Tuesday, 21 March 2017

JANGAN MUDAH KECEWA



Janganlah terlalu kecewa apabila dirundung malang. Memang sakit menerima sesuatu kegagalan, tetapi kita tidak boleh menyerah dan bersedih akibat kegagalan tersebut.

Berfikirlah secara positif. Kegagalan bukan bererti dunia telah tamat dan sedang menuju kehancuran, tetapi kegagalan adalah permulaan bagi sebuah kemenangan dan kejayaan apabila kita berjaya menepis segala perasaan negatif dan sanggup menerima dengan ikhlas.

Percayalah selagi umur masih bersisa, saat-saat kegembiraan dan kejayaan pasti akhirnya akan berpihak kepada kita.

Percayalah dalam kesulitan ada kemudahan, setiap kesakitan, ada penyembuhnya, dalam lapar ada kenyang, dalam dahaga ada kepuasan, setiap yang hilang pasti akan bertemu atau berganti dengan yang baru, setiap yang patah pasti akan tumbuh, dalam kesesatan ada petunjuknya, setiap kegagalan ada terang benderangnya.

Fajar akan mengusir kegelapan ini daripada puncak-puncak gunung, lembah-lembah bahkan dari lautan yang terbentang luas. Yakinlah, pertolongan akan datang kepada mereka yang tidak pernah berputus asa serta merta. Maka janganlah kita terlalu bersedih kerana hari ini mungkin kita berduka nestapa, tetapi esok lusa pasti kegembiraan akan bersama kita.

Yang lepas biarkan berlalu, kuburkan segala kenangan pahit agar ia menjadi baja yang berupaya menyuburkan semangat baru yang akhirnya akan menumbuhkan kegembiraan pada masa hadapan.




Walaupun hamparan padang pasir kontang terbentang luas saujana mata memandang di hadapan kita, namun nun jauh di sana disebaliknya pasti ada kebun subur yang penuh dedaunan hijau.

Setiap tangisan akan berakhir dengan senyuman, ketakutan akan berakhir dengan aman dan percayalah bahawa Allah akan sentiasa bersama mereka yang dalam kesulitan yang sering berdoa kepada-Nya. Penawar mujarab bagi semua kegagalan ialah kesabaran dan pantang menyerah dengan keadaan...








Sunday, 19 March 2017

TAPAK SULAIMAN



Suatu hari, seorang tua berjalan-jalan di tepi pantai yang terdapat beribu-ribu tapak sulaiman terdampar di situ. Dari kejauhan dia melihat seorang budak bersungguh-sungguh melemparkan tapak-tapak sulaiman itu kembali ke laut semula. Orang tua itu menghampirinya dengan pelbagai persoalan lalu bertanya kepada budak itu, "Apa yang sedang anak lakukan?"

Budak itu menjawab, "Saya sedang mencampakkan tapak sulaiman ini ke dalam laut. Air pasang akan berakhir dan sudah mula surut. Kalau saya tak campak tapak sulaiman ini ke lautan, tentu semuanya akan mati."

"Anak..." lelaki itu memanggil., "Tidakkah kamu sedar bahawa pantai ini begitu luas beribu-ribu batu dan terdapat beribu-ribu tapak sulaiman yang terdampar di atasnya? Mampukah anak melontarkan kesemuanya sekali?"

Selepas mendengar kenyataan itu, dengan penuh hormat anak itu menundukkan badannya lalu mengambil tapak sulaiman yang lain dan mencampakkannya ke lautan. Kemudian dia melontarkan senyuman kepada lelaki tua tersebut dan menjawab, "Pakcik, walaupun saya tak mampu mencampakkan semuanya ke lautan, tetapi sekurang-kurangnya saya mampu membantu beberapa ekor daripadanya untuk terus hidup."






Memang lumrah manusia, sering sahaja ingin mencapai sesuatu yang besar, tetapi tidak sedar bahawa yang besar itu biasanya dimulai dengan sesuatu yang kecil.
Kita biasa mendengar pepatah Inggeris, "A journey of thousand miles begins with the first step."

