Tuesday, 21 November 2017

ME-TIME



Apabila seorang professor bertanya mengenai 'mee time' yang dimiliki oleh kawan-kawan saya, saya rasa beruntung mempunyai masa me-time yang seimbang dengan pekerjaan saya, dalam kehidupan saya.

Apakah yang dimaksudkan dengan 'me-time' ?


Ia bukanlah masa untuk kita makan mee goreng atau berbagai mee jenis lain. Ia merujuk kepada jumlah masa yang kita peruntukkan untuk diri kita sendiri.
Masa yang khas untuk diri kita secara total. Bukan masa untuk kita perhambakan diri untuk kerja, suami/isteri atau untuk anak-anak kita. Maksud saya lagi masa yang total untuk kita. Saya ulangi total.

Pentingkah masa 'Me Time' ini?

Ya, Allah penting sangat. Masa inilah kita dapat redakan segala tekanan dan 'restore' balik tenaga kita. Ia baik untuk fizikal dan emosi kita. Badan dan minda kita, kita mesti jaga.

Jika kita tiada 'me time', kita stress dan jangkitan stress ini pada orang lain. Di tempat kerja misalnya kita sering menekan kawan kita [yang boleh buat kerja] semata-mata kita tertekan. Kita jadi pentingkan diri dan membuatkan kawan-kawan kita 'left group'...
Kita juga mungkin menekan pasangan dan anak-anak kita secara tidak sedar.


Macam mana nak cari 'me time' ?


Ada kawan saya beritahu waktu tidur sahaja masa 'me time' beliau. Maknanya seharian dia berkhidmat untuk kerja dan keluarga beliau. Ini sifat terpuji, tetapi tentulah tidak baik untuk tubuh badan dan mindanya  di kemudian hari.

'Me time' waktu ini kitalah mewujudkannya ! Sebab itulah orang dulu-dulu ada hobi mengumpul setem dan duit lama. Bila kita dengar, kita gelak sebab kononnya ketinggalan zaman. Pada hal kitalah yang bodohnya sebab tidak tahu mereka itu ada 'me time' untuk diri sendiri.


Kita kena wujudkan 'me -time' kita sendiri. Kita mungkin perlukan hobi. Hobi salah satu elemen yang boleh menyembuhkan diri kita.  Secara minda dan fizikal.

Setiap orang perlu mempunyai 'me time' mereka sendiri.


Apa bezanya 'me time'   dengan work life beleng?

'Me time' ini ada terkandung dalam 'work life balance'. Maknanya kalau kita nak dapatkan 'work life balance pun  sukar, jangan haraplah nak dapatkan 'me time'. Haaa. Ibarat 'work life balance' tu capter. 'Me time' tu 'sub-capter'. Haaaa.




'Me time' ini tidak ada kena mengena dengan jantina, bangsa, agama , negara, taraf pendidikan atau apa-apa yang disekeliling. Maksud saya kalau kita berpelajaran dan jadi bos tak menjamin kita punyai 'me time' jika kita tidak wujudkannya. Dan walau kita buruh kasar yang tua, gemuk (tidak diet), tak berpelajaran dan sunyi, kita tetap ada 'me time' kalau kita mahu mewujudkannya. Haaa...

~jankaulu





JANGAN HANYA SEKADAR TAHU



Ramai orang tahu bahawa Allah ialah Tuhan mereka. Tetapi ramai yang tidak sedar bahawa Allah ialah Tuhan mereka. Bunyinya nampak sama, tetapi hakikatnya dua perkara yang berbeza. Apa perbezaannya? Begini, saya datangkan contoh agar mudah  difahami.

Ramai orang tahu bahawa api sangat merbahaya, kerana sifat api yang panas membakar serta boleh mengakibatkan kematian jika tidak berhati-hati dengannya. Ditakdirkan, suatu hari rumah kita terbakar semasa kita sedang tidur nyenyak dibuai mimpi indah.

