Hakikat, dan kejayaan di dunia ini hanya hebat jika gemanya terus berbunyi di akhirat.
Saturday, 31 December 2016
KETENANGAN...KETENTERAMAN...
Antara kesenangan dan ketenangan ternyata ketara perbezaannya. Mungkin dengan beberapa lembar ringgit tidak sulit untuk memperolehi kesenangan. Namun belum tentu beroleh ketenangan dan ketenteraman, kerana bukan senang syarat tenang. Manakala jika tenang in shaa Allah pasti melahirkan kesenangan. Itulah hakikat yang menjadi dambaan setiap manusia.
Sebahagian manusia beranggapan bahawa ketenangan itu hanya diperolehi dengan kesenangan, maka berlumba-lumbalah mencari kesenangan, menumpukkan kekayaan, rumah besar, kereta besar, kerjaya yang hebat dan sebagainya. Namun tercapaikah ketenangan.
Harga Ketenangan.
Ketenangan... ketenteraman... amat mahal harganya. Belum tentu diperolehi walaupun berharta dan memiliki segalanya. Oleh itu carilah formula ketenangan yang telah disediakan oleh agama. Pasti mujarab, pasti tidak kecewa.
Tiada kekuatan apapun yang mampu menggoyahkan jiwa seseorang yang mendapat curahan rahmat Allah. Tiada kegelapan apa pun yang menyesatkan jiwa yang dalam lindungan-Nya.
Tiada keresahan yang mampu merobek jiwa seseorang yang mendapat kasih sayang Allah.
Sebaliknya hati yang ' terputus ' dengan tali ikatan Allah amat sulit untuk mengecap tenteramannya kehidupan. Demikianlah jiwa yang gelap tanpa sinar ' petunjuk-Nya ', jalan berliku dan bergelombang tanpa cahaya kebenaran- Nya.
" Wahai manusia, kamulah yang faqir dan berkehendak kepada Allah, dan Dialah Allah Yang Maha Kaya [ tidak bergantung kepada apa jua pun ] lagi Maha Terpuji. " [ Al- Fathir : 15 ].
~ sumber~ abuikhwan.
Saat kita dewasa, kita akan semakin belajar untuk mati rasa pada banyak hal. Hingga satu waktu, hal-hal yang dulu menyakiti kita dengan muda...
-
Alhamdulillah. Andai datang ribut melanda...ombak mempamerkan kuasa...kuatkan semangatmu...usah biarkan bahteramu karam...karam dibadai pe...
-
Sama2 kita renungi hadith Rasulullah saw mengenai akhlak. Pentingnya menghayati akhlak adalah kerana akhlak itulah yang menjamin kesempu...
-
Biarkanlah hari-hari berbuat semahunya Berlapang dadalah jika takdir menimpa Jangan berkeluh kesah atas musibah di malam hari...

