Saturday, 24 March 2018

RENUNGAN IMAN



"Saya sedar siapa diri saya. Tak berapa soleh! Amal pun tak seberapa. Oleh itu saya pastikan anak saya adalah anak soleh. Mudah-Mudahan dia akan bantu saya selepas saya mati kelak kerana saya selalu dengar para ustaz kata doa anak soleh berguna untuk kita."

Ini antara dialog yang biasa kita dengar daripada seorang ayah atau ibu yang sedang meningkat dewasa. Harapan mereka kepada anak soleh yang bakal menjadi aset barzakh atau talian hayat di akhirat sangat tinggi. Pun begitu, ibu bapa sebegini nampak agak mementingkan diri sendiri kerana mereka hanya melihat sehala ke bawah dan lupa untuk melihat ke atas atau ke belakang.

Apa maksud lupa melihat ke atas atau ke belakang? 

"Kasihan ibu bapa awak kerana mereka pasti mengharapkan doa anak soleh daripada awak. Jika awak hanya berpada melihat kepada anak awak sebagai insan soleh, adakah awak bersikap adil dengan ibu bapa awak dahulu? Siapa pula yang akan doakan mereka jika awak belum mencapai tahap anak soleh?"



JADI SOLEH TERLEBIH DAHULU

Sepatutnya rantai perhubungan dalam sebuah keluarga atau masyarakat dijaga secara adil. Gelung rantai yang dipegang perlu kukuh sebelum dan selepas. Mana mungkin gelung rantai yang kita pegang berfungsi mengikat kemas sesuatu perkara jika gelung sebelumnya reput berkarat?

Samalah juga, jika gelung mata rantai kita reput, gelung rantai selepas kita akan hilang tempat berpaut. Akhirnya ia akan terburai jatuh tak mampu lagi bertahan. Jika kita mahu doa anak yang soleh, kita wajib terlebih dahulu jadi insan yang soleh.

Soleh sebagaimana solehnya ayah kita dan seterusnya legasi soleh kita dan ayah kita dipanjangkan pula oleh anak cucu cicit kita. Jika berasa diri kurang soleh atau agak malas menjadi soleh, percayalah! Selagi nyawa dikandung badan, kita boleh sahaja berubah menjadi insan soleh.

Biasa kita dengar kelebihan atau faedah anak yang soleh sebagai hadis yang  sangat popular di bibir ramai ibu bapa, Sabda Rasulullah s.a.w.:
"Apabila manusia meninggal dunia, terputuslah amalannya kecuali tiga perkara; sedekah jariah (yang sentiasa berjalan pahalanya),  ilmu yang diambil manfaat daripadanya atau anak soleh yang sentiasa mendoakannya." [Riwayat Muslim]

Hadis di atas dikukuhkan pula dengan sebuah hadis lain yang menyebabkan si ibu bapa terkecur mulut mahukan anak yang soleh. Sabda Rasulullah s.a.w. :
"Sesungguhnya seorang lelaki (dan wanita) akan diangkat darjatnya dalam syurga. (Berikutan itu) dia akan bertanya Allah, "Bagaimana mungkin aku dapat darjat sebegini?" Lalu dikatakan padanya, "Ini kerana (berkat)  doa pengampunan untukmu oleh anakmu (yang soleh)." [Riwayat Ibn Majah]


BERKAT IBU BAPA SOLEH

Namun begitu, agak jarang kita fokus kelebihan ibu bapa soleh yang mampu mencurahkan limpahan rahmat Allah kepada anak cucu. Perhatikan firman Allah ini:
"Dan ( daripada keturunan nabi Ibrahim itu, lahir pula para nabi lain iaitu nabi ) : Zakaria, Yahya, Isa dan Ilyas; semuanya tergolong dalam kalangan orang yang soleh. [Surah al-An'am 6:85]

Ayat ini menyusun nama nabi Zakariyya terlebih dahulu sebelum nabi Yahya a.s. Apa signifikannya? Tidak lain, ia menunjukkan bahawa si ayah perlu terlebih dahulu bersifat soleh sebelum melahirkan anak yang soleh.


