Friday, 9 December 2016

DUNIA DAN NAFAS




Dunia ini hanya tiga nafas

Satu nafas telah lewat[berlalu]
membawa amal yang engkau kerjakan pada nafas itu
satu nafas lagi yang sedang kau jalani
dan yang terakhir ialah apakah engkau mampu sampai atau tidak.

Ini kerana banyak orang yang sedang bernafas didatangi maut sebelum
sempat bernafas kembali. Jika demikian, bererti hanya ada satu
nafas yang engkau miliki, bukan hari dan bukan pula saat.

Untuk itu bergegaslah dengan segera untuk taat selagi mana engkau
boleh bernafas. Sebelum dia pergi segeralah bertaubat kerana
siapa tahu pada nafas yang kedua, engkau mati.



~ Minhajul Abidin ~





Saat kita dewasa, kita akan semakin belajar untuk mati rasa pada banyak hal. Hingga satu waktu, hal-hal yang dulu menyakiti kita dengan muda...