Monday, 31 July 2017

NAFSU



Engkau ciptakan Firaun, Haman dan Qarun.
Mereka adalah sebesar-besar penderhaka terhadap-Mu
Namun Engkau kurniakan dunia seluruhnya kepada mereka
Itulah tandanya
Dunia ini tidak melebihi sebelah sayap nyamuk pada sisi-Mu


Tapi nafsu kami masih juga terliur
Melihat keagungan Firaun, kepintaran Haman dan kekayaan Qarun
Nafsu kami masih inginkan
Sayap nyamuk yang sebelah itu.


Nafsu sangat sabar menyembunyikan laparnya
Sesekali ia menghantar isyarat
Jika Engkau menjawab ia akan bangun
Di kala itu Engkau akan tertawan


Nafsu umpama sebuah kenderaan
Enjinnya ialah tamak
Rodanya ialah dengki dan khianat
Steringnya ialah tipu daya
Bila kenderaan ini berjalan
Ia meninggalkan asap kotor di belakang
Tetapi si pemandu asyik memandang ke hadapan
Tidak pernah melihat percemaran yang ditinggalkan.


Nafsu adalah sebahagian dari dirimu
Ia boleh diam dan tidur tetapi tidak berputus asa
Perlulah Engkau sentiasa berwaspada.


Barangsiapa yang mendengar seseorang melakukan sesuatu perbuatan mungkar
Namun ia tidak berusaha mencegahnya, kelak ia akan datang di hari
Kiamat dalam keadaan tuli dan terpotong kedua telingnya.




~Syyidina Anas bin Malik.~



Saturday, 29 July 2017

SUDIRMAN- JAUH DISUDUT HATI




sayang
kubawa jauh rinduku
kerna aku telah tahu
kau bukan milikku

sayang
sesungguhnya bukan mudah
menjalani hidup ini
tanpa kau disisi

jauh di sudut hati
aku masih bermimpi
mimpi yang indah
esok kau kembali

jauh di sudut hati
ada waktu-waktunya
aku berdoa
kau pulang semula

sayang
biarku mengingatimu
biarku gantung harapan
hingga sampai waktu

nafas terakhirku






SHEILA MAJID

KUMOHON


Setiap hari kumohon
Agar kau sentiasa
Memberiku ketenangan dalam hati....kekuatan
Menempuh segala dugaan yang mencabar ini

Pasti punya ertinya
Engkau beriku harapan
Menjawab segala persoalan
Hadapi semua dengan tenang

Dengan merasa kesyukuran
Ku doa Kau selalu
Mengawasi gerak geriku
Berkatilah ku penuh rahmat dari Mu


Oh Tuhan terangkan hati dalam sanubariku
Oh Tuhan ku berserah segalanya kepada Mu
Agar jiwaku tenang dengan bimbingan Mu selalu

Ada kalanya ku merasa hidup ini seperti kaca
Jikalau tidak sabar
Hancur berderailah akhirnya
Tabahkanlah hatiku
Melalui semua itu...oooh...
Kuatkanlah
Cekalkanlah diriku.

Curahkanlah nikmat Mu pada hidupku.






Thursday, 27 July 2017

MENANTI CINTA



Sejak lama aku berdiri
Dalam sepinya rongga hati
Tak satu pun guruh
Mampu menjawab.

Hanya padaMu aku bertanya
Lewat setiap sujudku ini
Siapakah nanti cinta untukku

Wahai Penilai hati lihat batinku
Nyaris bernanah kerana luka tersayat
Merana menantikan kisah dan kasih hidupku

Rahsia itu hanya Kau yang tahu
Namun aku tak mahu jadi tuna cinta
Tuntun hatiku sabar menanti jodohku

Namun harus aku ikhlaskan
Nasib cintaku
PadaMu.



MENJADI DIRIKU


tak seperti bintang di langit
tak seperti indah pelangi
kerna diriku bukanlah mereka
ku apa adanya.

wajahku kan memang begini
sikapku jelas tak sempurna
ku akui ku bukanlah mereka
ku apa adanya.

menjadi diriku dengan segala kekurangan
menjadi diriku atas kelebihanku.

terimalah aku
seperti apa adanya
aku hanya insan biasa tak mungkin sempurna
tetap ku bangga atas apa yang ku punya
setiap waktu ku nikmati
anugerah hidup yang ku miliki....





RESAH



Hilang pandangannya

Cinta begitu bersih dan murni

Kebahagiaan dalam senyumannya

Keselamatan dalam pelukannya

Tidak pernah membiarkan aku pergi

Aman, hangat dicintai.


Tidak dapat kembali

Airmata jatuh dari kata

Mengucapkan selamat tinggal

Kau tinggalkan aku tenat

Menjajakan di tingkat

Sebagai mawar jatuh.


Melihat kau pergi

Hilang apa yang kucintai

Menunggu hari yang lain

Aku hilang dalam kasihmu

Peduli jiwaku

Aku selamanya milikmu.






