Tuesday, 14 March 2017

BICARA SAHABAT




Kadang kita harus merasa kehilangan untuk mensyukuri nikmat yang Allah berikan. Kadang kita harus terjatuh dulu, sebelum bangkit untuk lebih baik dari masa lalu. begitu juga dengan menggapai cinta sejati. Kadang kita juga harus merasakan hancurnya hati jika ingin menggapai cinta sejati.

Cinta sejati ( cinta illahi ) hanya boleh dapat jika kamu bersedia hadapi cubaan dan kepedihan. Jika kamu berhasil melaluinya, hatimu akan terbuka untuk cinta-Nya dan untuk mencintai seluruh semesta.







Semua orang pasti terpukau dengan yang namanya keindahan. Namun tidak semua keindahan dapat dipandang. Terkadang hanya boleh dinikmati dari hati yang terdalam. Salah satunya keindahan dalam hal keimanan. Kerana keimanan itu indah. Dan semoga dalam hati, menetap dan merekah.

Dan ketahuilah olehmu dikalanganmu ada Rasulullah. Kalau ia menuruti kemahuanmu dalam beberapa urusan benar-benarlah kamu mendapat kesusahan, tetapi Allah menjadikan kamu 'cinta' kepada keimanan dan menjadikan keimanan itu indah di dalam hatimu serta menjadikan kamu benci kepada kekafiran, kefasikan dan kedurhakaan. 

Mereka itulah orang-orang yang mengikuti jalan yang lurus, sebagai kurnia dan nikmat dari Allah. Dan Allah Maha Mengetahui Lagi Maha Bijaksana. (QS Al-Hujurat: 7-8 )







Dekat di mata jauh di hati....
Entah samapi bilakah...
Dengan waktu yang berjalan tanpa henti dan bergerak dengan pasti...
Padahal jarak kita hanya sehasta saja. Tapi entah rasanya hati ini terpisah sejauh samudera...

Kerana dengan jarak yang ada...
Yang mendekatkan kita adalah doa...



Monday, 13 March 2017

MANA YANG KITA PILIH.....



Antara kata-kata Prof Muhaya

Mana yang kita pilih....
Penghargaan Manusia atau Redha Allah

Andai kita buka aib orang....Allah akan buka aib kita.
Mungkin bukan sekarang
Tapi
Mungkin akan datang
Mungkin akan terkena pada anak cucu kita
Ingatlah
Tujuan hidup kita ialah mencari 
Redha Allah.

Hidup tidak akan stress andai kita bergantung kepada 
Allah
semata-mata.

Andai kita mengharap akan
Penghargaan manusia,
kita akan stres!

Kita akan suka bila dipuji...
dan bila tak dipuji
kita pasti akan merasa kecewa.

Tujuan hidup kita ialah mencari 
Redha Allah...
kerana hati akan tenang bila hidup kita
bergantung 
kepada-Nya semata-mata.

Jadi..
Betulkan niat dalam segala kerja buat kita
semata-mata kerana
Allah.




Sunday, 12 March 2017

AMALKAN ILMU



Ilmu tanpa amal adalah ibarat pokok yang tidak berbuah.

Imam Al-Ghazali rahimahullah menyebut di dalam kitab Ayuhal Walad, " Amal tanpa ilmu adalah sia-sia dan ilmu tanpa amal adalah gila "

" Jika kita membaca kitab seratus tahun dan mengumpul seribu kitab, ia tidak menjadikan diri kita bersedia untuk mendapat rahmat Allah melainkan dengan amalan."
(Imam al-Ghazali)

Sabda Nabi s.a.w. ertinya: " Sebaik-baik amalan di sisi Allah adalah yang berterusan walaupun sedikit." (muttafaq a'laih)




GOPOH



Mengikut Imam al-Ghazali, gopoh gapah merupakan penyakit kalbu yang mendesak seseorang agar segera mengerjakan sesuatu urusan sebaik-baik sahaja terlintas di hati, tanpa perancangan dan pertimbangan terlaebih dahulu.

Gopoh atau terburu buru atau tergesa-gesa adalah sifat yang tidak baik.

"Gopoh gapah itu sifat syaitan." [-HR Tirmizi.]

"Gopoh gapah itu dari amalan syaitan dan sifat tenang itu adalah dari Allah Taala" [-HR Al-Baihaqi.]

Rasulullah s.a.w. bersabda:  "Sesungguhnya sesiapa yang memiliki dua sifat, nescaya dikasihi oleh Allah iaitu lemah lembut dan tenang."[- HR- Muslim]


PEREMPUAN YANG MEMBUAT AKU CEMBURU



Diam-diam aku adalah perempuan yang menyimpan cemburu.
Dengar dulu, cemburu tak melulu soal cinta!