Ya, memang kita tahu api itu merbahaya, tetapi kita tidak terjaga daripada tidur dan tidak ada sesiapa mengejutkan kita daripada tidur. Akibatnya, kita akan maut dijilat api, nauzubillah!

Bagaimana caranya supaya kita selamat daripada kebakaran tersebut? Kita perlu disedarkan daripada tidur. Apabila isteri kita kejutkan kita, "Abang, bangun...ada api, rumah kita terbakar bang!", pasti kita akan terus melompat dari katil dan mimpi indah sebentar tadi terus lenyap. Pada ketika itu apa yang kita fikirkan adalah menyelamatkan diri!.

Kita sudah mengetahui, api sifatnya membakar tetapi kita tidak akan selamat jika kita tidak disedarkan daripada lena tidur kita. Maka, formula yang dapat kita ambil ialah:

TAHU + SEDAR = SELAMAT
TAHU + TIDAK SEDAR = TIDAK SELAMAT


TIDAK CUKUP SEKADAR TAHU

Begitulah kita dengan Pencipta iaitu Allah. Jika ditanya kepada Muslim, "Siapa Tuhan Kamu?" Saya yakin jawapan mereka adalah, " Tuhan aku ialah Allah."

Mengapa mereka boleh berkata demikian? Kerana rukun Islam yang pertama ialah mengucap dua kalimah syahadah. Dalam ikrar tersebut telah termaktub bahawa "tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah."

Apabila ditanya lagi kepada mereka, "Adakah kamu sedar Allah Tuhan kamu?" Mungkin tidak ramai yang boleh menjawab dengan telus. Ada daripada kalangan mereka yang keliru untuk menjawab soalan ini.

Bagaimana sikap seseorang yang sedar bahawa Allah ialah Tuhan mereka? Mereka sentiasa bersikap amanah dengan pekerjaan yang diusahakan, tidak akan berani meninggalkan solat, apatah lagi melakukan maksiat, dan mereka selalu yakin dengan rezeki daripada Allah.

Bagaimana pula sikap orang yang hanya tahu Allah ialah Tuhan mereka? Mereka tidak ada rasa bersalah apabila pecah amanah, tanpa rasa berdosa melakukan maksiat, juga tanpa rasa bersalah meninggalkan solat. Dalam soal rezeki, mereka tidak yakin segala yang dimiliki bersumberkan daripada Allah.

Allah mengkhabarkan, mafhumnya: "Mereka tidak mengenal Allah dengan sebenar-benarnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa." [Surah al-Hajj 22:74]



ASBAB REZEKI


Dalam hidup ini semua benda kita inginkan. Lepas satu, satu lagi kita mahu. Tidak pernah rasa cukup. Kemahuan kita pelbagai. Kereta, rumah, harta benda, duit yang banyak, isteri solehah, anak-anak yang bijak dan berjaya, dan pelbagai lagi yang dihajatkan. Adakah salah untuk kita kejar semua ini? Tidak menjadi kesalahan pun kerana Allah menciptakan dunia untuk kita miliki.

Namun, sebagai hamba-Nya kita perlu akur bahawa kita hanyalah penerima rezeki, dan hanya Allah Pemberi rezeki. Selain daripada Allah hanya asbab-asbab rezeki.

Ada orang asbab rezekinya datang daripada kepetahan lidahnya dalam berbicara. Ada orang asbab rezekinya daripada kekuatan tubuh badan, lalu dia mengambil upah daripada kerja-kerja berat seperti buruh binaan. Ada orang lain pula asbab rezekinya daripada kecantikan wajahnya, popularitinya, dan berjuta lagi asbab rezeki di dunia ini.

Asbab rezeki terlalu banyak, cuma Pemberi rezeki hanya satu iaitu Allah. Hanya kepada Dia kita bergantung harap agar dengan asbab rezeki di dunia ini, Dia kurniakan rezeki dengan Dia reda kepada kita sebagai hambaNya. Apabila Dia reda kita sebagai hamba, maka urusan hidup kita dimudahkan.