Legasi dan fenomena soleh ayah yang membawa kepada solehnya anak, berlaku secara konsisten dalam sejarah Islam. Para ulama yang menggegar dunia biasanya ber'ayah-ibu' kan orang soleh. Gelung rantai yang soleh antara generasi ayah dan anak cucu ini ditegaskan Allah dalam banyak firman Allah yang wajib kita perhatikan. Antaranya firman Allah:
"Dan orang beriman yang dituruti oleh zuriat keturunannya dengan keadaan beriman. Kami hubungkan (himpunkan) zuriat keturunannya itu dengan mereka [di dalam syurga]; dan Kami tidak mengurangi sedikit pun pahala amalan mereka; setiap seorang manusia terikat dengan amal yang dikerjakannya. [Surah al-Tur 52:21]


Pengekalan hubungan bahagia sebuah keluarga yang soleh turut menjadi doa makhluk pilihan Allah iaitu para pemikul arasyh Allah. Firman-Nya:
[ Para malaikat pemikul Arasyh berdoa lagi kepada orang beriman dengan berkata ] "Wahai Tuhan kami! Dan masukkanlah mereka ke dalam syurga Adn yang telah Engkau janjikan kepada mereka; dan ( masukkanlah bersama mereka ) : orang yang soleh antara ibu bapa, isteri mereka, serta keturunan mereka. Sesungguhnya Engkaulah jua Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. [ Surah Ghafir 40 : 8 ]

Ingatlah! Pada satu masa kita memikul dua jawatan yang Allah amanahkan iaitu seorang anak dan ayah. Apabila ia menjadi amanah, maka kita wajub menunaikannya sebaik mungkin. Oleh itu, duhai ayah bonda! Didiklah diri menjadi insan soleh terlebih dahulu sebelum mengharapkan doa anak kita sebagai anak soleh....


~ sumber majalah solusi.

Friday, 23 March 2018

ANTARA BERSYUKUR DENGAN MUSIBAH



Musibah pasti datang ke semua orang. Mungkin kita tidak tahu sekarang, atau apa yang tampak di depan. Namun, masa lalu orang siapa yang faham. Boleh jadi dahulu sekali musibah datang.

Dan sekarang dia telah melampuinya dengan perjuangan. Musibah pasti datang, tinggal bagaimana kita memberi tanggapan. Apakah kita dapat ambil pelajaran atau justru angkat tangan tanpa perjuangan.

Musibahlah yang menjadikan nikmat semakin terasa. Kehilanganlah yang membuatkan kita tahu ternyata hal itu berharga. Itulah hukum alam semesta. Selalu ada segala yang berlawanan makna. Tanpa ada hujan, pelangi takkan menampakkan warnanya ke bumi. Tanpa ada duka , hal yang bahagia menjadi terasa biasa-biasa saja. Tanpa ada musibah, mungkin kita akan lupa mensyukuri segala nikmat dan anugerah.

Terkadang kita harus bersyukur terhadap musibah. Kerana turunnya merupakan bagian daripada rencana Allah s.w.t. Yang Maha Indah. Kerana datangnya , banyak membawa hikmah. Baik hikmah yang datangnya dengan tamparan, mahupun dengan kelembutan.

Baik hikmah  yang datang dijemput sendiri, mahupun dengan perantara lingkungan sekitar kita. Sebab dengan hikmah, Allah turunkan  kebaikan yang melimpah.

Semoga kita semua diberi dengan rasa syukur. Bahkan ketika tertimpa musibah sekalipun. Semoga kita semua selalu diberi hati dan fikiran yang lapang untuk mengambil hikmah dalam setiap kejadian. Semoga dengan hikmah yang kita terima, membuat kita menjadi peribadi yang lebih baik lagi.

Ibarat mentari yang telah menyediakan warna-warninya. Tapi uap sebakda hujan yang tampilkan pelanginya. kadang musibahlah yang menikmatkan nikmat....

~ Ustaz Salim A, Fillah


Ketika sedang begitu terjatuh dan ingatkan kembali.

Seorang muslim sejati tidak pernah terlepas dari tiga keadaan yang merupakan tanda kebahagiaan baginya, iaitu bila dia mendapat nikmat maka dia bersyukur, bila mendapat kesusahan dia bersabar, dan bila berbuat dosa maka dia beristighfar.

"Sungguh menakjubkan urusan seorang mukmin, semua urusannya adalah baik baginya. Hal ini tidak didapatkan kecuali pada diri seorang mukmin. Apabila mendapatkan kesenangan, dia bersyukur, maka yang demikian itu adalah merupakan kebaikan baginya. Sebaliknya apabila tertimpa kesusahan, dia pun bersabar, maka yang demikian itu merupakan kebaikan baginya."

[Diriwayatkan oleh Muslim, no 2999 dari Abu Yahya Shuhaib bin Sinan r.a.]


