Sunday, 15 January 2017

INDAHNYA BERZIKIR



Allah menjadikan manusia adalah sebaik-baik kejadian berbanding makhluk lain. Seindah kejadian adalah nikmat bertutur dan menggunakan lidah untuk berbicara. Seandainya lidah tercedera, kita akan terasa kesukarannya untuk bertutur apa lagi untuk menikmati keenakan makanan. makan tanpa rasa, semuanya akan menjadi tidak bermakna.

Sebahagian besar permukaan idah diselaputi dengan bud perasa sebab itulah kita boleh merasa makanan pahit, pedas, manis dan masin. Yang paling penting sekali ialah lidah adalah alat membantu membentuk bunyi di dalam pertuturan. Jadinya, lidah jugalah yang menjadi alat untuk berbicara kerana kebolehannya mudah digerakkan kesemua arah.

Dapat bercakap adalah satu nikmat sebenarnya tapi bukan sebarang cakap jangan sampai dikata lidah panjang. Berbahagialah bagi yang menggunakan ke jalan yang baik dan sentiasa menuturkan perkara yang baik. Sebaik-baik manfaatnya adalah apabila ia digunakan membaca al-Quran dan berzikir.




Indahnya, jika lidah itu sentiasa dibasahi dengan zikir sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. ketika menasihati seorang sahabat, "Hendaknya lidahmu selalu basah dengan berzikir kepada Allah." [riwayat At-Tirmidzi]

Banyak faedahnya jika lidah dan hati sentiasa dibasahi dengan zikir.
Menurut Ibnu Qaiyim keutamaan berzikir ada beberapa perkara antaranya:

*  Zikirullah adalah pintu cinta Ilahi. Dengan berzikir boleh melahirkan rasa cinta sejati kepada Allah yang menjadi sumber kejayaan dan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.


*  Zikir mendatangkan hakikat Muraqabah dan Muraqabah (menjaga hati supaya ingat kepada Allah) itu membawa seseorang kepada mertabat ihsan maka manusia dapat beribadat kepada Allah dalam keadaan yang seolah-olah ia melihat-Nya.


*  Zikir membawa seseorang kepada penyerahan diri dengan sebulat-bulatnya kepada Allah. Dengan ini lama kelamaan maka setiap urusan dan dalam setiap keadaan Allah menjadi pelindung dan pembantu baginya.


*  Zikir membawa seseorang mendekatkan diri kepada Allah. Jika zikirnya bertambah banyak maka dengan sendirinya ia bertambah dekat kepada Allah. Semakin lalai daripada berzikir maka dengan sendirinya ia bertambah jauh dari Allah.


*  Zikir dapat menjauhkan perasaan dukacita dan menggembirakan hati, memurahkan rezeki, menguatkan badan, menyeronokkan sanubari dan membuka pintu makrifat Allah.


*  Dengan sibuknya lidah berzikir akan menyebabkan lidah lupa pada perkataan yang sia-sia, fitnah, dusta dan perkara yang haram.


*  Zikir adalah penyelamat dari azab Allah, turunnya ketenangan, datangnya rahmat dan melimpahnya permohonan ampun yang datang dari malaikat.


*  Ia adalah ibadat yang paling mudah, mulia dan utama zikir adalah taman syurga.


*  Di dalam hati ada keperluan dan kekurangan yang tidak dapat dipenuhi kecuali dengan zikir, dan ada sifat keras yang tidak dapat dilenturkan dan dilembutkan kecuali dengan berzikir kepada Allah.


*  Jika mengingati Allah saat senang mahupun susah maka Allah akan sentiasa mengingatinya sepanjang masa , terutama ketika ajal menjelang. Semua itu Allah sebut di dalam firmannya yang bermaksud "Ingatlah kamu kepada-Ku, supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan dan bersyukurlah kamu kepada-Ku dan janganlah kamu kufur (akan nikmat-Ku)." - surah al-Baqarah ayat 152.







~ sumber majalah iman.



Saat kita dewasa, kita akan semakin belajar untuk mati rasa pada banyak hal. Hingga satu waktu, hal-hal yang dulu menyakiti kita dengan muda...