Sebaik-baiknya, renung dan fikirkan tiga perkara ini:
>>Jika benar diri tidak seperti yang diperkatakan itu, pasti kita juga tidak sunyi daripada mempunyai keburukan-keburukan lain.
Bersyukurlah bahawa Allah s.w.t tidak mendedahkan kebanyakan keburukan tersebut.Mungkin juga keburukan tersebut jauh lebih mengaibkan berbanding apa yang dikatakan oleh pengkritik itu.
>>Yakinlah segala celaan, kritikan yang diada-adakan itu adalah sebagai kafarah dosa-dosa yang telah kita lakukan.
Orang yang mencela, mengkritik atau mendustai itu sebenarnya seolah-olah menghadiahkan segala kebajikannya kepada kita. Hadiah kebajikan itu boleh mendekatkan diri kita kepada Allah s.w.t . Maka kita tidak harus berduka cita,sebaliknya bergembira menerima hadiah kebajikan tersebut.
>>Sepatutnya kita menunjukan belas kasihan kepada yang mencela dan berdusta itu kerana mereka telah melakukan suatu jenayah terhadap agama. Mereka telah membinasakan diri dengan berdusta terhadap orang lain, dan tidak akan terlepas dari balasan Allah s.w.t. Jadi tidak perlulah menyumpah atau mendoakan kemusnahan mereka kerana itulah yang diharapkan oleh syaitan.
Sebaiknya berdoalah: "Ya Allah, perbaikilah kelakuannya! Ya Tuhanku, ampunilah dosanya dan turunkanlah belas kasihan MU ke atasnya."
Nabi s.a.w. apabila dianiayai oleh kaumnya berdoa: "Ya Allah! Ya Tuhanku. Ampunilah kaumku. Ya Allah! Ya Tuhanku. Berilah petunjuk kepada kaumku, sesungguhnya mereka masih belum mengerti."
Menurut Imam Ghazali, antara sebab yang dapat menolong kita menolak celaan orang dan tidak mengendahkannya ialah dengan menjauhkan diri dari sifat tamak. Jika kita tidak memerlukan sesuatu dari seseorang atau suatu pihak, hati kita tidak akan merasa sebarang kekurangan walaupun dicela atau dikritik dengan hebat....