Wednesday, 14 September 2016

REHAT MINDA


Berita gembira bagi mereka yang berbakti kepada kedua orang tuanya.

> Allah akan memanjangkan umurnya.
> Memberikan keturunan kepadanya.
> Menjadikan anak-anaknya hidup hingga mereka berbakti kepadanya seperti dia dahulunya berbakti
   kepada kedua orang tuanya.

- Habib Zein bin Ibrahim bin Smith.


**************************************************************




Janganlah engkau selalu mengeluh.
Kerana ia akan menjadikan dirimu sering bersedih, tetapi jadikanlah peribadimu selalu bersyukur dan selalu mengucapkan Hamdalah, maka dirimu akan terasa bahagia.

- Habib Anis bin Husein Al Atthos.


************************************************************




Airmata yang menggegarkan Arasy Allah.
Airmata itu berguguran untuk siapa dan kenapa?

Ketahuilah kalian, Rasulullah s.a.w. telah pun merindui dan menangis kerana kita, sedangkan kita masih belum diciptakan lagi.
Alangkah mulianya insan ini yang telah terdahulu jatuh cinta kepada kita sehingga menangis kerinduan.
Sejauh mana kita merindui Rasulullah s.a.w ?
Sejauh mana airmata kita gugur kerana takutkan Allah dan rindukan Rasulullah s.a.w. ?

- Habib Najmuddin Othman Al Khered Hafidzahullah.


***********************************************************




Antara jenis kebodohan yang tidak boleh diubati ialah sikap seseorang yang baru sedikit masanya dengan ilmu, maka dia dengan cepat ingin mengkritik seseorang yang kehidupannya dihabiskan dengan ilmu.

- Ustaz Nazrul Nasir Al Azhari.




Saat kita dewasa, kita akan semakin belajar untuk mati rasa pada banyak hal. Hingga satu waktu, hal-hal yang dulu menyakiti kita dengan muda...