Tuhan jika Kau izinkan

Ingin saja kulayar zikir seribu malam

Dan bertahjjud memohon cinta

Setiap detik malam syahdu


Tuhan jika Kau izinkan

Ingin kusemai benih-benih haruman di taman

Dan kucorakkan kuntuman mawar mekar

Manfaat buat kumbang bertandang


Namun Tuhan aku sebenarnya hamba yang mencari

Dan dalam jahil aku cuba melihat erti cinta

Dari bawah batu bukit di lembahMu


Tuhan munajat ini

Kulafaz sedih bertapak di bibir mulut

Mengharap dapat memungut cinta di jalanMu

Moga zikirku adalah rindu

Dan kumbang di taman mendapat madu.


~kredit tinaz.



Wednesday, 26 July 2017

KEHEBATAN YANG TIDAK DAPAT DISANGKAL....



Pernah berlaku satu peristiwa,
seorang ulama diuji dengan kehebatan Al-Quran
oleh seorang Nasrani seraya berkata,

"Wahai ulama! Kalau betul apa yang ada di atas muka bumi
ini tertulis di dalam Al-Quran,
cuba kau nyatakan padaku secupak gandum boleh
menghasilkan berapa keping roti?"


Lalu ulama itu berkata,

"Baiklah, esok akan aku khabarkan kepada kau."

Pada keesokan harinya,
bertemulah kedua-dua orang tadi
dan ulama itu terus berkata,

"Secupak gandum dapat menghasilkan 20 keping roti."

dan
Nasrani tadi bertanya,

"Dari mana kau dapat jawapan ini."

Ulama itu menjawab,

"Aku bertanya kepada tukang pembuat roti."

Lalu Nasrani tadi pun mempertikai jawapan ulama
dan berkata,

"Kau kata semua ada tertulis di dalam Al-Quran?"

"Ya."

Kata ulama tadi dan membaca sepotong ayat
Al-Quran
di dalam surah al-Nahl,





Inilah yang tertulis di dalam Al-Quran
Akhirnya Nasrani tadi mengaku kehebatan Al-Quran
dan 
terus menerima Islam sebagai agama.


Begitulah hebatnya Al-Quran






Ia sememangnya sesuai untuk semua zaman
kerana
di dalam Al-Quran terkandung perkara

yang TELAH BERLAKU

yang  SEDANG BERLAKU

&

yang AKAN BERLAKU






Al-Quran,

Mukjizat teragung yang kekal sehingga hari ini....


Semoga kita tidak termasuk dalam golongan
yang melupakan kehebatan
Al-Quran.


In Shaa Allah...



Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:

"Sebaik-baik kamu ialah orang yang mempelajari al-Quran
(membaca dan memahami maknanya) dan
mengajarkannya."
( Riwayat Bukhari )



~kredit cetusan minda

CINTAKU SEBANYAK LUKAKU...



Hidup demi hidup, hanyalah begini saja
yang dileburkan oleh waktu
barangkali, jemari telah lelah
mengelupas duka kau dan aku.

Tapi, aku masih saja meraba dada, tempat segala nyeri bermuara
tak perluku mengabarkan tentang bulir air mata atas luka
......dan kita saling menziarahi diri
mengingat segala yang bererti.


Malam dan rembulan juga telah bersaksi cintaku sebanyak lukaku
maka izinkan aku sekali ini merengkuh di kedalamanmu
meski tahu; aku pasti tenggelam....





PULANGLAH....


Bahkan waktu tak pernah cukup untuk kita saling melupakan
Lalu mimpi, tak pernah mampu kita temukan,

Hingga sunyi menyeret-nyeret kita kembali
kepada riwayat- riwayat pedih yang pernah dituliskan ke dalam puisi

Pulanglah, sebelum hujan turun
pulanglah sebelum kesedihan di  sudut mataku mengembun

Pulanglah, agar kau tahu, namamu selalu ada di setiap hela nafasku....





BERDOALAH


Berdoalah, sebab kesendirian bukanlah kesunyian
yang membuat kita harus menyerah.

Berdoalah, sebab hanya doa yang membuat
kerinduan menjadi kian tabah.


Berdoalah, sebab hanya doa yang membuat
menunggu tiada mengenal lelah.

Berdoalah, sebab hanya dengan doa sahaja
yang membuat kita saling mencinta.


Hanya lewat doa aku mampu menghampirimu....


~kredit satu kata satu rasa.

TULISLAH...



Ahli bidalan mengukir kata:

"Apa tanda orang yang mulia, apabila bercakap manis muka".

"Tanda orang berhati bersih, apabila bercakap mukanya jernih".

"Tanda orang berbudi bahasa, apabila bercakap tahukan rasa".

"Tanda orang berdada lapang, tahu menjaga perasaan orang".

"Tanda orang berbudi pekerti, perasaan orang dia fahami".


Tulislah apa yang mahu kau tulis. Tulislah semahu hati. Tetapi tulislah dengan santun dan lunak bahasa. Biar yang dinukil menyentuh hati. Biar yang menatap melembut sanubari. Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali. Demikian, yang baik itulah  menjadi kenang-kenangan sehingga ke hujung nyawa.

Tenang-tenang air di laut,
Sampan kolek mudik ke tanjung,
Hati terkenang mulut tersebut,
Budi yang baik rasa nak junjung.


Tingkap papan kayu bersegi,
Sampan sakat di Pulau Angsa,
Indah tampan kerana budi,
Tinggi bangsa kerana bahasa.


