boleh doakan [agar kamu disembuhkan] Dan sekiranya engkau mahu, engkau terus bersabar, maka [sabar] adalah lebih baik bagimu."
Ujar lelaki itu lagi: "Doakanlah ia."
Lalu Rasulullah saw supaya berwuduk dan menyempurnakan wuduknya [kemudian kerjakanlah solat sunat dua rakaat]. Setetrusnya berdoa dengan doa ini. "Wahai Tuhanku! Aku memohon kepadamu dan bertawajuh kepada-Mu dengan berkat Nabi-Mu saw. Aku menghadap kepada Tuhanku dengan berkatmu, agar ditunaikan hajatku [dikembalikan penglihatanku]. Wahai Allah, terimalah syafaatnya untukku."
Kemudian lelaki itu kembali ke rumah dalam keadaan penglihatannya sudah pulih seperti biasa. (Riwayat al-Tirmizi)
Allah mentakdirkan sesuatu ujian menimpa hamba-Nya kerana Dia ingin memberikan ganjaran dalam bentuk pahala seperti yang dijanjikan oleh Nabi saw dalam hadis di atas. Selain itu ujian yang menimpa juga adalah untuk menghapuskan dosa.
Dalam Islam tiada konsep sial, melainkan kejadian buruk itu berpunca daripada tindakan manusia itu sendiri. Manusia yang berusaha dengan mengambil kira ketetapan Allah mengikut kanun sebab dan akibat, In shaa Allah akan berhasil mencapai apa-apa yang dihajatinya.
Sebagai contoh, seorang pelajar yang gigih berusaha mengikut rentak belajar yang sebenar, In shaa Allah akan berjaya dalam peperiksaannya. Seseorang yang bertungkus lumus dan tabah mengusahakan perniagaan, In shaa Allah akan menemui kejayaan.
~sumber majalah solusi
Tuesday, 26 February 2019
BICARA SAHABAT
Seronok rasanya apabila memandu kereta baharu. Walaupun orang lain mungkin tidak perasan itu kereta baru, masih berbau kedai, bebas habuk dan kerusi masih berbalut, namun perasaan kita bangga tak terkata. Hati berbunga-bunga, syukur tak terhingga.
Apa-apa saja dalam hidup, asalkan ia benda baharu, perasaan kita terasa lain. Teruja. Bersemangat. Jiwa membara.
Oleh itu, pada saat hati kita mula terasa jauh dengan agama, jemu dan lesu, jangan ditukar wajah agama itu. Pada saat ada suara-suara lain di luar lingkaran iman, Islam dan ihsan yang ingin menolak Islam jauh-jauh, jangan kita jadi lalang yang melentok ke kiri dan kanan mengikut arah bayu mereka. Turut mengiakan.
Jika ada saat kita terasa Islam itu makin buruk dek penganutnya, jangan pula Islam itu yang dipersalahkan. Andai saja kita sering melihat non-Muslim sering hebat serba segi, jangan juga menunding jari kepada Islam sebagai penyebab kita yang mundur.
Lagi-lagi agama yang terpelihara kesuciannya melalui halaman wahyu Ilahi dan kata-kata Nabi.
Di sini kita perlu bezakan antara wahyu dan nafsu. Wahyu tidak boleh ditolak oleh nafsu. Nafsu yang sepatutnya tunduk patuh pada wahyu. Jadi jangan kita menjadi pemadam yang memadamkan sebahagian suruhan agama. Sedangkan kita belum masuk sepenuhnya ke dalamnya.
Ya, kita semua lebih suka bebas tanpa dikongkonng. Namun itu semua hanya relevan dalam hubungan sesama manusia. Bagi hubungan makhluk-Khalik pula, kita masih perlu dengar dan taat. Ini falsafah hubungan makhluk-Khalik yang perlu diaplikasi setiap saat.
