Saturday, 31 December 2016

KETENANGAN...KETENTERAMAN...




Antara kesenangan dan ketenangan ternyata ketara perbezaannya. Mungkin dengan beberapa lembar ringgit tidak sulit untuk memperolehi kesenangan. Namun belum tentu beroleh ketenangan dan ketenteraman, kerana bukan senang syarat tenang. Manakala jika tenang in shaa Allah pasti melahirkan kesenangan. Itulah hakikat yang menjadi dambaan setiap manusia.

Sebahagian manusia beranggapan bahawa ketenangan itu hanya diperolehi dengan kesenangan, maka berlumba-lumbalah mencari kesenangan, menumpukkan kekayaan, rumah besar, kereta besar, kerjaya yang hebat dan sebagainya. Namun tercapaikah ketenangan.


Harga Ketenangan.


Ketenangan... ketenteraman... amat mahal harganya. Belum tentu diperolehi walaupun berharta dan memiliki segalanya. Oleh itu carilah formula ketenangan yang telah disediakan oleh agama. Pasti mujarab, pasti tidak kecewa.

Tiada kekuatan apapun yang mampu menggoyahkan jiwa seseorang yang mendapat curahan rahmat Allah. Tiada kegelapan apa pun yang menyesatkan jiwa yang dalam lindungan-Nya.

Tiada keresahan yang mampu merobek jiwa seseorang yang mendapat kasih sayang Allah.

Sebaliknya hati yang ' terputus ' dengan tali ikatan Allah amat sulit untuk mengecap tenteramannya kehidupan. Demikianlah jiwa yang gelap tanpa sinar ' petunjuk-Nya ', jalan berliku dan bergelombang tanpa cahaya kebenaran- Nya.


" Wahai manusia, kamulah yang faqir dan berkehendak kepada Allah, dan Dialah Allah Yang Maha Kaya [ tidak bergantung kepada apa jua pun ] lagi Maha Terpuji. " [ Al- Fathir : 15 ].


~ sumber~ abuikhwan.








ANALOGI KEHIDUPAN




Cuba kita lihat daun-daun kering yang berguguran, melayang-layang tanpa kemudi dipupuk angin petang. Tidakkah kita terfikirkan sesuatu?

Daun kering itu asalnya dari sebutir biji benih. Lalu berpucuk tunas, muda, lemah dan mudah patah. Kemudian ia semakin melebar, semakin hijau warnanya dan menjadi dewasa dan kuat.

Hari silih berganti, daun yang hijau tampak kekuningan. Selepas itu bertukar menjadi coklat. Layu dan kekeringan. Akhirnya gugur ditiup angin. Begitulah hayat sehelai daun.


Demikianlah gambaran kehidupan jika boleh kita umpamakan. Setiap detik dan ketika kita akan mengalami perubahan demi perubahan, perpindahan demi perpindahan yang telah ditetapkan dalam takdir-Nya. Namun, daun kering itu hakikatnya hanyalah daun kering. Ia tiada bererti dengan 'sesuatu' . Tiada pertanyaan baginya, apakah yang telah dilakukan semasa hidup. Tida baginya perkiraan dosa dan pahala, syurga maupun neraka. Sebaliknya manusia yang diciptakan dengan sebaik-baik kejadian, terpikul di atas pundaknya satu amanah yang besar. Mengikat janji mengakui bahawa Dia adalah Tuan dan kami adalah hamba.


Allah SWT berfirman:
" Dan [ ingatlah wahai Muhammad ] ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam [ turun temurun ] dari [ tulang ] belakang mereka, dan Ia dijadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, [ sambil Ia bertanya dengan firmanNya ], " Bukankah aku ini Tuhan kamu?" Mereka semua menjawab: " Benar [ Engkaulah Tuhan kami ], kami menjadi saksi ". Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak:  "Sesungguhnya kami adalah lalai [ tidak diberi peringatan ] tentang [ hakikat tauhid ] ini ". [al - A'raf: 172 ].


Demikianlah ikatan janji yang menjadi amanah besar atas setiap manusia yang mukalaf. Tida siapa dapat melepaskan ikatan ini melainkan kerugian dan penyesalan yang tiada kesudahan. Oleh itu pastikan ia sentiasa digenggam seeratnya.


" Bukankah aku ini Tuhan kamu? "
" Benar [Engkaulah Tuhan kami ], kami menjadi saksi "



Allahu rabbi.....