~sumber.

Tuesday, 25 July 2017

DRAMA MELAYU VERSI INGAT MATI




"SEHANGAT ASMARA"

Mengingatkan betapa hangatnya keadaan dalam kubur. Tanpa ada kipas
apatah lagi aircond.
Mengiring berseorangan dalam liang lahad, setiap ketika datang di'peluk'
sikembar Munkar dan Nakir.

Kadang-kadang tenggelam 7 kaki ke dalam perut bumi.
Kadang-kadang terperosok hilang ke dasar bumi.
Hangat sampai berpeluh-peluh, berdarah-darah.

Kadang-kadang terbakar juga
sampai ke kaki . Memang hangat.



"SEBENARNYA SAYA ,ISTERI DIA"


Itulah kata-kata yang tidak lagi kedengaran di dalam kubur.
Dulu, tiap-tiap hari dengar perkataan itu dari
isteri tersayang. Dulu, masa ada rupa dan berharta,
isteri manja dan mengada-ngada.

Bila dah sakit dan miskin, isteri lari entah ke mana.
Bila dah dalam kubur ini, tak ada siapa-siapa
nak mengaku diri ada kaitan dengan kamu dah.
Duduklah sorang-sorang dalam tu.

Yang datang mengaku, adalah amalan kamu.
Kalau buruk, datanglah ular- kala jengking- lipan mengaku
"Sebenarnya, kamilah amalan buruk dia."
Jika sebaliknya, maka berdampinglah dengan pemuda kacak
yang bernama al-quran datang mengaku.

"Sebenarnya, saya amalan baik dia. Jauhilah dia dari seksa"





"TEDUHAN KASIH"


Bila berada dalam kubur. Kasih anak-anak yang soleh dan solehahlah
yang diharapkan. Moga anak-anak berdoa dan beramal soleh
hinggakan kesolehan mereka menjadi peneduh di dalam lubang
kubur yang panas berapi.

Harta dan wang yang disalurkan ke jalan Allah dan menolong
fakir miskin, itulah yang membantu.

Ilmu walaupun secebis itulah yang membantu walaupun sebesar
kuman update status nasihat di muka buku.

Lepas dibangkitkan dari kubur lak, kita yang kurang beramal
ini berharap kasih dan syafaat dari Rasulullah saw. je
untuk berteduh di bawah Arasy dan masuk syurga.


Kalau amal buruk yang dibawa ke akhirat, agak-agak ada tak
"Teduhan kasih Allah" untuk kita. Sobs.




'BUNGA MERAH PUNYA"


Dulu masa hidup, dok sibuk tayang awek, tayang boyfriend di internet
walaupun dikutuk orang ramai.

Bangga sakan sampai letak gambar bercium di facebook dengan
caption, "Bunga (nama awek) hanya Merah (nama si bf) yang punya.

Mananya tak bangga, sekali letak dapat 5000 likes. Sekali
tayang dapat 10 ribu likes.
"Tengok beribu-ribu orang sokong aku, kau ada?"
Entah sebenarnya siapa yang sengal, sicouple itukah atau
beribu-ribu yang likes tu.

Pedulikanlah. Bila dalam kubur dah ni, cuba hang minta
likes Munkar Nakir. "Bro, like la....dulu awet aku cun kot.
Ramai kot followers aku.
"Pasti pukulan padu maut ditekan tubikan ke atas kepala
hang sampai ke kerak bumi. Selamat mencuba.




"SETIA HUJUNG NYAWA"



Lubang kubur sentiasa setia menantimu. Tak kira panas atau hujan.
Tak kira bersemak samun.
Kadang-kadang manusia ini setia sangat dengan manusia
tapi dia tak setia dengan agama.

Suruhan manusia dia ikut bila dapat ganjaran.
Suruhan Tuhan tak ikut. Solat pun jarang-jarang.
tinggal-tinggal, kadang-kadang.

Sedangkan antara persoalan utama di kubur dan akhirat
adalah tentang solat. Setia pada manusia ok.
Setia pada Allah dan Rasul tetap kena lebihkan.



"KARLOS"


Drama penuh kesedaran. Kejahatan akan tumpas. Kebenaran akan
sentiasa menang. Masa belum mati, gengster samseng, curi
pecah rumah,  pukul orang, rempit, bohsia, bohjan, hisap rokok,
hisap shisha, hisap gam, pil hayal semua nak rasa.
air setan semua nak teguk.

"Masa muda nilah nak cuba segala. Kenangan ni,bro"
Bila dah tua jadi pemimpin pula, sibuk nak tipu
orang yang dipimpin. Korupsi, pecah amanah. rasuah
songlap. Ingatlah macam lagu Peter Pan dalam citer ni,

"Tak ada yang abadi." Hebat mana pun kita, tinggi mana pun kita,
kaya berkuasa mana pun kita, tetap ke lubang kubur.

Masuk kubur dah  tak boleh dabik dada dah,
"Wei, aku Genji lah ! Langgarlah kalau berani !"

Tak perlu langgar. Cukup dengan seekor lipan gajah
sudah buat dirimu koma dalam lubang kubur.



