Tuesday, 30 July 2019

BICARA SAHABAT



Sebab yang nampak indah bagiku belum tentu nampak indah bagimu. Kita diciptakan bukan untuk menjadi anggota dari sebuah himpunan dalam matematika. Maka berbeza bukanlah perkara salah.

Bagiku kayu malang di tengah pasir yang basah ini  adalah indah. Namun tidak bagimu. Sebab yang kau lihat adalah betapa rapuhnya kayu ini. Sedang yang kulihat betapa kuatnya ia menopang dirinya sendiri diantara hal-hal yang setiap saat bisa saja membuatnya patah bahkan tumbang...

Monday, 29 July 2019

SASTRA BICARA



Hanya ada ruang sunyi dan kaca yang lembab
Mata sembab
Nafas nan berat
Malam panjang dan aku sendirian
Menatap ruam gerimis
Tak ada yang diaroma tubuhmu
selain rindu
Getir.




Sayapmu melemah
Mungkin kini kau lelah
Cubalah terbanglah merendah
Tinggalkan sejenak amarah
Sebelum semua kehilangan arah.





Berkemaslah, langit mulai gerimis
Waktu kian menipis
Tak perlu menangis
Tak usah sinis
Gurat tangan kita memang tak segaris
Biarkan kisah ini berakhir manis.




Mengapa harus berharap pada
yang tak pasti
Sedangkan yang pasti banyak menunggu
di depanmu
Berhentilah merindu dalam gelap
Sebab di sana hanya ada kesedihan
Jangan lagi berdiam dalam nafas lalu
Kerana semua kenangan itu tidak akan
pernah kembali.





Friday, 19 July 2019

TARBIYAH SENTAP



Imam Ibn Qayyim pernah menyebut;

"Membuang masa ( dengan perkara dosa maksiat, tak berfaedah, lagha, dan lain-lain) lebih buruk daripada kematian. Kerana kematian memisahkan kamu daripada dunia ini, sedangkan membuang masa memisahkan kamu daripada Allah."


"Perbuatan dosa itu memiliki banyak kesan sampingan. Salah satunya adalah ia akan 'mencuri' ilmu pengetahuan daripada dirimu."

Maksud mencuri ini boleh jadi,
1. Ilmu tidak berkat.
2. Kita terlupa hafazan Quran atau apa-apa hafalan.


"Seseorang yang hatinya kosong dari (mengingati) Allah dan akhirat akan diuji dengan kecintaan terhadap dunia.
Perkara yang paling berat baginya adalah solat, yang paling dia benci adalah berlama-lamaan di dalam solat."






SABAR LEBIH BAIK



BERSOSIAL+SABAR LEBIH BAIK

Kita hidup di dunia ini bukan berseorangan. Kita hidup cara berkelompok dengan manusia lain yang kaya dengan pelbagai kerenah berbeza. Kadang kala, jiwa diuji dengan kerenah yang cukup menjengkelkan. Hati hilang sabar!

"Ish, ada juga manusia seteruk itu," bebel kita tanda tidak puas hati. Namun apakah sikap mukmin apabila berdepan dengan kerenah manusia yang sering menguji kesabaran ini?

Sebelum apa-apa, Rasulullah s.a.w. sudah mengingatkan, "Seorang Mukmin yang bercampur dengan manusia dan bersabar atas kejahatan mereka lebih besar ganjaran untuknya berbanding orang Mukmin yang tidak bercampur dengan manusia dan tidak bersabar atas kejahatan mereka." [Riwayat Ibn Majah]

Jadi sekarang kita sudah tahu kemahiran sosial yang dilengkapkan dengan pakej bersabar dengan keletah manusia lain jauh lebih baik berbanding duduk menyendiri.






FAHAMI PSIKOLOGI MANUSIA

Walaupun kita ini sama-sama manusia, namun kita belum tentu mampu memahami kerenah manusia lain. Lebih-lebih lagi manusiayang bersikap dan bersifat lain daripada manusia biasa.