~ sumber: Kembara Mencari Hamba ~




Thursday, 29 December 2016

PERMOHONAN MAAF TERINDAH DALAM SEJARAH




Suatu ketika para sahabat berkumpul disebuah majlis.. waktu itu Rasulullah ﻋﻠﻴﻪ ﺍﻟﺼﻼﺓ ﻭﺍﻟﺴﻼﻡ 
tidak bersama mereka..

Terdapat Khalid Bin Walid, Abdul Rahman bin ‘Auf, Bilal dan Abu Zar di Majlis itu. 
Orang-orang di majlis itu sedang membicarakan sesuatu..

Lalu Abu Zar mengemukakan pendapatnya dan berkata :
“ Menurutku .. pasukannya mestinya begini dan begitu ”

Bilal berbeza pendapat dan berkata :
“ Tidak .. usulan yang keliru, usulanku adalah begini dan begitu … ”

Abu Zar membalas :
“ Engkau juga wahai anak orang berkulit hitam menyalahkanku !??! ”

Bilal lalu berdiri, marah dan menyesalkan perkataan sahabatnya, dia lalu berkata :
“ Demi Allah … aku akan mengadukanmu kepada Rasulullah ﻋﻠﻴﻪ ﺍﻟﺼﻼﺓ ﻭﺍﻟﺴﻼﻡ ”

Bilal tiba dihadapan Rasulullah ﻋﻠﻴﻪ ﺍﻟﺼﻼﺓ ﻭﺍﻟﺴﻼﻡ sambil mengadu :
“ Wahai Rasulullah.. tidakkah engkau mendengar apa yang dikatakan Abu Zar padaku ? ”

Rasulullah ﻋﻠﻴﻪ ﺍﻟﺼﻼﺓ ﻭﺍﻟﺴﻼﻡ bertanya :
“ Apa yang dia katakan padamu ? ”

Bilal menjawab :
“ Dia mengatakan begini dan begitu.. ”

Wajah Rasulullah kemudian berubah..

Abu Dzar mendengar hal ini…
Baginda bergegas ke masjid dan Rasulullah ﻋﻠﻴﻪ ﺍﻟﺼﻼﺓ ﻭﺍﻟﺴﻼﻡ menyapa :
“ Assalamu Alaikum warahmatullah wabarakatuh… Ya Rasulallah ”

Rasulullah menjawab :
“ Wahai Aba Zar .. apa dengan ibunya engkau menta'yirnya ( menjelekkannya ) .. 
sungguh pada dirimu ada saki baki jahiliyyah ”

Abu Zar tersentak menangis, dia mendekat ke Rasulullah dan berkata :
“ Wahai Rasulullah .. mintalah kepada Allah agar mengampuniku ”

Sambil menangis .. dia keluar dari masjid menemui Bilal yang sedang berjalan.. 
dia lalu membaringkan kepalanya sampai pipinya menempel ketanah dan berkata :
“ Wahai Bilal.. demi Allah.. aku tak akan mengangkat kepalaku sampai engkau menginjaknya 
dengan kakimu.. engkau adalah orang yang mulia dan aku orang yang hina !!! ”

Hal ini membuat Bilal menangis.. dia mendekati sahabatnya.. mencium pipinya dan berkata :
“ Demi Allah .. aku tak akan menginjak wajah yang pernah sujud kepada Allah ”

Mereka berdua lalu berdiri.. berpelukan, beedakapan erat sambil menangis …
Adapun Hari Ini…
Sebahagian diantara kita telah menyakiti saudaranya 10 kali atau lebih dan dia tak mengatakan :
“ maafkan aku .. wahai saudaraku ”

Sebahagian diantara kita mencela saudaranya, melukai prinsip dan hal yang paling berharga pada 
diri saudaranya dan dia tak mengatakan “ maafkan aku ”

Sebahagiannya lagi .. melanggar kehormatan saudaranya dan menzaliminya tapi malu mengatakan “ aku menyesalinya, maafkan aku”

Dan diantara kita ada yang menyakiti saudara dan temannya dengan tangannya tapi malu mengatakan 
“ aku menyesali aku mohon ampun dan maaf ”

MEMINTA MAAF merupakan tradisi orang yang mulia.. meski sebahagian menganggapnya menghinakan diri..

