Wednesday, 30 August 2017

CETUSAN HATI


Pesan untuk Semua

Berpesan-pesan itu satu penawar. Berpesan itu  perlu dengan ilmu. 
Berpesan itu dengan kebenaran.
Ia perlu  dinyatakan meskipun, ada ketikanya sangat sukar. 
Malah seringnya menerima pesanan,
 sangat pahit untuk diterima...


Berbekalkan ilmu yang benar, seseorang mampu menilik ke dalam
diri untuk dikoreksi. Hati yang sentiasa terpelihara
dengan baik, mampu mengekalkan sifat mahmudah, penjana ketenangan
dan kebahagiaan pemilikinya. Juga boleh membahagiakan
orang lain.





Memang aneh apabila seorang manusia yang terang-terangan
melakukan kesilapan masih boleh merasakan
bahawa dia ialah mangsa kepada keadaan. Aneh apabila orang
yang telah melakukan sebegitu banyak kekejaman
masih menganggap dunia ini tidak adil kepadanya saat dia
memang selayaknya menerima hukuman.


Dalam berdoa, kita memohon agar diberikan ilmu yang
bermanfaat, bukannya banyak ilmu. Ilmu yang 
bermanfaat ialah ilmu yang membantu kita untuk melakukan
amalan soleh.






Seorang pendakwah perlulah menggunakan perkataan yang sesuai
dengan kedudukannya sebagai dai iaitu mengelakkan
penggunaan kata-kata yang boleh menyinggung perasaan pendengar.


Apabila ada karakter, kelakuan anak atau situasi yang kurang kita
senangi, itu bermakna Allah mahu mengangkat darjat ilmu
kemahiran dan kekebalan hati kita melalui sabar. hal ini kerana sabar
ialah alarm yang Allah sediakan supaya kita bersegera
untuk belajar dan bertindak dengan sesuatu yang baharu.





Dosa kecil yang dilakukan oleh golongan alim dan pendakwah
serta yang berpewatakan agama akan menjadi dosa besar 
kerana ia akan diikuti oleh orang awam.


Pada akhir zaman ini, penggunaan perkataan fitnah digubah dan
ditukar menjadi gosip supaya masyarakat tidak
memandangnya sebagai sesuatu yang berat dan berliabiliti.
Gosip ini juga dianggap sebagai bahan hiburan 
dan mungkin juga bahan bacaan ringan pada waktu lapang.





Monday, 28 August 2017

UNTUNGNYA HIDUP KAYA DAN BAHAGIA


Wang bukanlah segala-galanya, tetapi segala-galanya memerlukan wang. Hampir semua dalam hidup ini memerlukan wang, cuma satu perkara yang perlu diingat bahawa tidak semua yang diperlukan boleh didapati dengan wang, antaranya ialah kebahagiaan.



Bahagia tidak mudah diperolehi dan belum tentu akan tercapai melalui wang yang bertimbun-timbun. Berapa ramai para hartawan dan jutawan yang hidup menderita dan terseksa lantaran mencari bahagia yang tidak kunjung tiba. Dalam pada itu, masih ramai yang beranggapan, wang boleh menjadikan seseorang itu hidup bahagia. Dengan wang kita boleh mendapatkan apa saja yang kita impikan. Apabila semua yang dihajati telah diperolehi, maka tercapailah apa yang dinamakan bahagia.

Tetapi hakikat sebenarnya, harta dan kekayaan tidak menjamin kebahagiaan seseorang kerana kebahagiaan yang hakiki bukanlah terletak pada harta yang melimpah ruah, tetapi ia hanya akan dirasai oleh hati dan perasaan seseorang.





Miskin atau Kaya.

Kekayaan tidak menjamin seseorang untuk hidup bahagia, sepertimana kemiskinan juga tidak semestinya membawa seseorang itu hidup menderita dan sengsara. Ada orang yang kaya raya dan banyak harta, tetapi hidupnya dihimpit derita, resah dan gelisah sepanjang masa sedangkan keperluan hidupnya cukup untuk segala-galanya; kereta besar, rumah besar, isteri cantik dan lawa tapi hati tetap tidak merasa bahagia.


Untuk menjadi kaya, manusia sanggup melakukan apa saja. Mungkin disebabkan itulah ada yang sanggup melakukan apa saja demi wang. Tetapi bahagiakah nanti jika wang yang diperolehi itu adalah dari sumber yang tidak halal dan tidak berkat, akan bahagiakah hidup kita?