"Tidak ada satu musibah pun yang menimpa (seseorang) kecuali dengan izin Allah; Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah, niscaya Dia akan memberi petunjuk ke (dalam) hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu."


~sumber unsaid Confession.

Thursday, 22 March 2018

CETUSAN MINDA



Jangan ragu untuk kembali bertaubat kepada Allah, meskipun kesalahan dan dosa mengotorimu! Sesungguhnya Dia yang menutupiku ketika dirimu di bawah atap maksiat tidak akan mempermalukanmu selagi dirimu berada di bawah sayap taubat.

~Syaikh Azzam Muhammad al-Muhaisini.



Yang selalunya memperlambatkan terkabulnya doa seorang hamba adalah kerana harapannya yang rendah kepada sang Khaid Allah dan mengharapkan sesuatu dari makhluk.
Angkatlah pandanganmu secara keseluruhan kepada Dzat yang diperlukan oleh semua makhluk. Maka engkau akan nampak tanda-tanda terkabulnya doa.

~Imam Habib Ali bin Muhammad al-Habsyi


ILMU ALLAH



Ilmu Allah adalah cahaya dan cahaya itu tidak akan masuk ke dalam hati yang melakukan maksiat.

Sepotong nasihat penuh makna dari kajian yang kudengarkan pagi tadi. Laa hawla wallaa quwwata illaa billaah. Sungguh yang selalu terus menerus diupayakan adalah taubat. Selalu, sebab kita tidak tahu dosa mana saja yang masih tertinggal dan belum kita mohonkan ampun pada Allah. Jangan letih berbuat baik. Jangan pernah merasa baik. Sebab kita tidak tahu kedudukan kita di sisi Allah sampai saatnya kita pulang.

Sungguh Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyayang...


BICARA SAHABAT



Terima kasih untuk wanita-wanita muslimah yang diberikan kelebihan, namun memilih untuk tetap tersembunyi.

Entah siapa pun dirimu, saya percaya apa pun  yang kamu lakukan adalah tidak mudah. Namun dirimu lebih memilih untuk tetap tersembunyi, semata kerana tahu makna Allah memintamu memakai hijab adalah agar dirimu tidak terlihat sembarangan mata. Sebagai jalan ikhtiar ketaatanmu kepada-Nya.

Juga menyedari menjaga iman lelaki juga bagian dari rasa pedulimu yang begitu besar.

Tentu saja dirimu nyata, saya percaya, dan saya tidak perlu pembuktian bahawa dirimu ada....cukup orang-orang yang mengenali dirimu saja yang tahu.

Semoga hatimu tetap sentiasa terjaga.

Rasa lelah kerana mentaati Allah dan Rasul-Nya akan hilang menyisakan kenikmatan abadi di syurga-Nya. Sedangkan nikmatnya mengikuti hawa nafsu akan lenyap menyisakan sesal dan azab.



Wednesday, 21 March 2018

BICARA HATI HAMBA


Hari ini kita mungkin masih saja sibuk membandingkan nikmat yang Allah  kurniakan kepada orang lain namun belum atau tidak kepada kita. Hari ini kita barangkali sering saja mengeluh atas doa-doa yang belum terwujud. Hari ini kita mungkin masih berprasangka bahawasanya lelah dan ingin berhenti saja meminta.

Nyatanya kita masih bisa untuk memilih meluaskan rasa syukur. Melapangkan sabar dan berprasangka baik.

Bahawa semuanya telah Allah aturkan sedemikian indahnya.

Bahawa seluruh rasa khuatir ini akan luruh jika kita memilih untuk menyerahkan segala sesuatunya kepada Allah.

Allah mengturnya dengan sempurna.
Sungguh sempurna.

Jika prasangka kita masih belum baik terhadap keadaan yang sedang kita alami, mungkin kita perlu lebih banyak waktu untuk melangitkan doa-doa...

Memohon kepada Allah agar memberi petunjuk-Nya untuk memahami apa-apa yang telah Dia tetapkan dengan hati yang lapang, dengan prasangka yang baik.







Kuat-kuat ya...

Jika suatu masa engkau dilupakan begitu saja.
Jika tiba masanya engkau tidak lagi menjadi prioritas dalam hidup seseorang.
Yang kehadiranmu, khabarmu, keadaanmu tidak lagi menjadi penting untuknya.

Kuat-kuat ya!

Kerana manusia adalah gudangnya kecewa. Hanya jika engkau menggantungkan harap kepadanya.
Jika tidak hidupmu akan jauh dari kegalauan dan kegundahan atas yang luput dari inginmu terhadapnya.