Kita mohon satu, diberinya 10. Kita mohon 10, diberinya 1000. Hanya Dia yang dapat memberi kerana memang Dia Maha Memberi.

Mafhum firman Allah, "Katakanlah Muhammad, Dialah Allah, Yang Maha Esa, Allah tempat meminta segala sesuatu. Allah tidak beranak dan tidak pula diperanakkan. Dan tidak ada sesuatu yang setara dengan-Nya." [Surah al- Ikhlas 112 : 1-4]


HAMBA SIAPA?


Dalam kehidupan seharian, ramai manusia terlihat 'biadap'  di hadapan Allah. Kita berhajat pada pelbagai perkara, tetapi ironinya kita tidak menunaikan tanggungjawab sebagai hamba-Nya.

Ada yang langsung meninggalkan kewajipan solat, meninggalkan ibadah zakat. Ada juga yang meminta bantuan kepada dukun dan bomoh untuk mendapatkan sesuatu hajat.

Kadang kala dengan sengaja kita melengah-lengahkan urusan solat. Ada kalanya kita seolah-olah hamba kepada dunia, kita hamba kepada wang, hamba kepada pangkat, hamba kepada bos sehingga terlupa yang kita ini hanyalah hamba Allah semata-mata.

Mulai saat ini, belajar untuk mengenal dan menyedarkan diri bahawa hanya Allah Tuhan kita. jangan hanya sekadar tahu, kerana itu masih tidak dapat menyelamatkan diri kita daripada tipu daya dunia.

Wallahuua'lam.

~ Imam Muda Hassan



Monday, 20 November 2017

SABAR CONTOHI WANITA SYURGA



"Memang menjadi idaman setiap wanita untuk mendapatkan suami yang soleh, yang lembut, setia , memahami, bertutur kata halus, berilmu, membimbing, bertanggung jawab dan lain-lain lagi."


"Namun harus diingati, saat ini kita hidup di dunia, bukan di syurga. Dunia adalah negeri ujian, bukan negeri pembalasan. Kerana itu sebaik-baik suami tentu saja ada kekurangannya. Dan seburuk-buruk suami pasti juga ada sisi kebaikannya."


"Setiap kali wanita ada masalah akibat dari perlakuan suami, hendaklah dia bersabar. Kesusahan yang dihadapi dengan sabar semata-mata ingin memperolehi redha Allah akan menghapuskan dosa dan kesalahan seorang hamba."


"LIhatlah Sayyidina Asiah antara ketua wanita syurga yang bersuamikan Firaun yang sangat jahat. Tiada manusia sejahat Firaun, lihatlah Sayyidina Asiah bersabar, lalu syurgalah buatnya. Bukannya dia meratapi nasib dan menyesali diri. Inilah antara sikap wanita syuga yang patut dicontohi."


[Al-Habib Novel Muhammad Alaydrus.]








Sunday, 19 November 2017

PERCAKAPAN YANG BAIK MELAMBANGKAN AKHLAK YANG BAIK.



Di zaman Rasulullah s.a.w ada seorang lealki datang di dalam majlis Rasulullah s.a.w. dan mengatakan "Wahai Rasulullah. Aki ingin berzina." Rasulullah s.a.w. tidak terus memarahinya mengatakan ini haram, berdosa besar. Akan tetapi, Rasulullah s.a.w. memanggilnya untuk datang dekat kepada Baginda.

Bahkan Rasulullah s.a.w. menanyakan kembali kepadanya "Kamu ingin berzina?" Katanya "Ya, aku ingin berzina." Lalu Rasulullah s.a.w. mengatakan "Adakah kamu suka jika ibu kamu dizinai orang lain? Adik perempuan kamu? Kakak perempuan kamu? Jika kamu sudah berkahwin dan mempunyai anak. Adakah kamu suka jika isteri kamu dizinai oleh orang lain? Anak perempuan kamu? Apakah perasaan kamu?"

