Monday, 13 May 2019

PUISI DARI SAHABAT

                                  
                             


Lirihku semoga jadi doa
tangisku semoga jadi sesal
nafasku semoga jadi tasbih
tatapanku semoga jadi rahmat
perkenankanlah Ya Rabb..

harapanku jadi kenyataan
resahku jadi jawapan
deritaku jadi kesabaran
kabulkanlah Ya Rabb...  
doa dalam sujudku
telah menghadirkan cahaya
ku mengharapkan ampunanMu

~Yasmin~






angin sampaikanlah buluh rinduku
tanpamu rasaku
menjadi tersedak di hariku
indah kala hadir
dengan senyuman sapamu
ku nikmati untaian demi untaian
tanpa ada lagi penghalang
terima kasih 
sahabatku
saat ini hati tiada lara
seperti kupu-kupu di angkasa raya..

~lia~





Yang indah di dunia hanyalah sementara
Yang abadi hanyalah kenangan
Yang ikhlas ada di hati
Yang tulus hanya di sanubari
Tidak mudah mencari yang hilang
Tidak mudah mengejar impian
Namun yang lebih susah adalah
Mempertahankan yang telah ada
Kerana yang sudah tergenggam bisa
terlepas juga..


~riyadiz~






Lihatlah
Rasakanlah
Datanglah
Aku menunggu di sudut ruang hatimu
Rindu yang kau genggam
Timbul tenggelam
Dalam asaku
Gundah
Galau dan mengoyakkan

Pendirianku
Aku akan membentangkan
Sayapku
Terbang bersama
Indahnya nuansa kalbumu..







Bukan hanya kopi
Yang bisa menikmati
Sebuah cerita
Tetapi ada yang lebih
Indah dari itu
Dia adalh Rindu
Yang ada dalam 
Setiap kalbu
memberi damai dan pilu
Dan membekas dalam
Setiap episod
Namun aku biarkan
Rindu itu lewat
Tanpa meninggalkan asa..

~Lia~







Terlalu dini aku menikmati pekat
aromanya
Saat gelap mendekap
Menemani jiwa-jiwa 
yang terlelap
Tak terbiasa memang..
Mengundang rindu saat berakhirnya
malam..
Menggugah semangat untuk
suatu perjumpaan
Inilah sebenarnya erti rindu
Bersimpuh atas barokah Nya






Aksaraku mulai memudar
Enggan terangkai menjadi kata
Lelah mengertikan tentang cinta
Apa lagi bahasa rindu

Mengapa harus ada cinta?
Jika menorehkan luka
Mengapa harus ada rindu?
Jika akhirnya ada pilu

Duhai sang mentari pagi
Bisikkan aku tentang erti cinta...








Lewat senyuman
Kan tercipta rindu
Yang mengisi hari-harimu
menghadirkan suasana syahdu

Jatuhkan pilihan hatimu
Jauhkan ego dalam dirimu
Yang membelenggu
Tuk merasakan indahnya
Kebersamaan
Dalam bingkai kemesraan..

~riyadiz~


Sunday, 12 May 2019

AL-WAHN....BARAH UMAT AKHIR ZAMAN



Sejarah telah mencatatkan kejayaan Rasulullah membina tamadun Islam bermula daripada golongan minoriti yang tertindas di Makkah sehingga menjadi kuasa yang disegani oleh tamadun-tamadun besar dunia.

Tidak syak lagi bahawa keagungan umat Islam pada zaman itu berpaksikan iman dan rohani mereka yang sangat kukuh sehingga mampu menumpaskan kuasa besar walaupun jumlah mereka adalah kecil.

Keadaan ini seolah-olah situasi yang dihadapi umat Islam ketika perang Badar. Kumpulan dengan jumlah yang kecil mengalahkan kumpulan dengan jumlah yang besar.



Kuat-Lemah

Ironinya, dalam keadaan Rasulullah membina kekuatan umat Islam, Baginda juga mengingatkan bahawa umat yang kuat ini akan menjadi lemah. Bahkan lebih membimbangkan, fasa kelemahan itu akan ditempuh ketika bilangan umat Islam tersangat ramai, bahkan menjadi tumpuan dunia.

Pesanan ini pasti untuk umat Baginda pada akhir zaman kerana keadaan ini tidak berlaku pada zaman Baginda.

Thawban pernah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Akan berlaku suatu keadaan di mana hampir-hampir seluruh umat bersepakat ( untuk menghancurkan kamu ) seperti manusia berhimpun untuk makan daripada satu bekas."

Salah seorang dari kalangan sahabat bertanya, "Adakah bilangan kami ketika itu sedikit?"

Nabi menjawab, "Bahkan jumlah kamu ketika itu ramai, tetapi kamu bagaikan buih di air yang mengalir. Dan Allah juga menghilangkan rasa gerun dalam hati mereka terhadap kamu, serta Allah mencampakkan ke dalam hati kamu al-wahn...."

Salah seorang sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah, apakah itu al-wahn?"

