Thursday, 8 June 2017

ANTARA DUA NILAI




Kita selalu dinasihati supaya bersabar, tetapi jarang ditekankan tentang keperluan
menepati waktu. Jika sabar itu nilai murni. Bukankan menepati masa juga
satu nilai murni?


MENDIDIK

 Di sekolah, melihat pendidik menyelesaikan isu apabila dua nilai murni bercanggah. Antara sabar dan menepati masa. Antara sifat berkorban dan keprihatinan sesama insan.

Dalam kes pertama, nilai sabar pada mereka yang menunggu, dan nilai menepati masa pada mereka yang sudah berjanji. Tidak wujud tolak ansur dalam dua nilai murni. Ia sama-sama penting, ia sama-sama diangkat dan diiktiraf. Ia harus dihormati samada pihak yang bersabar ataupun pihak berjanji yang harus menepati masa.


Dalam kehidupan, nilai murni sering bercanggah dan ia bergantung dari sudut mana kita melihatnya. Tanpa sedar ramai antara kita memilih nilai yang memberi manfaat jangka pendek, tanpa ada usaha mendidik. Kita lebih rela berkorban daripada ingat mengingati sesama insan.

Contohnya ramai mak ayah berdiam diri jika anak-anak buat perangai. Ya, berdiam lebih mulia dan nampak cool, berbanding kepayahan mendisplinkan anak-anak. Mendidik anak-anak bukan satu kerja mudah, ia jerih dan berterusan.

Ramai ibu melakukan kerja rumah sendirian berbanding meminta anak-anak membantu, kerana keletihan menyuruh itu jauh lebih memenatkan daripada melakukannya sendiri. Sudahnya, bila masuk usia dewasa, anak-anak kita masih dilayan seperti raja atas alasan tidak mahu bising.

Ramai isteri menjadi kuli di rumah, juga atas alasan yang sama. Mahu dilihat sabar dan reda dengan tanggungjawab yang dipikul. Dalam masa yang sama si isteri dan si ibu mendidik seisi rumah menjadi pemalas dan lupa tanggungjawab asas.

Ramai guru di sekolah tidak mahu memanjangkan isu pergaduhan anak-anak sekolah atas alasan remeh. Kita mungkin tidak sedar, pergaduhan itu mungkin melibatkan maruah pelajar yang dihina atau dibuli emosi. Ia akan bawa kesan berpanjangan ke atas individu, dan membenihkan sikap dendam.


TUGAS BERSAMA

Tugas insan ialah saling ingat mengingati supaya masyarakat kita lebih harmoni. Individu bertanggungjawab mampu membentuk budaya prihatin sesama kita.
Tidak perlu bersabar pada perkara tidak bermanfaat. Kita mungkin menyemai sikap sambil lewa pada sesetengah orang yang suka ambil kesempatan.

Sesuatu nilai murni yang kita sanjung harus diangkat sama tinggi dengan nilai-nilai lain.
Sabar itu sama penting dengan nilai menepati waktu. Sifat mendidik itu sama tinggi nilainya dengan sifat sabar, berkorban dan reda.

Nilai murni harus sokong menyokong supaya sifat baik sesama manusia terus berkekalan. Jika kita bersabar, orang lain berusaha menepati waktu. Jika kita rela berkorban, orang lain tidak ambil kesempatan atas kebaikan kita. Sebarkan nilai-nilai seimbang dalam masyarakat.






Kita sanjung nilai sabar, tetapi membunuh niali murni iaitu 
menepati waktu. Sebenarnya kita telah menganiaya
orang lain tanpa sedar.


" Demi masa, sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian....."


~sumber~

Wednesday, 7 June 2017

PERSONALITI SUPER





SENYUM

Senyum itu sedekah. Senyum akan memberi gambaran pertama siapa kita sebenarnya. Senyumlah dengan orang yang kita temui di jalanan dan orang bawahan. Ikuti senyum yang manis dengan salam atau pertanyaan khabar. Jika ada masa dan sesuai, mulai beberapa pertanyaan mudah dengan cara yang mesra dan santai.




BERSIKAP PERAMAH

Semua orang akan berasa senang hati apabila diperlakukan dengan ramah. Keramahan membuat orang lain meresa diterima dan dihargai. Keramahan membuat orang merasa betah berada dekat anda. Mulailah berkomunikasi. Jangan tunggu orang lain memulai.