Kita tidak mahu menjadi seperti Abu Lahab yang dimurkai Tuhan,

Firman Allah dalam surah al-Masad yang bermaksud: "Binasalah kedua- dua belah tangan Abu Lahab dan sesesungguhnya dia akan binasa. Hartanya dan segala yang diusahakannya tidak dapat meolongnya. Dia akan menderita dalam bakaran api neraka yang marak menjulang. Dan juga isterinya seorang perempuan pemunggah kayu api. Dilehernya ada sejenis tali daripada tali-tali yang dipintal daripada sabut."








Kekayaan dan kebahagiaan kedua-duanya adalah penting dalam hidup. Ada orang yang hidup dalam serba kekurangan, miskin harta benda dan tidak punya banyak wang tetapi hidupnya bahagia, nyenyak tidurnya, sedap apa saja yang dimakannya, ini kerana dia redha dengan apa yang ada, sentiasa bersyukur di atas setiap apa yang diberi dan tidak pernah merungut dan menyalahkan takdir ilahi.




Walaupun miskin, dia tetap berusaha untuk meneruskan kehidupan dengan mencari rezeki yang halal dan berkat. Walaupun tidak pernah memiliki wang yang banyak dengan hasil kerja yang dilakukan, tetapi dia tetap berasa puas dengan hasil  yang diperolehi daripada kudrat dan tenaga sendiri dengan melakukan kerja yang halal.

Walaupun menempuh banyak dugaan dan cubaan, tetapi kesabaran dan ketabahan tetap tersemat di hatinya. Maka disebab itulah hidupnya bahagia walau tidak punya harta berjuta.

Orang yang banyak harta pula belum tentu hidupnya bahagia. Dia sentiasa berasa tidak cukup dengan apa yang dimilikinya. Ada saja yang kurang di matanya dan ada saja rungutannya. Orang yang sebegini langsung tidak bersyukur dengan apa yang telah menjadi miliknya. 




Tidak kira miskin atau kaya, mewah atau tidak punya harta, yang penting kita semua berhak untuk mengecap nikmat bahagia. Alangkah indahnya jika kita menjadi hartawan yang dermawan. Kekayaan yang diperolehi secara sah dan diberkati Tuhan akan membawa keberkatan, menghadirkan segala kebaikan, menghapuskan segala keraguan, menghilangkan segala kerisauan, menambah peluang dan mengukuhkan iman dan taqwa kepada Tuahn Pencipta sekalian alam.




Berdoalah kepada Allah memohon agar berkenan melimpahkan  rezeki yang halal dan membawa keberkatan dalam hidup kita, keluarga kita dan dijauhkan daripada perkara-perkara yang subahat mahupun yang haram.....



JANGAN CAKAP....


JANGAN CAKAP....JIKA PERCAKAPAN ITU;

  1. Mengandungi prasangka.
  2. Mencari-cari kesalahan orang lain.
  3. Mengumpat.
  4. Membicarakan perkara yang buruk-buruk.
  5. Menyebabkan orang lain rasa tidak selamat.
  6. Diucapkan tanpa berfikir.
  7. Mengandungi kata-kata yang dibenci oleh Allah.
  8. Mendatangkan kemarahan Allah.
  9. Dikeluarkan tanpa ingat kepada Allah.

Uqbah bin Amir meriwayatkan, "Aku bertanya, "Wahai Rasulullah, apakah yang menyebabkan aku selamat?
Jawab Rasulullah, "TAHANLAH LIDAHMU DARIPADA BANYAK BERCAKAP, SELALULAH BERIBADAT DAN TANGISILAH DOSAMU." (HR Tirmizi)



Saturday, 26 August 2017

TANGAN JADI SAKSI



Pen jika digunakan untuk menulis, maka itu bermaksud meletakkan sesuatu pada tempatnya. Namun sebaliknya, jika pen digunakan untuk mencucuk orang, maka itu zalim kerana meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya.

Begitulah juga dengan internet. Apabila berbincang mengenainya, kita selalu dimomokkan dengan pelbagai persepsi negatif. Internet banyak mudarat, berbanding manfaat. Tentunya kenyataan itu berat sebelah kerana manfaat sedia terhidang andai kita dapat menyalurkannya pada jalan yang betul.


Banyak dosa berpunca dari lidah. Namun seiring dengan perkembangan teknologi, tangan telah mengambil tempat lidah.. Mengumpat, berkata dusta, menfitnah, lucah dan maki hamun serta banyak lagi, segala-galanya mudah di hujung jari.