"TANAH KUBUR"


Ingatlah, Tok Adi sentiasa ada masa untuk mengapankan,
memandikan, menyembahyangkan, menguburkan,
meliang lahadkan tuan-tuan dan puan-puan semua.

Tok Adi dah pesan, "Mana-mana yang tak bertamadun
minta Like dan Follow di Facebook, buat status
lucah merapu, status poyo minta kaki, letak gambar dedah aurat
letak gambar couple haram bercium berpeluk bagai.
semuanya akan Tok Adi uruskan.

Liang lahad semua dah ready. Tunggu masuk dan kambus je.
"Tok Adi ingatkan dunia ini sementara je. Akhirat jua
rumah abadi. Bagi setiap orang di facebook ini, kapan dah ready.
Call je Tok Adi."

Lubang kubur hari-hari kirim salam padamu. "Bilakah mahu bersatu?"



~Kredit Muhammad Rusydi Rusydee Artz.




  
                                 

BICARA SAHABAT



Jikalau ku tahu diriku
hanyalah sandaranmu
Tak akan ku curahkan segala
cintaku padamu
mengapa sejak dahulu kau
tidak berterus terang
bahawa aku hanyalah tempat 
persinggahanmu


Sudah menjadi lumrah ada
insan lupa daratan
Waktu kau kesusahan aku
tempat engkau mengadu
tapi apabila engkau 
senang mudahnya kau
berubah hati
dan kau bersuka ria
dengan orang yang lain....


Waktu susah kau cari aku
Waktu senang kau 
tinggalkan aku
begitulah sikapmu
yang tak tahu
kenang budi.....


Waktu duka akulah teman
Waktu perlu akulah
kekasihmu
Tetapi selepas itu mengapa
kau
khianati.....


Apa gunanya dikenang-kenang
pada orang yang tak menghargai
segala pengorbanan diriku
akhirnya aku terluka....


Aku hanya bersabar sambil
dalam hatiku bertanya
bahagiakah engkau
membiarkanku terkilan
rasa
sesungguhnya dirimu
adalah manusia yang lupa
daratan
dengan mudah kau
mungkiri segala janjimu.....


Dahulu aku sering hiburkan
hatimu sayang
dan mengapa balasanmu
kini
menyakitkan hatiku....



~puisi AF


Monday, 24 July 2017

KISAH SYAITAN MEMBANTU PEMUDA KE MASJID.



Seorang pemuda buta bangun awal pagi untuk solat subuh di masjid. Dia berpakaian, berwuduk dan berjalan menuju masjid. Di tengah jalan menuju masjid pemuda tersebut jatuh dan pakaiannya kotor.

Dia bangkit, membersihkan bajunya dan pulang kembali ke rumah. Di rumah dia berganti baju, berwuduk, dan lagi, berjalan menuju masjid. Dalam perjalanan kembali menuju ke masjid, dia jatuh lagi di tempat yang sama. Dia, sekali lagi bangkit membersihkan dirinya dan kembali ke rumah.
Di rumah dia sekali lagi berganti baju, berwuduk dan berjalan menuju ke masjid.

Di tengah jalan menuju masjid, dia bertemu seorang lelaki dan memimpinnya. Dia bertanyakan identiti lelaki tersebut, dan menjawab "Saya melihat anda jatuh 2 kali di perjalanan menuju masjid, jadi saya mahu membantu anda."

Pemuda tersebut mengucapkan terima kasih dan mereka berdua berjalan ke masjid. Saat sampai di masjid, pemuda buta itu bertanya kepada lelaki yang memimpinnya untuk masuk dan solat subuh bersamanya, lelaki itu menolak, pemuda itu mengajak lagi hingga berkali-kali dan lagi, jawapannya sama.

Pemuda bertanya kenapa menolak untuk masuk dan solat? Lelaki itu menjawab

"Aku adalah Iblis"

Pemuda itu terkejut dengan jawapan lelaki itu.

Syaitan kemudian menjelaskan, "Saya melihat kamu berjalan ke masjid, dan sayalah yang membuat kamu terjatuh. Ketika kamu pulang ke rumah, membersihkan badan dan kembali ke masjid, Allah memaafkan semua dosa-dosamu.

Saya membuatmu jatuh kali kedua, dan bahkan itu juga tidak membuatmu berubah fikiran untuk tinggal di rumah, kamu tetap memutuskan kembali ke masjid.

Kerana hal itu Allah memaafkan dosa-dosa seluruh anggota keluargamu.

Saya khuatir jika saya membuat kamu jatuh untuk kali ketiga, jangan-jangan Allah akan memaafkan dosa-dosa seluruh penduduk desamu, jadi saya harus memastikan anda sampai di masjid dengan selamat...."


MORAL

Jangan biarkan syaitan mendapatkan keuntungan dari setiap aksinya. Jangan melepaskan sebuah niat baik yang hendak dilakukan kerana kita tidak pernah tahu ganjaran yang akan kita dapat dari segala kesulitan yang kita temui dalam usaha kita untuk melaksanakan niat baik tersebut.

~kredit jiwa hamba.


ILMU TANPA AMAL DAN AMALAN TANPA ILMU



Imam Ghazali berkata: "Ilmu tanpa amal adalah gila dan pada masa yang sama, amalan tanpa ilmu merupakan suatu amalan yang tidak akan berlaku dan sia-sia."