BUAT YANG ANDA SUKA JIKA ORANG BERBUAT KEPADA ANDA.

Perlakuan apa pun yang anda inginkan daripada orang lain yang dapat menyukakan hati, itulah yang harus anda lakukan terlebih dahulu. Anda harus kuat semangat untuk mengambil inisiatif memulainya. Misalnya bila ingin diperhatikan, mulailah memberi perhatian kepada orang lain. Bila ingin dihargai, mulailah dengan menghargai orang lain.





INGAT DAN PANGGIL NAMA DENGAN BETUL

Nama adalah milik berharga yang bersifat sangat peribadi. Umumnya orang tidak suka bila namanya disebut secara salah atau sebarangan. Kalau ragu, tanyalah bagaimana menulis dan melafazkan namanya dengan betul.





BANTU ORANG BERMASALAH

Bantulah, walaupun masalahnya kecil seumpama mengangkat barang atau mencari barang yang hilang Tawarkan perkhidmatan anda.





IKHLAS MEMBERI PUJIAN

Pujian itu seperti air segar yang mampu menghilangkan rasa haus. Kalau anda menghulurkan air segar kepada orang lain, anda berada  pada posisi yang strategik untuk disukai orang.
Bagaimana? Tajamkan pemerhatian untuk selalu melihat aspek baik orang lain. Lalu pujilah dengan tulus.







RASAKAN DIRINYA PENTING

Tunjukkan dengan sikap dan kata-kata bahawa anda menganggap orang lain itu sama penting. Misalnya jangan biarkan tetamu  menunggu lama, minta maaf bila bersalah dan tepati janji.





JADI PENDENGAR YANG BAIK

Bidalan melayu mengatakan, " Jika bercakap itu perak, maka berdiam itu emas." Maka pendengar yang baik lebih mulia daripada keduanya. Pendengar yang baik adalah peribadi yang disukai oleh semua orang. Berilah kesempatan kepada orang lain untuk berbicara. Dengar bersungguh-sungguh dan jangan menilai atau menasihatinya jika tidak diminta.





BERMURAH HATI

Anda tidak akan menjadi miskin kerana memberi dan tidak akan berkurangan kerana berbahagi. Pujangga mengatakan, "Orang yang murah hati berbuat baik pada dirinya sendiri." Dengan demikian kemurahan hati di satu sudut itu baik buat anda, dan di sudut lain berguna untuk orang lain. Lazimnya bersedekahlah walau hanya RM 1. Jangan memikirkan apa yang penerima akan buat dengan pemberian itu.






ELAKKAN MENGKRITIK DAN MENCELA

Lazimnya orang tidak suka bila kelemahannya diketahui oleh orang lain. Apalagi jika dimalukan. Jika berlaku, seolah-olah menyerang harga dirinya. Sudah tentu dia akan mempertahankan dirinya dengan tindakan defensif, malah akan menyerang balas dengan sikap kasar dan hilang rasa persahabatan. Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: "Cukuplah seseorang dikira berbuat keburukan jika dia merendahkan saudaranya sesama Muslim." [Riwayat Muslim]






SAYANGI DIRI SENDIRI

Menyayangi diri sendir bermakna menerima diri seadanya dan menyukai serta melakukan yang terbaik untuk diri sendiri. Lawannya egois iaitu mementingkan diri sendiri. Semakin menyukai diri sendiri, semakin mudah menyukai orang lain dan semakin besar peluang untuk disukai orang. 

Dengan menerima dan menyukai, anda mudah menyesuaikan diri dengan orang lain, menerima mereka dengan segala kekurangan, bekerjasama dengan mereka dan menyukai mereka. Tanpa disedari anda memancarkan aura peribadi yang boleh membuatkan orang lain menyukai anda. 

Rasulullah saw bersabda yang bermaksud, "Tidak beriman salah seorang antara kamu hingga dia mencintai dirinya sendiri." [Riwayat al-Bukhari dan Muslim]


~sumber majalah solusi~





Tuesday, 6 June 2017

BAGIAN YANG HILANG



Pernah ku mendengar sebuah kalimat, yang ku rasakan begitu mengada-ada.

