Wednesday, 18 April 2018

BERI KESEMPATAN DIRIMU TUK BAHAGIA...



Beri kesempatan untukmu membahagiakan diri sendiri.

Mungkin dia pernah menjadi  yang paling hebat. Bisa membuatmu merasa paling disayangi. Tapi itu hanya sebuah kenangan. Adanya di masa lalu. Hari ini dia bukan siapa-siapa lagi. Hari ini semuanya sudah berbeza dan tidak sama lagi.

Mungkin dia pernah menjadi yang paling terbaik. Melakukan apa pun yang bisa membuatmu merasa istimewa. Berbagai macam cara dia lakukan agar kamu merasa paling beruntung. Tapi itu kini semuanya tinggal sisa-sisa cerita. Tak ada hal istimewa darinya untukmu. Bahkan untuk bertemu saja dia malas.

Mungkin dia pernah menjanjikan segalanya...juga waktu itu berusaha sekuat tenaga. Tapi tuk hari ini dia sudah berubah menjadi asing. Dia tidak lagi melakukan itu semua untukmu. Bahkan yang tak pernah kau bayangkan, dia melakukan semua yang pernah dia lakukan untukmu, untuk orang lain.

Apa lagi yang membuatmu merasa menjadi paling disayangi? Apa lagi yang menguasai hatimu seolah kau masih paling istimewa baginya? Bagaimana lagi menjabarkan kalau dia masih menjadikanmu segalanya? Sementara, melirik saja kini dia enggan. Dia tidak lagi dia yang dulu.

Kau mungkin rindu dan berharap semua itu terulang. Tapi apakah kau lupa? Bahawa harapan seringkali membunuh kebahagiaan seseorang? Saat yang diharapkan adalah bayang-bayang. Saat yang dia harapkan adalah seseorang yang tak lagi ingin pulang.

Sudahlah, sudahi saja. Beri kesempatan dirimu bahagia kembali. Jangan memaksa untuk tetap seperti dulu. Saat ini kau harus melangkah dengan mimpi baru. Setiap orang bisa saja gagal dan itu wajar saja. Jangan terlalu membutakan diri. Seolah semua yang berlalu masih kau miliki. Jangan  terbenam dengan  kejayaan masa lalu. Kau hidup di hari ini dan akan menghadapi masa depan. Pulihlah hatimu, jangan biarkan dia tenggelam sendiri dalam masa lalumu yang pahit itu..

~ boychandra


ORANG KAYA YANG BODOH...

Orang kaya yang tidak berilmu tetap akan menjadi bodoh. Walau sekaya manapun mereka, jauh lebih kaya daripada kita, biasanya kita masih dapat kesan akan kebodohannya.

Ada ilmu yang tinggi tidak membawa kita kepada menjadi kaya raya. Ada profesor hanya pandu kereta Ford yang buruk. Ada peniaga yang tidak lulus SPM tetapi rumah sperti mahligai dan selalu ke luar negara. Namun dari gelagatnya, kita boleh tahu dia orang yang macam mana.

Orang yang berilmu dapat lihat dari perbuatan dan kata-katanya. Bukan dari jenis rumah dan jenis kereta yang digunanya. Orang yang berilmu pandai membawa diri dalam masyarakat. Ia tidak semestinya profesor.

Kepada saya jika seorang profesor tidak pandai membawa diri dan menyesuaikan diri dalam masyarakat dan keadaan, dia sebenarnya bodoh. Kerana puncak ilmu ialah mensejahterakan orang ramai. Ini pendapat saya.

Sebab itu akhirnya orang yang berbudi pekerti mulia dianggap berilmu kerana ilmu menjadikan berbudi pekerti mulia.

Ramai orang matlamat hidupnya adalah untuk kaya, tidak ramai matlamat hidup itu adalah untuk menjadi orang yang berilmu.

Dan apabila lahir masyarakat yang kaya tetapi tidak berilmu......padahnya masyarakat juga akan merasainya......

~ sukiman ishak.

BICARA SAHABAT


Bersyukurlah...rezeki kita Allah sudah tentukan.
Imam Hadad  mengatakan : "Yang telah ditentukan untuk orang lain ia tidak akan sampai kepadamu. Apa yang telah ditakdirkan untukmu pasti akan sampai kepadamu."

Ingatlah wahai sahabat...apa sekali pun cita-citamu dan sejauh mana keinginanmu tetap yang akan berlaku adalah yang ditakdirkan oleh Allah. Semua makhluk yang melata di dunia ini....rezekinya telah ditentukan oleh Allah....dan juga bilangannya juga.

Maka sahabat walau apa pun rezeki yang kita terima sedikit atau zahirnya tidak cukup maka haruslah kita bersyukur dan mempunyai sikap menerima kerana itu sudah ditentukan oleh Allah.






Tutuplah aib orang lain supaya aib kita juga ditutup.

Kadang-kadang kita kena hati-hati dalam memviral isu yang libatkan aib orang lain. Walau apa pun kesalahan mereka pilihlah untuk tidak viralkan.

Nabi s.a.w. menyebutkan ketika hari kiamat Allah menyeru "HambaKu bangunlah untuk dihisab." Nabi s.a.w. bersabda :"Maka pada ketika itu Allah menutup seluruh pandangan daripadanya tak ada siapa dapat melihatnya ketika itu."