"Cinta akan dunia dan benci akan kematian." (Riwayat Abu Dawud)


TANDA KECIL KIAMAT

Menerusi hadis Thawban tersebut, umat Islam akhir zaman akan menjadi tumpuan di peringkat antarabangsa, bukan kerana sesuatu kehebatan atau kemegahan, tetapi dengan tujuan untuk memusnahkan umat ini.

Keadaan ini sangat jelas berlaku pada zaman sekarang. Segai contoh, kempen memerangi keganasan oleh kuasa besar dunia seperti Amerika Syarikat dan sekutunya tertumpu kepada negara-negara Islam seperti Afghanistan, Syria, Palestin dan Iraq.

Sedangkan pada masa yang sama, keganasan yang berlaku disebabkan oleh pihak lain langsung tidak menjadi tumpuan dunia. Kesannya, apabila berlaku sebarang kes jenayah domestik di negara Amerika, maka persepsi yang terbentuk adalah:

Bukan Islam------- Dikaitkkan dengan masalah psikologi.

Muslim------------- Akan menjdi isu besar, lantas dikaitkan dengan ajaran Islam.

Bahkan sahaja di peringkat antarabangsa, bahkan umat Islam minoriti di negara bukan Islam seperti kaum Uighur di China dan Rohingya dinafikan hak asasi mereka, sedangkan kaum lain tidak diganggu gugat.


ANGKARA DUNIA, HANCUR.....

Kecintaan kepada dunia bermaksud menjadikan nikmat dunia sebagai matlamat utama kehidupan dan melupakan akhirat. Atau dengan kata lain menjadi hamba kepada habuan dunia semata-mata.

Memahami maksud cinta kepada dunia dengan cara mengasingkan diri daripada dunia adalah kefahanan yang salah kerana umat Islam dituntut untuk memakmurkan bumi Allah ini.

Bagaimanakah kecintaan terhadap dunia boleh membawa kepada kelemahan dan kehancuran?

Luqman al-Hakim menjelaskan melalui nasihat kepada anaknya:
"Wahai anakku, sesungguhnya dunia itu lautan yang sangat dalam. Telah ramai manuisa lemas di dalamnya, maka hendaklah engkau menjadikan taqwa sebagai perahumu, iman sebagai pendayung dan tawakal sebagai bekalanmu, semoga engkau selamat." (Ihya' Ulum al- Din)


Seharusnya seseorang itu tidak menurut hawa nafsu semata-mata dalam mengejar habuan dunia kerana dia sentiasa tidak akan puas dan akhirnya menemui kekecewaan.

"Wahai pencinta nikmat dunia, tiada yang kekal bagimu, berbangga dengan bayang-bayang yang akan hilang adalah suatu kebodohan."

Namun jika diteliti hadis Thawban ini, Rasulullah talah mencungkil masalah utama yang terbenam dalam jiwa umat Islam:
1. Cinta akan kehidupan dunia
2. Benci akan kematian



HORIZON PERUBAHAN

Mencintai habuan dunia akan turut menyebabkan hukum -hakam Allah diketepikan apabila kedua-duanya bertembung kerana tarikan hawa nafsu yang tersangat kuat.


REAKSI MANUSIA TERHADAP DUNIA

Dunia seharusnya dimanfaatkan untuk bekalan akhirat.
Ibn Abbas berkata: "Allah menjadikan dunia ini tiga bahagian, sebahagian untuk Mukmin, sebahagian untuk Munafik dan sebahagian lagi untuk ornag Kafir.

* Mukmin .....Menjadikan dunia untuk mempersiapkan bekalan ( akhirat)

* Munafik......Menjadikan dunia sebagai perhiasan

* Kafir..........Menikmati habuan dunia


Seseorang itu mungkin sanggup mengambil riba kerana ingin hidup senang dan menzalimi orang lain kerana inginkan kemasyhuran dan pangkat. Apabila kehendak duniawi ini saling bertembung, tercetuslah pergaduhan dan perebutan sesama manusia. Akhirnya masyarakat akan hilang kekuatan dan mengalami keruntuhan.

Tetapi jika setiap orang meletakkan keredhaan dan rahmat Allah sebagai matlamat hidup, pasti tidak akan tercetus pertembungan kehendak sesama manusia kerana rahmat Allah sangat luas dan tidak terbatas.

Bahkan setiap orang akan mendapat haknya daripada Allah tanpa mengurangkan sedikit pun daripada bahagian orang lain. Kesannya, perpaduan umat akan terus kukuh dan menjadi kuat seperti pada zaman para sahabat Nabi.

~dari majalah solusi

Saturday, 11 May 2019

KATA-KATAMU TITAH BUATKU



Duhai Allah, banyak sungguh kalam-Mu dalam lembaran kitab agung. Sungguh, sudah berkali-kali aku baca dan baca. Alpanya aku, kadangkala baca tanpa faham. Yang dikejar khatam. Walau aku tahu ia tidak salah.


