Monday, 30 May 2016

Fikirkan juga.....





Ke manakah hilangnya cahaya apabila lilin dipadamkan?

Menurut sains, tenaga cahaya akan kekal atau ditukarkan ke dalam bentuk tenaga lain yang setara. Dalam kes ini, cahaya tadi ditukarkan ke dalam bentuk apa, jika teori itu benar?







Kenapakah ada pokok yang besar mengeluarkan buah yang kecil, manakala pokok menjalar yang kecil pula mengeluarkan buah yang sangat besar?




Perhatikan buah tembikai yang besar tetapi mempunyai pohon menjalar yang sangat kecil.




Perhatikan pula buah keranji yang kecil saiznya tetapi pohonnya besar lagi tinggi menerawang ke udara.
                                   
Di sinilah letaknya hikmah ciptaan IIahi yang sukar untuk difahamkan kecuali bagi mereka yang mempunyai mata hati yang mendalam.....






Dari manakah sumber air terjun yang mencurah berterusan sepanjang tahun, walaupun pada musim kemarau? Menurut hukum graviti, air terjun dari atas ke bawah ..di bawah tarikan graviti, seperti yang kita saksikan dalam kejadian air terjun itu.

Persoalannya, bagaimanakah air 'mendaki' naik ke puncak gunung yang menentang graviti untuk turun kembali membentuk air terjun yang berterusan, walaupun pada musim kemarau panjang?

Demikianlah indahnya kejadian Ilahi bagi mereka yang melihatnya dengan basirah dalaman yang tajam. Semakin tinggi kita mendaki gunung, maka semakin sejuk pula suhunya, sedangkan kita semakin dekat dengan matahari.....



Fahamilah Remaja...





Remaja kita ramai yang terkandas bukan dek kerana minda yang tumpul dan akal yang lemah. Tetapi kerana masyarakat hari ini lebih cenderung mengadili seseorang individu itu berdasarkan kecemerlangan akademik semata-mata.


Sedangkan manusia itu dicipta bersama keunikannya tersendiri. Ada diantara kita selesa belajar menggunakan buku dan ada juga dikalangan kita hanya mampu menimba ilmu menerusi aktiviti praktikal. Ada yang suka berbincang masalah dengan orang lain dan ada yang sekadar menyimpan di dalam hati.


Ada yang suka mendengar daripada melihat. Tidak kurang juga yang lebih gemar bersukan daripada menjadi ulat buku.
Perbezaan ini bukanlah perkara baru. Cuma malangnya pada hari ini, mereka yang cemerlang didefinisikan menerusi bilangan " A " nya sahaja. Apa akan jadi dengan para remaja yang dilahirkan hebat dalam aspek lain dan bukannya akademik? Apa nasib mereka? Tentunya dicop sebagai tidak bijak, tidak berkualiti dan tidak berguna untuk masyarakat....


Inilah ketidakadilan yang berlaku. Bukan sekadar mengungkap masalah malah mengheret remaja mensia-siakan potensi diri yang sebenarnya lebih besar. Cuma kebetulan akademiknya kurang menyerlah.


Remaja yang cemerlang sebenarnya adalah remaja yang cemerlang dan seimbang.. Kecemerlangan ini bukan sekadar untuk meraih belasan A semata-mata tetapi juga untuk hidup sebagai manusia yang hebat....



Cabaran itu peluang...





Peluang dicipta bukan diminta....

Ya peluang bukan datang bergolek. Peluang muncul bersama konsep tawakal. Peluang juga muncul dengan kaedah berfikiran positif.

Bercakap soal konsep tawakal, apabila kita berdoa, berusaha dan kemudiannya menyerahkan segala-galanya pada Allah, in shaa Allah , peluang yang dicari pasti muncul.

Dan apabila bercakap tentang kaedah berfikiran positif, anda sebenarnya sedang mencipta peluang!!!

Apabila setiap masalah dilihat akan hikmahnya, anda pasti menjadi semakin hebat setiap kali masalah itu diatasi...