Berulang kali mengingatkan perihal ini, sebab bukan hanya sulit tapi tidak mudah. Perlu iman baja untuk memenangkan ujian menggantungkan cinta dan harap hanya kepada Dia.

Kuat-kuat ya!

Aku percaya hatimu akan cukup kuat atas iman yang terus engkau upayakan. Aku percaya engkau akan faham bahawa selalu ada yang hadir dan pergi silih berganti.

Dan kita meyakini memilih bersama Allah, hidupmu akan sentiasa dalam bahagia yang tak akan habisnya. Bukan  hanya di sini, tapi kelak hingga kita pulang ke syurga.

Selama masih dalam perjalanan ini, jangan lupa engkau pun memerlukan sabar yang tiada habisnya. Siapkan selalu ya sabarnya!


Menyapa  pagi, menguatkan hati dengan menuliskan yang tak tersampaikan.
Menuliskan yang kelak akan tersusun rapi menjadi kenangan dalam lembaran-lembaran halaman.
Kuat-kuat ya hati yang baik!!


~ Menyapa Mentari~

Monday, 19 March 2018

BICARA SAHABAT


Kini

mataku
lelah melihatmu
tangan
lelah menulis
kaki
lelah berjalan
telinga
lelah mendengar
mulut
lelah bicara
otak 
lelah berfikir
hati 
lelah mencintai
Haruskah dipaksa
untuk bertemu
sedangkan 
di dalam kesendirian
rasa telah menemukan jalan
untuk tidak lagi menemui...



                                           ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~  


Jika

akhirnya
Aku menemukan
sebuah alasan
Untuk berlakukan
tidak setia lagi
menunggu
dan menanti
Aku akan tetap mengingat
cintamu dari pertama kali
sampai titik tertentu
Lalu memutuskan tali
kemudian pergi
Dari fikiran
dari perasaan
agar tidak meracuni
hidup dan hati kembali..


                                        ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



Masih mengejar

dan kamu masih
tetap tak peduli
masih tetap tak ada reaksi
Akhirnya 
aku lelah sendiri
Memilih pergi
dan meninggalkanmu
Tapi
ketika tahu niatku itu
kau menghampiri
malah menahannya
malah meminta
Untuk berjuang kembali
Bersama
sekali lagi..


     

                                     ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Rasanya

ingin pergi
dan melupakan kamu
Tapi tak bisa
Sebab
senyummu
telah menjadi bumbu
Mengajariku setia
Mengajariku cara mencintai
dan merindu sampai saat ini

Biarlah
biar aku seperti ini
Berjuang sendiri
menunggu
menuliskan kisah bahagia
ditiap lembarannya..




                                       ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~




Apakah ini cinta

Tiap kali bersama
ada rasakan bahagia
Tiap kali memejamkan mata
dia selalu ada
Mungkinkah aku gila
tak bisa berhenti memikirkannya
Hingga
pertanyaan-pertanyaan
selalu datang mengusik
Kurasa
aku merindukannya
tapi tak tahu kapan kembali bertemu..



                                      ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



Ada masa


Di mana kita
saling jauh 
kerana jarak
Dalam waktu
Aku
aksarakan rindu
pada langit-langit sendu
Berharap
perasaan yang sama
lekas bertemu
dan cepat berlalu..


~~Peka~~

Sunday, 18 March 2018

TIP REZEKI BERKAT



BERISTIGHFAR DAN BERTAUBAT.

Perkara pertama yang menjamin rezeki diturunkan ialah istighfar dan bertaubat kepada Allah. Allah menegaskan: "Mintalah keampunan kepada Allah dan taat kepada-Nya supaya Allah menghantarkan hujan lebat kepada kamu dan menambahkan kekuatan disamping kekuatan kamu yang sedia ada."
[Surah Hud 11:52]



BERIBADAH KEPADA ALLAH DENGAN IKHLAS.

Antara kunci yang mengundang keberkatan rezeki ialah ibadah yang dilakukan dengan ikhlas dan istiqamah. Orang yang ikhlas menghadirkan hatinya bersama jasad sepanjang melaksanakan ibadah. Dia merasakan Allah memerhati saban masa dan setiap kerja yang dilakukannya.

Allah menjanjikan kekayaan jiwa dan tidak mengharapkan bantuan orang lain bagi mereka yang bersungguh-sungguh dalam beribadah. Bayangkan seorang manusia yang hanya Allah dalam hatinya. Dia sentiasa merasakan dirinya kaya dan cukup dengan apa-apa yang dimiliki.