Sungguh, kadang kala aku faham, namun masih alpa daripada mengamalkan inti pati dan inti sari kalam-Mu. Walau aku sedar, ia terkandung titah-Mu. Sungguh, kadang kala aku ingin beramal, namun aku masih memilih-milih. Yang menepati selera, aku patuh. Yang bertentangan dengan selera, aku abaikan.

Makin aku amati, aku sedar bahawa setiap kalam-Mu adalah titah rasmi buatku. Tidak kira sama ada ia suruhan mahupun larangan. Semuanya....

Malu terasa saat Raja kepada segala raja bertitah, namun aku masih buat-buat  pekak dan buta. Namun nafsu kadangkala masih menang. Berkali-kali menang. Ah, aku tidak senang, apatah lagi tenang. Selagi titah-Mu belum menjadi rentak denyut jantungku. Selagi perintah-Mu belum menjadi makan minum wajibku. Selagi larangan-Mu belum aku jauhi sepenuh hati.

Akhirnya, saat aku cuba patuh, aku terasa berat. Tetapi rasa itu hanya pada peringkat permulaan. Makin lama makin serasi. Makin lama taat terasa semakin mudah. Akhirnya aku sedar, mujahadah tidaklah sesukar mana. Yang sukar hanya apabila kita beraja nafsu.

Aku ingin hidup dalam gaya patuh kepada titah-Mu kerana ia begitu indah...



TANAH DAN KEHIDUPAN



Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud "Sesungguhnya Allah menciptakan Nabi Adam daripada segumpal tanah yang diambil dari muka bumi. Kemudian datanglah sekalian keturunan Nabi Adam yang sesuai dengan permukaan bumi tersebut. Diantara mereka ada yang berkulit merah, putih , hitam dan juga antara ketiga-tiga warna tersebut. Begitu juga ada yang ramah, sedih, keji dan baik." [Riwayat Abu Dawud].


Terdapat rahsia yang tersirat daripada penciptaan manusia yang pelbagai warna dan sifat kerana kepelbagaian penciptaan Adam dari pelbagai jenis tanah dunia. Maka dengan itu, lahirlah manusia yang mempunyai perbezaan rupa kulit, sifat dan tabiat semula jadi, dan pelbagai lagi sebagaimana yang dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w.


Begitulah perumpamaan yang Nabi Muhammad s.a.w. bawakan kepada kita. Semuanya adalah keturunan daripada bapa segala manusia iaitu Nabi Adam.

Maka seharusnya kita perlu ingat, kita perlu hidup secara harmoni di dunia ini bersama dengan saudara kita. Hanya yang membezakan kita adalah:

1.   Islam....Alangkah indahnya jika Islam menjadi budaya hidup.

2.   Iman....Alangkah indahnya jika taqwa sebagai perisai kita dalam segenap penjuru.


Oleh itu, jalan kita di dunia, jangan suka mendabik dada. Jangan anggap diri tinggi dan mulia. Hakikatnya kita semua serupa disisi-Nya. Hari perhitungan kelak, Allah akan menghisab segala amal kebaikan kita.


Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah tidak melihat rupa paras kamu mahupun harta kepunyaan kamu, namun Allah melihat hati atau amalan kamu." [Riwayat Muslim]


Thursday, 9 May 2019

KEINDAHAN MASJID


Sana'a, Yemen





Masjid Kaffouri, Khartoum Sudan






Abuja Nigeria





Regent's Park Mosque







Sheikh Zayid Grand Mosque







Badshahi Masjid Lahore, Pakistan







Badshahi Masjid Lahore, Pakistan






Hassan II Mosque. Casablanca, Morocco






Antalya, Turkey





Tokyo, Japan






Camlica Mosque





Sultanmet (Blue Mosque) Turkey






Sultanmet (Blue Mosque) Turkey





Masjid Sahaba, Sharm el Sheikh






Alnoor Mosque, Khartoum, Sudan







Doha







Agha Bozorg Mosque, Kashan, Iran






Dubai,UAE






Osogbo, Osun State, Nigeria







Yobe, Nigeria




Masjid E-Jamkaran, Iran





Larabanga mosque, Ghana





Masjid al-haram






Mazar-i -Sharif, Afghanistan







Samarqand, Uzbekistan






Koibatek, Kenya





Masjid Wilayah Persekutuan, Malaysia.






Glasgow Central Mosque, Scotland







Indimi Masjid, Maiduguri, Nigeria.







Faisal Masjad, Pakistan






Masjid Abu Bakr Siddique, Toronto






Sultan Qaboos Grand Mosque






Khaqa-e Maula, Kashmir







SHAAS Mosque,IIUM Gombak, Malaysia






Buyuk Camlica Istanbul








Singapore











Borno, Maiduguri, Nigeria






Abuja, Nageria






Sana'a, Yemen



Al Masjid an-Nabawi





























Emir Abdelkader Mosque, Algeria





Saat kita dewasa, kita akan semakin belajar untuk mati rasa pada banyak hal. Hingga satu waktu, hal-hal yang dulu menyakiti kita dengan muda...