Saturday, 17 December 2016

GELISAH




Gelisah ialah hati yang tidak tenteram, merasa khuwatir, resah, tidak tenang, cemas atau risau.

Kegelisahan adalah lebih sukar dari kesabaran. (Sayyidina Ali karramallahu wajhah)

Suatu ketika seorang sahabat karib Rasulullah shallaAllahu `alaihi wa sallam iaitu Ibnu Masu’d di datangi seorang lelaki yang kelihatan dirundung duka nestapa. Lelaki itu berkata kepada Ibnu Masu’d, “Saudara, berikanlah padaku nasihat yang dapat aku jadikan penawar untuk jiwaku yang gelisah ini. Akhir-akhir ini jiwaku tidak begitu tenteram, jiwaku sentiasa gelisah, fikiranku juga selalu kusut”

Ibnu Masu’d berkata, “Sekiranya itulah penyakit yang menimpamu, hendaklah kamu bawa hatimu mengunjungi tiga tempat ini: 

Pertama
, tempat orang membaca al-Quran, sama ada kamu membacanya atau kamu sekadar mendengar orang lain membaca ayat al-Quran. 


Kedua
, majlis ilmu, yang dapat mengingatkan kamu kepada Allah. 


Ketiga
, carilah tempat dan waktu yang sesuai supaya kamu dapat beribadah kepada Allah dengan khusyuk dan tulus ikhlas.”



- sumber Tazkirah



Saat kita dewasa, kita akan semakin belajar untuk mati rasa pada banyak hal. Hingga satu waktu, hal-hal yang dulu menyakiti kita dengan muda...