BERKOMUNIKASI DENGAN MINDA KE MINDA;
Apabila anda mengikat seseorang, dan jika ingatan anda itu jujur, ikhlas dan bertanggung jawab, dan tiada sebarang gangguan, anda sebenarnya telah pun menghantar gelombang minda kepada orang itu. Anda mungkin mendapat tindak balas yang menakjubkan.
Jika ingatan anda terhadapnya adalah yang baik-baik, dalam masa yang sama in shaa Allah dia akan mengingat yang baik-baik juga tentang anda. Maka kerana itulah sesekali pada saat-saat tertentu anda terkenangkan seseorang yang telah lama anda tidak temui secara tiba-tiba. Barangkali pada saat itu orang berkenaan sedang memikirkan tentang anda dan gelombang mindanya telah mengembara dan akhirnya sampai kepada anda.
Gelombang yang lemah akan tersasar atau tidak sampai ke matlamat ataupun ghaib begitu saja ditelan gelombang-gelombang yang lebih kuat yang sentiasa bersimpang siur. Gelombang minda akan lebih hebat kesannya terhadap mereka yang mempunyai jalinan emosi atau pertalian darah yang rapat misalnya suami isteri, ibu dan anak, adik beradik kembar dan rakan seiras.
DAYA MAGNET DALAM FIKIRAN BEREMOSI.
Tahukah anda apabila anda membenci seseorang, anda sebenarnya telah pun menarik kebencian orang itu terhadap anda. Fikiran yang beremosi ada daya tarikan bagaikan magnet yang akan menarik sebarang pemikiran yang sealiran.
Sebagaimana gelombang minda tadi, kebencian akan terhasil dalam bentuk gelombang-gelombang negatif yang mengembara dan akhirnya sampai kepada orang yang anda benci itu. Oleh itu, seseorang yang menjadikan imginasinya sebagai salah satu laluan untuk kejayaan tidak boleh berfikiran negatif. Dia kena berfikiran positif supaya pemikiran yang sama akan dipulangkan kepadanya.
Mungkinkah ini juga yang terkadang membuatkan kita juga merasa apa yang dirasai oleh rakan kita. Rasa gembiranya, rasa bahagianya, rasa sedihnya dan pilunya dapat dirasai walaupun jarak memisahkan antara individu berkenaan.
TENAGA AJAIB TERSEMBUNYI DALAM MINDA.
Percaya atau tidak apabila anda sentiasa memikirkan tentang kenyang, anda tidak akan lapar. Buktinya apabila anda menjalani ibadah puasa, anda tidak terfikir pun tentang makan sepanjang hari, tapi anda tetap mampu melakukan aktiviti-aktiviti kehidupan sebagaimana biasa. Pada hal hari-hari biasa, awal pagi lagi anda sudah terasa hendak makan.
Demikianlah apabila anda tidak langsung memikirkan tenang penat, anda akan cergas dan bertenaga sepanjang hari.
Sebaliknya apabila anda mula berkata 'aku malaslah hari ini', 'aku boringlah hari ini', anda akan benar-benar malas dan boring. Maka jika anda ingin cemerlang dan berjaya, bijak-bijaklah berhubung dengan imaginasi. Imaginasi boleh menjadikan anda apa saja. Daripada sini kita boleh simpulkan, 'kita sendirilah yang meminta setiap apa yang berlaku pada diri kita.'
MINDA TERANGSANG MELALUI SOLAT DAN DOA.
Solat itu doa dan doa itu perlu dalam proses kehidupan seseorang manusia. Manusia perlu berdoa untuk menjalinkan hubungan yang erat antara dirinya dengan alam ghaib dan yang terpenting dengan Penciptanya. Realitinya orang yang sentiasa berdoa dan sentiasa menunaikan solat tepat pada waktunya atau lebih baik pada awal waktu akan dapat membentuk dan meningkatkan kekuatan minda melalui fikiran yang lebih terfokus.
Seseorang yang berjaya adalah seorang yang tenang dan ketenangan mutlak ataupun kemuncak bagi ketenangan adalah solat. Hakikat ketenangan tidak ada dalam diri seseorang yang ingkar solat atau tidak pernah berdoa.
- sumber buku membina imaginasi cemerlang.