Saturday, 19 August 2017

ARTS.....CANTIK



































~boredpanda

SEMBUHKAN LUKAMU



Hati .....

Bahagian paling sukar difahami
Bila bibir mengukir senyum, belum tentu dia bahagia
Bila air matanya mengalir tanpa dipaksa, belum tentu dia derita

Hatinya, Hati itu sukar difahami bahasanya
Kadang menghegeh mencari ruang
Menebar rasa yang lama terpendam
Mencari ruang untuk menyembuh
Dek luka semalam

Belum sembuh barangkali


Jiwa ......

Luka semalam yang belum terbaiki kau jengah semula
Perit lagi ya?
Jangan kau simpan diam-diam dalam dada
Luahkan
Luahkan satu-satu dalam sujudmu yang lama
Moga jiwamu yang kekeringan membasah semula daam redhanya


Sukarkan memapar senyum
Membalas tawa
Saat diri terbenam dalam duka
Kau sendiri pernah rasa kan?


Kerana itu,
Kita jangan sesekali cemuh hidup orang
Kita jangan sesekali hina  hidup orang
Jatuh bangun dia. Naik turun dia
Cuma Allah tahu
Dia struggle dua puluh empat jam sikit pun kita tak pernah tahu
Kita main aci redah bising-bising komen pasal dia. Sikit pun tak menambah iman kita
Berhentilah
Allah lebih tahu apa lebih baik untuk hidup dia
Doakan dia, moganya malaikat mendokan kita semula


Dulu pernah ada yang bilang,


"Dalam hidup, ada masa kau perlu berkorban. Korban jiwa, korban masa, korban tenaga. Air mata mungkin mengalir. Hati mungkin terguris. But, this will never be forever. You wish something better, He knows something greater. Keep walik. Head up. Hidup tak lama. Korban sekejap. Senyum, lalui hidup sebaiknya."


Ketahuilah,

Tiap perasaan yang kita ada, Allah yang ciptakan
Maka tika mana engkau lelah dengan apa jua perasaan yang ada, bicaralah sama Dia
Puas. Kau akan puas
Kerana atas izin-Nya perasaan ini ter-lahir dan hilang
Sungguh, Dia pasti menitipkan kekuatan dari arah yang kau tak sangka-sangka
Bisik sama hati,

"Tuhan aku tahu semua itu tidak sia-sia."

Satu benda kau kena faham
Satu benda
Kita ni, bukan kuat mana
Bukan tabah mana
Bukan cekal mana
Tegar, tabah, cekal kuat itu Allah yang bagi
Kalau Tuhan tak bagi segala jenis kekuatan tu,  nak buka mata pun kau tak larat
Ingat Tuhan. Cari Tuhan.


Lalu, saat kau pasrah dan putus- kan


"Malas nak fikir. Let the time dicide. Betul ke gitu?"
" Sayang, masa tak pernah menetukan apa-apa. Allah yang atur.
Dengan izin-Nya. Tentang apa jua. Cuma masa itu beri peluang untuk kita usaha, doa dan memperbaiki diri. masa itulah yang Allah peruntukkan buat kita merawat hati."


Moga nantikan kau fahami
Himah-hikmah yang ter-alir
Moga jatuh bangun kita ini nanti kan men-senyumkan kita di;
Syurga.


"Dan aku belum pernah kecewa dalam berdoa kepada-Mu, ya tuhanku,"
[ Maryam: 4 ]

kekal tegar ya,
moga Allah menjaga.


~bittersweet Journey

Friday, 18 August 2017

BUNGA EMAS




Apa ertinya

Bunga emas yang diberi dulu

Dikembalikan semula

Dikau pun berpaling terus pergi

Rasa dihina membuat aku merasa

Kasihku tiada berharga

Apa maknanya

Bunga emas yang engkau miliki

Bila engkau mengirim erti

Rupanya aku dibenci

Tergamaknya

Kau biarkan bunga cinta

Terbiar pudar warnanya

Dulu gemilau bagai emas

Rupa-rupanya hadirmu cuma bersandiwara

Tak lena tidurku

Sering mengenangkan wajahmu

Duhai sayangku

Aku di sini

Tercari-cari warna pelangi

Hanya yang kutemui

malam yang sunyi

tak kutemui

meranalah

Masih adakah haruman rindu

Di mana emas dulu kau puja

Pabila sepi datang melanda

Ku merindu percintaan bagai dulu

Rupa-rupanya hadirmu cuma bersandiwara

Tak lena tidurku

Sering mengenangkan wajahmu

Duhai sayangku

Aku di sini

Tercari-cari warna pelangi

Hanya yang kutemui

malam yang sunyi

tak ketemui

meranalah

Masih adakah haruman rindu

Di mana emas dulu kau puja

Pabila sepi datang melanda

Ku merindui percintaan bagai dulu

Apa ertinya

Bunga emas yang diberi dulu

Dikembalikan semula

Dikau pun berpaling terus pergi

Rasa dihina membuat aku merasa

Kasihku tiada berharga

Apa maknanya

Bunga emas yang engkau miliki

Bunga emas yang kuberi dulu.



