Friday, 24 March 2017

KALAU BUKAN KERANA ENGKAU...



Kalau bukan kerana engkau yang menitipkan rasa cinta di hatiku aku enggan menerima.
Kalau bukan engkau yang menciptakan rasa cinta di hatiku, aku enggan mengakui aku merasakannya.
Kalau bukan kerana engkau yang mampu menjaga hatiku, aku enggan menjadi pasrah ditumbuhi rasa cinta.

Kerana Engkau Maha Kuasa maka aku percaya
Kerana Engkau Maha Memaafkan maka aku terus meminta maaf pada-Mu atas cinta yang tumbuh untuk dia.
Kerana Engkau Maha Baik aku mohon jangan terlalu lama Kau biarkan hatiku seperti ini. Merasakan cinta namun tak mampu mengungkapkan, merasa rindu namun takut menjadi keharaman.
Jikalau memang Engkau redhai aku mohon percepatkan dan perlancarkan proses kami menjemput keredhaan dengan kehalalan...






Kau tak rindukah?

Bercerita tentang hujan padaku.
Seakan aku paling tahu segala tentang hujan
Padahal aku belajar tentang hujan yang datang bersamaan denganmu
Maka malam ini, ketika aku harus menaklukkan gelap
Menyusuri jalan setapak di bumi nan sunyi
Sesekali aku yakinkan bahawa aku berani
Seketika titik-titik lembut mengusap pipiku
Seketika pula aku mengingatmu dan Pencipta Rasa Rindu

Ku selesaikan tugasku dikegelapan, diudara luar yang berbalut petrichor
Tanganku bekerja dalam nyata
Hatiku bekerja kerana duka
Fikiranku bekerja kerana logika
Mataku bekerja menitiskan airmata

Aku angkat daguku tinggi hendak bertegar
Aku lihat langit sangat cerah namun titikan hujan terus menjatuhi wajahku

Apa kau rindu aku?
Tanyaku sambil menatang hujan...



Ada yang kusamarkan di belakang hujan deras semalam...jelas suara parau dari kelelahan yang selama ini kuanggap lumrahnya sebuah perjalanan, jelas guruh di dada, sebab rindu dan kecewa yang sulit sekali kuanggap tiada...
Ah...rindu ini liar...





Wahai Rabb Pemilik cinta
Terima kasih kau titipkan sebuah cinta dihatiku
Wahai Rabb penumbuh cinta
Terima kasih kau tumbuhkan cintaku padanya yang belum pernah aku temui
Wahi Rabb penumbuh rindu
Terima kasih kau buat cintaku berbuah kerinduan kepadanya

Tapi Wahai Rabb Maha Penjaga
Tolong jaga cintaku selalu dalam keredhaan-Mu
Wahai Rabb Maha Penguji
Bantu aku melalui ujian-Mu yang merupa kerinduan kepada dirinya
Wahai Rabb maha Kuasa
Kau pasti mampu jagakan hatinya untukku dan jagakan aku untuknya

Wahai Rabb Maha Pemilik dan Yang Maha Berhak Mengambil semua yang dititipkan
Kuatkan aku bila suatu hari Kau ambil kembali cinta ini dari hatiku yang sangat rapuh
dan mudah retak...






~ NSB

BICARA SAHABAT



Sering kali kita berdoa pada saat-saat sulit, pada hal seharusnya kita juga berdoa dalam kegembiraan dan saat rezeki melimpah dalm sujud syukur.





Jangan takut dibenci orang kerana melakukan hal yang benar.... Nikmatilah hidupmu dengan dua cara:
Bila sedih bersabarlah, maka Allah akan menyertaimu.
Bila bahagia bersyukurlah, maka Allah akan menambah nikmat mu...




Apa yang kamu tabur itu yang kamu tuai, tabur kebaikan maka akan menuai kebaikan,
hukum karma itu selalu ada....

Jika kita berusaha dengan baik dan selalu berperasangka baik maka Allah akan memberi kita semua yang terbaik, yakinlah...




Jika kau merasa kecewa saat tiada yang memuji amalmu, menghargai kebaikanmu, yang menurut sudah banar, yang salah bukan mereka. Apakah mereka mencegahmu berbuat baik?
Jangan menambah kotor hati dengan menyemai benih harapan pada balasan manusia.

Periksa hatimu mungkin hatimu belum selesai memaknai ketulusan.




BICARA HATI HAMBA

                                               


Alhamdulillah.

Sejak kecil, kita sering diperingatkan agar mengasah bakat, menggilap kemahiran, menambah ilmu, mempertingkatkan keyakinan dan sebagainya.
Jarang sekali kita dinasihatkan untuk membersih atau menjernihkan hati. Jika ada pun, ia datang dari orang yang kuat berpegang kepada agama, kerana inilah antara inti pati ajaran agama.

Hati tidak akan bersih sekiranya kita hidup dengan melakukan dosa berterusan. Nabi Muhammad s.a.w. bersabda "Sewaktu seorang hamba melakukan dosa, terbentuklah satu noktah hitam di hatinya.
Apabila dia terus melakukan dosa, bertambah banyaklah noktah hitam itu menutupi hatinya menjadi karat." (Hadis riwayat Tirmizi, Nasai, dan Ibnu Majah)

Jalan paling baik untuk menjernihkan hati ialah menjauhi dosa dan melakukan amal-amal kebajikan, banyakkan ibadah dan zikir kepada Allah s.w.t. Jauhi tempat maksiat, tidak bercakap yang sia-sia, elakkan membuang masa dengan perkara-perkara yang melalaikan, manfaatkan waktu, berkawan dengan orang yang baik-baik, dan banyak lagi.

