Sunday, 16 December 2018

TENTANG HATI...



Bahagia pada kita hanya Tuhan yang berhak turun tangan. Mari sama-sama pasrahkan.
Yang ditakdirkan bersama, sejauh luas samudera, pasti akan disandingkan
dalam satu pelaminan, pasti akan bertemu dalam satu buku.



Aku harap setiap kamu bertemu dengan seseorang yang miripku, akan muncul sebersit harapan di dalam lubuk hati kecilmu yang berharap kalau itu adalah aku..





Jagalah bila memang dia baik untuk mu, namun lepaskanlah bila hanya menyiksa diri. Yang terbaik tidak akan salah alamat, yang pantas tidak akan mundur dengan cepat.
Mereka tahu ke mana harus kembali dan menemukan diri. Jika nyatanya tidak, biarkanlah dia menemukan maunya dan biarkan pula dirimu menemukan pulangmu.
Hidup terlalu singkat untuk terus kamu habiskan dengan orang yang nyatanya tidak tepat untukmu.
Kasihani dirimu yang terus patah berulang kali pada orang yang sama. Kamu berhak bahagia.






Sesukses apapun dirimu, itu tidak akan dianggap cukup oleh orang yang tidak tepat untukmu. Jika dia orang yang tepat, saat kamu sedang jatuh pun, dia tetap akan menganggap dirimu berharga untuknya.






Tuhan kalau memang bukan dia orangnya, berikanlah pertunjuk terutama kepada hati, supaya jangan bertingkah keterlaluan.Sebab aku tidak ingin membuang waktu, perasaan dan air mata  hanya kepada dia yang tidak menghargai pengorbanan..




Cinta bisa menjadi samar. banyak orang terburu-buru mengertikan perasaan nyaman dan menyimpulkan bahawa ia jatuh cinta. Lalu kemudian, di sanalah orang-orang salah meletakkan hatinya.
Aku harap kau tidak, begitu juga aku...




Friday, 14 December 2018

SKYGLOW










































KATA HATI...



Terima kasih sudah menunggu disaat 
aku terluka. 
Terima kasih untuk tidak pergi disaat 
aku tersesat. 
Terima kasih tetap ada disaat aku sudah mulai 
tidak percaya. 
Terima kasih kerana telah bersabar meski pernantianmu 
tidak sebentar.
Terima kasih telah membuatku yakin bahawa kau adalah 
sebaik-baiknya tempatku memantapkan hati...

~ibnufir~





Di dunia ini ada banyak manusia-manusia yang merasa kesepian meski di tengah ramai banyak manusia berlalu lalang.

Setiap dari mereka banyak bercerita tentang kesakitan
dan kepahitan dalam hidupnya.

Ada yang cuba memahami, tidak sedikit pula yang tidak peduli.
Rupa-rupa manusia selalu menawarkan perasaan yang berbeza-beza.

Maka adalah hal yang mengecewakan bila kebahagiaan kita
kita sandarkan kepada makhluk yang bernama
manusia. Sebab pemilik setiap hati bukanlah mereka, mereka
hanya dititipi sebuah hati dan diminta untuk menjaganya
dengan sebaik mungkin.

Maka bila demikian, sudah sepatutnya tidak terlalu banyak berharap
pada makhluk. Agar kecewanya tidak terlalu dalam, agar
sembuhnya ketika patah bisa segera membaik.


Iya, meletakkan harap dengan sekadarnya sahaja. Begitu seharusnya.


Maka untukmu, selamat menenun harap yang baik pada-Nya saja, 
Jangan takut patah, sebab keputusanmu telah benar dengan
menyandarkan bahagiamu pada-Nya sahaja.


~andromedanisa~









Thursday, 13 December 2018

BICARA SAHABAT...TERSENYUMLAH



Tersenyum tidak bermakna gembira
ceria tidak bermakna bahagia...

tenang hatinya tidak bermakna
setenang raut wajahnya...

indah matanya tidak bermakna
seindah perjalanan hidupnya
andai yang dilihat itu bahagia...

selamilah kelukaannya...
andai yang dilihat itu gelak dan tawa
rasailah kepedihannya...

Ukhwah itu mudah
Ukhwah itu indah...

Ukhwah juga pembawa riang tawa
dan mesra
ukhwah jualah yang mmenghapuskan
mutiara jernih
tatkala ada yang menitiskan tanpa
sengaja...