Demikian jugalah dengan cita-cita dan keinginan kita untuk berjaya dan berubah menjadi lebih baik.
Semua hasrat dan cita-cita kita hanya akan menjadi angan-angan jika tidak dimulai dengan langkah pertama.

Orang yang berjaya sering menjadikan kegagalan sebagai batu loncatan untuk mencapai kejayaan. Mereka akan membuat refleksi dan penilaian semula, seterusnya memulakan langkah lain untuk menggapai kejayaan. Mereka tidak gentar dengan kegagalan dan akan terus melangkah...

Walaupun jatuh bangun kita dahulu meninggalkan parut, tetapi percayalah, setiap kejayaan menuntut pengorbanan.






~sumber buku motivasi kehidupan.


Saturday, 18 March 2017

BUAT BAIK SESAMA INSAN




Pernahkah kita merasa letih melakukan kebaikan? Pernahkah kita terfikir, kenapa Allah s.w.t. masih belum memberikan kebaikan kepada kita disebabkan kebaikan yang pernah kita lakukan kepada orang lain?
Boleh jadi kebaikan yang kita lakukan itu belum mencapai piawaian yang dikehendaki oleh Allah s.w.t. bagi melayakkan kita mendapat balasan daripada-Nya.

Mungkin juga Allah s.w.t. ingin melihat sejauh mana kesabaran dan keikhlasan kita meneruskan amal baik yang selalu kita lakukan sebelum ini. Banyak kebarangkalian yang boleh kita andaikan.
Namun, bersangka baiklah kepada Allah s.w.t. Jikalau kebaikan itu tidak dibalas di dunia pasti akan dibalas di akhirat.




Kadang-kala kita terfikir, begitu lama bagi menunggu balasan amalan kebaikan dibalas di akhirat. Kita tidak mengetahui bilakah berlakunya kiamat, inikan mahu menunggunya. Jikalau kebaikan dibalas di dunia, balasan itu terus dapat kita rasai.
Berbaloikah kita menunggu dalam tempuh yang lama? Ya, sudah pasti berbaloi kerana balasan yang diterima di akhirat bersifat kekal. 

Syurga yang didiami bersifat kekal tanpa had masa. Manakala, balasan yag diterima di dunia tidak kekal dan akan tamat di saat kematian ataupun berakhirnya dunia ini.

Membuat kebaikan memang meletihkan, tetapi ganjarannya memang besar. Bagaimana mahu melakukan kebaikan tanpa berasa letih? Buatlah kerana Allah s.w.t.  Melakukan kebaikan kerana manusia, kita akan menjadi letih.

Manusia selalu tidak puas dengan apa yang dimilikinya. Ingat, kita melakukan kebaikan bukanlah bermakna kita sudah menjadi orang baik. Itulah usaha kita untuk menjadi baik.


 


"Dan berbuat bailah, kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang yang berusaha memperbaiki amalan nya."[ Surah Al-Baqarah, ayat 195]




~sumber dari buku sound direct.


BERFIKIRLAH POSITIF...



Sebagai manusia, kita pasti pernah mengalami hal yang buruk, dihina, trauma masa lalu, kegagalan berulang, sindiran rakan-rakan, tradisi dan adat menyebabkan kita terpenjara dalam kotak yang tidak mendewasakan kita.

Malah, kita sering mempercayai mentah-mentah apa sahaja yang diperkatakan dan dimomok-momokkan tanpa berfikir sama ada perkara yang diperkatakan itu benar ataupun tidak. Lebih buruk lagi, apabila kita memilih untuk mempercayai kata-kata mereka berbanding diri sendiri.



Teruslah berusaha untuk mencapai segala aspirasi positif yang ingin dicapai. Penat lelah memang biasa berlaku, tetapi jika kita sudah sampai di puncak, semua pengorbanan itu akan terbayar.
Hakikatnya, kehidupan kita akan menjadi lebih baik sekiranya kita memilih cara hidup kita sendiri bukan dengan cara yang dipilih oleh orang lain untuk kita.






Friday, 17 March 2017

JANGAN SUKA MENILAI ORANG....



Sering kali kita menilai orang lain dengan hanya membaca atau mendengar daripada sumber-sumber lain tanpa kita sedari bahawa apa yang kita baca dan dengar itu belum tentu hakikatnya.
Kita tidak mungkin mengenali seseorang dengan hanya melihatnya sahaja. Kita hanya akan mengenalinya jika kita benar-benar memahaminya. 

