Haji Abdul Malik bin Haji Abdul Karim Amarullah
[Buya Hamka] berkata:
Mari naikkan setingkat lagi.
Sudahkah kita berani memberi maaf musuh kita?
Sudahkah kita berani menghapuskan dari hati kita perasaan dendam,
kerana kesalahan teman kepada diri kita?
Membalas baik dengan jahat adalah perangai yang serendah-rendahnya.
Membalas jahat dengan jahat bukanlah, bukanlah perikemanusiaan.
Membalas baik dengan baik adalah hal yang biasa.
Tetapi membalas yang jahat dengan yang baik adalah
cita-cita kemanusiaan yang setinggi-tingginya.
Kita harus sanggup hidup memberi cita-cita itu tumbuh.
Memang sakitnya rasa jiwa kita sendiri takkala membalas kejahitan dengan kebaikan.
Dalam batin kita amat hebat perjuangan nafsu jahat dengan budi yang mulia.
Nafsu membayangkan penderitaan kita kerana kesalahannya, kerugian kita kerana aniayanya.
Kais bin A'shim seorang pujangga Arab berkata:
Cubalah bahulkan kembali tali yang telah putus.
Cubalah beri orang yang tidak sudi memberimu.
Cubalah memberi maaf orang yang menganiya kamu.
Di sana baru engkau rasai apa ertinya kemanusiaan.!
Benar kehidupan akan hanya bererti jika insan sendiri yang berupaya mencurahkan
makna ke dalam cangkir usianya. Yang rendah, menjengkit; Yang tinggi menunduk.
Tapi kita tidak bakal tahu juga apa maksudnya makna selagi kita masih terlupa
menyanjungi amanah khalifah di bumi.
~ perjalanan yang singkat~
- Ustaz Abdul Razak-