Allah berfirman yang bermaksud: "Patutkah mereka mencari selain daripada agama Allah selepas itu? Padahal seluruh makhluk yang ada di langit dan bumi tunduk kepada-Nya sama ada dengan surela ataupun terpaksa dan kepada-Nyalah mereka dikembalikan." [Surah Ali 'Imran 3: 83]
Ya, tidak kiralah sama ada kita ini hidup bersyariat dalam keadaan rela dan reda atau terpaksa dan terseksa, asalkan kita masih mujahadah di laluan agama yang benar, itu sudah memadai. Moga akhirnya kita mampu merasai betapa tenang dan senang hidup berpandu suruhan Tuhan.
~Husna Hassan
Wednesday, 13 February 2019
KEBAIKAN YANG HATI-HATI
Kebaikan itu lahir dari hati, bergetar dari hati yang kemudian menggetarkan hati-hati yang lain. Hati-hati yang tulus memberi akan mudah diterima oleh hati-hati yang lapang.
Hanya saja kebaikan yang lahir hari ini semakin sulit dikenali. Entah apa yang terjadi pada hati manusia. Apakah dunia berserta segala kepentingan telah membuat orang lalai pada hati mereka sendiri. Tidak mengenali perasaannya, sibuk memanipulasi perasaan untuk kepentingannya sendiri.
Semoga kebaikan-kebaikan itu kembali tumbuh bagai rumput, tidak mati begitu saja kerana terinjak, terpotong bahkan kerana musim kering. Kalau suatu hari aku menentukan untuk hidup bersama siapa, aku hendak memilih dengan hati yang baik. Siapa pun orangnya, siapa pun itu yang memiliki hati yang baik.
WAKTU PERDANA
Setiap kita mempunyai waktu perdana (prime time) tersendiri. Mungkin bagi majoriti daripada kita, waktu perdana kita adalah pada awal pagi. Kita bangun dengan rasa bertenaga dan segar setelah tidur beberapa jam . Badan tidak lagi lesu dan lemau.
Waktu perdana ini penting juga untuk kita peruntukkan bagi tujuan ibadah. Waktu yang begitu berkualiti untuk kita menghadap dan menyembah-Nya. Soalnya, sanggupkah?
1. Masih Muda
Tidak perlu kita menunggu sehingga sudah beruban dan pencen untuk fokus menyembah-Nya. Masa muda perlu dimanfaatkan sebaik mungkin, sementara masih bertenaga dan sihat serta nyawa masih dikandung badan.
2. Awal Pagi
Rasulullah saw sudah memanfaatkan waktu perdana Baginda untuk Kekasih hati al-Rafiq al-A'la. Seawal satu pertiga akhir pagi, Baginda kiam, rukuk dan sujud kepada-Nya. Itu saat yang begitu berharga.
3. Tatkala Senang
Lain rasanya apabila berdoa atau solat semasa ditimpa musibah.Terasa lebih dekat dengan Allah. Namun apa salahnya turut khusyuk solat dan banyak berdoa ketika senang dan gembira. Ibadah tidak bermusim dan tiada kaitan derngan emosi seseorang.
Akhirnya, yang kita inginkan dalam hubungan kita dengan Allah adalah segala yang terbaik. Ini kerana Dia adalah causa prima (sebab yang terutama) kita hidup.Seluruh aspek hidup kita untuk-Nya. Mana mungkin kita serahkan sisa dan baki dalam aspek penyembahan kepada-Nya. Persembahkan ibadah yang kita lakukan dalam keadaan muda, bertenaga dan senang, bukan sahaja ibadah yang baru hendak bertatih ketika usia senja.
Jika masih muda jangan lalai. Jika sudah berusia, semoga Allah kurniakan kebaikan.
~sumber majalah solusi
Subscribe to:
Posts (Atom)
Saat kita dewasa, kita akan semakin belajar untuk mati rasa pada banyak hal. Hingga satu waktu, hal-hal yang dulu menyakiti kita dengan muda...
-
Sejatinya manusia dilahirkan dengan hati yang baik. Namun ternyata sekarang aku tengah hidup diantara orang-orang yang hatinya sering me...
-
Saat kita dewasa, kita akan semakin belajar untuk mati rasa pada banyak hal. Hingga satu waktu, hal-hal yang dulu menyakiti kita dengan muda...
-
Belajar untuk redha. Things happened for a reason. Semua ada sebab tersendiri. Always look at everything with an open mind. Learning how to ...