Ilmu semata-mata masih belum dapat menjauhkan diri kita daripada maksiat, kerana ilmu yang tidak diamalkan tidak akan mampu menolong manusia melarikan diri daripada melakukan maksiat selama-lamanya.

Di samping itu, ilmu yang masih ada juga masih belum mampu mendorong kita untuk taat kepada Allah swt. Ini kerana beramal dan taat kepada Allah swt itu datangnya daripada kesedaran diri bahawa ia akan menghadapi maut suatu hari nanti.

Seseorang itu juga tidak mampu menjauhkan dirinya daripada api neraka hanya dengan bergantung kepada pencapaian hidup dan ilmunya semata-mata.

Ia hendaklah diikuti dengan amalan yang didasari dengan ilmu yang telah dipelajarinya.

Apabila kita tidak beramal dengan ilmu yang ada pada diri kita, kita sudah tentu tidak dapat melepasi perhitungan Allah pada hari akhirat kelak.

Janganlah kita menjadi orang yang menyesal dan meminta dikembalikan semula ke dunia, suatu perkara yang tidak mungkin akan terjadi. Sebagaimana firman Allah swt dalam surah as-Sajdah ayat 12 yang bermaksud:

Wahai Tuhan kami, kami telah melihat kebenaran di hadapan mata kami, kami telah mendengar dengan sejelas-jelasnya (akan perkara yang kami ingkari dahulu); maka kembalikanlah kami ke dunia agar kami mengerjakan perkara yang baik-baik. Sesungguhnya sekarang kami telah yakin.

Maka pergunakanlah masa di dunia ini sebaik-baiknya dengan menuntut ilmu dan beramal dengannya, dan jauhilah sikap hanya berbangga-bangga dengan amalan sedangkan ilmunya tiada.

~Kitab Ihya'Ulumuddin- Al-Ghazali.

Wallahualam.


Saturday, 22 July 2017

AL KISAH SEBIJI BURGER



Malam itu Kak Fidah bertengkar dengan ibunya lalu melarikan diri dari rumah. Semasa dalam perjalanan, Kak Fidah teringat bahawa dompetnya tertinggal dan dia tiada sebarang duit bersamanya.

Tiada syiling pun menelefon rumah untuk meminta pertolongan.

Pada masa yang sama, perutnya berbunyi kelaparan. Kak Fidah tiba di satu gerai burger ramli, yang baunya mengancam, kelaparannya bertambah.

Kak Fidah harapkan dapat satu burger ayam, tapi dia tiada duit.

Penjual burger yang sedar dengan kehadiran Kak Fidah melihat dia sedang menggigil ketakutan lalu bertanya...

"Adik dah makan belum? Kalau nak ambil burger ayam ini untuk makan dulu," kata penjual burger itu.

"Tetapi saya tiada duit Pakcik," kata Kak Fidah dengan sipu-sipu.

"Tak apa pakcik belanja, Mai, duduk sini makan," kata penjual burger itu sambil membuat satu milo panas untuk kak Fidah.

Beberapa minit kemudian, Kak Fidah mengalirkan airmata....

"Mengapa sayang?" tanya penjual burger.

"Tiada apa. Cuma terharu dengan hati baik pakcik," kata Kak Fidah sambil melapkan air matanya.

"Orang asing macam pakcik boleh bagi burger makan kat Fidah, tapi ibu saya, lepas bertengkar dengan saya, dia halau saya keluar rumah. Kejam betul mak saya! " tambah Kak Fidah lagi.

Mendengar kata-kata Kak Fidah penjual burger mengeluh.

"Adik, mengapa adik fikir begitu? Renungkan semula. Pakcik hanya beri adik satu burger sahaja, adik dah terasa terharu dan terhutang. Ibu adik membesarkan adik sejak kecil, mengapa adik tak pula rasa syukur malah bertengkar dengan ibu adik?" kata penjual burger itu.

Kak Fidah amat terkejut dengan jawapan itu, dan selepas berterima kasih dengan pakcik burger, dia terus berjalan menuju ke rumahnya.

Dalam perjalanan Kak Fidah asyik terfikir....

"Mengapa selama ini saya tidak terfikir perkara itu? Satu burger daripada seorang asing boleh membuat saya rasa terhutang, tapi ibu saya yang membesarkan saya sejak kecil dan saya tidak berasa sedemikian, walau sikit."

Kak Fidah memikirkan apa yang perlu dikatakan kepada ibunya apabila dia tiba di rumah....."Maafkan saya ibu. Semua salah Fidah.......maafkan saya ibu."

Sejurus tiba di rumah, Kak Fidah melihat wajah ibunya yang penuh kebimbangan bertukar menjadi lega melihat kepulangannya setelah puas mencari.....

"Fidah masuk. Mungkin dah lapar. Ibu dah masak, jom makan," kata ibunya.

Fidah terus menangis di tangan ibunya.

Wahai anakku, Di dalam kehidupan ini, engkau lebih mudah menghargai perkara-perkara kecil yang dilakukan sahabat-sahabat sekelilingmu, tetapi untuk ahli keluarga terdekat kamu, kamu sering merasakan apa yang dikorbankan mereka adalah normal dan patut dilakukan tanpa sebarang penghargaan.

