Tuesday, 23 April 2019

KEINDAHAN MASJID



Masijd Tuanku Mizan Zainal Abidin
Putrajaya Malaysia.




Masjid Zahir
Alor Setar, Kedah.






Masjid Sultan Idris Shah II
Ipoh, Perak.





Masjid Darul Quran
Kuala Kubu Baru, Selangor.





Masjid Abdullah Fahim
Kepala Batas, Pulau Pinang.





Masjid Selat Melaka
Melaka, Malaysia.





Masjid Zahir
Alor Setar, Kedah.





Masjid Putra
Putrajaya, Malaysia.





Masjid Putra
Putrajaya, Malaysia.





Masjid Bandaraya Kota Kinabalu
Kota Kinabalu, Sabah.






Masjid Al-Bukhary
Alor Setar, Kedah.





Masjid Al -Hussain
Kuala Perlis, Perlis.







Masjid Sultan Ahmad Shah
Kuantan, Pahang.






Masjid Jamek Sultan Abdul Samad
Kuala Lumpur, Malaysia.







Masjid Penjara Kajang
Kajang, Selangor.







Masjid Tengku Tengah Zaharah
Kuala Terengganu, Terengganu.






Masjid Ubudiah
Kuala Kangsar, Perak.





Masjid Putra Nilai,
Nilai, Negeri Sembilan.






Masjid Lapan Kubah,
Jerteh, Terengganu.







Masjid Kristal
Kuala Terengganu, Terenggau.






Masjid Jamek Kampung Melayu
Kluang, Johor.






Masjid Al-Ismaili 
Bandar Baru Pasir Pekan, Wakaf Bharu, Kelantan.






Masjid Sultan Ibrahim Petra,
Kubang Kerian, Kelantan.





Masjid Sultan Iskandar,
Bandar Dato Onn, Johor.






Masjid Sultan  Salahuddin Abdul Aziz Shah,
Shah Alam, Selangor.






Masjid Al- Badr,
Pulau Pangkor, Perak.






Masjid Al-Hana,
Pulau Langkawi, Kedah.







Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,
Shah Alam, Selangor.



Monday, 15 April 2019

BICARA SAHABAT



Kita bukan penduduk bumi,
Kita adalah penduduk syurga.
Kita tidak berasal dari bumi,
tapi kita berasal dari syurga.

Maka carilah bekal untuk kembali ke
rumah kita,
kembali ke kampung halaman yang
lama kita tinggalkan.

Dunia ini bukan rumah kita,
maka jangan alpa dengan
kesenangan dunia.
Kita hanya penjalan kaki dalam
perjalanan kembali ke rumah kita.

Tak rindukah pada kampung anda?

Bukankah mereka
yang sedang dalam perjalanan
pulang selalu mengingat rumahnya
dan mereka mencari buah tangan
untuk kekasih hatinya
yang menunggu di rumah...

Lantas, apa yang kita bawa untuk
penghuni rumah kita?

Rabb yang mulia
Dia hanya meminta amal soleh dan
keimanan, taat pada-Nya serta rasa
rindu pada-Nya
Yang menanti di rumah.


Begitu beratkah memenuhi
perintah-Nya?

Kita tidak berasal dari bumi,
kampung asal kita adalah di syurga.

Kenapa kita lupa?

Rumah kita jauh lebih indah di sana.
Kenikmatannya tiada terlukiskan
dihuni oleh orang-orang yang
mencintai kita.
Ada isteri solehah.
Ada suami soleh
serta tetangga dan kerabat yang
menyejukkan hati.
Mereka rindu kehadiran kita, setiap
saat menatap menanti kedatangan
kita.
mereka menanti khabar bauk
dari Malaikat Izrail

Bila keluarga mereka akan pulang?

Ikutilah peta (al-Quran) yang
Allah titipkan sebagai pedoman
perjalanan.
Jangan sampai salah arah dan
berbelok ke rumahnya iblis
laknatullah iaitu neraka.

Kita bukan penduduk bumi,
Kita penduduk syurga.
Bumi hanyalah perjalanan.
Moga perjalanan kita ke sana
selamat dan dirahmati.

Ingat...
Ini bukan rumah kita



TARBIYAH KEHIDUPAN



Selagi Allah izinkan kita hidup, manfaatkanlah kehidupan ini. Jangan sampai dah nak mati nak minta hidup semula untuk beribadah kepada-Nya.