Oleh itu, jika kita faham psikologi manusia, pasti kita akan bersikap lebih terbuka apabila berdepan dengan perangai manusia yang menuntut kesabaran. Kadangkala, apabila sikap seseorang itu berlainan atau menjengkelkan, pasti ada sebab yang menjadi punca seseorang bertindak demikian.


TELADAN NABAWI

Rasulullah s.a.w. hampir tidak pernah meletakkan sempadan atau mahu masa bersendiri melainkan sewaktu beribadah atau berkhalwat dengan Rabb. Selain itu, Baginda bergaul dengan orang ramai.

Cabaran yang Baginda hadapi bukan kecil. Baginda berdepan dengan golongan kafir dan musyrik yang memusuhi Baginda, Arab Badwi yang masih perlu dididik, sahabat yang sentiasa dahaga bimbing dan banyak lagi. Itu belum dikira lagi peperangan yag Baginda hadapi.

Namun Baginda mempunyai tahap kesabaran yang tinggi, bahkan bijak berdepan dengan pelbagai kerenah manusia dan situasi yang berbeza.



Saturday, 13 July 2019

SABAR KERENAH MANUSIA



KITA PUN ADA KEBURUKAN TERSENDIRI

Kita tidak perlu mengharapkan manusia begitu sempurna di mata kita. Hakikatnya kita sendiri bukanlah manusia yang sempurna. Diri kita ini masih banyak kelemahan, keburukan dan kesilapan, walaupun kita tentunya dalam usaha untuk memperbaikinya.

Menyedari hakikat ini, kita akan lebih berlapang dada dengan keburukan dan keletah manusia lain yang kadangkala boleh membuat darah kita mendidih.


BIJAK

Manusia ini makhluk yang unik. Bahkan tiada manusia yang sama sikapnya dengan manusia lain. Apabila berdepan dengan pelbagai sikap manusia ini, kita perlu bijak memahami dan bertindak.

Setiap individu dan situasi yang berbeza mungkin memerlukan tindakan yang berbeza daripada kita. Oleh sebab itu, ia menguji kebijaksanaan kita.


UBAT DENGAN ZIKIR

Untuk kesekian kalinya, kita boleh biasakan diri berzikir menyebut, "tidak mengapa." Zikir ini melepaskan beban rasa di hati kita setiap kali rasa tertekan dengan perangai manusia.

Rasa tidak puas hati, marah, tidak sabar dan sebagainya boleh diredakan. Kadangkala zikir menjadi jalan keluar kita daripada tidak terlalu memikirkan pelbagai perangai manusia lain yang menyakiti hati kita. Buat apa kita terlalu memikirkannya?

Dengan itu, kita sedang bertindak bijak dengan mengabaikan perkara yang tidak penting dalam hidup.



USAH DIRUNDUNG MURUNG



Berbicara tentang manusia....

Walaupun kita ini sendiri manusia, belum tentu kita mampu memahami manusia dengan begitu baik dan tuntas. Sering kali juga kita gagal memanusiakan sikap kita terhadap manusia.

Manusia adalah makhluk yang begitu unik. Ia ada perasaan dan akal. Ada aspek spiritual yang perlu dibelai dengan kualiti iman dan Islam, selain fizikal yang menjadi amanah untuk dijaga sebaiknya. Sebab itulah kadangkala kita gagal memahami manusia lain. Terlalu banyak aspek yang bergabung membentuk manusia.

Nampak sahaja pelbagai tingkah laku manusia, pantas mulut membuahkan pendapat. Pelbagai komen meluncur laju sehingga kadang kala mengguris hati dan perasaan. Dan kita mampu berlalu pergi begitu sahaja tanpa toleh dan boleh pula tersenyum puas.

Sedangkan kita terlupa, manusia ini sering kali terlepas kendali. Kita sendiri pun pernah berkali-kali. Bahkan sering sekali. Ada individu yang mempunyai tahap toleransi yang rendah terhadap tekanan yang dihadapi, lantas berubah tingkah.

Sikap kita? Bukan ingin menunding perbuatan yang salah,cuma ingin memandu tingkah supaya mereka mampu pantas bingkas. Ini sepatutnya.

