Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani
Sabda Rasulullah saw..'iman ialah apabila kamu melakukan kebaikan, kamu merasa senang, dan apabila kamu melakukan kejahatan, kamu merasa sedih..' (Hadith)
Sabda Rasulullah saw..'iman ialah apabila kamu melakukan kebaikan, kamu merasa senang, dan apabila kamu melakukan kejahatan, kamu merasa sedih..' (Hadith)
Dalam meniti perjalanan hidup, kadang2 perlu juga untuk kita menekan butang ‘pause’.. berhenti seketika untuk melihat dan mengukur kembali perjalanan yang pernah dilalui. Apa dan di mana yang kurang,atau melihat di mana yang mungkin terlebih..Melihat dan membaiki sesuatu yang kita baru lepasi itu lebih mudah daripada membaiki sesuatu yang sudah terlalu jauh kita tinggalkan bahkan menjadi sebati dengan diri kita..
Apatah lagi kejadian kita sebagai muslimat yang mudah melakukan kesalahan dan menjadi fitnah.. Kadang2 tanpa sedar kita buat kesalahan yang kita tahu.. kata2 untuk diri sendiri terutamanya. Rasulullah saw juga menuturkan bahawa golongan yang paling banyak di dalam neraka kelak adalah kaum wanita.. Moga ALLAH sentiasa memberi taufiq dan hidayah untuk kembali padaNya setiap kali melakukan kesalahan dan menerima taubat yang ada..
Pesanan yang ana cuba pegang sentiasa; ‘..jangan memandang rendah pada dosa dan kesalahan yang kecil, kerana belum tentu amalan kebaikan kita yang ada dapat menampung azabnya di akhirat kelak..’ Juga kesan dosa yang sedikit itulah bakal menghakis keberkatan hidup yang ada. Mungkin memberi kesan pada orang sekeliling yang kita sayangi, mungkin juga pada kehidupan kita yang akan datang dan sebagainya.
Mujahadah dalam menjaga dan mendidik diri ke arah yang diredhai..
Biarkan hati berbicara seikhlasnya..kerana yang mengetahui diri kita adalah kita sendiri dan ALLAH..
"Tidak usah mencari jalan keluar diluar dari dirimu,
kerana jalan keluar dari setiap permasalahan
Ada dalam dirimu sendiri;
Ada dalam hubunganmu dengan ALLAH سبحانه وتعالى...
"Kebahagiaan itu bukan terletak pada tercapainya keinginan kita, akan tetapi kebahagiaan itu terletak pada memahami dan mengikuti Kehendak ALLAH Yang Maha Berkehendak."..

(kata2 Syeikh Rohimuddin Nawawi al-Jahari al-Bantani)