Semua orang layak jadi baik, jangan bantutkan niat orang lain yang nak berubah. Jangan jadi penyebab orang makin jauh dengan Allah.


Ketika kamu berada di jalur menuju Allah.
Maka berlarilah kencang.
Jika itu sulit bagimu
Maka tetaplah berlari
meskipun hanya berlari-lari kecil...
Bila kamu lelah berjalanlah.
Apabila semua itu tidak mampu kamu
lakukan
Tetaplah maju meski harus
merangkak
Namun jangan pernah sesekalipun
Berbalik arah atau berhenti....


SUBHANALLAH
































BICARA SAHABAT



Ibu, jika anak-anakmu sering menyakiti hatimu, terlitilah kembali ketaatan dirimu kepada suamimu. Boleh jadi anak-anak menyakiti hatimu kerana kau menyakiti hati suamimu.


Anak-anak, jika kehidupanmu sering terganggu, dan ada saja masalah yang melanda, teliti kembali ketaatanmu kepada ibumu...keranaboleh jadi kederhakaanmu kepada ibumu itulah penyebab hilang keharmonian dalam hidupmu.


Suami, jika kau sering disakiti oleh isterimu maka muhasabahlah ketaatanmu kepada Allah, boleh jadi kederhakaan isterimu terhadapmu disebabkan oleh kederhakaanmu kepada Allah.

[ustaz Pahrol Mohamad Juoi]





Bunga Raya Bunga Melati
Mari ditanam tepi Perigi
Syukur Selalu pada Ilahi
Diberi rezeki bernafas lagi.


Pagari hatimu dengan iman,
Agar saat terjatuh kau masih punya
kekuatan,
Untuk bangun dan terus mencari
bekalan,
Menggapai syurga yang telah
dijanjikan.





Ada lima perkara kita semua pasti inginkan serta berusaha untuk mendapatkannya.

Wajah yang cantik
Duit berjuta-juta
Sihat dan kuat
Anak-anak yang patuh serta berjaya
Tidur nyenyak tanpa ubat penenang...


Hal itu mudah kita perolehi, hanya perlukan waktu lima belas minit sahaja.

Bagaimana caranya?


Nabi bersabda: Barangsiapa yang tinggalkan 
solat Subuh maka wajahnya tak akan ada cahaya.

Barangsiapa yang tinggalkan 
solat Zohor nescaya tak ada keberkatan dalam rezekinya.

Barangsiapa yang tinggalkan 
solat Asar nescaya tak ada kekuatan dalam jasadnya.

Barang siapa yang tinngalkan 
solat Maghrib nescaya tidak ada buah atau hasil yang boleh dipetik dari anak-anaknya.

Barangsiapa yang tinggalkan 
solat Isyak tak ada kenyamanan dalam tidurnya.


Tahu kenapa kalimah 'Laa ilaahaillallah' tidak sampai menggerakkan bibir jika diucapkan?

Sebab ini adalah rahmat dari Allah ke atas orang Islam, 
supaya jika maut menghampiri dengan mudah ia menyebutkan kalimah itu.






Tuesday, 9 April 2019

IA ADALAH MASA!


Mari kita bicara tentang makhluk Allah yang istimewa ini. Perjalanan waktu dan masa adalah keajaiban dan kehebatan ciptaan-Nya. Ia terus berputar tanpa ada makhluk yang dapat menahannya. Sekiranya matahari dan bulan berhenti, masa tetap berjalan sehingga sampai detik ia dihentikan oleh Allah SWT.

Di dalam al-Quran banyak ayat yang Allah SWT bersumpah dengan peringatan masa. Allah SWT menyebut diantaranya:

"Demi waktu asar."
"Demi waktu dhuha."
"Demi waktu fajar."
"Demi waktu malam apabila ia telah gelap."
"Demi waktu siang apabila ia telah terang benderang."

Ia adalah masa!

Kita diciptakan dan diletakkan  dalam perjalanan masa. Tiada siapa yang mampu memutarkannya ke belakang. Tidak mungkin. Apabila masa telah berlalu maka banyak perubahan yang  terjadi. Yang muda akan menjadi tua, yang cantik mulai menjadi kusam. Yang gagah menjadi lemah, yang baru akan menjadi buruk. Manakala sesuatu yang disayangi maka akan beransur-ansur tidak diendahkan. Setelah ia berlaku maka yang tinggal hanya menjadi sejarah dan kenangan yang sesekali diingati. Demikianlah ajaibnya makhluk yang bernama masa ini.