Hakikatnya, kita sedar betapa tidak mudah menjadi manusia. Mujahadah masih panjang, sedangkan masa makin suntuk. Amalan masih perlu diganda sebagai bekal, sedangkan pada masa yang sama dosa tidak pernah lekang daripada bekal tersebut. Bahkan sering juga dunia menang berkali-kali, sedangkan akhirat tergadai....

Ketika melihat ada manusia lain terlepas kendali, ia sepatutnya membawa bukan sahaja dia. bahkan kita juga untuk lebih berpaut erat dengan tali Allah. "Sesungguhnya orang yang berkata, 'Tuhan kami ialah Allah,' kemudian mereka tetapkan pendirian, maka tidaklah mereka takut dan tidak akan berdukacita." [Surah al-Ahqaf 46:13]


Ketika itu, tiada takut atau dukacita yang mampu menyebabkan kita murung kerana kita tahu kita tidak mahu terlepas kendali. Bahkan kita juga bijak dengan tidak menilai atau mencemuh individu lain yang kemurungan, bahkan sudi pula menjadi bahu tempat dia bersandar dan meminjam telinga menjadi pendengar yang membina kembali kekuatan jiwanya.....

~sumber majalah solusi



PUISI DARI SAHABAT


























Thursday, 11 July 2019

SANTAPAN DARI LANGIT



Al-Quran itu turun dari Loh Mahfuz ke langit dunia. Al-Quran seterusnya diturunkan secara berperingkat kepada Rasulullah s.a.w. Al-Quran itu jugalah yang disampaikan oleh Baginda kepada para sahabat, seterusnya diwariskan kepada kita semua. Jauh sekali perjalanan al-Quran.

Asalnya dari langit, disambut Nabi terakhir, kemudian menjadi satu-satunya Kitab di dunia yang paling autentik.
Dipendekkan cerita, kini Al-Quran itu berada di tangan kita. Al-Quran yang isi kandungannya sama dengan dahulu. Tidak berubah walau sedikit.

Al-Quran itu ibarat santapan dari langit. Jika kita memandang Al-Quran umpama santapan, maka kita tidak jemuingin membacanya setiap hari. Bahkan berkali-kali sehari. Ini kerana kita faham ia keperluan asasi. Ia makanan ruji bagi hati.


Menariknya santapan dari syurga ini, ia sudah sedia boleh digunakan. Ia bukan bahan mentah yang perlu diolah. Bahkan ada pula perantara (Rasulullah) yang menjelaskan maksud isi kandungannya.

Ironi sekali, Al-Quran mampu mengikat hati Rasulullah, para sahabat dan orang soleh. Namun belum tentu mampu memikat hati kita.

Sedangkan itu Al-Quran yang sama. Betapa Al-Quran itu memang sudah hebat dan sebuah mukjizat, namun hati kita pula bagaimana? Apa reaksi dan aksi hati kita tatkala berinteraksi dengan Al-Quran?


Ingin mendekat atau menjauh?
Allah menjelaskan yang bermaksud: "Kemudian Kami wariskan Al-Quran itu kepada orang yang Kami pilih dalam kalangan hamba-hamba Kami. Antara mereka ada yang menzalimi dirinya sendiri dan ada yang pertengahan, serta ada pula yang mendahului dalam melakukan kebaikan dengan izin Allah. Itu adalah kurniaan yang besar daripada Allah." [Surah Fatir 35:32]

Ya Al-Quran itu jugalah yang mampu menghidupkan hati yang mati. Namun ada juga hati yang tidak mampu dihidupkan oleh Al-Quran.

Kenapa?
Ini soal kesediaan hati kita menerima AlQuran. Jadi, jangan biar hati berselaput dengan apa-apa penutup sehingga menjadi penghalang Al-Quran berfungsi di hati. Hati kita perlu terlebih dahulu menerima sepenuh hati, tanpa sebarang tapi atau nanti.