~lirik lagu Saleem Iklim






ANTARA CINTA DAN BAHAGIA YANG TIADA


Kita memahami sesuatu perkara itu berlaku punyai jalan tersendiri mengikut apa yang telah ditakdirkan pada kehidupan ini.

Namun sering juga kita mengeluh dan bertanya pada diri sendiri, kenapa dan mengapa diuji dengan penuh debaran...
Dan kadang merasakan amat sukar untuk dirasai.

Jangan tersalah memberi hati kepada insan yang tak sudi.....Pada insan yang tak mengerti....Kerana, sekali kamu dilukai, sampai bila-bila tetap kamu ingati.



Semua pernah merasa kehilangan, cuma bezanya hanya sejauh mana kesakitan hilang itu ada. Kita punya rasa, dan kadang rasa kita itu sukar untuk dijelaskan mahupun untuk diterang-terangkan.

Tiada siapa pun mahu sebuah perhubungan yang dibina dengan kasih dan sayang itu berakhir dengan benci dan dendam... Dan menjadi naluri kita, mencari tanpa ada jemu akan rasa cinta. ternanti-nanti di mana  hujungnya kasih itu terhenti. Adakah berakhirnya cerita putus di tengah jalan dan pedih sepanjang masa. Hingga kadang-kadang menghantui sejarah kehidupan sehingga akhir usia....






Duhai hati...

Hidup ini bukanlah hanya sekadar ketawa. dan juga bukanlah sekadar air mata. Pasti akan selang seli dengan warna -warna kehidupan yang kadang tidak datang dan sempurna seperti yang kita inginkan.
Dan ada ketikanya kita terpaksa menerima sesuatu akan hakikat dengan sabar dan rela kerana itulah takdir buat kita.


Pada tika saat ujian datang merapati...Dan ketika itulah hati dan fikiran teruji...menjadi igauan ia akan merisaukan hati.
Akan tetapi, siapa yang masih mampu tersenyum. Dan tika itulah, menguji kita sejauh mana kekuatan yang ada di dalam jiwa kita. Di dalam kita mentafsir di mana letaknya kejituan hati kita.






Hadapilah satu suratan atas sesuatu ke atas kita, dengan rasa bersyukur kerana diuji Allah s.w.t. Siapalah kita menidakkan takdir buat kita. Cuba dan mengerti akan perjalanan kita, syukuri apa yang ada kini. Itulah letaknya nilai murni kita sebagai muslim sejati.

Kita diuji dan diduga dalam jarak perjalanan kehidupan kita, melihat betapa utuhnya kekuatan iman di dalam jati diri.

Berhentilah menangisi sesuatu suratan yang berlalu.  Pasti ada hikmah yang tersembunyi disebaliknya. Usah dikenang salah lama. Dan perkara yang lepas itu, takkan sama sekali berulang kembali. Mustahil pada kita, hamba-Nya yang lemah mencari dan mengulangi, mengembalikan masa lalu untuk membetulkan kesalahan masa lampau.



MEMBUAT PERSIAPAN....



Alhamdulillah. Ketika ini kita dihidupkan oleh Allah s.w.t., tinggal di bumi milik-Nya. Kita berjalan dengan bebasnya. Kita diberi rezeki yang melimpah, makanan, minuman, udara dan sebagainya.

Tiba saat yang telah ditentukan. Kita akan dikembalikan semula kepada-Nya. Samada suka atau tidak, sedar atau lalai, ia pasti akan berlaku. Selepas itu kita akan menuju ke negeri abadi, syurga atau neraka. Kita memilihnya semasa di dunia ini melalui amal dan tindakan.





Sesungguhnya perjalanan selepas ini amat jauh, maka banyak bekalan perlu dibawa. Kekurangan bekalan amat menyulitkan perjalanan kita. Mengingatkan hal demikian, maka wajiblah bagi kita menginsafi diri, menyiapkan diri bagi hari yang amat besar itu. Persiapan menghadapi kematian, persiapan bertemu dengan Tuhan.


Sememangnya dalam menjalani kehidupan ini, kita sering lupa matlamat hidup ini. Kita sangkakan dunia ini adalah tempat bersenang-lenang, tempat beristirahat. Hakikatnya dunia tempat mencari bekal untuk menuju alam abadi.


Justeru, Allah s.w.t. dengan sifat kasih sayang telah menghantar peringatan kepada kita agar tidak melupakan saat-saat itu, agar kita tidak terpedaya dengan keduniaan, sehingga kita tidak bersiap untuk bertemu dengan-Nya.


Diceritakan Nabi Musa pernah memberitahu malaikat supaya memberitahu sebelum mengambil nyawanya. Tetapi tatkala akan diambil nyawanya, Nabi Musa bertanya kenapa malaikat itu tidak memberitahunya lebih awal. malaikat segera menjawab, Allah telah menghantar peringatan demi peringatan.....