Dijawab lelaki itu,  "Sudah tentu aku akan marah.!!!"  Maka demikianlah kata Rasulullah s.a.w. "Orang yang kamu nak berzina itu mungkin saja ibu orang lain, mungkin saja kakak orang lain, mungkin saja adik perempuan orang lain, mungkin saja isteri orang lain maka sudah tentu orang lain marah.

Lalu Rasulullah s.a.w. memegang dadanya dan mendoakan supaya Allah menyucikan hatinya. Lelaki tadi itu  yang pada mulanya ingin melakukan zina keluar daripada  majlis mengatakan "Ketika aku masuk ke dalam majlis Nabi s.a.w.  perkara yang paling aku cintai adalah berzina dan apabila keluar daripada majlis tidak ada suatu perbuatan yang aku paling benci melainkan berzina."

Berkat doa Nabi Muhammad s.a.w. dan akhlak mulia yang ditunjukkan oleh Baginda Rasulullah s.a.w. telah menyebabkan hati lelaki itu tadi berubah daripada suka berzina kepada benci kepada zina.

Begitulah yang sepatutnya kita lakukan apabila kita ingin menegur kesalahan seseorang, ingin berdakwah, ingin menarik orang kepada seseorang terutama sekali pada orang yang jauh daripada cara hidup Islam kepada orang yang bukan Islam perkara pertama yang perlu kita tunjukkan adalah akhlak. Bercakap dengan penuh hikmah tanpa menyakitkan hati orang lain.

[Habib Mahdi bin Abu bakar Al-Hamid Hafidzohullah.




Saturday, 18 November 2017

RAHSIA MENJEMPUT REZEKI



Istighfar paling kurang 100 kali dan jika banyak masalah bacalah 1000 sehari atau lebih pun tak mengapa. In shaa Allah akan terbuka jalan penyelesaian pada masalah itu. Istighfar membuka segala simpulan. Apa saja yang berlaku di dalam hidup kitalah puncanya. Tuhan tidak menzalimi sebaliknya kita yang menzalimi diri sendiri. Istighfar adalah konsep zero minda iaitu kosongkan jiwa hanya ada Dia. Bila ada Dia di dalam hidup ini maka semua masalah akan tidak ada apa-apa. Hanya Dia yang mengaturkan semua masalah, Serahkan kepada Allah semuanya. Buat secara istiqamah.


Jika ada masalah atau mahu mendapat rezeki agar diberi jalan untuk dipermudahkan. Buat selawat selama 10 hari sebanyak 1000 kali sehari. Dengan niat khusus. Tapi jangan lupa solat fardu.


Buat solat taubat bermula dari titik untuk berubah, buat setiap malam. Kemudian buat solat tahajud kerana di situ banyak keistimewaan yang dijanjikan.


Buat solat Duha jangan putus. Solat Duha memang hebat sangat peranannya, rezeki melimpah ruah. Keberkatan datang, tapi jangan buat untuk mendapatkan duit tetapi untuk mendapat keberkatan dan kasih sayang Allah. Kunci dunia adalah kasih sayang.  Jika ada kasih sayang yang baik daripada Allah maka Allah akan beri apa saja yang Dia mahu.


Jaga dan sayangi ibu bapa macam mereka adalah raja di dalam hidup kita walaupun ibu bapa kita tidak menyukai kita. Buatlah apa saja yang boleh untuk menyayangi ibu bapa kita. Orang yang berjaya adalah orang yang menyayangi ibu bapa mereka...

~ Dr Azizan Osman


REBUTLAH LIMA PERKARA



Berkata Al-Hassan Al-Basri, "Sesungguhnya Allah s.w.t.  memaafkan kamu dalam kekeliruan, kelupaan dan yang apa dipaksakan kepadamu. Bahkan Allah juga memaafkan apa yang kamu tidak kuat melaksanakannya, serta dihalalkan kepadamu dalam keadaan darurat apa-apa yang telah diharamkan atas kamu. Bukan itu sahaja, tetapi Allah s.w.t. turut memberikan lima perkara ajaib untuk hambanya itu:

1.    Memberi kepadamu kekayaan dari kurnia-Nya. Kemudian Allah meminjamkan daripada kamu, maka yang kamu berikan dengan sesuka hati, dilipat gandakan kepadamu dari sepuluh sampai tujuh ratus, bahkan sampai tidak dapat dihitung.