"Cintai seseorang sepenuh hatimu. Namun jangan sampai kau kehilangan dirimu sendiri. Terlebih ketika ia pergi."

Bagaimana mencintai seseorang mampu membuatku kehilangan diriku sendiri? Bagaimana itu bisa jadi hal yang masuk akal? Bagaimana?

Setelah bertemu duniaku serupa baru. Segala hal perihal kau, menjadi sepenuhnya urusanku. Tak ada lagi aku atau kau. Yang ada hanyalah kita. Setidaknya itu bagiku.

Menyedihkan bahawa fakta di masa selanjutnya berkata lain. Kau pergi. Seingin tahu apa pun aku atas alasanmu pergi, tak mengubah fakta bahawa kau memang pergi. Maka kubiarkan semuanya terjadi seperti yang seharusnya.

Tahukah kau aku menjadi serupa kosong. bagiku dunia tak lagi sama. Bagiku, aku tak mungkin kembali menjadi aku yang dulu. Bagiku, kepergianmu membuat ruang menganga yang besar dan tak bisa diisi dengan hal lain, kecuali dengan dirimu sendiri, satu.

Ku sedari fakta, sekarang aku mengerti kalimat terdahulu, yang ku fikir tak masuk akal.

Barangkali lakuna itu bernama bahagia, Dan tentu saja, bagiku itu adalah kau...






Mencintaimu seperti sebuah perjalanan waktu menuju diriku sendiri,
Tanpa khwatir tersesat dan tak tahu arah pulang.

Betapa kelelahan mampu membuatmu melupakan banyak hal.
Namun ku mohon, buatlah satu pengecualian, memberi kabar padaku
sesingkat apa pun itu..


Semoga ketika sedang bersama denganmu, aku tidak merindukan diriku
sendiri, Dan ketika kenyataan adalah sebaliknya,
mungkin memang sudah waktuku untuk melepaskan dirimu.


Saat kau bertemu seseorang yang baru dalam hidupmu , kau harus menjaganya.
Bukan memenjarakannya. Menjaga adalah mensyukuri kehadiran.
Memenjara adalah menghalanginya berkembang.
Fahami bezanya agar tidak keliru mengambil tempat.

Hal-hal manis berupa tulisan, lirik lagu, dan apapun biasanya muncul kerana ingatan
yang didasari rasa syukur. Begitulah seharusnya kau tahu
Perihal segala tulisanku, perihal kau.

Rindu dan cinta, seringkali terlalu liar untuk dikendalikan manusia.
Maka menulislah Seminis-manis tebu, sepahit-pahit hempedu..
~Tia Setiawati.



Monday, 5 June 2017

HARAPAN RAMADHAN




Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat ku lalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintah-Nya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak inginku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua.


CETUSAN HATI







Umur ialah anugerah Allah swt  kepada kita. Ia hanyalah merupakan bekas yang boleh diisi sama ada dengan pahala ataupun dosa. Orang yang beriman akan sangat bimbang mengisi bekas umur ini dengan dosa kerana takut kesannya pada hidup.

Sebagaimana orang kita kalau ingin meracun lalang,  Dibancuh racun di dalam baldi. Baldi itu sebelum diguna semula untuk tujuan lain akan dibasuh sebersih-bersihnya. Kerana bimbang kesan buruk racun jika tidak dibersihkan.

Maka sebagaimana kita membasuh baldi yang berisi racun bimbang kesan buruknya, demikian bekas umur kita wajib dibasuh dengan amalan soleh jika  pernah diisi dengan dosa....


~Almahrum Dato Bentara Setia Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat~







Jika Allah ingin memenangkan agama -Nya, nescaya teramatlah mudah....tetapi mengapa dakwah banyak dan panjang sekali melalui jalan berliku? Tidak lain tidak bukan, ia adalah untuk mengangkat darjat para pendakwah dan pejuang agama-Nya, samada berakhir dengan menemui kemenangan atau pun tidak. Rasul-rasul sebelum kita sudah melaluinya, maka kita juga harus memlaluinya.






Muhammad saw bukan orang berharta. Tapi ada benda yang menjadi kelebihan pada nabi saw.
Ianya lebih berharga berbanding dengan harta. Benda itu adalah akhlak. Melalui akhlak nabilah, maka ramai yang tertarik dengan Islam.