Masa bukanlah seperti botol plastik, bukan seperti lembaran-lembaran kertas. Tiada istilah kitar semula atau guna semula. Sesungguhnya masa akan terus bergerak dan ia tidak akan pulang kembali setelah ia berlalu. Apabila masa mengucapkan selamat tinggal, maka ia benar-benar memaksudkannya. Kerugian masa ialah kerugian yang sebenarnya. Kita tidak akan mendapati masa yang sama jika ia telah terlepas. Analoginya mudah, ibarat kita mencelupkan kaki ke dalam sungai, maka tatkala kita mengangkat kaki, aliran itu telah pun berlalu. Jika kita mencelupkan kaki sekali lagi, maka ia adalah aliran yang lain pula.


Berkata seorang ahli hikmah:

"Barang siapa yang meneliti dan memikirkan dunia ini sebelum dia dilahirkan, dia mendapati ia adalah suatu masa yang panjang. Maka apabila di meneliti dan berfikir pada dunia ini selepas dia keluar daripadanya, dia mendapati ia adalah suatu masa yang panjang. Dah tentu dia mengetahui tinggal di alam kubur adalah suatu masa yang panjang.

Maka apabila dia berfikir kepada hari akhirat tentu dia sudah mengetahui ia adalah suatu masa yang panjang. Dan apabila dia berfikir, dan meneliti kedudukan menetap kehidupan di syurga atau di neraka Jahanam tentu dia mengetahui ia adalah abadi dan tidak akan berakhir."


Satu kisah motivasi....

Seseorang berkata kepada seorang tokoh tabi'in iaitu 'Amir bin Abdi Qais: "Bercakaplah denganku..." Lalu Amir bin Abdi Qais menjawab: "Peganglah matahari."

Maksud beliau," Hentikanlah pergerakan matahari dan sekatlah ia daripada terus bergerak, barulah aku akan bercakap denganmu."

Betapa ia tidak mahu ada waktu tersia-sia.

Imam Ibnu Rajab al-Hambali rah ketika menulis biografi Ibnu Uqail berkata: "Ibnu Uqail memiliki banyak karya dalam berbagai disiplin ilmu. Karyanya yang paling besar adalah kitab 'Al-Funun' ia itu kitab yang besar sekali." Al-Hafiz Az-Zahabi rah. berkata: "Tidak pernah ditulis di dunia ini yang lebih besar dari kitab 'Al-Funun'. Saya diberitahu oleh orang yang pernah melihatnya milik seseorang, kitab ini lebih dari 400 jilid." Ibnu Rajab rah. menambahkan: "Sebahagian orang menyebutkan kitab Al-Funun terdiri 800 jilid."

Al-Funun merupakan sebuah ensiklopedia yang memuatkan pelbagai ilmu yang sangat berharga. Terdapat di dalamnya berbagai macam nasihat, tafsir, fiqih, ushul fiqih, akidah, bahasa Arab, syair, sejarah, bahkan juga hikayat. Kitab ini hanya salah satu karya beliau selain mempunyai karya-karya lain yang sangat banyak.

~abuikhwan





Saturday, 6 April 2019

CETUSAN HATI



Kita Pun Ada Keburukan Tersendiri

Kita tidak perlu mengharapkan manusia begitu sempurna di mata kita. Hakikatnya, kita sendiri bukanlah manusia yang sempurna. Diri kita ini masih banyak kelemahan, keburukan dan kesilapan, walaupun kita tentunya dalam usaha untuk memperbaikinya.
Menyedari hakikat ini, kita akan lebih berlapang dada dengan keburukan dan keletah manusia lain yang kadangkala boleh membuatkan darah kita mendidih.

Bijak

Manusia ini makhluk yang unik. Bahkan tiada manusia yang sama sikapnya dengan manusia lain. Apabila berdepan dengan pelbagai sikap manusia ini, kita perlu bijak memahami dan bertindak.
Setiap individu dan situasi yang berbeza mungkin memerlukan tindakan yang berbeza daripada kita. Oleh sebab itu, ia menguji kebijaksanaan kita.


Ubat Dengan Zikir

Untuk kesekian kalinya, kita boleh biasakan diri berzikir menyebut nama Allah selain menyebut, "tidak mengapa." Zikir ini melepaskan beban rasa di hati kita setiap kali rasa tertekan dengan perangai manusia.

