Banyak halangan dan rintangan yang perlu ditempuhi untuk menggapai impian. Namun segalanya terletak pada diri kita sendiri untuk memilih menjadi seorang yang cemerlang dan berjaya kerana kegagalan atau kejayaan diri kita terletak di tangan kita sendiri.
Kejayaan bukanlah satu misteri yang tidak terungkap. Kejayaan menuntut banyak pengorbanan. Kadang-kadang kita terpaksa menghabiskan wang ringgit, masa dan tenaga. Kita harus bersedia untuk itu. Kita harus bersedia untuk mengeluarkan keringat, malah kita juga harus bersedia menggugurkan airmata. Jika kita bersedia melakukan sesuatu yang orang lain tidak ingin lakukan, pasti kita akan memperoleh apa yang tidak diperoleh oleh orang lain.
Berpeganglah kepada perinsip 'kejayaan tidak akan datang bergolek". Lakukan pendakian mengikut jalan yang kita pilih sendiri mengikut kepercayaan dan keyakinan diri kerana dalam setiap langkah, ada ilmu yang kita pelajari. Segala rintangan mudah dihadapi sekiranya kita tabah dan cekal menuju puncak kejayaan dan kecemerlangan. Yang pasti di puncak itu, kita akan bertemu kejayaan di dunia dan akhirat dan pencipta-NYA.
- sumber buku motivasi kehidupan.