Kasih sayang dan keprihatinan keluarga terdekat kepada kamu adalah perkara paling berharga kurniaan Allah unutk kamu sejak dilahirkan, terutamanya kasih sayang daripada kedua-dua orang tuamu. Orang tuamu tidak pernah mengharap kamu membayar kembali kos membesarkan kamu.....tapi pernahkah kamu mengerti untuk menghargai dan bersyukur dengan pengorbanan tanpa syarat kedua-dua orang tuamu?

~ Dato'Tuan Ibrahim bin Tuan Man.



Friday, 21 July 2017

RIAK



Ujian Ahli Ilmu dan Ahli Ibadah.

Orang Islam jika bukan termasuk dalam golongan Ahli Ilmu, maka hendaklah dia memastikan dirinya dalam golongan Ahli Ibadah.

Alangkah baiknya jika dia tergolong dalam kedua-duanya golongan tersebut. Jika tidak termasuk dalam salah dalam golongan ini, maka dia termasuk dalam golongan yang sangat rugi.

Namun setiap golongan ini diuji dengan ujian.

Seorang ulama berkata:

"Ramai orang yang mempunyai kaitan dengan Ilmu ( ulama, penuntut ilmu,  dan seumpamanya) diuji dengan sombong, Sebagaimana ramai Ahli Ibadah yang diuji dengan syirik.

Oleh sebab itu, kerosakan ilmu adalah sombong. Manakala kerosakan ibadah adalah RIYA. Mereka inilah yang dihalang daripada hakikat Ilmu." [Rad Ala Syazili ms:207]

Jauhkan diri dari Sombong dan Syirik. Semoga Allah Taala menjadikan kita sebagai Ahli Ilmu dan Ahli Ibadah yang sebenar,

~oleh Dr Abu Anas Madani.


Thursday, 20 July 2017

DARI ARTIKEL....




ELAK MANDI MALAM 
UNTUK AWET MUDA
.
.
.
.
.
Dari petikan artikel mengatakan
Apabila usia semakin meningkat, badan mula rasa sakit-sakit
terutama bahagian sendi.
.
.
.
.
Maka dengan ini jugalah dikatakan kebanyakan mereka
berusia lanjut akan mengalami RHEUMATIK.
Perbezaannya,
adalah pada waktu!!
Ada yang cepat....Ada yang lambat.
.
.
.
.
.
MANDI MALAM
sebenarnya tidak menyebabkan 
sakit sendi atau Rheumatik,
tetapi
MANDI MALAM
Boleh memburukkan lagi kesakitan dan rasa nyilu sendi!!
.
.
.
.
.
Maka yang mengalami sakit sendi/Rheumatik
Tidak digalakkan mandi malam
Melainkan mandi menggunakan air panas.
.
.
.
.
.
TIPS ELAK SAKIT SENDI/RHEUMATIK
.
.
.
.
.
Hindari mandi malam
Tujauannya untuk hindari keadaan sejuk melainkan
pada mereka yang berusia muda kerana dikatakan
Air sejuk sesuai untuk mengusir rasa malas.
.
.
.
.
.
.
Makan banyak sayuran & buahan yang kaya antioksidan.
Tujuannya untuk membantu mencegah
penuaan awal.
.
.
.
.
.
.
.
Untuk mencukupi keperluan karbohidrat,
utamakan sumber seperti bijirin, gandum,ubi dan jagung.
Untuk keperluan protein, boleh ambil telur dan susu.
.
.
.
.
.
.
BERPUASA
Cara terbaik kawal pengambilan makanan.
.
.
.
.
.
.
Banyak minum air putih. Hindar minuman bersoda/bergas
Ini kerana minuman bersoda akan meningkat
pelepasan kalsium dari tulang yang
menyebab tulang 
menjadi rapuh.








BERSYUKUR



ALHAMDULILLAH


Alhamdulillah

Syukur padaMu Ya Allah
Kau Permudahkan Segala Urusanku

Alhamdulillah...Syukur




Doa untuk dipermudahkan segala urusan...








Moga diberi keterbukaan hati dan minda serta hati
ketenangan jiwa
dalam menghadapi sebarang kemungkinan
terhadap tanggung jawab yang diberi.

IN SHAA ALLAH

Moga Permudahkanlah
Jangan disulitkan...

Aamiin




Wednesday, 19 July 2017

KAU DI HATIKU...



Aku tidak tahu...

Bagaimana bisa aku

dapat menggantikannya

dengan nama

lain jika

namanya telah

dan 

akan tetap ada

menjadi yang

terindah di hatiku....



SENYUMAN ITU...


Ada yang cuba kau tahan di sebalik senyuman itu,
kesedihan yang sebenarnya memintamu untuk 
segera menangis agar hatimu tenang.

Ada yang cuba kau tahan di balik senyuman itu,
sakit yang mendalam di hatimu yang memintamu
untuk segera diubati agar cepat sembuh.

Ada yang cuba kau tahan di balik senyuman itu,
lelahnya kamu berjuang atas apa yang 
kau lewati hari ini dan memintamu untuk diam
sejenak agar dapat beristirehat.