Ya Allah..
manisnya anugerah-Mu
indahnya nikmat-Mu
lebih indah lagi kerana ia terjalin
di atas jalan-Mu


Ya Rabb...
Alhamdulillah ku amat bersyukur
mengenali mereka yang selama ini
tidak pernah ku kenal...

semoga ukhwah ini terjalin buat 
selamanya...

In shaa Allah.


PELIHARA LIDAH

                        
                  

Dalam media sosial menyebarkan maklumat palsu dan mengadu domba serta menimbulkan fitnah yang dirancang amatlah mudah. Tetapi disebabkan dosa ini telah sebati dalam diri maka ia dianggap normal sehinggakan dirasai pelik jika ada orang yang tidak terlibat dalam dosa mengata, mencaci, membuli orang.

Manusia telah sampai pada tahap hilang rasa kesian, prihatin, empati dan simpati pada orang lain. Ini merupakan tanda-tanda sakit jiwa yang teruk yang dialami secara beramai-ramai dan dikongsi secara meluas setiap saat. Demi memburu gerakan viral antarabangsa maka berlumba-lumbalah manusia menaip komen paling pedas dan tajam sedunia. Ada satu hadis yang dikhaskan untuk para wanita yang memiliki penyakit jiwa yang teruk sehinggakan tidak pernah rasa puas hatinya jika belum mencarut sesuka hati dalam komen bengis mereka di media sosial.


Ditanyakan kepada Nabi s.a.w. : "Wahai Rasululllah, sesungguhnya si Fulanlah suka solat malam, puasa di siang hari, mengerjakan [berbagai kebaikan] dan bersedekah, tetapi dia suka mengganggu para jiran tetangganya dengan lisannya? Rasulullah bersabda: Tiada kebaikan padanya, dia termasuk penghuni neraka. Mereka pun bertanya lagi: Sesungguhnya si Fulanlah [yang lain] mengerjakan [hanya] solat wajib dan bersedekah dengan sepotong keju, namun tidak pernah mengganggu seorang pun? Bersabda Rasulullah s.a.w. : Dia termasuk penghuni syurga". (Hadis riwayat Imam al-Bukhari)


Wahai wanita, malangnya jika lidahmu menjadi sebab diharamkannya syurgamu! Penjarakanlah ia semoga Allah menolong kita daripada kejahatan diri sendiri...




   ~ Hentikan Trend Buka Aib Di Media Sosial!!~





KHASIAT ALAMI



LADA BENGGALA

Lada benggala memiliki pelbagai variasi dan nama bergantung kepada tempat dan jenisnya. Lada benggala memiliki pelbagai warna daripada hijau, merah, kuning, oren, ungu, coklat sehinggalah hitam.
Walaupun warnanya berbeza, semua jenis lada benggala ini tergolong dalam tanaman yang dikenali dengan nama saintifiknya, Capsicum annuum.

Rupa lada benggala adalah seperti loceng yang memiliki lobus atau cuping sebanyak tiga atau empat. lada benggala berwarna hijau dan ungu memiliki rasa yang sedikit pahit. Sementara warna merah, oren dan kuning lebih manis seperti rasa buah.


Di dalam lada benggala terdapat antioksidan dan zat fito anti keradangan. Zat fito ini termasuklah flavonoid dan asid hydroxycinnamic. Terdapat juga karotenoid seperti alpha-karotena, beta -karotena, cryptoxanthin, lutein dan zeaxanthin.

Lada benggala juga kaya dengan sumber vitamin A, C, B6, B2, B3, B5, E, serat, folat, kalium, vitamin K, mangan dan magnesium. Berikut adalah kebaikan lada benggala untuk kesihatan tubuh.


KURANGKAN TAHAP KOLESTEROL.

Bahan utama yang mengawal kepedasan dalam lada benggala dikenali sebagai capsaicin dan ia hanya dijumpai dalam jumlah yang kecil. Capsaicin memiliki antibakteria, anti karsinogenik, analgesic dan anti diabetik.

Sebagai perangsang kardiovaskular, lada benggala dikatakan mampu membantu dalam merendahkan tekanan darah dan memecahkan pembinaan kolesterol. 
Ciri-ciri pemanasan dalam lada benggala dikatakan amat berguna untuk merawat masalah peredaran yang kurang baik pada tangan dan kaki.

Ia dikatakan mampu mengurangkan tahap kolesterol LDL buat mereka yang obes. Capsaicin juga mampu meningkatkan kadar metabolik tanpa menaikkan tekanan darah dan kadar denyut janyung sekali gus membantu dalam mengurangkan berat badan.