~Husna Hassan


Tuesday, 9 July 2019

DUNIA TEMPAT MEMBAYAR



Dunia hakikatnya ialah gelanggang mujahadah. Kita di sini untuk menanam. Di sana [akhirat] nanti barulah kita menuai.Musim bertanam tentulah payah:

* Mencangkul
* Membaja
* Menjaga daripada serangan serangga.
Bahkan bermacam-macam lagi kesusahan. Apabila menuai nanti, baru terasa nikmat dan keseronokannya.

Dunia ini juga diumpamakan sebgai tempat "membayar". Di akhirat nanti tempat "bermain". Jadi pay now, play later iaitu bayar di sini [dunia], "berseronoklah" di sana [akhirat].

Apa-apa saja di dunia ini menuntut bayaran.

Pilihlah, sama ada untuk membayar dulu atau membayar kemudian. Tetapi sekiranya kita membayar dahulu, kejayaan di kemudian hari akan lebih manis dan bererti.

Orang mukmin sentiasa rela bersusah payah untuk mencintai Allah. Hidupnya terlalu sibuk untuk melakukan kebaikan demi kebaikan. Lepas satu kebaikan, satu lagi kebaikanyang dibuat tanpa letih dan jemu.

Allah berfirman yang bermaksud:
"Maka apabila kamu telah selesai ( daripada sesuatu urusan), kerjalah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain." [Surah al-Sharh 94:7]



Friday, 5 July 2019

BICARA SAHABAT



Kadang Allah begitu cepat menjawab keresahan kita. Melalui begitu banyak perantara yang kita temui.
Atau jangan-jangan aku menduga. Selama ini jawapan itu sudah terbentang luas di depan mata tapi akulah yang tidak mengenalinya. Hanya kerana aku sibuk memikirkan diriku sendiri, sibuk berasumsi dan tidak percaya bahawa Dia akan menolong. Bahkan aku lupa berdoa, meminta kepada-Nya.

Semua masalah besar ini tidak ada ertinya di hadapan Allah Yang Maha Besar.

~kurniawangunadi





Mungkin dia tidak sepandai penulis yang kamu kagumi dalam merangkai kata-kata romantis. Tapi dia tentu punya kelebihan-kelebihan yang kamu sendiri lebih tahu dariku.

Mungkin dia tidak sepandai ustad yang kamu kagumi keluasan ilmunya. Tapi tentu dia punya amalan-amalan rahsia yang tidak diketahui kecuali dirimu.

Mungkin dia tidak seanggun selebgram-selegram itu. Tapi bukankah kamulah yang memilih dia untuk menjadi pasanganmu sehidup semati.

Tidak ada pasangan yang benar-benar sempurna. Maka hati itulah yang harus dibuka selebar-lebarnya untuk menerimanya dengan sempurna.


Thursday, 4 July 2019

CORETAN DARI SAHABAT



aku hanya sedang bosan pada perih
yang terus kupelihara sepenuh jiwa

aku sedang menikmati luka yang sengaja
kau buat
meringisi perih yang perlahan terus kau
semai
menghujani luka basah itu dengan air
garam

aku sebegitu cinta, sampai lupa caranya
membenci

~mbaktiti



Bila disebut namanya
lalu hatimu bergetar
Bila disebut nama yang lain
lalu hatimu cemburu
Bila yang selalu kau ingat
hanyalah namanya

Barangkali benar
cinta ialah rasa yang mengalir
dukanya tiada akhir.

~K-conk planet Bumi


Bagaimana pun
Seseorang yang telah tinggal di hatimu
akan selamanya menetap
Sekuat apa pun usahamu mengusir
keluar
Dia tetap kembali berada di tempatnya.

~air sunyi


Dulu
aku menulis sajak untuk mengingatimu
Kini
ingatan telah menuntunku menemukan
muaranya
Dan sunyi menjadi penyempurna yang
paripurna

~air sunyi


Topeng bayanganku
ada meski tidak nyata
Topeng bayanganku
Tidak nyata tapi berharga
itulah sebabnya kenapa aku selalu
berkata
kepada bayangan yang makin hari
tenggelam dalam rasa.

~ritme

Saat kita dewasa, kita akan semakin belajar untuk mati rasa pada banyak hal. Hingga satu waktu, hal-hal yang dulu menyakiti kita dengan muda...