ISTIQAMAH BERSEDEKAH.

Amalan bersedekah tidak dikhususkan kepada mereka yang berkemampuan. Malah Nabi Muhammad mewasiatkan kepada para sahabat yang miskin supaya beriltizam memberi sedekah. Tidak perlu menunggu punya lebihan wang untuk bersedekah. Allah menjamin akan diluaskan rezeki untuk orang yang suka bersedekah. Bersedekah dapat memenuhi keperluan orang yang menerima sedekah dan memberi keberkatan rezeki di dunia dan akhirat untuk pemberi sedekah.


BERSYUKUR DENGAN NIKMAT.

Dalam kehidupan pada hari ini, kita melihat kebanyakan manusia tersilap faham tentang rasa syukur. Sebahagiannya mengatakan syukur adalah sebahagian daripada percakapan yang diucapkan bibir sedangkan ia harus difahami dengan lebih luas.

Bersyukur menjadi penyebab Allah menambahkan nikmat dan menganugerahkan harta yang bertambah-tambah. Malangnya kita selalu lupa yang kesihatan merupakan nikmat yang tidak dapat dinilai.


Tuesday, 13 March 2018

TAHUKAH KAMU .....

                                      



Bagiku, perasaan yang terjaga diantara kita begitu istimewa. Begitu istimewa perasaanku ini padamu, begitupun  kuharapkan dirimu padaku.

Mungkin kamu ingin katakan bahawa menunjukkan kemesraan kita di dunia maya akan saling memberi bukti bahawa cinta itu selalu ada.
Tahukah kamu?
Aku sedang membuktikannya.Namun, bagiku membuktikannya bukanlah untuk mereka yang membaca dinding media sosial kita. Aku tak perlu mereka tahu seberapa besar cintaku untuk kamu.
Aku merasa tidak begitu penting untuk memberikan pembuktian tentang perasaan yang sedang kita nikmati ini kepada mereka yang bahkan tidak ada hubungan secara langsung dengan keindahan yang menaungi kita berdua. Aku hanya ingin kamu yang tahu, dan aku yakin kamu sebenarnya pun selalu tahu.

Apa yang sedang kita jalani adalah sesuatu yang terjadi di dunia maya. Sesuatu yang tak hanya kita rasa tapi dapat kita rasa melalui raga. Untuk apa kita membawanya ke dunia maya yang malah tak punya rupa?


Aku memberikan diriku yang istimewa kepada kamu sahaja, yang tidak pernah sedikit pun kutujukan pada orang lain. Biarlah ia tetap istimewa diantara kita.
Mungkin menunjukkan kemesraan cinta kita di media sosial menurutmu sama dengan berbagi bahagia untuk kerabat dunia maya kita. Tapi ingatkah kamu bahawa rasa itu adalah cintaku untukmu dan cintamu untukku.

Ini adalah cinta diantara kita....yang jelas tak sama dengan cinta milik kita.
Cinta diantara kita adalah cinta yang peribadi.....yang khusus diantara aku dan kamu saja. Kurasakan sebaiknya kita tidak membagikannya untuk orang lain. Biarkan rasa ini menjadi istimewa dan satu-satunya dariku untukmu dan darimu untukku. Kecuali memang menurutmu kita perlu pamer kebahagiaan kepada banyak orang.

Lagi pula, sedarkah kamu bahawa belum tentu orang lain ikut bahagia melihat kita saling memberi cinta. Mereka memang boleh memberikan tanda senyuman, tanda suka malah memberi komen mendukung dan berdoa untuk hubungan kita. Tapi ingatlah selalu sayang....itu hanya dunia virtual yang selalu dapat menampilkan kata manis sekalipun kesenangan sudah habis.

Percayalah sayang......mereka tidak sebahagia yang kamu sangka. dari sekian banyak yang berdoa, jauh yang akan lebih banyak keras tertawa disaat kita bubar jalan. Jauh lebih banyak yang 'menggumam selamat' dalam hati disaat kita kiamat.

Aku menyukai keistimewaan antara kita. Ku harap kamu faham beginilah aku memaknai cinta diantara kita.
Cukup diantara kita dan tetap apa adanya menjadi lebih banyak rahsia untuk orang lain. Bolehlah sekali dua kali muncul pada  media maya. Jika memang kamu ingin menularkan rasa bahagia untuk orang lain, marilah kita membuart cinta kita saja. Ia itu cinta dari aku dan kamu, untuk mereka yang sungguh-sungguh kita pedulikan.