MERANGSANG PEREDARAN DARAH.

Warna merah lada berikutaan dengan kandungan vitamin A yang tinggi. lada benggala telah digunakan selama berdekad sebagai mangkin untuk herba-herba lain. Disebabkan lada benggala mampu merangsang peredaran dan mempertingkatkan aliran darah, ia dikatakan boleh dipertimbangkan sebagai makanan untuk sistem peredaran.


MELEGAKAN KESAKITAN DISEBABKAN ULSER.

Lada benggala juga dikatakan boleh digunakan sebagai bahan pembantu pencernaan untuk melegakan keradangan usus, merangsang perlindungan membran mukus pada perut dan melegakan kesakitan yang disebabkan ulser.



BAIK UNTUK PENGLIHATAN.

Kaya dengan vitamin C dan mampu membantu mencegah kebutaan waktu malam. Kehadiran karotenoid dalam lada benggala mampu merendahkan risiko kemerosotan makula dan membantu mengekalkan penglihatan yang sihat.


MENCEGAH KEKURANGAN ZAT BESI.

Vitamin C dalam lada benggala dikatakan mampu membantu dalam penyerapan zat besi. Ini akan mencegah kekurangan besi dan anemia.


MENCANTIKKAN KULIT WAJAH.

Pengambilan lada benggala mampu membantu dalam penghasilan kolagen, satu bahan yang bertanggung jawab dalam kulit sihat dan anjal. Antioksidan dan fitokimia dalam lada benggala juga mampu membantu memastikan kulit kekal muda.




~sumber mingguan wanita


SAMPAI MASANYA KEKAYAAN TIDAK BERMAKNA..



Apa yang sebenarnya yang kita cari dalam hidup ini? Kemewahan? Kekayaan? Nama atau Popular? Jika semua itu yang dicari, banyak yang perlu difikirkan semula. Berapa ramai selebriti yang memiliki kekayaan, kemewahan, nama dan popular namun akhirnya membuat pilihan mengakhiri hidup dengan bunuh diri. Beberapa tahun kebelakangan ini ramai selebriti terkenal barat mengambil keputusan menamatkan riwayatnya dengan membunuh diri. Sekadar menyebut beberapa contohnya, Chester Bennington [penyanyi utama kumpulan Linkin Park], Lex MacAllister [pelakon], Kurt Cobain [penyanyi Nirvana] Robin Wlilliams [pelakon] dan ramai lagi.


Begitu juga dengan negara Jepun yang serba maju, mempunyai tahap disiplin yang tinggi dan penuh dengan pekerti murni. Hinggakan ramai pemikir hebat di Malaysia mengungkapkan kata-kata, "Jika mahu mencari Islam carilah di Jepun?" Namun disebalik semua itu kes bunuh dirinya juga tinggi.


Apa kurangnya dengan Korea Selatan, di mana ramai selebritinya memilih membunuh diri sebagai jalan penyelesaian kepada tekanan kehidupan. Kebanyakannya kisah yang disebut itu adalah manusia terkenal, kaya dan memiliki segala-galanya.


Cuma satu yang mungkin mereka tidak miliki rasa cinta, redha dan kebergantungan hidup kepada Allah. Kunci kepada segala-galanya dalam kehidupan ini adalah Allah. Terungkap dalam hadis Rasulullah s.a.w., "Perbuatan yang paling afdal ialah cinta pada Allah dan benci kerana Alla."

Ungkapan yang diluahkan oleh Steve Jobs, pengasas Apple Inc, amat mendalam maknanya. Dipetik luahannya, kekayaan yang dimiliki tidak akan kita bawa bersama saat mati. Rasa cinta, kasih dan sayang itulah kekayaan sebenar yang akan mengirngi sepanjang jalan kehidupan, memberi kekuatan, menerangi dan menceriakan hari-hari akhir.


Anda boleh mengupah orang lain menjadi pemandu untuk membawa ke mana saja arah hendak dituju. Anda juga boleh menggaji dan mengarahkan orang lain membawa keuntungan dan menghasilkan wang yang banyak. Tapi anda tidak boleh mengupah orang lain mengalihkan rasa kesakitan yang dialami.