 


Lebih teruk lagi sehingga ada ucapan dan tulisan berani yang membawa kepada syirik dan murtad. Misalnya mempersendakan sunnah Nabi dengan mengatakan perkara tersebut kuno, menolak syariat Allah kononnya tidak sesuai dengan masyarakat kini dan sebagainya.


Difikir-fikir, dengan lidah (tangan ) juga boleh menjadi sumber pahala. menyebarkan kebaikan, menyuburkan kasih sayang dan menanam rasa cintakan ilmu. Semua ini boleh dilakukan semudah di hujung jari. Asal sahaja kreatif, tentu boleh menarik minat orang muda untuk mendekati Islam. Bayangkan orang yang didakwah ibarat seperti orang yang putus harap dan berada di tepi gaung. Bila-bila saja dia akan terjun.

Namun dai yang kreatif akan menggunakan ruang dan peluang sehingga orang tadi membatalkan hasratnya. Maka, manfaatkan ruang media sosial yang ada sebagai saham akhirat. Biar ada kebaikan yang ditiru dan dikenang meskipun kita telah tiada.


Diri manusia menjadi gelanggang dosa dan pahala. Fikiran dan anggota dan anggota badan menjadi pintunya. Namun fikiran dan anggota badan, dikawal oleh hati. Hati yang subur dengan iman akan sentiasa berhati-hati saat menggunakan internet. Mereka sentiasa memikirkan nasib yang bakal ditanggung. Begin with the end of mind.


Ingat satu saat, apabila mulut tidak mampu berkata dan tangan menjadi saksi atas perbuatan kita. Moga -moga tangan mampu menjawab seakan begini, "Aku bersaksi tuan aku menggunakan Internet untuk menyebarkan Islam."

Ketika itu hari pembalasan sudah tiba!!





~sumber majalah solusi


CETUSAN HATI


Sebagaimana tawa dan senyum manis yang kupersembahkan kepada luka-luka dalam diriku. Bukan perkara mudah bagiku untuk bahagia.
Meski negaraku diambang resah, resah mencari letak toleransi dan hati nurani. Atau meski bumi sudah diambang pilu, pilu kerana sebagian dirinya tak merindukan lagi damai dalam genggaman.

Bukan perkara mudah bagiku untuk bahagia. Walau nyawa-nyawa para malaikat terpenggal di depanku. Walau kertas dan pena seakan tak ada ertinya. Dan walau seribu duka meliputiku. tetap saja bahagia bukanlah perkara mudah bagiku.

Sebab nyatanya manusia diciptakan oleh Tuhan tidak dengan hati yang lemah.





Jika kau menjadi bintang kecil di langit kelam.
Kau ingin aku menjadi apa?
Menjadi bulan yang menemanimu bersinar?
Atau menjadi bumi yang dapat kau terangi?



Mungkin memang beginilah awalnya. Kita saling menyakiti hingga rasanya ingin mati. Namun akhirnya kita mengetahui, bahawa segala rasa sakit yang ada itu pun masih kita cintai sampai kini. Sebab rasa sakit itu ada kerana kebahagian kita yang berlebih, hingga kita melampaui batas semesta.

Meski bagiku mencintaimu tidak pernah terbatas, sebagaimana langit mencintai awan yang bagaimana pun wajahnya...!






Maafkanlah tuan, apabila dalam pelukmu aku tak akan sanggup berpura-pura bahawa tak bersamamu adalah perkara yang baik-baik saja.

Jadi, kumohon berpura-puralah kau tak peduli bahawa tawaku adalah tawa sebenarnya. Bahawa senangku adalah senang sebenarnya. Sebab pedulimu buat aku runtuh....


Tuan, bagaimana aku harus mengakhiri KITA? Sedang sejak awal segala tentangmu yang bersamaku adalah sebuah kebahagiaan.

Bagaimana bisa aku tahu bahawa kebahagiaan yang bersamamu hanyalah sebuah ujian dalam hidupku? Bagaimana bisa aku akan mudah menerima bahawa kamu hanya datang sebagai sebuah kenangan di masa lalu? Sedang sejak bersamamu aku tak lagi mengenal luka...


~sumber

CETUSAN HATI



Maksud hati ingin menggenggam, namun nyatanya tak sampai

Maksud hati ingin memandang, namun nyatanya terlampau jauh

Maksud hati ingin diam-diam, namun nyatanya tetap patah hati jua

Seandainya mencintaimu semudah mencintai langit

Maka mungkin tidak akan ada patah diantara harap.....