Hayatilah keindahan kemaafan, samada yang memberi maaf atau yang meminta maaf kerana 
Rasulullah saw telah bersabda “ Tidaklah kemaafan itu menambahkan kepada hamba Allah kecuali kemuliaan”

Semoga Allah memuliakan kita semua dengan saling bermaafan.
“ tak ada kebaikan pada diri kita jika kita meninggalkan dunia ini dalam keadaan belum saling memaafkan ”



Maaf zahir dan batin.
(ustaz Iqbal Zain Al-Jauhari)




RENUNGAN AGAR HATI KITA IKHLAS




RENUNGAN AGAR HATI KITA IKHLAS

IKHLAS ITU….
Ketika nasehat, kritik dan fitnah tidak mengendorkan amalmu dan 
membuat semangatmu pudar.


IKHLAS ITU…
Ketika hasil tak sebanding usaha dan harapan, tak membuatmu menyesali amal dan 
tenggelam dalam kesedihan.


IKHLAS ITU….
Ketika amal tidak bersambut apresiasi sebanding,tak membuatmu urung bertanding.


IKHLAS ITU….
Ketika niat baik disambut berbagai prasangka, kamu tetap berjalan tanpa berpaling muka.


IKHLAS ITU….
Ketika sepi atau ramai,
sedikit atau banyak,
menang atau kalah,
tetap pada jalan lurus dan terus melangkah.


IKHLAS ITU…..
Ketika kau lebih mempertanyakan apa amalmu di banding apa posisimu,
apa peranmu di banding apa kedudukanmu,
apa tugasmu dibanding apa jabatanmu.


IKHLAS ITU….
Ketika ketersinggunganmu pribadi tak membuatmu jumawa,
ketika posisimu dibawah tak membuatmu enggan bekerja.


KHLAS ITU…..
Ketika khilaf mendorongmu minta maaf,
ketika salah mendorongmu berbenah,
ketika ketinggalan mendorongmu mempercepat langkah.


IKHLAS ITU….
Ketika kebodohan orang lain terhadapmu tidak kau balas dengan kebodohanmu terhadapnya.
ketika ke dzalimannya terhadapmu tidak kau balas dengan kedzalimanmu terhadapnya.


IKHLAS ITU…
Ketika kau bisa menghadapi wajah marah dengan senyum ramah,
kau hadapi kata kasar dengan jiwa yang besar,
ketika kau hadapi dusta dengan menjelaskan fakta.


IKHLAS ITU….
Gampang diucapkan,sulit diterapkan namun tidak mustahil diusahakan.


IKHLAS ITU….
Seperti surat Al Ikhlas…tak ada kata ikhlas didalamnya.


IKHLAS ITU….
Memberi tanpa menoleh lagi apa yang kita beri.


IKHLAS ITU….
Berbuat baik meski tak seorangpun melihat.


IKHLAS ITU….
Menolong tanpa mengharap pamrih.


IKHLAS ITU….
Memberi manfaat tanpa berharap pujian manusia.


IKHLAS ITU….
Memposting hal baik tanpa mengharap Like atau komentar.
Setelah itu biar ALLAH Yang menyelesaikan sisanya :)





~sumber~

Tuesday, 20 December 2016

MENGGAPAI IMPIAN


Banyak halangan dan rintangan yang perlu ditempuhi untuk menggapai impian. Namun segalanya terletak pada diri kita sendiri untuk memilih menjadi seorang yang cemerlang dan berjaya kerana kegagalan atau kejayaan diri kita terletak  di tangan kita sendiri.

Kejayaan bukanlah satu misteri yang tidak terungkap. Kejayaan menuntut banyak pengorbanan. Kadang-kadang kita terpaksa menghabiskan wang ringgit, masa dan tenaga. Kita harus bersedia untuk itu. Kita harus bersedia untuk mengeluarkan keringat, malah kita juga harus bersedia menggugurkan airmata. Jika kita bersedia melakukan sesuatu yang orang lain tidak ingin lakukan, pasti kita akan memperoleh apa yang tidak diperoleh oleh orang lain.

Berpeganglah kepada perinsip 'kejayaan tidak akan datang bergolek". Lakukan pendakian mengikut jalan yang kita pilih sendiri mengikut kepercayaan dan keyakinan diri kerana dalam setiap langkah, ada ilmu yang kita pelajari. Segala rintangan mudah dihadapi sekiranya kita tabah dan cekal menuju puncak kejayaan dan kecemerlangan. Yang pasti di puncak itu, kita akan bertemu kejayaan di dunia dan akhirat dan pencipta-NYA.