Seluruh harta benda dan kemewahan yang hilang boleh dikumpulkan semula. Hidup.....apabila ia hilang tidak ada siapa yang mampu mengumpulkannya semula. Saatnya apabila diri melangkah masuk ke bilik pembedahan, bermakna sebuah buku 'kehidupan' sudah habis 'dibaca'- buku yang bernama Kehidupan Sihat. Itulah saatnya, tirai dilabuhkan dan berakhirnya.....


Kejarlah apa saja impian yang hendak dicapai, himpunlah segala kejayaan walau setinggi mana pun, semua itu terletak di tangan dan hati setiap orang. Sayangi keluarga, sayangi pasangan dan sayangi sahabat-sahabat. Jagalah dan sayangi diri sebaik mungkin. Dan jangan lupa untuk menggembirakan orang lain.


Itulah sebahagian ungkapan kata-kata dari Steve Jobs, walaupun dia bukan seorang Islam namun luahan hatinya boleh memotivasikan. Pada akhir hayatnya dia menyedari bahawa kekayaan yang dimiliki tidak bererti ketika berdepan dengan kesakitan yang tidak ada penawarnya hanya menanti saat kematian. Segala kekayaan yang diimiliki tidak mampu langsung untuk mengalihkan kesakitan yang dialami walaupun sedikit.

Namun Allah berikan cara yang terbaik untuk orang Islam melalui segala keperitan, kesulitan, kesusahan dan kesengsaraan. Allah yang memberikan kekuatan hati kepada manusia agar mereka menjadi tenang dan tenteram...


Tuesday, 11 December 2018

CETUSAN RASA



Takdir yang kita jalani sekarang, ibarat sedang meniti tepi jurang. Terus menjalaninya begitu mengerikan, mahu putar balik sama saja. Mahu lepas, ertinya kita harus lompat dan terjun ke bawah. Semua pilihan yang ada, nyaris kita tidak sanggup menanggung konsekuensinya. Sampai di titik kita hampir menyerah, saat kita membuka diri dan hati, saat kita melihat seksama. Ternyata kita tidak sendiri meniti jalan ini.



Semakin dekat semakin sulit untuk kita melihat, tapi semakin mudah hati kita untuk merasakan. Seperti itulah pencarian mu selama ini bukan?
Matamu menuju ke segala penjuru arah, terpesona pada paras`wajah dan apa-apa yang terlihat di matamu, terdengar di telingamu. Sementara yang benar-benar mengenalmu, ada untukmu, banyak berdoa untukmu, yang selama ini santun kepadamu adalah ia yang dekat denganmu. Hatimu tidak pernah kamu bawa ketika kamu mencari.



Beberapa dari kita terpaksa belajar di tengah perjalanan. Dan itu lebih sulit, daripada kita belajar sebagai persiapan di awal. Di hidup ini, ada banyak hal yang sebenarnya bisa dipersiapkan dengan lebih baik, lebih matang, sehingga di perjalanan nanti kita bisa lebih siap dengan segala tantangannya. Apakah kita baru mahu belajar berenang ketika sudah di tengah lautan. Begitu juga dengan pilihan -pilihan penting yang akan kita ambil...

~masgun


Monday, 10 December 2018

PESANAN ....




Jangan bercakap mengenai hal orang lain dan jangan memanggil seseorang dengan gelaran yang tidak menyenangkannya, berdasarkan surah Al-Hujurat: 11 dan juga berdasarkan hadis Nabi s.a.w.: "Jika seseorang menceritakan sesuatu hal padamu lalu pergi, maka ceritanya itu menjadi amanah bagimu untuk menjaganya." [HR Abu Daud dan Tirmidzi]



Seorang penyair menyebutkan

"Wajib taubat bagi manusia....
Namun meninggalkan dosa-dosa lebih wajib....


Sabar menghadapi musibah adalah berat....
Tapi hilang pahala adalah lebih berat....


Perubahan dalam setiap zaman selalu aneh....
Namun yang lebih aneh adalah kelengahan manusia yang semakin menjadi-jadi....


Sungguh cepat semua perkara datang dengan tiba-tiba....
Namun kedatangan maut adalah lebih cepat dan memeranjatkan...."


Berzikir kepada Alah itu merupakan magnet bagi setiap hati.
Ia akan menarik bagi orang yang suka berzikir dari kelalaian kepada Tuhan Yang Maha Mengetahui segala yang ghaib.
[Imam Habib Abdullah bin Alwi Al-Haddad]



Hampir setiap orang mahu hidup lama, kecuali orang yang putus asa dengan hidup. Paling baik kalau dapat panjang umur dengan berbuat ketaatan kepada Allah.