Kadangkala peluang ini berselindung disebalik cabaran dan masalah. Dan kain yang menutup peluang ini dapat disingkap hanya apabila kita melihat masalah tersebut dari sudut yang positif.

......cabaran itu peluang.




Renungkan kata-kata Prof Dr Hamka....

Peluang yang besar itu datang secara tiba-tiba....datang tidak menentu masa...datang disaat kita kesempitan atau kesusahan. Nilailah peluang itu dengan secara bijaksana. Rebutlah peluang yang besar itu kerana peluang yang besar itu boleh berlalu dengan tiba-tiba. Jangan jadikan seribu alasan untuk tidak merebut peluang yang besar itu....



Kaedah belajar dengan berkesan.





Sekadar berkongsi satu kaedah cara belajar dengan berkesan.

1. Anda perlu kenal pasti apakah mata pelajaran yang anda lemah dan subjek yang anda rasakan anda mampu untuk skor.

2. Anda perlu bijak meletakkan masa yang sesuai untuk belajar kedua-dua kategori subjek tersebut agar anda tidak tersilap langkah.
   
Dan bercakap tentang waktu untuk belajar, anda akan mudah menentukannya apabila anda melakukan perkara no 1 di atas.

Dan  untuk mempelajari mata pelajaran kategori susah, anda dicadangkan melakukannya ketika waktu awal pagi.

Kerana pada waktu ini otak anda begitu segar dan mudah untuk mencerap ilmu pengetahuan. Dan kepayahan subjek tersebut sedikit sebanyak dapat diatasi dengan menggunakan kaedah ini. Jangan teragak-agak untuk mencubanya....kerana anda pasti dapat merasakan kehebatan belajar di awal pagi.

Manakala mata pelajaran mudah pula anda perlu telaah sebaik sebelum anda tidur. Kenapa...?

Sebab ...kalau sebelum tidur anda mengadap buku subjek yang anda tidak minat, pasti anda tertidur dengan lebih cepat ! Tapi kalau subjek yang diulangkaji itu subjek yang anda minat, pasti anda lebih bersemangat meskipun sudah penat.....


Ok ini saja perkongsiannya.....
                                  
                                                                                                                                                       
Mudah diberitahu tetapi agak mencabar untuk diikuti!! Hanya pelajar yang betul-betul serius untuk cemerlang mampu melakukannya.....








                                                                                                                                       

Katanya Kau Seorang Pejuang....






katanya kau seorang pejuang
tapi ikhtilat mu tidak dijaga

katanya kau seorang pejuang
tapi kau masih assabiyyah

katanya kau seorang pejuang
tapi ibadah mu dan amalanmu masih seperti dahulu

katanya kau seorang pejuang
kau masih layan tv , movie dan game dgn alasan nak release tension

katanya kau seorang pejuang
cinta dunia masih menempati hatimu berbanding cinta Allah dan rasulNYA

katanya kau seorang pejuang
kau sebok update isu semasa berbanding AL QURAN 1juz sehari

katanya kau seorang pejuang
kau xpun berdakwah

katanya kau seorang pejuang
kau masih layan muzik-muzik yang lagha








katanya kau seorang pejuang
tapi sering beralasan untuk dakwah dan jihad

katanya kau seorang pejuang
kau lebih bela jemaah berbanding islam

katanya kau seorang pejuang
kau masih ada karat jahiliyyah dihatimu tanpa usaha membuangnya

katanya kau seorang pejuang
mutabaah ibadahmu sangat menyedihkan

katanya kau seorang pejuang
ukhuwahmu hanya untuk kepentinganmu bukan kepentingan ummat

katanya kau seorang pejuang
kau sering tinggal QIAMULLAIL bebanding mengamalkannya

katanya kau seorang pejuang
berapa banyak ummat yang kau ziarah?

