Berhati-hati dengan apa yang kamu niatkan
ke dalam hati, kerana
cahaya Allah itu akan dimasukkan ke dalam hati
yang suci dan soleh...
Memaafkan itu memerlukan kasih sayang
tetapi...melupakan...hanya
memerlukan masa...
Akan datang suatu zaman nanti fitnah umpama
malam yang menggelapkan. Yang dikatakan
gelap itu adalah gelapnya fitnah sehingga orang lain
tidak dapat membezakan yang mana betul
dan yang mana salah.
Jangan pandang kecil pada mana-mana kebaikan
kerana Allah menyembunyikan keredhaanNya
di dalam setiap amal soleh yang dikerjakan.
Disebalik bertalu-talu ujian, terselit berjuta pengharapan.
Sungguh kita tidak pernah pinta begini begitu
Tapi yakinlah, bahawa tiap-tiap perjalanan yang dihamparkan
duri pasti akan ada pertolongan dari Ilahi.
Sibukkan dirimu dengan berzikir kepada Allah, jauh lebih
berfaedah dari engkau berdebat, walaupun
engkau di jalan haq.
Janganlah engkau selalu mengeluh, kerana ia akan menjadikan dirimu
sering bersedih, tetapi jadikanlah peribadimu selalu bersyukur
dan selalu mengucapkan Hamdalah, maka dirimu akan terasa bahagia.
Airmata yang menggegarkan Arasy Allah.
Airmata itu berguguran untuk siapa dan kenapa?
Ketahuilah kalian Rasulullah s.a.w. telahpun merindui dan
menangis kerana kita sedangkan kita masih belum
diciptakan lagi. Alangkan mulianya insan ini yang telah terdahulu
jatuh cinta kepada kita sehingga menangis kerinduan.
Sejauh manakah kita merindui Rasulullah s.a.w.?
Sejauh mana air mata kita gugur kerana takutkan Allah dan rindukan Rasulullah s.a.w...?