Sabda Rasulullah saw: "Sesungguhnya sehabis-habis kebahagiaan itu ialah panjang umur didalam mentaati Allah." [Hadis riwayat Khotib daripada Abdullah dari bapanya]



Rasulullah saw bersabda, maksudnya: 

"Sesiapa yang mati pada masa ia dalam keadaan dalam taat kepada Allah, beramal soleh, maka ia dibangkitkan oleh Allah hidup kembali dengan keadaan yang menyukakannya; dan sesiapa yang mati pada masa ia dalam keadaan derhaka kepada Allah, berbuat jahat, maka ia dihidupkan kembali dengan keadaan yang mendukacitakannya." 
[Hadis riwayat Jabir]










Thursday, 6 December 2018

BICARA SAHABAT




Allah tak pernah janji langit selalu biru, jalan hidup tanpa batu, matahari tanpa hujan, kebahagiaan tanpa kesedihan, sukses tanpa perjuangan.
Tapi Allah janjikan kemudahan bersama kesulitan, rahmat dalam ujian, ganjaran buat kesabaran, keteguhan dalam perjuangan, Bukankah indahnya pelangi baru kita rasakan setelah turunnya hujan?


Redha dengan segala perancangan Ilahi, sesungguhnya Dia adalah sebaik-baik perancang. La tahzan innallaha ma'anna . Jangan bersedih...Allah bersama kita.





SELALU BERSYUKUR



Selalu bersyukur dipertemukan dengan orang-orang baik, mengajarkan betapa hidup itu luas, tak hanya sebatas aku dan kamu. Tak lagi hanya melakukan ini untukku. Yang kemudian membuka kaca mata ini untuk melihat lebih jauh, mendewasakan nurani, mengerdilkan ego.

.....Yang kemudian membuka kacamata ini untuk melihat lebih jauh....


Tariklah nafas sejenak. Lapangkan dada dengan udara kau hisap. Biar hilang segala rasa sesak. 

Pergilah ke mana pun kau ingin pergi. Larilah ke arah kau ingin sembunyi. Kau berhak menghilang sesaat dari dunia. Kau berhak meluangkan waktu sendirian saja.

Disaat orang lain sibuk terlelap, kau bisa bersujud lama-lama. Tumpukan segala keluh itu pada-Nya. Luapkan segala penatmu di hadapan-Nya.

Lalu jika kau sudah kembali siap, pastikan untuk menghadapi dunia dengan lebih bijak. Pastikan perjuanganmu terus berlanjut. Mengejar lagi daftar mimpi yang telah lama kau rajut.

Dan satu hal yang perlu kau ingat, setiap kali merasakan lelah, kau bisa mundur selangkah. Barang sejenak untuk menghilangkan penat. Tapi nanti harus kembali lagi dengan niat yang lebih kuat.

~catatan sederhana

Wednesday, 5 December 2018

CERTUSAN RASA



Sebab semua tangisan, lelah dan letih telah selesai engkau ceritakan kepada Allah dalam panjangnya  bait-bait doa. Sampai akhirnya Allah kurniakan untukmu hati yang lapang, untuk melalui waktu demi waktu.

Allah Maha Mendengar.
Dan Allah, hanya Allah yang mengetahui bagaimana dalam menjagamu dengan penjagaan terbaik. Menenangkan hatimu agar engkau percaya sepenuhnya, bahawa semuanya akan baik-baik saja.

Sebab engkau telah memilih berserah sepenuhnya.
Sebab engkau telah memilih berprasangka baik kepada-Nya.
Maka bila hari ini ada sesuatu yang engkau tahu harus engkau ikhlaskan kerana-Nya, barangkali engkau sedang diuji untuk  lebih mengetahu segalanya harus sesuai dengan yang Allah pinta. Bahawa segalanya adalah sementara bukan milikmu sendiri bahkan diri kita sendiri.

Seerat apa pun kita menggenggamnya. Sekeras apapun kita pernah mengupayakannya. Pilihannya tetap bagaimana Allah redha. 

Tetaplah dengan tulusnya doa-doamu. Merendah, mengakui bahawa kita tak kuasa atas apa pun, bahkan diri kita sendiri.
Menyerah...

~menyapamentari.

Saat kita dewasa, kita akan semakin belajar untuk mati rasa pada banyak hal. Hingga satu waktu, hal-hal yang dulu menyakiti kita dengan muda...