Allah s.w.t. berkata "Wahai hambaKu kau telah buat itu dan ini." Namun tiada siapa pun tahu. Dengan rahmat-Nya aib hamba-Nya ditutup pada hari kiamat. Allah berkata: "HambaKu, Aku tutup aibmu di dunia...dan Aku  hari ini ampuni engakau...."

Subhanallah...untuk dapatkan kurniaan yang besar ini maka kita pilihlah untuk menutup dan menjaga aib orang di dunia ini...


Tuesday, 17 April 2018

MENGAPA MANUSIA MELAKUKAN DOSA?



Mengapa manusia melakukan dosa?
Padahal dosa itu meresahkan hatinya.
Para ulama memberikan tiga alasan yang utama:

1. Tidak yakin kepada Allah.
2. Tidak yakin akan adanya hari akhirat.
3. Terlalu cinta kepada diri, lalu mengabaikan orang lain.

Soalnya mengapa orang Islam pun masih tegar melakukan dosa?

Ya, jawapannya kerana kita hanya percaya, tetapi tidak yakin kepada Allah dan hari akhirat. Jika ditanya, apa bezanya antara percaya dengan yakin? Terlalu jauh bezanya.

Percaya itu di akal. Ia dimiliki oleh pemikiran hasil belajar. Manakala yakin itu di hati. Ia dimiliki melalui jalan tarbiah dan mujahadah.




Cara mengecilkan ujian adalah dengan membesarkan iman. Dengan iman kita percaya bahawa apa pun yang ditakdirkan Allah berlaku, pasti ada kebaikannya.

Sangka baik dalam hati akan memperbaiki apa yang dilihat buruk oleh mata dan difikirkan negatif oleh akal.

Percayalah hati kita umpama bumi, kadang kering kontang panasnya membahang.

Kadang sejuk dingin apabila hujan menyiram. Selang seli ini terus datang dan pergi, berulang-ulang.

Alangkah dungunya bagi yang mengharap hujan memanjang tanpa ada panas membahang. Juga yang mengharap hanya ada panas membahang tanpa hujan bertandang.

Inilah dunia. Inilah jiwa. Selang seli rasa umpama pengiliran cuaca. Tidak ada yang kekal, semuanya sementara.

Segala yang sementara hadapilah dengan sederhana. Pada sukar ada sabar. Apabila sabar, muncul syukur. Pada syukur itulah bahagia. Bahagia di hati.

Kata orang arif itulah, permulaan syurga.


Thursday, 12 April 2018

PERJALANAN


Ke mana pun kakimu melangkah, yakinkan bahawa setiap langkahnya tetap ada dalam jalur-Nya yang lurus. Perjalanan ini penuh rahsia, tidak ada satu pun yang tahu masih panjangkah waktu yang kita lalui atau tinggal sebentar saja.

Jika memang tinggal sebentar, jangan pernah takut. Bukankah Dia selalu ada didekat kita, bersama kita, dan begitu mudah untuk mendekat kepada-Nya (bahkan lebih mudah dibanding mendekati manusia). Bukankah kita berjalan menuju kepada-Nya, Dia akan berlari ke arah kita. Jangan membuat alasan atau mencari alasan atau mempersulit diri bahawa mendekati-Nya adalah sebuah rintangan berat yang sulit untuk dilalui.

Mendekatlah kepada-Nya Yang Maha Dekat, bersamalah dengan-Nya melewati perjalanan ini, kerana jika mahu menyedari bahawa sesungguhnya diri ini tidak ada daya upaya sedikit pun kecuali dengan pertolongan-Nya.

Teruslah melangkah di jalan-Nya, teruslah istiqamah. Bersyukurlah kerana tidak semua mendapat dan dimampukan untuk menempuh perjalanan ini. Tidak semua.

Sungguh tidak ada alasan untuk tidak tunduk patuh kepada-Nya Yang Maha Kuasa Atas Segala Sesuatu.



Wednesday, 11 April 2018

SENYUMLAH...


Akan ada saat hatimu akan begitu rapuh, hingga sedih pun menjadi teman yang tidak pernah meninggalkanmu. Biarkan sejenak ia dekat dengan mu, rasakan setiap detik sakit dan hancurnya, biarkan ia sejenak masuk semakin dalam hingga tanpa sedar air mata berjatuhan semakin deras, biarkan semuanya berjalan hanya sejenak sahaja.

Setelah semuanya terkikis, jangan lupa bahawa kamu akan segera bangun dan menghapuskan semuanya, mulailah dengan hal-hal kecil, entah menuliskan semua tujuan yang tertunda atau mempersiapkan barang-barang untuk persiapan perjalanan esok hari.

Selipkan semua kesedihan dan kegagalan pada tiap air mata yang jatuh, ia akan sedikit mengurangi bebanmu. Kerana setiap air mata yang jatuh, menandakan akan datangnya senyum tipis....tunggu sahaja.


Saat kita dewasa, kita akan semakin belajar untuk mati rasa pada banyak hal. Hingga satu waktu, hal-hal yang dulu menyakiti kita dengan muda...