Thursday, 15 September 2016

MANUSIA DAN ILMU



Manusia itu terbahagi dalam empat macam.


Manusia yang memiliki ilmu dan ia tahu
bahawa dirinya mempunyai pengetahuan,
maka dia adalah orang yang alim
bertanyalah kepadanya.


Manusia yang mempunyai ilmu akan tetapi
ia tidak tahu bahawa dirinya memiliki ilmu,
maka dia adalah orang yang lupa
ingatkan lah dia.


Manusia yang tidak memiliki ilmu namun
ia sedar bahawa dirinya tidak mempunyai ilmu,
maka dia adalah orang yang mencari petunjuk,
berilah petunjuk kepadanya.


Manusia yang tidak mempunyai ilmu tapi
dia tidak sedar bahawa dirinya tidak berilmu,
maka dia adalah orang yang jahil (bodoh)
tinggalkan dia.



( Al- Imam Al- Khalil bin Ahmad )



Saat kita dewasa, kita akan semakin belajar untuk mati rasa pada banyak hal. Hingga satu waktu, hal-hal yang dulu menyakiti kita dengan muda...