Perbezaan yang paling besar diantara manusia dengan makhluk yang lain adalah ilmu. Manuisa diberikan kebolehan untuk diajar dan mengajar. Binatang ternakan  contohnya, boleh diajar untuk mematuhi   perintah tuannya.Tetapi tidak boleh mengembangkan ilmu tersebut kepada binatang yang lain. Berbeza dengan manusia, sedikit ilmu yang diperolehinya mampu dikembangkan dengan lebih meluas.




Friday, 2 June 2017

BE YOURSELF!....



Pernah tak mengalami satu perasaan RENDAH DIRI?
Memandang kehebatan dan kelebihan seseorang individu
yang menonjol serta berkeyakinan sekali....
Berbanding pada diri yang terasa
banyak kelemahannya...??

Bagi yang merasai perasaan sebegini
Mungkin petikan sedikit dari artikel ni dapat meredakan apa yang dirasa....



Kadang-kadang kita tidak perlu jadi yang terbaik.
Terbaik itu biasanya hanya dimiliki oleh seorang dua sahaja.
Jadi siapa pula nak jadi nombor tiga, empat dan seterusnya?
Maka dengan itu
Tidak perlu memaksa diri terlalu sangat untuk menjadi orang lain.
Terima sahaja keadaan kita seadanya.
Kita sebenarnya dicipta dengan banyak kelebihan. Orang lain boleh nampak pelbagai kelebihan
dan kehebatan kita. Kita sahaja yang terkadang selalu terlepas pandang.

Jadi, cuba untuk belajar terima keadaan kita seadanya.
Bangun pagi-pagi, cuba anda pandang ke cermin.
Jangan pandang pada luaran mata anda.
Tapi, cuba untuk pandang jauh ke dalam mata itu.
Pandanglah ke mata hati anda.



Cuba tengok segala kelebihan yang ada pada diri anda.
Kita hebat, kita ada macam-macam keistimewaan.
Mungkin tanpa kita sedari sebenarnya ramai orang yang amat mencemburui
kelebihan yang kita ada!
Dan mungkin kelebihan yang kita ada tu tidak semestinya dimiliki oleh semua orang.
Allah bagi setiap hambanya itu dengan kelebihan-kelebihan yang memang khusus untuk mereka.
Setiap orang ada keistimewaannya...!!
Jadi, mulai sekarang,
belajarlah untuk terima anda seadanya.

ASAL KITA IKHLAS, ASAL KITA JUJUR,
IN SHAA ALLAH.....ALLAH AKAN PASTI BUKAKAN JALAN BUAT KITA.

Buang sifat rendah diri,
jadilah kita manusia terbilang.




~Artikel dari: Dr Ezairy M. Salih~


.....pstt..!!!
....motivasikan diri.......




BICARA HATI HAMBA

ALHAMDULILLAH.

Kita sering kali memohon umur panjang, untuk orang-orang yang kita begitu menaruh banyak rasa sayang kepadanya misalnya teruntuk kedua ibu bapa kita.
Tidak pernah luput meski sekali dalam tiap-tiap doa di lima waktu yang kita dirikan setiap harinya.

Sayangnya, kita pun tidak pernah tahu doa itu akan dikabulkan seperti apa nantinya. Melihat selalu ada orang-orang yang baik pergi mendahului kita.

Kukira, kita memang tidak akan pernah tahu doa umur panjang diwujudkan seperti apa.

Jika esok atau lusa kita masih sanggup menghirup nafas, apa benar doa kita yang termakbulkan, atau jangan-jangan justeru kita sedang diberi waktu untuk semakin mendekatkan diri kepada Allah.

Sebab barangkali, saat seseorang meninggal dunia, bukan bererti hanya umurnya telah tiba pada waktunya, boleh jadi Allah menyayanginya, hingga rasa rindu membuat-Nya ingin segera bertemu dengannya.

Siapa yang tidak ingin dirindukan oleh Tuhannya?

Maka benar jika esok atau lusa kita masih dapat bertemu matahari, mungkin saat itu kita masih diberi waktu untuk bersujud kepada-Nya.



Saat kita dewasa, kita akan semakin belajar untuk mati rasa pada banyak hal. Hingga satu waktu, hal-hal yang dulu menyakiti kita dengan muda...