- sumber buku motivasi kehidupan.





CERMINAN WAJAH



Semua wajah di dunia ini merupakan cermin wajah kita sendiri. Oleh itu, wajah bagaimanakah yang akan kita pamerkan pada orang-orang yang kita temui?

Allah mencipta kita sebagai makhluk yang paling indah dan sempurna zahir dan batinnya. Bentuknya juga sempurna, sehingga dipandang dari sudut mana pun manusia tetap kelihatan cantik dan sempurna. Oleh itu janganlah dinodai kurniaan Allah ini dengan penampilan yang buruk kerana Rasulullah s.a.w pernah bersabda: 

         "Sesungguhnya Allah itu indah dan mencintai keindahan." [HR al- Bukhari]

Ketika kita ditimpa bencana, senyumlah kerana ujian merupakan tanda kasih sayang Allah terhadap kita. Allah tidak akan membiarkan manusia yang disayangi-NYA tenggelam dalam kenikmatan yang melupakannya dalam mengingati-NYA. Lalu dikirim-NYA sedikit ujian agar kita tersedar dan segera kembali kepada-NYA.



Sunday, 18 December 2016

CETUSAN HATI




"Kau boleh pergi ke mana saja. Aku tak pernah melarang. Bahkan ke lain hati pun silakan. Namun kelak jika pulang dan aku sudah tidak lagi ada di sana, tak usah kau tanyakan kemana hati yang dulu selalu kujaga."






"Aku butuh waktu melupakanmu.
Tapi kau butuh dia untuk melupakanku."


"Tidakkah kau mengerti? Aku bisa tetap hidup walau tidak mencintaimu. Tapi kau juga harus mengerti, bahwa aku tak ingin hidup di keadaan yang seperti itu."


"Aku masih mencintaimu. Masih. Sebanyak aku selalu merindukanmu. Tapi di tiap aku ingin, aku kembali ingat alasan mengapa dulu kau pergi meninggalkanku."


"Kenapa aku masih merasa nyaman melihatmu? Kenapa aku merasa kita masih mempunyai kesempatan di lain waktu? Dan kenapa aku masih merasa suatu saat kita akan bertemu lalu memulai cerita baru?

Tuhan, aku mohon.. 
Kenapa melepasnya tak kunjung menyentuh kata rampung?"




"Kesalahan terburuk dari beberapa orang adalah masih tetap mencintai seseorang yang sudah merasa bahagia karena telah melepasnya."


- sumber Aku kamu dan Sajak


AKU KAMU DAN SAJAK




Aku mengenalmu dihari itu
Tapi tak pernah terbayangkan akhirnya
Perasaan itu mengetuk halus
Seraya bertanya aku izinkan
Jikapun waktu kembali ditempat yang sama
Aku akan tetap memilihmu
Walau mungkin Tuhan akan memiliki skenario berbeda
Pastikanku aku milikmu
Kau mengisi hari-hariku dengan tawamu
Memberikan pundakmu untuk setiap cerita
Memegang tanganku tanpa risau
Ketika akhirnya kau membuatku cinta
Setiap tetes air mataku
Kau hapus dengan tawa
Walau kadang membuatku membeku
Bukan alasan untukmu kecewa
Kau selalu berhasil
Membuatku berulang kali merasakannya
Membuatku selalu terjatuh
Dalam rasa tak biasa
Kamu adalah warnaku yang tak pernah memudar
Hembusan angin yang tidk pernah melemah
Langit yang tak pernah kelabu
Laut yang tak pernah surut
Melodi yangtak pernah hilang
Kau selalu mengisi…