Samalah dengan kehidupan kita. Kebanyakan daripada kita suka menilai orang lain melalui apa yang dilihat. Apakah hanya dengan melihat apa yang dia katakan atau lakukan, kita boleh terus membuat penilaian?
Tanyakan pada diri kita sendiri, sampai bila agaknya kita punya waktu untuk menyayangi?
Ingat, jangan menilai orang lain sebelum kita menilai diri sendiri. Tanya diri kita dahulu, adakah aku layak menilai orang lain?






Menilai orang lain melalui hati. Mungkin itulah kata-kata yang sesuai untuk menjelaskan perkara itu.
Bukan mudah menilai seseorang melalui hati. Kita sering tersalah menilai seseorang melalui pertolongan atau mungkin perlakuan baik yang ditunjukkan di hadapan kita.

Setiap manusia dianugerahkan mata, ia itu pancaindera utama yang sangat berkesan. Pandangan mata mampu menutup pandangan hati dalam menilai seseorang. Itulah kuasa mata. Sering kita membuat penilaian terhadap seseorang berdasarkan penampilan, tutur kata dan juga personaliti mereka.

" Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah Penerima Taubat, lagi Maha Mengasihani." (Al-Hujurat:12)





Sebagai manusia biasa, sukar untuk kita mengenali hati budi orang lain. Oleh kerana itulah, timbul sikap kepura-puraan dan hipokrit. Sikap itu mengambarkan penilaian kita terhadap seseorang berdasarkan luarannya, bukan isi hatinya. Kita langsung tidak memberikan ruang kepada diri untuk meneliti seseorang dengan mata hati terutamanya apabila seseorang yang sering menghulurkan bantuan kepada kita mengambil berat akan hal kita. Sudah tentu pertolongan yang diberikan ikhlas.
Lebih-lebih lagi pertolongan diberikan secara berterusan dan kerap.

Tetapi jika satu waktu yang lain, orang yang sama membantu kita itu melakukan kesilapan kecil walaupun sekali, maka sudah tiada lagi kebaikan dalam dirinya. Walaupun mungkin kesilapan itu terlalu kecil.

Alangkah baiknya jika kita dapat menilai orang lain melalui hati kita. Dalam erti kata lain, lihat kebaikan yang ada pada dirinya.Bukan dengan cara menafikan kebaikan yang pernah dilakukannya sebelum itu. Jika kita meletakkan persepsi sebegitu, kita sukar untuk memaafkan orang lain.
Bahkan kita sebenarnya menutup terus ruang dan peluang untuk orang mengubah dirinya. Kita semua sama melainkan dalam perkara amal dan taqwa.



~sumber dari buku motivasi kehidupan.


Thursday, 16 March 2017

KEJUJURAN...



Dalam hubungan cinta mengapa sering berlaku putus cinta? Jawapannya mudah. Selagi tiada nilai kejujuran dalam percintaan, bercintalah dengan sesiapa pun pasti perpisahan jua yang kunjung tiba.
Kalaulah sampan yang kecil pun perlu diikat dengan tali, mengapa cinta yang besar nilainya tidak diikat dengan tali kejujuran?

Janganlah risau dan gusar andainya orang yang kita cintai bersikap jujur dengan kita. Sejauh mana pun terpisah dengannya, jika jujur pengikat janjinya, pasti dia akan terus menyintai dan setia.
Sekiranya berlaku masalah dalam perhubungan, bercerita dan berkongsilah denganya.

Ceritakan hal yang sebenar agar tidak timbul salah faham di kemudian hari. Berkata benar dengan pasangan akan menguatkan lagi kepercayaan dalam diri masing-masing.

Pendek kata, kejujuran sangat penting dalam setiap hal yang kita lakukan. Oleh itu, berhati-hatilah dalam segala tindakan yang kita lakukan kerana apa yang kita tanam hari ini, suatu hari nanti kita akan menuainya sendiri.