katanya kau seorang pejuang
kau sering menyalahkan orang lain berbanding diri sediri akibat lalai kerna tidak berdakwah

katanya kau seorang pejuang
kau lebih banyak berdakyah berbanding berdakwah


katanya kau seorang pejuang
tapi masa rehatmu lebih banyak berbanding masa berdakwah


katanya kau seorang pejuang
tapi untuk berinfaq saja kau sudah kikir


katanya kau seorang pejuang
hidupmu masih senang lenang dan mewah







katanya kau seorang pejuang
kau sudah menganggap dirimu mulia sedangkan kau harus lebih tawadhuk


katanya kau seorang pejuang
kau jarang sekali menangis untuk bertaubat


katanya kau seorang pejuang
kau masih seronok dengan maksiat di sekitarmu


katanya kau seorang pejuang
kau tidak rasa apa-apa bila berbuat maksiat


katanya kau seorang pejuang
kau masih malas mencari ilmu agamamu


katanya kau seorang pejuang
kau jarang sekali muhasabah dirimu sedang sering menasihati orang lain


katanya kau seorang pejuang
kau masih berpakaian tidak senonoh


katanya kau seorang pejuang
namun akhlakmu tidak ada apa yang berubah


katanya kau seorang pejuang
namun kau sering lalai dan leka berbanding insaf dan sedih


katanya kau seorang pejuang
kau lebih sibuk bersama keluarga berbanding bersama ummat


katanya kau seorang pejuang
kau masih pentingkan dirimu berbanding kepentingan ummat







Airmata Wanita....



Airmata ......Kenapa wanita mengalirkan airmata?

Itulah kenapa perasaan wanita sangat peka.

Allah menciptakan dengan 9 perasaan dan 1 akal, maka mereka selalu mengutamakan perasaannya ketika ia menghadapi sebuah permasalahan yang dihadapinya.

Tak hairanlah ketika perasaannya sedang sebak maka airmatanya pun mengalir.

Bukan kerana dia lemah tapi dengan airmata itulah dia meluahkan segala rasa yang ada didadanya, beban kehidupannya dan permasalahan yang dihadapinya.





 Kenapa Allah menciptakan wanita itu begitu istimewa ?


Wanita diberikan sebuah bahu yang begitu kukuh menahan beban dunia dan isinya, dan dia jadikan bahu itu begitu nyaman dan menenangkan ketika dia harus menopang kepala bayi yang sedang tertidur.
Allah menciptakan wanita dengan kekuatan untuk bertahan, ketika yang lain menyerah dan putus asa
pada keadaan kerana mereka yakin akan sebuah harapan....

Diciptakannya mereka begitu sabar menghadapi cercaan dari bayi yang dilahirkannya dari rahim.

Allah memberikan mereka kesabaran untuk selalu memberikan perhatian dan kasih  sayang pada keluarganya walaupun dirinya letih, mereka tetap berjuang tanpa kenal lelah dan kadang kala menahan sakit namun mereka tidak pernah berkeluh kesah.

Cinta yang diberikan pada putera puterinya tiada terbatas.

Dia hanya tulus memberi tanpa dan tidak pernah mengharap kembali,...walau kadangkala dia disakiti dan dicaci maki namun setiap saat dan keadaannya dia begitu bererti tidak pernah sakit hati walau hatinya seringkali dilukai.

Wanita sebagai semangat dan kekuatan untuk membimbing suami ketika masa sulit yang dihadapi ....bukankah wanita itu dicipta dari tulang rusuk lelaki?

Bukankah tugas sebuah tulang rusuk adalah untuk melindungi jantung dan hati agar ia selalu selamat dan tak tercedera ?




Airmata itu satu anugerah.


Satu kekhususan yang Allah berikan pada wanita, Airmata.

Kerana dengan airmata wanita boleh menumpahkan perasaannya bila mereka memerlukannya.

Bukan sebuah kelemahan ketika wanita menangis tapi airmata itu adalah sebuah airmata kehidupan.

" Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki.

Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda , Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang penyayang tidak akan sia-sia."(Al Hadith)

Oleh kerana iulah wahai ikhwan jadikan jangan kau siakan wanita.

Ingatlah kau juga dilahirkan dari rahim ibumu yang juga seorang wanita, jika kau melukai hati wanita itu sama halnya kau lukai hati ibumu.

"Jadi, lelaki dan wanita ada kelebihan dan kekurangan. Itulah sebab kita dijadikan supaya dapat melengkapi antara satu sama lain.
Segala amalan yang kita lakukan tetap akan dibalas walau sebesar zarah....






...by Muhamad Naim


Alhamdulillah....

Assalamualaikum.
Syukur alhamdulillah pada Allah...masih diberi nafas pagi ini. Semoga segala yang akan dilalui hari
ini akan berjalan lancar....aamiin.

Tidak semua perkara kita mampu dan terdaya untuk melakukan sendirian. Selagi kita mempunyai kawan-kawan janganlah bersikap sombong....kerana mungkin satu masa nanti mereka inilah yang akan menghulurkan bantuan takkala kita dalam kesusahan.

Walaupun kita masih ada keluarga ataupun saudara mara...mungkin jarak dan waktu membataskan pertolongan...bukan bermaksud keluarga tu tak penting.....mereka juga selalu membantu .Jiran juga kawan yang terdekat yang harus dihomati., saling membantu dan selalulah berbuat baik dengan jiran.Walaupun ada jiran yang tak mesra alam....tak ngapa ...kita terus buat kebaikan, jadi tauladan dan pembelajaran. Kalau niat kita baik...Allah akan buka jalan, buka mata dan buka hati mereka untuk berubah...

Bentuklah persekitaran yang positif...keikhlasan kita pasti mendapat ganjaran pahala dari Allah...
Yang berat sama kita pikul..yang ringan sama kita jinjing, ke bukit sama kita daki..ke lurah sama kita turuni, bulat air kerana pembentung...bulat kita kerana bermuafakat....

- Wassalam.

Sunday, 29 May 2016

Alhamdulillah.

Assalamualaikum wbt.
selamat  pagi .....

Sejauh mana kita berlari, sepantas mana kita melangkah, setinggi manapun kita terbang, kita adalah khalifah Allah.....di mana tergalas satu tanggung jawab besar sebagai seorang muslim yang menjadi idola pada diri sendiri dan keluarga serta duta pada masyarakat di luar sana....sentiasalah menjadi contoh yang tawaduk dan sentiasalah bermujahadah dalam segala segi tindakan....jauh atau dekat perjalanan kita adalah dengan bermula dengan langkah pertama, bila salah dan silap langkah tujunya, maka binasalah ia....andai lurus hatinya maka tegaklah jejaknya....


...dalam perjalanan ke Kuantan..

Saturday, 28 May 2016

Cinta dan Jodoh




Cinta tidak selalu bersama jodoh, tetapi jodoh selalu bersama cinta....Jika benar cinta itu kerana Allah SWT maka biarlah ia mengalir mengikuti aliran Allah SWT kerana hakikatnya ia berhulu dari Allah SWT maka ia pun berhilir hanya pada Allah SWT. Apabila kita menjaga hubungan dengan Allah, Allah akan kirimkan jodoh yang terbaik  buat kita....

Pesanan oleh Ustaz Azhar Idrus tentang cinta :

Jangan pikat wanita kalau tidak bersedia cintakan dia.
Jangan buat wanita tuu jatuh cinta  kalau tak bersedia cintakan dia.
Jangan memberi wanita itu harapan kalau tidak pasti.
Jangan sakitkan hati wanita kalau tiada hati untuknya.
Jangan mainkan perasaan wanita kalau tiada perasaan untuknya.
Haram jika jadikan wanita itu kekasih tetapi tiada niat menikahinya.




Biarlah berkasih sayang kerana Allah...