Aku cemburu, pada perempuan hebat yang mampu dengan anggun menguasai dirinya sendiri.
Bertanggung jawab terhadap hidupnya tanpa perlu susah payah membuat orang lain mengkhawtirkan
keadaannya. Getirnya hidup membuatnya kuat kerana seluruh dirinya teruji dengan baik. Ah cantik!!


Aku cemburu pada perempuan yang menyenangkan yang mampu menghadirkan kebahagiaan bagi
orang-orang di sekitarnya. Sikapnya yang santun, senyumnya yang lembut dan pandangannya yang
teduh membuat orang lain betah berlama-lama duduk disebelahnya. Ah cantik!

Aku cemburu pada perempuan-perempuan cerdas yang dengan kecederasannya ia mampu menjadi 
pelita. Ia tak perlu mengabarkan apa-apa pada dunia, kerana semesta dengan sendirinya faham bahawa dia menyimpan banyak hal menakjubkan di balik sosoknya yang sederhana.
Seperti langit yang tak perlu membuat pengumuman tentang betapa tingginya ia. Ah cantik!

Aku cemburu pada perempuan yang pandai menjaga diri dan hatinya.
Tak peduli sedang bersama dengan siapa, ia tetap memegang perinsip bahawa kecantikan dan keindahan fisik dan hatinya hanya untuk suaminya sahaja.

Aku cemburu pada perempuan yang rela menukar segala mimpinya untuk memenuhi ketaatan pada imamnya. tangannya cekal melakukan kebaikan, kakinya siap melangkah menuju kebaikan dan
seluruh dirinya siap menjadi seorang yang mampu menjaga amanah dengan baik.
Baginya menjadi ibu yang membanggakan jauh lebih membanggakan daripada membuat dirinya bangga untuk konsumsi peribadi. Ah cantik!

Aku cemburu. Bukan pada dia yang lebih cantik. Tapi pada dia yang menjadi syurga sebelum syurga.


~ sumber.


Saturday, 11 March 2017

PESANAN KATA -KATA MUTIARA...


                                                

   

   
Wahai jiwa beruntunglah orang yang soleh
dengan taqwa,
Mereka memandang kebenaran sedangkan 
hatiku telah buta.

Wahai yang terbaik antara kalangan mereka itu,
malam telah mengelapkan mereka, 
Tetapi cahaya mereka dapat menyaingi
cahaya bintang-bintang. 

Mereka mengalunkan bacaan al-Quran                   
dikala dinihari.
Lantas kehidupan mereka menjadi sangat
indah disirami bacaannya.

Hati-hati mereka terikat dengan al-Quran.
Airmata mereka bak mutiara tersusun rapi.
Saat dinihari yang gelap bagi mereka terasa
bergemerlapan.
Mengejar keampunan menjadi agenda 
terbaik kala itu.

Alangkah malang wahai jiwa tidakkah kau 
bangkit dan bersiapsiaga?
Manfaatkanlah peluang sebelum kaki 
meluncur tidak ketahuan,
Lantas masa pun berlalu dalam
keadaan tanpa upaya.

Capailah apa yang berbaki
dan kejarlah peluang itu.


~ Imam Ibnu Rajab Al-Hambali.







Ketika kita menghadapi kesulitan,
biarkan hati kita berenang dalam lautan
kesabaran dan lidah kita terbuai
kata-kata syukur dalam memuji Allah
dengan demikian keburukan yang datang
menghampiri kehidupan kita bisa berubah
menjadi kebaikan.

Dan apa yang kita percaya sebagai musibah
berubah menjadi hadiah dan rahmat.

Tubuh kita duduk, berdiri atau rebah mengarah
ke ka'bah dan hati ini tunduk kepada Maha
Pencipta,

Sehingga segala cubaan dan kesukaran hidup
tidak melewati hidup ini kecuali lidah dan
hati senantiasa berucap alhamdulillah, alhamdulillah,
alhamdulillahi Rabbil Alamiin.


~ Habib Kadzim Musa as-Saggaf.


Wednesday, 8 March 2017

BELAJAR BAHASA SYURGA



~  salam ukhwah fillah - salam persahabatan kerana Allah.

~  ukhti - kakak atau saudara perempuan.

~  akhi - abang atau saudara lelaki.

~  zauj - suami

~  zaujah - isteri

~  assif jiiddan - i'm really sorry

~  syukran - afwan - terima kasih - sama-sama.

~  ukhuwwah fillah abadan abada - persaudaraan kerana Allah selama-lamanya.

~  fa'iza 'azamta fatawakkal' alallah - setelah kamu berazam maka bertawakallah.

~  iinni akhafullah - sesungguhnya aku takutkan Allah.

~  mafi qalbi ghairullah - tiada apa di dalam hati selain Allah.