@mbeeer

Saturday, 17 December 2016

AKU TAK APA



Aku tak apa bila kau mulai tak memberi kabar
Aku tak apa bila kau mulai memberi jarak
Aku tak apa bila kau mulai menghilang
Aku tak apa bila kau mulai lupa kalau aku selalu ada
Aku tak apa bila aku tak lagi menjadi orang yang kau hubungi
Aku tak apa bila aku bukan orang yang kau cari
Aku tak apa bila aku bukanlah orang yang berarti
Aku tak apa bila aku bukan satu-satunya lagi
Aku tak apa bila semua tak lagi sama
aku tak apa bila kau memilih untuk bersamanya
aku tak apa bila aku harus mengikhlaskan semua
aku tak apa bila kenyataan tak mengizinkan kita bersama
aku tak apa ketika aku melihatmu berdua dengannya
aku tak apa ketika kau menganggap aku bukan apa-apa
aku tak apa ketika kau bertanya “ada apa?”
aku benar-benar tak apa ketika aku harus mengatakan “selamat, kau dan dia akhirnya bersama.”
dan pada akhirnya, aku tersadar…
Aku bukan orang yang kau cari, aku bukanlah orang yang berarti. aku salah telah berharap dengan orang yang tak pasti. Namun satu hal yang ku tahu pasti, ingatan tentangmu selalu terkenang hingga nanti.
-Kiky.

“Merayakan Kehilangan” by @mbeeer




BULAN HARAM




Nabi sallallahu `alaihi wa sallam bersabda, “Satu tahun itu ada dua belas bulan. Di antaranya adaempat bulan suci. Tiga bulan berturut-turut iaitu Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram. Dan satu bulan lagi adalah Rejab yang terletak antara Jamadil Akhir dan Sya’ban.” (HR Muslim no. 1679)

Empat bulan daripada bulan-bulan Hijrah disebut sebagai bulan haram. Bulan Haram yang dihormati itu ialah Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab.

Para ulama’ bersepakat bahawa dinamakan keempat-empat bulan ini sebagai bulan-bulan haram kerana diharamkan dalamnya peperangan dan kezaliman. Al-Syeikh ‘Abd al-Rahman al-Sa’diy dalam kitab tafsirnya Taysir al-Karim al-Rahman menyatakan bahawa bulan-bulan ini dinamakan bulan-bulan haram kerana kehormatan dan pengharaman perang yang terdapat padanya.

Firman Allah SWT: “Janganlah kamu menzalimi diri kamu semua dalamnya (bulan-bulan haram)”. (Surah al-Taubah: 6). Al-Imam al-Syaukani dalam tafsirnya Fath al-Qadir menyatakan bahawa kezaliman yang dimaksudkan dalam ayat ini adalah peperangan dan juga apa saja tindakan yang menjurus kepada kezaliman. Daripada ayat ini al-Hafiz Ibnu Kathir dalam tafsirnya menyatakan bahawa sesuatu kezaliman itu hukumnya adalah berdosa dan haram dan apabila dilakukan dalam bulan-bulan haram maka dosanya adalah lebih berat. Dalam mazhab al-Syafi’ie pula menetapkan bahawa sesiapa yang melakukan pembunuhan dengan tidak sengaja pada bulan-bulan haram maka diyah (denda) yang dikenakan ke atasnya adalah lebih berat berbanding bulan-bulan biasa.

Umat Islam dilarang berperang dan berbunuhan dalam bulan-bulan ini kecuali jika mereka diugut. 


Larangan untuk melakukan maksiat adalah lebih keras dibanding bulan-bulan lain.

Abdullah Ibnu Abbas ra. mengatakan maksiat yang dilakukan di bulan haram adalah lebih besar dosanya dan amal baik yang dilakukan di bulan haram adalah lebih besar pahalanya. (Tafsir At-Thabari)

Menurut Imam al-Razi RH: Maksud al-haram (samada bulan haram atau tempat haram) ialah maksiat padanya dibalas dengan balasan yang lebih berat, dan ketaatan dibalas dengan pahala yang lebih besar. (al-Razi, jil.16, ms. 53). 

Ibnu Hajar menulis, telah meriwayatkan oleh Abi Daud bahawa Nabi (صلى الله عليه وسلم) memandubkan (yakni SUNAT) berpuasa di BULAN-BULAN HARAM .

- sumber Tazkirah.


MATI DALAM KEADAAN ISLAM



Dari Syaidina Usman r.a. katanya Nabi sallallahu `alaihi wa sallam bersabda; "Sesiapa mati dalam keadaan dia yakin tiada Tuhan selain Allah maka dia akan masuk syurga." (HR Muslim)

Sesiapa yang mati dalam keadaan Islam (beriman), dia dijamin akan dapat masuk Syurga.

Sesiapa yang mati dalam keadaan Islam, ada juga yang akan masuk Neraka untuk pembalasan dosa tetapi dia tidak kekal di Neraka. Setelah selesai hukuman, dia akan dikeluarkan dari Neraka dan dimasukkan ke Syurga.