Friday, 25 August 2017

KECEWA BUKAN BERAKHIRNYA BAHAGIA


Selalu kita bertanya pada hati kita, mengapa masih ada airmata ini mengalir walau tika kita melepaskan cinta itu berlalu pergi dengan hati yang rela.... Dan kita memandang sayu pada bayang yang berlalu, dengan hati yang berat.... Menangisi keseorangan dalam menjejak perginya wajah yang pernah membuatkan kita bahagia.... Sedangkan kita ikhlas melepaskan cinta itu berlalu namun mengapa mesti ada lagi air mata yang mengalir tanpa ada belas?


Dan kita merintih sayu.... Mengenang kembali wajah bahagia yang pernah bertemu.... Mengapa masih ada rindu tika tiada lagi kembali waktu itu.... Dan masih lagi merasakan dalam yang amat pada kenangan yang mengusik jiwa.... Walau kita tahu, masa yang dulu takkan kembali berputar.... Mengapa masih ada bayang semalam tika wajah dia sudah tiada lagi di sisi?


Bercinta memang mudah, untuk dicintai juga memang mudah....Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai, itulah yang sukar diperolehi....


Kita kadang selalu saja asyik dengan melayani perasaan saban hari... Seolah itu saja yang diminda tanpa memikirkan hal lebih penting dari soal hati.... Lemah kita dalam menghadapi hari mendatang dan berkejaran mencari cinta yang seolah difikirkan sudah hilang....


Kita selalu terlupa bahawa cinta sesama manusia  kadang boleh merosakkan jiwa kita.... Membuatkan  kita tiada semangat akan diri sepatutnya kita kuat dan tabah meniti perjalanan hidup ini.... Mana perginya satu azam yang kuat dulu.... Mana perginya anak keluarga ini yang berjanji mahu berjaya dalam hidup....


Dan kenangan itu selalu datang dan sering mengusik jiwa, pada masa kesunyian atau di kala sepi yang panjang.... Kenangan sering dikaitkan dengan pengalaman yang manis atau kenangan yang tidak dapat dilupakan....Kenangan akan terus mekar untuk diingati dan amat susah untuk dilupa....


Buat seseorang yang kamu masih mencintai dan menaruh harapan, kamu pasti akan selalu mengingat setiap kejadian yang kamu lalui bersama dia, dan saat itu, mata kamu pasti berkaca.... Kerana saat bersama dia itu tidak bisa berulang lagi.... Dan kerana setiap saat berlalu bersama si dia adalah saat yang amat berharga.


Dan jika telah ditakdirkan menjadi hak kita, sudah tentunya kita akan perolehi.... Apa yang kita faham tentang takdir dan ketentuan-Nya.... Siapalah kita untuk terus mengeluh dan menidakkan kebenaran yang telah ditentukan-Nya... Kita cumalah hamba Allah yang mana wajib mempercayai dan menerima rukun Iman....


Kadang kita selalu dengan hayalan diri kita dan masih mengharap cinta itu milik kita.... Sedangkan suratan telah nyata dan masih lagi kita tidak dapat menerima kenyataan itu....Hakikatnya kita telah berpisah atau mungkin cinta itu sudah pudar.... Tapi kerana sombong akan diri atau tidak dapat menerima kenyataan, dan kita selalu saja menceriakan diri kita satu pembohongan yang nyata.... Menanti dan menunggu cinta yang tidak pasti....


Itulah kita, selalu tertewas dengan bisikan halus menyedapkan hati kita....Membuatkan kita terus di dalam asyik yang panjang....


Sedarlah dan kembalilah ke alam nyata.... Cinta itu bukan milik kita lagi.... Cukup sudah merindu dan meratapi perginya rasa itu, yang kita rasakan cinta.... Sebenarnya itu bukan lagi cinta sejati.... Tidak melepaskan apa yang bukan lagi milik kita.... Sedangkan masa yang berlalu tidak akan menunggu kita.... Sesungguhnya kita dalam rugi  yang nyata, membazirkan perasaan dan masa hanya kerana masih lagi tidak menerima hakikat....


Jangan diharapkan satu mimpi indah menjadi nyata jika masih lagi di dalam lena yang panjang....


~sentuhan maya



Saat kita dewasa, kita akan semakin belajar untuk mati rasa pada banyak hal. Hingga satu waktu, hal-hal yang dulu menyakiti kita dengan muda...