~  lau samahta - excuse me.

~  naltaqi ghadan - kita jumpa lagi esok.

~  ilalliqa - moga bertemu lagi.

~  syafaakalah - moga Allah menyembuhkan awak- (lelaki).

~  syafaakillah - moga Allah menyembuhkan awak - (perempuan)

~  taffadhol - silakan.

~  la addri - - saya tak tahu.

~  ma fi musykilah - tiada masalah.

~  bitaufik wannajah - semoga mencapai kejayaan.

~  Jazakallahu khairan khatira - semoga Allah memberi  / menambah kebaikan yang banyak kepadamu.

~  wa iyyaka - dan ke atas kamu juga ( jawapan untuk jazakallahu khairan / kathira ) @ Allahukhairujaza - Allah adalah sebaik-baik pemberi.

~  fahimtum - adakah anda faham.

~  fahimna - kami telah faham.

~  sobahalkhair - selamat pagi.

~  ijtahid wala taksal - bersungguh-sungguh dan janganlah kamu malas.

~  la tahzan innallaha maana - janganlah bersedih, sesungguhnya bersama mu.

~ kafaa bilmauti waa - izhan - -cukuplah kematiaan itu menjadi peringatan.

~  bi idniilah, inshaa Allah kull khayr! Ameen, barakallahu fiek - dengan izin Allah inshaa Allah semuanya baik Aamiin, semoga Allah merahmati kamu.

~  masa ul khair - selamat petang.

~  tushibu 'alal khair - selamat malam.

~  na'am - ya

~  yallah yallah bisura'h - mari-mari cepat.

~  ismahli ya ustaz/ustazah , uridu an azhaba ilal dauratul miah? - tumpang tanya wahai ustaz/ustazah, bolehkah saya ingin ke bilik air?

~  sannah helwah - happy birthday.

~  ana aidon - saya juga.

~  maas salamah - selamat tinggal.

~  alaa khoirin wa afiyyah - dalam keadaan baik dan sihat.

~  nin sain ? - kamu ada di mana?

~  ayyuhidma alaik - apa yang boleh saya bantu.

~  barakallahu fik - semoga Allah memberkati kamu.

~  daie - pendakwah.

~  Allah ghoyahtuna - Allah tujuan kami.

~  ar Rasul qudwatuna - Rasul teladan kami.

~  al-quran dusturna - al quran panduan kami.

~  al jihad sabiiluna - jihad jalan kami.

~  al mautu fi sabilillah asma amanina - syahid cita tertinggi kami.

~  innallaha ma'ana - sesungguhnya Allah bersama kami.



Monday, 6 March 2017

BICARA SAHABAT



Dan ada dalam kalangan manusia, memilih hidup untuk survive segala
apa yang menimpa dirinya, tanpa mengetahui apa tujuan
sebenar dirinya hidup. Senantiasa mengelak dari sebarang kemungkinan
hidup, dalam masa sama berharap perkara luar biasa menimpa dirinya.

Lantas apa bezanya dengan anjing jalanan? Mencari cari makanan 
di lorong-lorong gelap, berharap tiada yang memukulnya 
separuh mati, juga berharap ada manusia punyai ihsan, bawa dia
keluar dari kemelut kesusahan, punca kebahagiaan?









Jangan sesekali pernah berasa diri kita sudah beribadah sekiranya semua
amalan yang kita kerjakan hanya ibarat melepaskan batuk di tangga.


Sekiranya dengan dugaan dan cabaran yang pelbagai dapat menjadikan 
diri kita lebih baik daripada sebelumnya, maka mengapa kita perlu
mengeluh dan bersedih?

~Habib Ali Zaenal Abidin~







Bahagia itu sangat subjektif, moga-moga penanda aras bahagia
itu bergantung dekat atau jauhnya hubungan diri kita dengan Allah.

Sabar ada dua. Sabar dalam melawan perkara mungkar dan sabar
dalam memenuhi ketaatan.

Dan seandainya takdir tertulis sedemikian rupa, maka aku sebagai
hamba redha atas ketentuanNya.
Masakan aku akan terus memburu apa aku mahu sedangkan perancangan
Tuhan ternyata mahukan aku lakukan sebaliknya.
Moga airmata yang mengalir, rungsing tidak berpinggir, resah tidak
kesudah, adalah perkara yang Engkau redha, adalah lebih baik
dan terbaik buatku dari aku terus menyimpang ke jalan yang Engkau
tidak mahu.


Sertailah majlis ilmu di sana terdapat jawapan kehidupan.


~D-SIM~

Saat kita dewasa, kita akan semakin belajar untuk mati rasa pada banyak hal. Hingga satu waktu, hal-hal yang dulu menyakiti kita dengan muda...