Dalam al-Quran kita menemui banyak sekali kosakata yang menggambarkan kecintaan sesuai dengan tingkatan kekuatan dan pengaruh pada diri pencinta. Namun secara umum, perkataan yang paling banyak disebut di dalam al-Quran untuk menunjukkan cinta adalah hubb.
Perkataan ini terulang di dalam al-Quran dalam pelbagai bentuk sebanyak 93 kali. Ulama besar Jalaluddin Abdurrahman as- Suyuti mempunyai analisis yang menarik. Menurutnya hubb atau cinta dalam bahasa Arab terdiri daripada dua huruf iaitu huruf 'ha' dan 'ba'.
Huruf 'ha' diucapkan melalui akhir kerongkong tempat sumber datangnya suara dan ianya tidak jauh dari hati yang merupakan sumber cinta.
Sedangkan huruf 'ba' lahir dari kedua bibir yang merupakan akhir tempat keluarnya suara. Indahnya apabila Imam As-Suyuti mengatakan bahawa inilah hubb atau cinta. Ia menghimpunkan cinta bermula dari awalnya. dan menutup cinta itu dengan tiada akhirnya.
Jika Allah yang mencipta hamba-Nya, Allah jualah yang mencipta rasa hati hamba-Nya. Allah jualah yang mencipta cinta, rindu, setia, cemburu dan kasih. Mustahil rasa itu dicipta dengan sia-sia. Sehingga setiap sesuatu yang diciptakan pasti ada baik buruknya. Maka tidak hairanlah Allah bertanya "Adakah kamu menyangka Kami ciptakan kamu sia-sia?."
~ kredit Majalah Iman.