Dan mereka yang kita pedulikan.....hidup di dunia nyata!


~sumber

TERKADANG PERLU DIAM




Kadang-kadang kita hanya perlu diam dalam memberi komen
Kadang-kadang kita hanya perlu diam dalam menegur.






Kadang-kadang kita hanya perlu diam dalam memberi nasihat
Kadang-kadang kita perlu diam dalam memprotes
Kadang-kadang kita hanya perlu diam dalam persetujuan


Tapi

Biarlah diam kita  mereka faham ertinya
Biarlah diam kita mereka terkesan maknanya
Biarlah diam kita mereka maklum maksudnya
Biarlah diam kita mereka terima tujuannya


Kerana


Diam kita mungkin disalah tafsir
Diam kita mungkin mengundang syak wasangka
Diam kita mungkin disilap terjemah
Diam kita mungkin tidak membawa apa-apa maksud


Maka

Jika kita merasakan diam itu terbaik
Seharusnya kita diam
Namun seandainya diam kita bukanlah sesuatu yang bijak
Berkatalah sehingga mereka diam.










Thursday, 8 March 2018

KISAH HATI


Kasih sayang perlu dibelai agar sentiasa mekar.
Perlu dibaja agar terus subur dan
perlu disemai agar sentiasa bertunas.....





Andai dibiarkan kusam....terusik perasaan
Gelora kasih menghempas hati
pasti layu....kaku....mati....
Andai ingin diulangi masa nan lalu
Bimbang tidak bisa kembali.


~ Moga kita belajar menghargai sesuatu tika ia masih di depan mata....
Bukan hanya dalam aspek kasih sayang....namun segala
apa yang kita miliki kini
baik kesihatan, harta, masa yang ada atau apa saja...


Moga
tidak berlaku seperti mana pepatah melayu yang mengatakan ~

::
::
::


"Kita akan lebih menghargai 
setelah kehilangan."


~cetusan minda~

RAHSIA DI SEBALIK MUSIBAH

Ketika pagi masih dingin,
Si penjual sayur itu sudah memetik sayur-sayurnya
lalu diatur ke dalam pedati.

Dia kemudian ke bangsal untuk mengambil kudanya.





"Eh, kenapa dengan kudaku ini?"
Dia mendekati kudanya yang terbaring.
Ternyata kudanya sudah mati. Si penjual sayur itu terduduk lalu termenung
memikirkan bagaimana dia hendak 
mengangkut sayur-sayurnya.

Si penjual sayur itu kemudian menemui seorang ulama
lalu menceritakan masalahnya.
"Inilah musibah yang paling teruk pernah terjadi kepadaku."
Si penjual sayur itu berkeluh kesah.
Ulama itu mengangkat bahu sambil menarik nafas.


"Mungkin ya, mungkin tidak"
Spontan ulama itu menjawab.
Si penjual sayur berkerut dahi.
Dia kecewa dengan jawapan ulama itu, lalu dia pulang ke rumah.






Sebaik sahaja tiba di rumahnya, matanya terpaku.
Seekor kuda liar sedang mengibas-ngibas ekornya
sambil berdiri tegap di hadapan rumahnya.

"Bukankah ini satu anugerah?"
Si penjual sayur kembali semula memberitahu ulama itu.


Sekali lagi ulama itu mengangkat bahu.
"Mungkin ya, mungkin tidak"
Si penjual sayur makin kecewa dengan jawapan ulama itu.
Lalu kembali semula ke rumahnya.
Sebaik sahaja dia tiba di rumahnya,
dia terkejut.
Anak lelakinya sedang terlantar kesakitan di sisi
kuda liar itu yang terlepas dari tambatan.
Kedua-dua kaki anaknya patah akibat dipijak kuda liar itu.
Si penjual sayur itu menangis sambil
memeluk anaknya.





"Aku fikir kuda ini anugerah,
rupa-rupanya membawa musibah,"
Si penjual sayur itu berkeluh kesah.

Tidak lama selepas itu terdengar berita akan berlaku peperangan.
Semua pemuda diwajibkan  menyertai peperangan.
Namun,
oleh kerana kaki anak lelakinya masih dirawat,
maka anaknya dikecualikan daripada menyertai peperangan tersebut.
Si penjual sayur itu bersyukur.
Barulah dia sedar bahawa musibah yang melandanya juga
merupakan satu
ANUGERAH.




~Olahan sumber: Prof Azizi Zakaria, UUM.


CINTA DALAM DIAM...





JIKA BELUM BERSEDIA, CINTAILAH DALAM DIAM.