Ada yang cuba kau tahan di balik senyuman itu,
jeritan keras yang kamu belenggu yang 
sebenarnya ingin lepas dan bebas agar beban yang
kau tahan akan sedikit berkurang.

Ada yang cuba kau tahan di balik senyuman itu,
amarah yang memuncak yang sebenarnya 
ingin segera kau lampiaskan agar hatimu tenteram.

Ada yang cuba kau tahan di balik senyuman itu,
segala hal yang mengganggu hatimu yang
memintamu agar segera beristighfar dan bersimpuh
di hadapan NYA.

Ya, ada begitu banyak hal yang cuba kau sembunyikan
di balik senyuman itu, senyuman yang 
menyimpan sejuta makna bagi diriku yang sedang
memandangmu ketika itu.....



BICARA SOAL HATI



Jangan bertahan hanya kerana semata-mata tak
mampu untuk melepaskan kenangan.


Mungkin  suatu masa nanti kita akan sedar,
sebenarnya Allah tidak pernah
kata tidak. Allah cuma kata nanti, Allah mungkin
cuma mahu kita tunggu. Tunggu
sehingga sampai saat masa yang sesuai. Masa itu
nanti, Allah akan beri, yang lebih baik 
daripada apa yang kita minta....


.....................................


Kadang-kadang, yang nampak hebat, bijak, kuat dan petah
nasihat kau tu,
Bukannya kuat sangat pun.

Mungkin sebab dia dah pernah lalui.
Rasa bodoh tak tahu nak buat apa.
Rasa lemah tak tahu nak kongsi cerita pada siapa.

Kau yang tanya dia.
Atau dia yang menasihati kau.
Belajarlah hargai.
Bukan semua orang sedang tunjuk
pandai dan hebat.
Ada orang cuma sedang tunjuk, dia
peduli dan dia faham.
Cuma dia tak cakaplah terus terang,
aku pun pernah rasa.
Rasa tak tahu nak buat apa.
Rasa lemah tak berdaya.
Menangis senyap, seorang tanpa sesiapa.

Ada masanya,
yang nasihat kau bersungguh-sungguh itu,
tak sekuat kau,
nak kongsi dan nak tanya pendapat.
Semua simpan sendiri.
Dan engkau tak pernah tahu itu..


....................................



Ada orang bersuara untuk kepentingan diri sendiri.
Ada orang bersuara kerana memikirkan kepentingan orang lain.
Ada orang yang bersuara kerana takut pada natijahnya
berdiam.

Ada orang bersuara kerana pernah melaluinya
dan mempunyai pengalaman.
Ada orang bersuara kerana memikirkan masa depan
dan akibatnya sesuatu tindakan dan perbuatan.

Ada juga yang diam kerana tersepit
tidak punya pilihan.
Ada yang diam kerana takut pada akibat bersuara.

Ada yang diam kerana tak punya kekuatan.
Ada yang diam kerana tak peduli
Ada juga yang diam kerana pentingkan diri.
Ada juga yang diam kerana bersuara
cuma membuat dia kelihatan buruk dan jahat.

Tanyalah diri.
Kita sedang diam atau bersuara.
Dan apakah sebab di sebalik tindakan kita itu.

....................................

Luka di hati orang itu kita tidak akan tahu bagaimana.
Walaupun berjuraian air mata,
Takkan mampu menggambarkan remuknya hati dia.
Walaupun dalam panjang dan dalam esak tangis.

kadang-kadang kita sangka
"melihat" penderitaan dan kekecewaan,
boleh membuat kita faham.

Sedangkan sebenarnya
hanya dengan melaluinya sendiri
akan benar-benar membuat kita mengerti.
Sehingga itu?
Bersangkalah perkara yang baik-baik.
Berdoalah yang baik-baik.







Tuesday, 18 July 2017

INSPIRASI..ISLAMI



Dalam hal kedermawanan dan menolong orang lain, jadilah seperti sungai. Biarkan mengalir tak henti-henti dan tanpa mengharap kembali- Jalaluddin Ar Rumi.

Alirkanlah pertolonganmu tanpa henti. Bagai sungai yang terus mengalir dari tempat tinggi. Terus menerus memberikan, hingga sebagai sumber kehidupan. Jika kita berhasil menjadi demikian, niscaya pertolongan Allah terus datang. Disaat susah maupun senang kerana "Allah senantiasa menolong seorang hamba selama hamba itu menolong saudaranya." (HR Muslim).




REZEKI ITU JAMINAN ALLAH



Syekh Ahmad Ibnu Muhammad Ibnu Atha'illah As-Sakandari menasihatkan, "Kesungguhanmu mengejar apa yang sudah dijamin untukmu (oleh Allah) dan kelalaianmu melaksanakan apa yang dibebankan kepadamu, itu merupakan tanda butanya bashirah (mata batin)."


PENJELASAN:

Nasihat bijak ini memberikan pemahaman kepada kita, bahawa sebaiknya jangan memaksakan diri untuk mengejar apa yang sesungguhnya telah dijamin oleh Allah swt atas seluruh makhluk ciptaan-Nya.