Rasa tidak puas hati, marah, tidak sabar dan sebagainya boleh diredakan. Kadang kala, zikir menjadi jalan keluar kita daripada tidak telalu memikirkan pelbagai perangai manusia lain yang menyakitkan hati. Buat apa kita terlalu memikirkannya?

Dengan itu, kita sedang bertindak bijak dengan mengabaikan perkara yang tidak penting dalam hidup.



Bersosial + Sabar Lebih Baik

Kita hidup di dunia ini bukan keseorangan. Kita hidup secara berkelompok dengan manusia lain yang kaya dengan pelbagai kerenah berbeza. Kadang kala, jiwa diuji dengan kerenah yang cukup menjengkelkan. Hati hilang sabar!

"Ish, ada juga manusia seteruk itu," bebel kita tanda tidak puas hati. Namun, apakah sikap Mukmin apabila berdepan dengan kerenah manusia yang sering menguji kesabaran ini?

Sebelum apa-apa, Rasulullah s.a.w. sudah mengingatkan, "Seorang Mukmin yang bercampur dengan manusia dan bersabar atas kejahatan mereka lebih besar ganjaran untuknya berbanding orang Mukmin yang tidak bercampur dengan manusia dan tidak bersabar atas kejahatan mereka." [Riwayat Ibn Majah]

Jadi sekarang , kita sudah tahu kemahiran sosial yang dilengkapkan dengan pakej bersabar dengan keletah manusia lain jauh lebih baik berbanding duduk menyendiri.



Teladan Nabawi


Rasulullah s.a.w. hampir tidak pernah meletakkan sempadan atau mahu masa bersendiri melainkan sewaktu beribadah atau berkhalwat dengan Rab. Selain itu Baginda bergaul denganorang ramai.

Cabaran yang Baginda hadapi bukan kecil, Baginda berdepan dengan golongan orang kafir dan musyirik yang memusuhi Baginda. Arab Badwi yang masih perlu dididik, sahabat yang sentiasa dahaga bimbing dan banyak lagi. Itu belum dikira lagi peperangan yang Baginda hadapi.

Namun Baginda mempunyai tahap kesabaran yang tinggi, bahkan bijak berdepan dengan pelbagai kerenah manusia dan situasi yang berbeza.




FALSAFAH HIDUP



Dengan perjuangan kita dilahirkan. Didalam gerak tangis kita mulai membuka mata. Di dalam bedungan ibu kita menggerakkan badan melepaskan ikatan bedung. Lepas dari asuhan ibu, kita merangkak, kita ansur tegak dan kita jatuh, lalu kita tegak lagi dan jatuh lagi. Kemudian tegak terus untuk pergi berjuang ke medan permainan, lalu ke medan hidup, lalu ke perjuangan dalam batin kita sendiri, menegakkan yang baik dan melawan yang buruk.

Selama hidup kita kerjakan demikian, menjalankan titah perintah Tuhan Yang Maha Esa. Berapa pun yang dapat kita kerjakan, harus kita syukuri. Setiap hari atau masa kita hitunglah laba dan rugi. Sampai kelak datang panggilan. Panggilan yang tidak dapat ditakhirkan walau satu saat dan tak dapat pula ditaqdimkan walaupun satu saat. Panggilan yang tak dapat dielakkan oleh setiap yang bernyawa.


Maka terbukalah pintu kubur. Maknanya pindahlah kita dari hidup fana kepada hidup baqa, dari hidup dunia kepada hidup akhirat. Demikianlah kita menempuh hidup; lahir, berjuang dan akhirnya mati. Betapa jua pun kita harus percaya, bahawa kebaikan juga yang menang. Sebab asal usul kejahatan kita bukan jahat, hanya baik semata. Kalau kejahatan pernah menang, hanyalah lantaran dorongan nafsu. Bila nafsu telah reda, kebaikan jugalah yang kita junjung. Sebab itu hendaklah kita percaya hidup penuh dengan iman dan baik sangka kepada Tuhan. Itulah falsafah hidup.

Tajuk: Falsafah hidup
Penulis: Prof Dr Hamka
Penerbit: Pustaka Dini
Cetakan: 2007
Harga: RM 30.00
Muka surat: 334

"Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang telah menciptakan."

~ abuikhwan

Saat kita dewasa, kita akan semakin belajar untuk mati rasa pada banyak hal. Hingga satu waktu, hal-hal yang dulu menyakiti kita dengan muda...