2.    Mengambil daripadamu paksa, tetapi kamu rela dan sabar, maka Allah memberi kepadamu selawat dan rahmat-Nya.


3.    Jika kamu bersyukur maka akan ditambah lagi kurnianya sebagaimana firman-Nya, "Dan ingatlah ketika nama Tuhanmu memaklumkan, "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya aku akan menambah nikmat kepadamu. Tetapi jika kamu mengingkari nikmatku maka pasti azabku sangat berat." [Ibrahim: 7]


4.    Andai kamu berbuat dosa sehingga kafir, kemudian bertaubat kepada Allah, maka Allah tetap memaafkan dan menyintaimu. Firman Allah yang bermaksud, "Allah suka kepada orang-orang yang bertaubat dan suka pada orang-orang yang bersuci." [al-Baqarah: 222]


5.    Andaikan Jibril dan Mikail diberi sebagaimana yang diberi kepadamu, nescaya mereka merasa sudah luar biasa mendapat pemberian itu iaitu "Mintalah kamu kepada-Ku nescaya Aku terima permintaanmu." [al-Mukmin: 60]





MANFAAT BERSYUKUR



Bertambah nikmat dan kurniaan Allah

Sesungguhnya nikmat dan kurniaan Allah tidak terkira hebatnya, apa saja boleh dikira sebagai nikmat seperti nikmat kekayaan, kesihatan, kebahagiaan, ketenangan, kepandaian dan segala-galanya tidak ada batasannya. Ada juga ulama yang mengatakan nikmat itu adalah pertambahan pahala.

Seperti yang disebut didalam firman Allah, surah Ibrahim, ayat 7, "Dan ingatlah ketika Tuhan kamu memberitahu; "Demi sesungguhnya ! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambah nikmat Ku kepada kamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azab Ku amatlah keras."




Membuka pintu rezeki

Bersyukur dengan nikmat kekayaan yang dimiliki akan menambah suburkan lagi kekayaan yang ada. Rezeki yang sedikit jika dipanjangkan akan menyuburkannya hingga menjadi bertambah banyak. Firman Allah dalam surah Ibrahim, ayat 37, "Wahai Tuhan Kami ! Sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian daripada zuriat keturunanku di sebuah lembah (Mekah) yang tiada tanaman padanya, disisi rumah Mu yang diharamkan mencerobohinya. Wahai Tuhan kami, ( mereka di tempatkan di situ ) supaya mereka mendirikan sembahyang (dan memakmurkannya dengan ibadat ). Oleh itu, jadikanlah hati sebahagian daripada manusia tertarik gemar kepada mereka ( supaya datang beramai-ramai ke situ) dan kurniakanlah rezeki kepada mereka daripada berbagai-bagai jenis buah-buahan dan hasil tanaman semoga mereka bersyukur."



Sentiasa dilindungi Allah dan dijanjikan syurga.

Hamba yang bersyukur akan sentiasa dilindungi Allah dan terlepas dari seksaan yang sangat pedih dan dijanjikan syurga. Daripada Ibn Abas, Rasulullah bersabda maksudnya, "Tiga perkara siapa yang memilikinya nescaya Allah akan melindunginya di bawah lindungan dan Allah akan memberi rahmat kepadanya serta memasukkannya ke dalam syurga iaitu orang-orang yang apabila ia diberi sesuatu nikmat ia bersyukur, apabila ia berkuasa membalas tetapi ia memaafkan, apabila ia marah ia menahan kemarahannya."



~ sumber majalah Al-Islam.

Saat kita dewasa, kita akan semakin belajar untuk mati rasa pada banyak hal. Hingga satu waktu, hal-hal yang dulu menyakiti kita dengan muda...