Alhamdulillah.
Pagi ni...syukur pada Allah kerana memudahkan segalanya.
Sempat juga sampai kat Shah Alam.....sebak setiap kali masuk jer rmh ni,
apalagi bila melihat lukisan2 yang masih belum disiapkan....
emmm..lukisan2 yang dilukis arwah papa masih belum ku usik lagi.
Rindu padamu papa...bagaimana nakku mulakan semua ini seorang
diri....
Bila ku sentuh warna2 ni...pasti wajahmu terbayang....papa maafkan aku,
walaupun mereka kata aku ni kuat dan tabah sebenarnya aku bukanlah
seperti yang mereka lihat. Tapi aku janji akan menyiapkan lukisan2 ini.
Maafkan aku papa...maafkan aku.