Pesanan Ulama

Al Habib Ali Zainal Abidin bin Abdurrahman Al-Jufri
Di mana adanya akhlak yang mulia, tanda di situ adanya Agama.
Di mana adanya akhlak yang mulia, tanda adanya juga di situ Ilmu.
Sekiranya tiada di situ akhlak yang mulia, maka tiada di situ Ilmu dan Agama...


Tidak mungkin dengan agama itu tanpa ada akhlak yang mulia. Tidak mungkin bersifat kesolehan itu dengan tiada akhlak yang mulia. Tidak mungkin terjadinya Ilmu itu tanpa akhlak yang mulia....


Maka setiap yang berilmu dan beragama, jika tiada terzahir padanya akhlak yang mulia maka di situ ada kecacatan pada orang yang berilmu dan yang beragama....


Manusia ini sentiasa diantara ada 2 keadaan, yang satu mengejar...yang satu dikejar,
yang mengejar dunia dan yang dikejar ajal....


Mereka yang memakmurkan rumah Allah (masjid) ketika di dunianya maka Allah pasti akan
memakmurkan rumahnya kelak di alam barzakh, ketika di Timbangan Mizan & di syurga....


Cintailah tetanggamu walaupun mereka kafir atau ahli maksiat, dengan mencintai mereka Iman mu
sempurna....


Tipu daya syaitan itu lemah, syaitan bila mahu menghasut, dia tidak menggunakan pistol, bisik-bisik
saja....


Jika mahu lihat bagaimana keadaan iman seseorang, lihatlah bagaimana keadaan dia apabila menerima teguran....


Ilmu yang didengari itu jika diamal, maka ianya akan bercambah.....






Al Habib Umar Al Hafidz.


Sekarang kerapkali engkau lihat banyak orang merasa bahawa dia telah memiliki dunia dengan apa
yang telah diperoleh dan diraihnya....

Jika engkau kembali melihat dengan saksama maka engkau akan mengetahui bahawasanya mereka
tidak sedikitpun memiliki dunia. Bahkan mereka telah diperhambakan oleh dunia....

Demikian ini kerana mereka rela untuk melakukan hal apapun baik yang halal ataupun yang haram.
baik itu taat ataupun maksiat hanya untuk meraih kenikmatan dunia. Mereka rela untuk memutuskan
tali persaudaraan demi mendapatkan kenikmatan dunia....

Apakah manusia yang memperhambakan dunia atau dunia yang memperhambakan manusia ???

Cinta dunia pokok segala masalah dan malapetaka.

Semoga kita diberikan kemantapan hati agar tidak tertunduk dengan gemerlapnya dunia....

Melihat gambar-gambar yang penuh dengan maksiat boleh menggelapkan lagi hati mereka dari berzikir di siang dan  malam....

Jangan jadikan kehidupan seharian hanya dengan kesibukan duniawi semata-mata. Bahagi- bahagilah masa dengan seadil dan sewajarnya....

Walaupun langit dan bumi itu berjauhan, ia mempunyai kelebihan tersendiri. Langit ada kelebihan, bumi juga ada kelebihan. Oleh kerana itu langit dan bumi perlu satu sama lainnya. Seterusnya itulah
manusia saling memerlukan.....

Cuba Fahami...





Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya.
Guru ada Al-Quran, Guru akan letaknya di tengah karpet. Sekarang anda berdiri di luar karpet.
Permainannya adalah bagaimana caranya mengambil Quran yang ada di tengah tanpa memijak
karpet. Murid-muridnya berfikir. Ada yang mencuba alternatif dengan tongkat dan lain-lain.

Akhirnya guru memberi jalan keluar. Digulungnya karpet dan diambil Quran. Ia memenuhi syarat tidak
menginjak karpet. " Murid-murid begitulah umat Islam dan musuh-musuhnya. Musuh-musuh Islam
tidak akan menginjak-injak anda dengan terang-terang. Kerana tentu anda akan menolaknya mentah-mentah.
Orang biasa pun tidak akan rela kalau Islam dihina di hadapan mereka. Tetapi mereka akan menggulung
anda perlahan-lahan dari pinggir, sehingga anda tidak sedar.

Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibuat pondasi yang kuat. Begitulah Islam jika ingin kuat maka
bangunlah akidah yang kuat. Sebaliknya jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau dimulai dengan
pondasinya dulu, tentu saja hiasan-hiasan dinding akan dikeluarkan dulu ..kerusi dikeluarkan dulu, almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah dihancurkan....

Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan hentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan
meletihkan anda. Mulai dari perangai anda, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun anda muslim, tapi anda telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara mereka...dan itulah yang mereka inginkan. Ini semua adalah fenomena
perang pemikiran....dan inilah yang dijalankan oleh musuh-musuh kita.

" Kenapa mereka tidak berani terang-terang menginjak-injak cikgu?" tanya murid-murid. Sesungguhnya dulu mereka terang-terang menyerang, misalnya Perang Salib, Perang Tartar dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi. Begitulah Islam kalau  diserang perlahan -lahan , mereka tidak akan sedar, akhirnya hancur. Tapi kalau diserang serentak terang-terangan, mereka akan bangkit serentak, baru mereka akan sedar....

Kalau begitu kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari kita berdoa dulu sebelum pulang...Matahari bersinar terik
takkala anak-anak itu keluar meninggalkan tempat belajar mereka dengan fikiran masing-masing dikepalanya......

Dakwah



Berjuang memang pahit
Kerana syurga itu indah
Bukan sedikit mahar yang perlu dibayar
Bukan sedikit pedih yang ditagih.

Ingatlah ....
Tiada permaidani merah untuk perjuang Islam
Tiada anugerah dan gelaran istimewa untuk pendakwah Islam....

Ingatlah....
Hanya cabaran dan ujian getir yang diberikan untuk kita
Namun....ikhlaskan niatmu wahai sahabatku
Kerana nilaian Allah Taala amat tinggi buat hambaNYA
yang berkorban demi agamaNYA.

Kata-Kata Ulama



A. SAYIDINA ABU BAKAR AS SIDDIQ 

Khalifah ur Rasyidin yang pertama dan Sahabat utama Rasulullah SAW, Sayidina Abu Bakar As Siddiq pernah meninggalkan pesan, katanya:


 1. Siapa yang memasuki kubur dengan tidak membawa bekalan samalah seperti orang yang belayar di lautan dengan tidak berpera

2. Kegelapan itu ada lima perkara dan penerangnya juga ada lima perkara iaitu 

a. Cinta dunia itu kegelapan dan penerangnya adalah taqwa. 


b. Dosa itu kegelapan dan penerangnya adalah taubat. 

c. Akhirat itu kegelapan, penerangnya adalah amal soleh. 

d. Kubur itu kegelapan, penerangnya adalah kalimah ‘La ilaha illallah Muhammadur Rasulullah.’ 

e. Siratul Mustaqim itu kegelapan, penerangnya adalah yakin.


3. Sesungguhnya iblis itu berdiri di hadapanmu, nafsu di sebelah kananmu, dunia di belakangmu, anggota di 
sekelilingmu dan Allah juga bersamamu. Iblis yang dilaknat menyuruhmu meninggalkan agama. Nafsu 
menyuruhmu berbuat maksiat. Keinginan hawa nafsu menyerumu ke arah syahwat. Dunia menyeru supaya 
memilihnya daripada Akhirat. Anggotamu menyerumu berbuat dosa. Allah menyerumu ke Syurga dan 
keampunan-Nya. Siapa yang menyahut seruan iblis terkeluarlah agamanya. Siapa yang menyahut seruan nafsu 
terkeluar rohnya (roh kemanusiaan). Siapa yang menyahut seruan syahwat, terkeluar akalnya. Siapa yang 
menyahut seruan anggota, terkeluarlah Syurganya. Siapa yang menyahut seruan Allah, terkeluarlah 
kejahatannya dan memperolehi segala kebaikan.