Sesiapa yang mati dalam keadaan BUKAN ISLAM, dia tidak akan dapat masuk Syurga dan akan masuk Neraka dan kekal di Neraka buat selama-lamanya. 


- sumber Tazkirah





LA ILA HA IL LALLAH



Dari Jabir, “Aku pernah mendengar Rasulullah sallallahu `alaihi wa sallambersabda, “Zikir yang afdal (paling utama) adalah Laa ilaa ha il lallah". (HR. Tirmizi)

Nabi sallallahu `alaihi wa sallam bersabda, “Sesiapa yang akhir kalamnya sebelum mati, لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّه , dia akan masuk syurga”. (HR. Abu Daud 3/190. Sahih Al-Jami' 5/432)   

Dari Abu Hurairah bahawa dia telah bertanya kepada baginda Rasulullah, "Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling bahagia dengan syafaatmu pada hari kiamat nanti ?". Baginda bersabda, "Telah aku duga sebelum ini wahai Abu Hurairah, kamulah orang pertama yang akan bertanya soalan ini kepadaku kerana ingatan kamu yang sangat besar kepada hadis-hadisku. Orang yang paling bahagia dengan syafaatku dihari kiamat kelak ialah orang yang membacaLaa ilaa ha il lallah dengan ikhlas dari batinnya ". (HR. Bukhari)

"Sesiapa membaca 'Laa ilaa ha il lallah'  dengan ikhlas, maka dia akan masuk syurga". Seorang sahabat bertanya, "Apa yang membuktikan keikhlasan ?". Baginda menjawab, "Jika apa yang diucapkan itu boleh mencegahnya dari semua perkara yang diharamkan Allah". (
Diriwayatkan oleh Tirmidzi al-Hakim di dalam kitabnya Nawadir al-Usul) 












- sumber Tazkirah.



GOPOH




Mengikut Imam al-Ghazali, gopoh-gapah merupakan penyakit kalbu yang mendesak seseorang agar segera mengerjakan sesuatu urusan sebaik-baik sahaja terlintas di hati, tanpa perancangan dan pertimbangan terlebih dulu.

Gopoh atau terburu buru atau tergesa gesa adalah sifat yang tidak baik.  

“Gopoh-gapah itu merupakan sifat syaitan.” (HR Tirmizi) 

“Gopoh-gapah itu dari amalan syaitan dan sifat tenang itu adalah dari Allah Taala” (HR Al-Baihaqi)

Rasulullah sallallahu `alaihi wa sallam bersabda, "Sesungguhnya sesiapa yang memiliki dua sifat, nescaya dikasihi oleh ALLAH iaitu lemah lembut dan tenang.” (HR Muslim)

Moga ada manfaat.


- sumber Tazkirah



GELISAH




Gelisah ialah hati yang tidak tenteram, merasa khuwatir, resah, tidak tenang, cemas atau risau.

Kegelisahan adalah lebih sukar dari kesabaran. (Sayyidina Ali karramallahu wajhah)

Suatu ketika seorang sahabat karib Rasulullah shallaAllahu `alaihi wa sallam iaitu Ibnu Masu’d di datangi seorang lelaki yang kelihatan dirundung duka nestapa. Lelaki itu berkata kepada Ibnu Masu’d, “Saudara, berikanlah padaku nasihat yang dapat aku jadikan penawar untuk jiwaku yang gelisah ini. Akhir-akhir ini jiwaku tidak begitu tenteram, jiwaku sentiasa gelisah, fikiranku juga selalu kusut”

Ibnu Masu’d berkata, “Sekiranya itulah penyakit yang menimpamu, hendaklah kamu bawa hatimu mengunjungi tiga tempat ini: 

Pertama
, tempat orang membaca al-Quran, sama ada kamu membacanya atau kamu sekadar mendengar orang lain membaca ayat al-Quran. 


Kedua
, majlis ilmu, yang dapat mengingatkan kamu kepada Allah. 


Ketiga
, carilah tempat dan waktu yang sesuai supaya kamu dapat beribadah kepada Allah dengan khusyuk dan tulus ikhlas.”



- sumber Tazkirah



Thursday, 15 December 2016

BICARA HATI HAMBA



Hati yang bertemu belum tentu bisa saling menggetarkan. Kecederungan hati tidak bisa diukur dengan sebab-sebab lahiriah. Hati adalah urusan yang rahsia, sesuatu yang memang sejak mula berada dalam kendali dan genggam-Nya. Untuk itu kita selalu diminta berdoa agar hati kita senantiasa diteguhkan atas iman, keyakinan dan hal-hal yang tersimpan di dalamnya. Begitu mudah
bagi-Nya membolak-balikkan isi hati kita dalam sekejap.