Jika menanam amanah, maka akan menuai kepercayaan, jika kita menanam kebaikan, maka kita akan menuai persahabatan. Jika ingin menanam tawaduk ( kerendahan hati ), maka akan menuaikan penghormatan.

Jika menanam rasa hormat, maka akan menuai kemuliaan. Jika menanam kesungguhan, maka akan menuai kejayaan. Jika menanam keimanan, maka akan menuai ketenangan dan jika menanam kebohongan, maka akan menuai bencana....



Wednesday, 15 March 2017

CETUSAN HATI



Jangan pernah membenci orang-orang yang pernah meninggalkanmu atau menyakitimu atau mengecewakanmu.
Mereka semua bahagian dari ceritamu.... Perluaslah lensamu.... Jangan terjebak dalam suatu saat saja... Senang atau sedih, mereka semua melewatinya... Dan apa yang tersisa hanyalah hati dalam dadamu, bebas atau terbelenggu, cantik atau buruk...








Hati seorang wanita harus menjadi lebih dekat kepada Allah sehingga seorang laki-laki harus mencari-Nya untuk menemukannya.








Hati dan lisan. Dua hal ini adalah saling berhubungan. Antara satu dengan yang lain mereka saling bergantungan. Ibarat bunga dengan wanginya. Tidak akan tercium bau yang harum tanpa adanya bunga.

Tetapi tidak pula semua bunga harum baunya. Maka tumbuhkanlah bunga yang tepat. Yang dapat menyenangkan bagi siapa pun yang berada di dekatnya. " Jika hatimu adala mawar jelita maka yang keluar dari mulutmu pasti semerbak wanginya."

Hati dan lisan. Apa yang keluar dari lisan sumbernya adalah isi hati yang dibiasakan. Dibiasakan bererti sering atau bahkan setiap saat di mana kita melakukan perbuatan sehingga menjadi terbiasa, baik hal itu kebaikan atau keburukan. Dan itu tergantung pada dari kita yang mana ingin dibiasakan.

Apa yang ada di dalam hati adalah cerminan dari apa yang keluar dari lisan. Boleh jadi setiap kata yang kamu keluarkan, adalah dari hati yang wujudnya kamu sendiri tentukan. Maka bentuklah hati yang baik dengan lisan yang baik.

Lisan yang kamu ucapkan akan mempengaruhi apa yang ada disekitarmu. Dia boleh mempengaruhi persepsi orang terhadap dirimu. Dia juga boleh mempengaruhi sekitar untuk menjadi seperti dirimu.
Lisanmu ibarat harumnya bunga. Kerana harum sumbernya dari bunga, maka sebarkanlah keharuman itu ke semua yang ada didekatnya. Tidak hanya dirimu saja yang menikmatinya.

Kamu sedari atau tidak, orang lain juga pasti akan merasakannya. Juga jagalah dia supaya tidak menyebarkan bau yang membuat orang menjadi enggan untuk bersama dengannya. Sebab tidak semua bunga harumnya sama.

Jika lisan mencerminkan apa yang ada di hati, maka hati mencerminkan diri. Hati adalah hulu dari semua keputusan dan perbuatan. Kebaikan atau keburukan. Kamu sendiri yang menentukan. Boleh jadi kebaikan atau keburukan yang kamu lakukan menjadi pengantar untuk kebaikan atau keburukan yang lain. Atau kebaikan atau keburukan yang kamu lakukan menjadi penyebab orang lain untuk melakukan kebaikan atau keburukan yang sama.

Maka berhati-hatilah dalam urusan hati. Penuhilah kebaikan di dalam hati kerana itulah yang akan menuntunmu menuju alam yang hakiki. Pertahankan kebaikan di dalam hati, kerana hidup hanya sekali dan kamu harus membuatnya bererti. Tetap junjunglah hati dengankebaikan meskipun orang lain membalasnya dengan hal yang berlawanan. Kerana Saidina Ali bin Abi Thalib berkata bahawa hatimu ibarat bunga, tetap memberi harumnya meskipun kepada tangan yang telah menghancurkannya...


~sumber inspirasi islam.




Saat kita dewasa, kita akan semakin belajar untuk mati rasa pada banyak hal. Hingga satu waktu, hal-hal yang dulu menyakiti kita dengan muda...