4. Sayidina Abu Bakar berkata: Terdapat lapan perkara yang menjadi perhiasan kepada lapan perkara: – 

Menjaga perkara yang haram, perhiasan kepada fakir. – Syukur perhiasan kepada nikmat –Sabar perhiasan  kepada  bala.– Tawaduk perhiasan kepada kemuliaan. – Berlemah lembut perhiasan kepada ilmu. – Merendah diri perhiasan kepada orang yang bercakap.– Meninggalkan riyak perhiasan kepada kebaikan. – Khusyuk perhiasan kepada sembahyang. 


5. Sesungguhnya hamba itu apabila datang ujub dengan sesuatu dari perhiasan dunia nescaya Allah memurkainya hingga dia menceraikan perhiasan itu. 

6. Moga-moga aku jadi pokok kayu dicantas kemudian dimakan. 

7. Dia berkata kepada para Sahabat: Sesungguhnya aku telah mengendalikan urusan kamu, tetapi bukanlah 
aku ini orang yang paling baik di kalangan kamu maka tolonglah aku, kalau aku berlaku lurus maka ikutilah 
aku tetapi kalau aku menyeleweng betulkan aku.


B. SAYIDINA UMAR AL KHATTAB 


1. Khalifah kedua, Sayidina Umar berpesan: 

– Siapa yang menjaga percakapannya dianugerahkan kepadanya hikmah. 

– Siapa yang menjaga penglihatannya dianugerahkan kepadanya hati yang khusyuk. 

– Siapa yang menjaga makanannya dianugerahkan kepadanya kelazatan dalam beribadah. 

– Siapa yang bersabar di atas ujian, Allah sempurnakan sabarnya lalu memasukkannya ke dalam Syurga mana yang dia suka.


– Siapa yang menjaga daripada ketawa dianugerahkan kepadanya kehebatan. 

– Siapa yang menjaga daripada bergurau dianugerahkan kepadanya keelokan atau kemuliaan. 

– Siapa yang meninggalkan cinta dunia dianugerahkan kepadanya dapat melihat kesalahan sendiri. 

– Siapa yang meninggalkan kesibukan mencari kesalahan pada perbuatan Allah, dianugerahkan kepadanya pelepasan daripada nifak. 


2. Jika tidaklah kerana takut dihisab sesungguhnya aku perintahkan kamu membawa seekor kambing untuk dipanggang di depan pembakar roti ini. 


3. Siapa takut kepada Allah SWT, nescaya marahnya tidakdapat dilihat. Dan siapa takutkan Allah, kehendaknya akan ditunaikan.


4. Wahai Tuhan, jangan Engkau jadikan kebinasaan umat Muhammad SAW di tanganku. 


5. Termaktub dalam sepucuk surat khalifah Umar kepada Abu Musa Al Asyaari: “Milikilah sifat sabar. Sifat 
sabar itu ada dua. Sabar yang pertama lebih afdhal dari sabar yang kedua iaitu sabar dalam meninggalkan 
larangan Allah SWT dan sabar dalam menghadapi musibah. Ketahuilah bahawa sabar itu sangkutan iman 
(orang yang bersabar akan mendapat iman) kerana kebajikan yang paling utama adalah taqwa dan taqwa 
hanya dapat dicapai dengan sabar.”



C. SAYIDINA USMAN IBNU AFFAN R.A. 


Mari kita lihat pula kata-kata hikmah daripada khalifah ketiga, Sayidina Usman Ibnu Affan r.a. Di antaranya: 

1. Aku mendapat kemanisan ibadah dalam empat perkara: 

a. Sewaktu menunaikan apa yang difardhukan Allah. 

b. Meninggalkan apa-apa yang Allah haramkan. 

c. Ketika menyeru kepada kebaikan. 

d. Ketika mencegah kemungkaran dan menjaga diri daripada membuat perkara yang menyebabkan kemurkaan Allah. 

