SEBUT SAHAJA REZEKI, PERKARA PERTAMA YANG TERLINTAS DI FIKIRAN IALAH WANG. SEBENARNYA, WANG IALAH SALAH SATU REZEKI TERKECIL DI ANTARA REZEKI-REZEKI YANG ALLAH S.W.T. KURNIAKAN KEPADA HAMBA-HAMBA-NYA.
Rezeki Allah s.w.t sangat luas merangkumi isteri, suami dan anak-anak yang soleh, ilmu yang bermanfaat, keamanan, kesihatan yang baik, masa lapang dan banyak. Itu semua ialah rezeki.
Rezeki daripada Allah s.w.t. bukan sahaja untuk manusia, tetapi makhluk-makhluk ciptaan-Nya yang lain juga. Dia tidak sama sekali kedekut atau berat sebelah, malah Maha Pemurah dan Maha Adil.
Firman-Nya, "Dan tidak ada suatu binatang melata pun di bumi melainkan Allah-lah yang memberi rezekinya, dan Dia mengetahui tempat berdiam binatang itu dan tempat penyimpanannya.
Semuanya tertulis dalam Kitab yang nyata [Lauh Mahfuz]." (Hud ; 6)
Terdapat banyak ayat al-Quran yang memperkatakan tentang rezeki. Daripadanya dapat disimpulkan beberapa amalan yang membuka pintu rezeki:
* PERCAYA kepada Allah
* Selalu BERISTIGHFAR
* Menyambung SILATURAHIM (terutama dengan ibubapa)
* BERSYUKUR kepada Allah
* Perbanyakkan SEDEKAH
* Tanamkan SABAR DAN YAKIN terhadap Allah s.w.t.
* BERTAQWA kepada-Nya akan dikurniakan rezeki daripada sumber yang tidak diduga
* BERTAWAKAL kepada Allah s.w.t.
* Utamakan AKHIRAT
* TIDAK berhasad dengki
* Sentiasa BERNIAT atas NAMA ALLAH s.w.t.
~ BERDOA, antaranya: " Ya Allah, perbanyakkanlah hartaku dan anak-anakku, dan LUASKANLAH RUMAHKU dan berkatilah apa yang telah engkau kurniakan kepadaku, dan PERBAIKILAH AMALANKU dan ampunkan untukku."
~ sumber~