Sunday, 26 April 2020

RENUNGAN



Setiap umat Islam
adalah dituntut untuk
mengenali asal kejadian
dirinya iaitu dari mana datangnya
dan ke mana akan kembalinya.
Manusia khususnya
manusia yang beriman
kepada Allah adalah yakin
dan percaya bahawa mereka
adalah datang daripada Allah
dan akan kembali kepada-Nya.
Sewaktu berada di alam roh,
manusia telah berikrar dan berjanji serta
mengakui bahawa Allah itu adalah Tuhannya
dan Allah juga yang Maha Pencipta dan Maha
Berkuasa di atas segala makhluk ciptaan-Nya.
Firman Allah melalui
Surah al-A’raaf ayat 172,
Allah menegaskan tentang
asal kejadian manusia dan janji
manusia kepada Allah seperti kalam-Nya:
“Dan ketika Tuhanmu
menjadikan keturunan anak Adam
daripada tulang punggung mereka.
Dia meyaksikan dengan diri mereka sendiri.
Allah berfirman:
Bukankah Aku Tuhan kamu?
Sahutnya Ya kami menjadi saksi
supaya kamu jangan mengatakan pada hari
kiamat sesungguhnya kami lengah terhadap hal ini.”
Manusia sebelum dilahirkan
Ia belum terpisah dari Tuhan, sewaktu itu
Janji ikrarnya: Bahawa Tuhanku
Ialah Allah, Tuhan Yang Maha Esa,
Tuhan yang Maha Pencipta, Dialah yang
mencipta sekalian alam, makhluk,
juga manusia
Inilah awal dan asal tauhid dan iman
Inilah awal dan asal makrifat yang hakiki
“Keindahan Manusia”
mengungkapkan maksud dan
rahsia keindahan manusia sebagai
sebaik-baik dan sesempurna kejadian
sebagaimana menepati maksud al-Qur’an
dalam Surah at-Tin ayat 4
yang telah dijelaskan sebelum ini.
Keindahan manusia
Bukan kerana wajahnya
atau kecantikannya
Keindahan manusia
Bukan kerana hartanya
atau pangkatnya
Keindahan manusia
Bukan kerana bangsa
atau keturunannya
Keindahan manusia
Kerana keindahan cinta
rabbani dalam dirinya
Keindahan manusia
Adalah kerana keimanan
dan amalan solehnya
Keindahan manusia
Kerana keindahan akhlak dan adabnya
Inilah rahsia keindahan manusia
“Dan berikanlah
berita gembira kepada
orang-orang yang sabar,
(yaitu) orang-orang yang
apabila ditimpa musibah
mereka mengucapkan:
‘Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un.’
Mereka itulah yang mendapat
keberkahan yang sempurna dan
rahmat dari Rabb mereka, dan mereka
itulah orang-orang yang mendapat petunjuk.”
(Al-Baqarah: 155-157)
“Tiada seorang muslim
yang ditimpa musibah lalu ia
mengatakan apa yang diperintahkan
Allah (yaitu): ‘Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un,
wahai Allah, berilah aku pahala pada (musibah)
yang menimpaku dan berilah ganti bagiku yang
lebih baik darinya’; kecuali Allah memberikan
kepadanya yang lebih baik darinya.”
(HR. Muslim no. 918)
‘Ya Allah,
berilah kami pahala
pada musibah yang menimpa
kami dan berilah ganti bagi
kami yang lebih baik darinya.’
Allah SWT berfirman: “Karena itu,
ingatlah kamu kepadaKu, niscaya
Aku ingat (pula) kepadamu (dengan
memberikan rahmat dan pengampunan).
Dan bersyukurlah kepadaKu, serta jangan
ingkar (pada nikmatKu).” (Al-Baqarah, 2:152)
“Orang-orang
yang beriman dan hati
mereka menjadi tenteram dengan
berzikir (mengingat) Allah. Ingatlah, hanya
dengan mengingat Allah hati menjadi tenteram”
(Qs. ar-Ra’du: 28).
“dan sesungguhnya mengingat Allah
adalah Lebih Besar (Keutamaannya
dari ibadat-ibadat yang Lain). Dan Allah
mengetahui apa yang kamu kerjakan.”
(QS. Al Ankabut : 45)
Subhanallah walhamdulillah
wala ilaha illallah wallahu akbar

Saat kita dewasa, kita akan semakin belajar untuk mati rasa pada banyak hal. Hingga satu waktu, hal-hal yang dulu menyakiti kita dengan muda...