Thursday, 8 March 2018

RAHSIA DI SEBALIK MUSIBAH

Ketika pagi masih dingin,
Si penjual sayur itu sudah memetik sayur-sayurnya
lalu diatur ke dalam pedati.

Dia kemudian ke bangsal untuk mengambil kudanya.





"Eh, kenapa dengan kudaku ini?"
Dia mendekati kudanya yang terbaring.
Ternyata kudanya sudah mati. Si penjual sayur itu terduduk lalu termenung
memikirkan bagaimana dia hendak 
mengangkut sayur-sayurnya.

Si penjual sayur itu kemudian menemui seorang ulama
lalu menceritakan masalahnya.
"Inilah musibah yang paling teruk pernah terjadi kepadaku."
Si penjual sayur itu berkeluh kesah.
Ulama itu mengangkat bahu sambil menarik nafas.


"Mungkin ya, mungkin tidak"
Spontan ulama itu menjawab.
Si penjual sayur berkerut dahi.
Dia kecewa dengan jawapan ulama itu, lalu dia pulang ke rumah.






Sebaik sahaja tiba di rumahnya, matanya terpaku.
Seekor kuda liar sedang mengibas-ngibas ekornya
sambil berdiri tegap di hadapan rumahnya.

"Bukankah ini satu anugerah?"
Si penjual sayur kembali semula memberitahu ulama itu.


Sekali lagi ulama itu mengangkat bahu.
"Mungkin ya, mungkin tidak"
Si penjual sayur makin kecewa dengan jawapan ulama itu.
Lalu kembali semula ke rumahnya.
Sebaik sahaja dia tiba di rumahnya,
dia terkejut.
Anak lelakinya sedang terlantar kesakitan di sisi
kuda liar itu yang terlepas dari tambatan.
Kedua-dua kaki anaknya patah akibat dipijak kuda liar itu.
Si penjual sayur itu menangis sambil
memeluk anaknya.





"Aku fikir kuda ini anugerah,
rupa-rupanya membawa musibah,"
Si penjual sayur itu berkeluh kesah.

Tidak lama selepas itu terdengar berita akan berlaku peperangan.
Semua pemuda diwajibkan  menyertai peperangan.
Namun,
oleh kerana kaki anak lelakinya masih dirawat,
maka anaknya dikecualikan daripada menyertai peperangan tersebut.
Si penjual sayur itu bersyukur.
Barulah dia sedar bahawa musibah yang melandanya juga
merupakan satu
ANUGERAH.




~Olahan sumber: Prof Azizi Zakaria, UUM.


Saat kita dewasa, kita akan semakin belajar untuk mati rasa pada banyak hal. Hingga satu waktu, hal-hal yang dulu menyakiti kita dengan muda...