2. Katanya lagi: Empat perkara yang pada zahirnya fadhilat dan pada batinnya wajib: 

a. Bergaul dengan orang soleh itu fadhilat, mengikut amalan mereka itu wajib. 

b. Membaca Al Quran itu fadhilat, beramal dengannya itu wajib. 

c. Menziarahi kubur itu fadhilat, bersedia untuknya itu wajib. 

d. Menziarahi orang sakit itu fadhilat, menunaikan wasiat itu wajib. 


3. Pesanannya: Antara tanda-tanda ‘arifin itu ialah: 

a. Hatinya berserta takut dan harap. 

b. Lidahnya bertahmid dan memuji Allah.

c. Matanya berserta malu melihat perkara yang dilarang dan banyak menangis. 

d. Kehendaknya bersih dari cinta dunia dan bertujuan menuntut keredhaan Allah. 



D. SAYIDINA ALI ABU TALIB K.W. 


Khalifah keempat, Sayidina Ali k.w. berkata: 


1. Ilmu itu sebaik-baik pusaka. Adab itu sebaik-baik sifat. Taqwa itu sebaik-baik bekalan. Ibadah itu sebaik-

baik barang perniagaan. 


2. Siapa yang tinggalkan dunia, dikasihi oleh Allah. Siapa yang tinggalkan dosa, dikasihi oleh malaikat. Siapa 

tinggalkan tamak, dikasihi oleh orang-orang Islam.


3. Siapa yang tidak ada padanya sunnah Allah, sunnah Rasul dan sunnah wali-Nya, maka tiadalah apa-apa 

kebaikan padanya. Ditanya orang pada Sayidina Ali k.w., “Apakah sunnah Allah?” Sayidina Ali menjawab, 

“Menyembunyikan rahsia (misalnya menutup aib orang lain).” Ditanya lagi, “Apakah pula sunnah Rasulullah?” 

Sayidina Ali berkata, “Berlemah lembut dengan sesama manusia.” Ditanya lagi, “Apakah pula sunnah wali-

Nya?” Sayidina Ali menjawab, “(Sabar dalam) menanggung penderitaan.” 


4. Susah sekali melakukan kebaikan pada empat tempat: 

– Memberi maaf ketika marah.

– Bersedekah ketika kesempitan.

– Menjauhi perkara haram ketika seorang diri. 

– Berkata benar kepada orang yang ditakuti atau orang yang selalu menolong. 


5. Memadai aku merasa mulia bahawa Engkau Tuhan bagiku dan memadailah aku merasa bangga bahawa aku menjadi hamba-Mu. Engkau yang aku cintai maka berilah aku taufik (agar dapat melakukan perkara-perkara yang Engkau cintai). 

6. Hendaklah kamu lebih mengambil berat bagi diterima amalamal kamu daripada beramal. Sesungguhnya sangat besar nilainya amalan yang disertai taqwa dan betapa lagi kalau amalan itu diterima. 

7. Janganlah mengharap seorang hamba itu melainkan Tuhannya dan janganlah dia takut melainkan dosanya. 

8. Tiada kebaikan ibadah tanpa ilmu dan tiada kebaikan ilmu tanpa faham dan tidak ada kebaikan bacaan kalau tiada perhatian. 

9. Dasar kekafiran itu dikelilingi oleh empat tiang iaitu kasar hati, buta fikiran, lalai dan prasangka. 


10. Orang berhati kasar akan menghina kebenaran, menunjukkan kejahatan dan mengutuk orang-orang pandai. 

11. Buta hati akan lupa zikrullah. 

12. Orang yang syak wasangka akan tertipu oleh angan-angan. Sampai masanya dia ditimpa kecewa dan sesal tidak berhujung kerana diperlihatkan Allah hal-hal yang selama ini tidak dikiranya. 














DICATAT OLEH PAPAMISYA.


Saat kita dewasa, kita akan semakin belajar untuk mati rasa pada banyak hal. Hingga satu waktu, hal-hal yang dulu menyakiti kita dengan muda...