Bila belum bersedia melangkah lebih jauh dengan seseorang, cukup cintai ia dalam diam.....Kerana diammu adalah salah satu bukti cintamu padanya....Kau ingin muliakan dia, dengan tidak mengajaknya menjalin hubungan yang terlarang....Kau tak mahu merosak kesucian dan penjagaan hatinya.

Kerana diammu memuliakan kesucian diri dan hatimu...
Menghindarkan dirimu dari hal-hal yang akan merosak izzah dan iffahmu...

Kerana diammu bukti kesetiaanmu padanya...
Kerana mungkin orang yang kau cinta adalah juga orang yang telah Allah s.w.t pilihkan untukmu...

Ingatkah tentang kisah Fatimah dan Ali?
Yang keduanya saling memendam apa yang mereka rasakan...
Tapi pada akhirnya mereka dipertemukan dalam ikatan suci nan indah...




Kerana dalam diammu tersimpan kekuatan........kekuatan harapan...
Hingga mungkin saja Allah akan membuat harapan itu menjadi nyata hingga cintamu yang diam itu dapat berbicara dalam kehidupan nyata...
Bukankah Allah tidak pernah memutuskan harapan hamba yang berharap pada-Nya...

Dan jika memang Cinta Dalam Diammu itu tak memiliki kesempatan untuk berbicara di dunia nyata, biarlah ia tetap diam...

Jika memang dia bukan milikmu, Allah, melalui waktu akan menghapus Cinta Dalam Diammu itu dengan memberi rasa yang lebih indah dan orang yang tepat...

Biarkan Cinta Dalam Diammu itu menjadi memori tersendiri dan sudut hatimu menjadi rahsia antara kau dengan Sang Pemilik hatimu...





Cintailah dia dalam diam, dari kejauhan, dengan kesederhanaan dan keikhlasan.....

Ketika cinta kini hadir tidaklah untuk Yang Maha Mengetahui saat secercah rasa tidak lagi tercipta untuk Yang Maha Pencipta izinkanlah hati bertanya untuk siapa ia muncul dengan tiba-tiba...mungkinkah dengan redha-Nya atau hanya mengundang murka-Nya...

Jika benar cinta itu kerana Allah maka biarkanlah ia mengalir mengikuti aliran Allah kerana hakikatnya ia berhulu dari Allah maka ia pun berhilir hanya kepada Allah....

"Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran Allah."(QS.Adz Dzariyat: 49)

"Dan kawinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu, dan orang-orang yang layak(berkawin)
dari hamba-hamba sahyamu yang lelaki dan hamba-hamba sahyamu yang perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha Luas(pemberian-Nya)
lagi Maha Mengetahui." (QS. An Nuur:32)

"Dan diantara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenis mu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir."(QS.Ar-Ruum:21)




Tapi jika memang kelemahan masih nyata dipelupuk mata maka bersabarlah..berdoalah...berpuasalah.

"Wahai kaum pemuda, siapa saja diantara kamu yang sudah sanggup untuk menikah , maka menikah
lah, sesungguhnya menikah itu memelihara mata, dan memelihara kemaluan, maka bila diantara kamu belum sanggup untuk menikah berpuasalah, kerana sesungguhnya puasa tersebut sebagai penahannya "(Hadis)"

"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji.Dan suatu jalan yang buruk (QS. Al-Israa :32)






Cukup cintai ia dalam diam....

bukan kerana membenci hadirnya ....tapi menjaga kesuciannya bukan kerana menghindari dunia....
tapi meraih syurga-Nya bukan kerana lemah untuk menghadapinya...tapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus dan menyelusup....





Cukup cintai ia dari kejauhan.

Kerana hadirmu tiadakan mampu menjauhkannya dari cubaan kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan kerana hadirmu mungkin saja kan membawa kenelangsaan
hati-hati yang terjaga....

Cukup cintai ia dengan kesederhanaan....

memupuknya hanya akan menambah penderitaan menumbuhkan harapan hanya  akan mengundang
kekcewaan mengharapkan balasan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan....


Maka cintailah ia dengan keikhlasan....

kerana tentu kisah Fatimah dan Ali diingini oleh hati....tapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi.....?

".....boleh jadi(pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."(QS. Al Baqarah: 216)

"Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita yang keji (pula). dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula), Mereka (yang dituduh ) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezeki yang mulia (syurga)"
(QS.An Nuur: 26)"





Cukup cintai ia dalam diam dari kejauhan dengan kesederhanaan dan keikhlasan.........

kerana tiada yang tahu rencana Tuhan ........... mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak balikkan........serahkan rasa yang tiada sanggup dijadikan halal itu pada Yang Memberi dan Memilikinya biarkan ia yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya......

"Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga." (Umar bin Khattab ra.).

Tuesday, 6 March 2018

BERUNTUNGLAH ORANG YANG MENDAPATKAN NASIHAT



Di dalam al-Quran Allah s.w.t. berfirman "Dan tetaplah memberi peringatan kerana sesungguhnya ia bermanfaat bagi orang-orang yang beriman." Allah s.w.t. sifatkan orang yang berguna untuk diberikan peringatan, yang mengambil peringatan adalah orang yang beriman.

Kalau kita check diri kita, kadang-kadang orang kasi nasihat tak lut, tak ada kesan, kita malas nak terima. Bermakna kita ada masalah iman sebab orang yang beriman pasti bermanfaat kepadanya akan peringatan dan nasihat.

Oleh kerana itu, Nabi s.a.w. mengatakan "Beruntunglah orang yang mendapatkan nasihat."
Beruntunglah orang yang mendapatkan  nasihat kata Nabi s.a.w. Akan tetapi, kalau kita mendapat nasihat, kita merasa rugi bahkan kita merasa lekeh, kita merasa kita diingatkan sehingga kita merasa hina. Bermakna masalahnya bukan masalah orang yang memberi nasihat itu, tapi masalahnya adalah iman kita. Masalahnya kita kena check iman kita.

Oleh kerana itu, kita lihat di dalam lipatan sejarah mereka Para Sahabat. Walaupun mereka itu Khalifah, Amirul Mukminin tetapi ketika mana dinasihati dan ditegur, diterima. Bayangkan pangkatnya itu Amirul Mukminin, pemimpin kepada kaum mukminin, punya besarnya pangkat dan kuasanya.

Saidina Umar al-Khattab r.a. tatkala ditegur oleh seorang perempuan ketika mana dia cuba untuk menetapkan akan mahar. Dia melihat antara perkara yang berlaku di zamannya adalah mahar itu menjadi beban kepada orang lelaki yang nak mengahwini kepada orang perempuan.

Maka diantara usahanya sebagai seorang ketua kerana mempermudahkan akan perkahwinan itu, akan menyelamatkan daripada berlakunya zina dan perbuatan keji. Oleh kerana itu, Saidina Umar Al-Khattab r.a. sebagai Amirul Mukminin, dia cuba untuk mempermudahkan dengan mengatakan, "Saya ingin untuk menetapkan akan mahar bagi seseorang perempuan yang dinikahi." Pada zaman pemerintahannya.

Dalam keadaan dia kumpulkan dan berikan pendapatnya, tiba-tiba bangun seorang perempuan tua mengatakan "Wahai Amirul Mukminin. Bukankah di dalam al-Quran Allah s.w.t. mengatakan mahar itu adalah haknya orang perempuan dan hanya orang perempuan yang berhak untuk menentukan berapa yang dia patut dapat sepertimana firman Allah s.w.t. Dibacakan firman Allah s.w.t.

Ketika akan mendengar seperti itu, apa Saidina Umar Al--Khattab r.a. kata? Kalaulah kita di zaman ini pasti kita akan mengatakan "Saya dimalukan". Kita akan cuba menegakkan benang yang basah. Kita akan pasti merasa murka dan marah kerana kita merupakan ketua pada waktu itu.

Akan tetapi Saidina Umar Al-Khattab r.a. mengatakan. "Benar. Telah benar perempuan tua ini, telah salah Umar." Allah!! Hebat. Kenapa? Kerana iman. Kerana dia merasa menerima daripada nasihat, peringatan dan nenerima kebenaran. Inilah orang-orang yang mempunyai iman.

Akan tetapi, orang yang tidak mahu menerima kebenaran namanya adalah takabbur atau sombong. Itulah hakikat kesombongan, Kata  Baginda Rasulullah s.a.w. "Adalah apabila orang itu disampaikan kebenaran kepadanya, dia menolak dan tidak mahu menerima. Inilah takabbur yang hakiki iaitu takabbur yang sebenar-benarnya." kata Nabi s.a.w.


~ Habib Najmuddin bin Othman Al-Khered Hafidzohullah.


Saat kita dewasa, kita akan semakin belajar untuk mati rasa pada banyak hal. Hingga satu waktu, hal-hal yang dulu menyakiti kita dengan muda...