Rambut yang hitam menjadi putih.

Badan yang gagah beransur menjadi lemah.

Selera yang terbuka mula menguncup.

Gigi sudah banyak yang gugur.

Mata yang terang mulai kabur.

Kulit yang tegang semakin kendur.


Allah s.w.t. berfirman : "Tiap-tiap yang bernyawa pasti akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari Kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan di masukkan ke syurga maka sesungguhnya dia telah berjaya, dan (ingatlah bahawa ) kehidupan di dunia ini ( meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya ), tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang yang terpedaya." ( Ali -Imraan : 185 )


Oleh itu, awaslah daripada dilalaikan dan diperdayakan oleh kesenangan dunia dan kemewahan, sebaliknya gunakanlah semuanya itu untuk amal kebajikan bagi mencapai kesenangan dan kebahagiaan yang kekal di akhirat kelak.


~sumber kembara mencari hamba

Thursday, 17 August 2017

HARGA DIRI



Berkata Imam al-Harits al- Muhasibi Rahimahullahu Taala :

"Orang yang benar ialah orang yang tidak peduli dengan runtuhnya harga dirinya pada pandangan
makhluk asal ia dapat membaikkan hatinya.

Dan ia tidak suka terhadap penglihatan manusia terhadap amalan-amalannya yang baik. Dan ia tidak benci bahawa manusia mengetahui apa jua yang jahat dari perbuatannya.

Kerana kebencian terhadap perkara tersebut adalah sebagai bukti bahawa ia menghendaki suatu yang lebih daripada harga dirinya yang sebenar. Maka hal yang seperti ini bukan termasuk di dalam ikhlasnya para shiddiqin. "






SEJARAH SOLAT



SUBUH

Manusia pertama mengerjakannya : Nabi Adam a.s.

Al-Kisahnya : Tatkala Baginda dikeluarkan dari Syurga dan di hantar ke bumi. Perkara pertama yang dilihat baginda adalah kegelapan dan baginda merasa takut yang amat sangat.

Waktunya : Bila fajar subuh, Nabi Adam bersembahyang dua rakaat.

Rakaat Pertama : Bersyukur baginda kerana terlepas dari kegelapan malam.

Rakaat Kedua : Bersyukur baginda kerana siang telah menjelma.




ZOHOR


Manusia pertama yang mengerjakannya : Nabi Ibrahim a.s.

Al-Kisahnya : Tatkala Allah s.w.t. memerintahnya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s.

Waktunya : Seruan itu datangnya pada waktu tergelincir matahari. Setelah Allah menggantikan Nabi Ismail dengan kibas, lalu sujudlah Nabi Ibrahim empat rakaat tanda kesyukuran.

Rakaat Pertama : Bersyukur bagi penebusan.

Rakaat Kedua : Bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.

Rakaat Ketiga : Bersyukur dan bermohon akan keredhaan Allah.

Rakaat Keempat : Bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.




ASAR


Manusia pertama mengerjakannya : Nabi Yunus a.s.

Al-Kisahnya : Tatkala Baginda dikeluarkan oleh Allah dari perut ikan nun.

Waktunya : Ikan nun telah memuntahkan baginda di tepi pantai, sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyanglah baginda empat rakaat kerana baginda talah diselamatkan oleh Allah dari empat kegelapan.

Rakaat Pertama : Kelam dengan kesalahan

Rakaat Kedua : Kelam dengan air laut.

Rakaat Ketiga : Kelam dengan malam.

Rakaat keempat : Kelam dalam perut ikan nun.




MAGHRIB

Manusia Pertama mengerjakannya : Nabi Isa a.s.

Al-Kisahnya : Kejadian ini berlaku sudah waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukur Nabi Isa a.s. lalu sembahyanglah baginda tiga rakaat.

Rakaat Pertama : Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah Yang Maha Esa.

Rakaat Kedua : Untuk menafikan tuduhan dan juga tomahan ke atas ibunya, Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.

Rakaat Ketiga : Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu; iaitu Allah jua....tiada du atau tiganya.



Isyak

Manusia Pertama mengerjakannya : Nabi Musa a.s.

Al-Kisahnya : Tatkala Nabi Musa tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan dukacita.

Waktunya : Allah lantas menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah baginda empat rakaat sebagai tanda syukur terlepas dari dukacitanya iaitu:


Rakaat Pertama : Dukacita terhadap isterinya.

Rakaat Kedua : Dukacita terhadap saudaranya Harun.

Rakaat Ketiga :  Dukacita terhadap Firaun.

Rakaat Kempat : Dukacita terhadap pengikut Firaun.





~sumber cetusan minda.








Saat kita dewasa, kita akan semakin belajar untuk mati rasa pada banyak hal. Hingga satu waktu, hal-hal yang dulu menyakiti kita dengan muda...