Senarai amalan baik yang boleh memperbaiki kejernihan hati sebenarnya sangat panjang dan tidak terbatas. Cuma kita perlu terus berusaha menjernihkannya sebagaimana usaha yang kita lakukan untuk mempertingkatkan prestasi dalam pelbagai hal lain.









Thursday, 23 March 2017

DI HUJUNG SEPI...



Ada gemuruh gundah datang
Menghimpit ruang gerakku
Semua yang kulihat
Adalah hanya sebuah kehampaan.

Anganku pun berusaha menerobos
Diantara dinginnya sepi dan kelamnya malam
Namun tatapan angan ini
Selalu kandas pada tembok kamarku.

Aduh kurindu....
Aduh betapa kosongnya diri ini
Kan datangkah angin yang menggelitik
Hingga membuat senyuman terkembang.

Kutunggu hai dikau...
Dari ujung sepi dari segala rindu dan gundah
Kutunggu hai dikau...
Tuk genapkan hati mengusir duka.

Di ujung sepi...

~tinaz

BICARA HATI HAMBA




Kalau Engkau Dicintai Orang Dan Mencintai....

..... senangkanlah hatimu!
Tandanya hidupmu telah berharga, tandanya engkau telah masuh daftar orang yang terpilih.
Jika engkau mencinta tetapi cintamu tak terbalas, senangkanlah juga hatimu!
Kerana sesungguhnya orang yang mengusir akan jatuh kasihan dan ingin kembali kepada orang yang diusirnya itu setelah dia jauh dari matanya, dia akan cinta, cinta yang lebih tinggi darjatnya daripada cinta lantaran hawa.

Dengan sebab itu, engkau akan beroleh juga kelak tempat merupakan cinta itu, kalau tak ada pada insan, akan ada pada yang lebih kekal daripada insan.
Bersedialah menerima menyuburkan cinta, walaupun bagaimana besarnya tanggunganmu, kerana cinta memberi dan menerima, cinta itu gelisah, tetapi membawa tenteram.
Cinta mesti lalu di hadapanmu, sayangnya engkau tidak tahu bila lalunya.

Hendaklah engkau jadi orang besar, yang sanggup memikul cinta yang besar.
Kalau tak begitu, engkau akan beroleh cinta yang rendah dan murah, engkau menjadi pencium bumi, engkau akan jatuh ke bawah, tak jadi naik ke dalam benteng yang kuat dan teguh, benteng yang gagah perkasa yang sukar tertempat oleh manusia biasa.

~ tasauf modern, Hamka.

Wednesday, 22 March 2017

BICARALAH SAYANGKU...



Bicaralah sayangku
sebelum lara dari amarahmu ini malah berumur
panjang dalam ketidakmengertian

Bicaralah sayangku
sebelum kasih sayang dan keyakinan ini
melumpuh rapuh kerana
bibirmu yang sangat sunyi

Bicaralah sayangku
hatiku selalulapang untuk
seluruh kejujuranmu

Aku tahu
kamu tahu itu.




Untuk segala lara dan airmata yang dia ciptakan
hingga hanya pada-Mu hatiku sanggup berpulang
aku mohon, Tuhan
hadirlah bersama langkah dan duka sepinya
yang semakin tak terjangkau kedua mata
sebagaimana tiadanya untukku, Engkau ada.



Kau memilih pergi, sebagai tanda bahawa seluruh indahmu
untukku telah berakhir.
Namun bagiku segala yang kau perbuat tak
mampu mengakhiri apa pun.

Satu pengkhianatan telah membuatku berhenti
percaya pada segalanya,
termasuk pada kesedihanmu.

Bila seribu perempuan tak lagi
menyenangkan kamu seperti sebelum
kamu mengenal aku
haruskah aku jelaskan siapa aku
seharusnya dalam hidupmu?


Kita memang telah memutuskan untuk
kembali tak saling mengenal
Tapi siapa yang tahu? Setelah sekian
purnama berlalu sikapmu masih 
menjadi alasan airmataku berderai sebelum tidur.




~ Penombre~


BERLAWAN ARAH



Suatu ketika saat kamu sedang memiliki perasaan kepada seseorang, tiba-tiba muncul orang lain yang memiliki niat terbaik dalam hidupnya untukmu. Apakah kamu berani melawan arah perasaanmu?

Suatu ketika, impianmu runtuh satu persatu bukan kerana kamu tidak berjuang mewujudkan. Tapi orang tuamu tidak setuju dengan segala hal yang kamu utarakan, mereka berharap besar terhadapmu.
Apakah kamu berani melawan arah impianmu?

Di tengah jalan, kita akan dihadapkan pada hal-hal yang menggelisahkan itu. Kerana rumusnya adalah, perasaan tidak selalu sama dengan kenyataan. Dan Tuhan itu menghadirkan kenyataan-kenyataan untuk membuat kita mengerti bahawa menjalani hidup itu tidak sama dengan angan-angan.

Kita belajar berkali-kali tentang yang terbaik itu selalu Allah yang Maha Mengetahui. Hanya saja, ilmu kita tentang itu tidak pernah sampai dalam setiap langkah kita.
Kita semacam merasa paling tahu yang terbaik untuk diri kita sendiri padahal sebenarnya kita tidak tahu apa-apa.

Kekecewaan itu lahir dari ketidakmengertian kita tentang keikhlasan...


~ kurniawan gunadi.


Saat kita dewasa, kita akan semakin belajar untuk mati rasa pada banyak hal. Hingga satu waktu, hal-hal yang dulu menyakiti kita dengan muda...