Mengapa kita begitu mudah mengatakan cinta, menebar janji, menuangkan rindu-rindu padahal bisa jadi esok semuanya berubah? Sebab itulah, tidak semua orang siap dengan komitmen. Sesuatu yang mengikat seseorang tidak peduli bagaimana arah hatinya.

Komitmen menjaganya tetap pada niatnya.

- sumber Kurniawan Gunadi.



JIWA RINDU



Jiwa Rindu: Rindu pada yang sudi.

Buat rindu yang masih tiada henti. Rasa rindu yang kadang-kadang rasa sebak dan pedih. Merindu seseorang yang entah di mana. Merindu kenangan lama yang tak mungkin lagi bersama. Merindu sejarah silam yang yang dulu amat manis dikenang.

Jauh itu ada ruang yang memisah..Jauh itu ada dua hati yang terpisah..Apabila jauh itu ada rasa yang resah.. Apabila jauh itu ada jiwa yang gelisah..Apabila jauh ada rindu yang tak sudah-sudah.

Dan rindu itu membuat anda tidak dapat mengawal perasaan..Setiap saat mengingati sidia..Bagaikan terdengar suaranya sayup-sayup di telinga..Apapun yang dipandang akan mengingati pada si dia.
Ingin sekali anda melihat wajahnya.

Dan rindu tak seharusnya cinta...dan selalunya bila cinta pasti merindui..

Hadirmu bagai suria pagi
Sinarnya lembuh memamah embun
Takkala terik ia bagaikan membakar apa asmara
Yang bergelora di dada
Kasihku padamu selembut bayu petang
Yang mengetar di jiwa
Rinduku padamu bagaikan garis-garis senja
Yang tak sabar menanti bulan melimpahi cahayanya
Ke dalam Lautan Cinta kita berdua.

Dan rindulah aku pada seseorang yang benar-benar menghargai aku..Kerana tidak mahu aku bazirkan rasa hatiku merindui yang mengkhianati aku...Sungguh aku rindukan kamu...Tapi kamu yang dulu.


-sumber sentuhan maya.



Sunday, 11 December 2016

MEMBERI MAAF ITU MULIA




Haji Abdul Malik bin Haji Abdul Karim Amarullah
[Buya Hamka] berkata:

Mari naikkan setingkat lagi.

Sudahkah kita berani memberi maaf musuh kita?
Sudahkah kita berani menghapuskan dari hati kita perasaan dendam,
kerana kesalahan teman kepada diri kita?

Membalas baik dengan jahat adalah perangai yang serendah-rendahnya.

Membalas jahat dengan jahat bukanlah, bukanlah perikemanusiaan.

Membalas baik dengan baik adalah hal yang biasa.

Tetapi membalas yang jahat dengan yang baik adalah
cita-cita kemanusiaan yang setinggi-tingginya.
Kita harus sanggup  hidup memberi cita-cita itu tumbuh.

Memang sakitnya rasa jiwa kita sendiri takkala membalas kejahitan dengan kebaikan.
Dalam batin kita amat hebat perjuangan nafsu jahat dengan budi yang mulia.
Nafsu membayangkan penderitaan kita kerana kesalahannya, kerugian kita kerana aniayanya.


Kais bin A'shim seorang pujangga Arab berkata:

Cubalah bahulkan kembali tali yang telah putus.
Cubalah beri orang yang tidak sudi memberimu.
Cubalah memberi maaf orang yang menganiya kamu.

Di sana baru engkau rasai apa ertinya kemanusiaan.!


Benar kehidupan akan hanya bererti jika insan sendiri yang berupaya mencurahkan
makna ke dalam cangkir usianya. Yang rendah, menjengkit; Yang tinggi menunduk.
Tapi kita tidak bakal tahu juga apa maksudnya makna selagi kita masih terlupa
menyanjungi amanah khalifah di bumi.


~ perjalanan yang singkat~ 
- Ustaz Abdul Razak-



Saat kita dewasa, kita akan semakin belajar untuk mati rasa pada banyak hal. Hingga satu waktu, hal-hal yang dulu menyakiti kita dengan muda...