Sebagaimana disebut oleh Allah swt  dalam sebuah firmannya, "Dan berapa banyak binatang melata yang tidak (mampu) membawa (mengurus) rezekinya sendiri. Allah lah yang memberikan rezeki kepadanya dan kepadamu, juga Dia Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui." (Surah Al-Ankabuut:60)

Juga firman Allah Taala yang lain, "Kami (Allah) tidak meminta rezeki kepadamu. Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan akibat ( yang baik) itu adalah bagi orang yang bertaqwa." (Surah Thaahaa:132 )

Seorang  bijak yang bernama Ibrahim Al-Khawwash pernah berkata, "Janganlah memaksa diri untuk mencapai  apa yang telah dijamin (untuk dicukupi), dan jangan menyia-nyiakan (mengabaikan) apa yang telah diamanahkan (diwajibkan) kepadamu untuk memenuhinya."

Dalam sebuah hadis, Rasulullah saw bersabda: "Sesungguhnya Allah sangat mencintai seorang hamba yang apabila melakukan suatu pekerjaan, maka ia melakukannya dengan sebaik-baiknya." (HR Abu Ya'la dan al- Asykari).


~sumber perjalanan yang singkat.





Monday, 17 July 2017

KEBAIKAN LELAKI....



Kalau kita lihat di dunia ini ada banyak sekali laki-laki yang baik. Laki-laki yang rajin sekali ke masjid dan tekun sekali beribadah. Laki-laki yang gigih sekali belajar dan giat sekali menuntut ilmu.
Laki-laki yang begitu bersungguh-sungguh bekerja dan menjemput nafkah. 

Laki-laki yang sangat setia dan taat kepada kedua orang tuanya. Laki-laki yang nyaris tidak punya catatan keburukan. Kalau beruntung, kebaikan-kebaikan itu berkumpul di satu orang.

Kalau kita fikir-fikir dan rasakan, mungkin ada lelaki baik yang berbuat baik kepada kita (perempuan) menjadi sahabat dan mendengarkan seluruh keluh kesah kita, memberikan semangat setiap hari, menghantarkan kita pulang atau pergi, membelikan makanan saat kita sakit, menjadi orang pertama yang panik saat sesuatu tak baik berlaku kepada kita, menjadi yang paling penasaran atas tulisan kita atau karya kita....mungkin ada lelaki yang menyayangi kita.

Tapi tahukah kamu? Sesungguhnya kebaikan lak-laki yang terhitung oleh (ayah ibu) seorang hanyalah satu, melamarnya. Kalau ada laki-laki yang mengaku memperjuangkanmu tetapi tidak melamarmu, tidak menikahimu, percayalah perjuangannya belum penuh. Sebaliknya, pun begitu, dia yang tidak (belum) berbuat apa-apa tetapi melamarmu, sesungguhnya dia telah melakukan segalanya.

Sebab bukanlah perkara kecil bagi seorang laki-laki untuk meminta perempuan dari orang tuanya. Tidak dua atau tiga kali dia bergelut dengan dirinya sendiri (terlebih dahulu). Ada banyak risiko yang dia putuskan untuk ambil. Ada sebongkah tanggung jawab besar yang tiba-tiba diangkatnya sendiri, hendak diletakkannya di bahunya sendiri.

Maka janganlah kita perempuan, yang belum bernikah, terhanyut dalam kebaikan-kebaikan yang masih semu. Maka tak perlu jugalah kalian laki-laki yang berbuat baik yang semu-semu itu. Salah-salah malah ada harapan tidak perlu yang ikut tumbuh. Pada suatu titik semua itu tidak penting. Semua itu akan kalah dengan dia yang melangkahkan kaki kepada ayah.

Maka janganlah kita perempuan yang sudah menikah, iri dengan kebaikan-kebaikan yang dilakukan para lelaki lain kepada pasangannya. Apalagi tergoyahkan kesetiaannya kerana ada laki-laki yang baik kepada kita. Semua itu kalah dengan dia yang telah melangkahkan kaki kepada ayah.

Kerana ada banyak laki-laki baik tapi kebaikan laki-laki hanyalah satu, maka hitunglah kebaikan yang satu itu- hitung baik-baik.


~kredit doktorFina

Thursday, 13 July 2017

SOMBONG



Abdullah bin Salam seorang pendeta Yahudi  di Madinah. Ketika itu, beliau terkenal sebagai seorang Yahudi yang sangat menguasai kitab Taurat.

Apabila Rasulullah tiba di Madinah, beliau mendengar berita tentang Baginda dan tertarik untuk melihat Baginda. Seketika melihat  wajah Baginda, beliau terus beriman kepada Allah. Beliau mendapati sifat-sifat Baginda ada sepertimana yang dijanjikan dalam Taurat.

Abdullah bin Salam terus menjadi seorang muslim hingga akhir hayatnya. Beliau juga turut serta berjuang menegakkan dakwah Rasulullah.

Pada suatu hari, beliau berjalan di pasar dan memikul selonggok kayu bakar untuk keluarganya. Orang ramai yang melihatnya berasa hairan kerana beliau merupakan seorang tokoh yang terhormat. Beliau boleh sahaja menyuruh orang lain melakukan pekerjaan kasar tersebut.

Seseorang lalu berkata kepadanya; "Mengapakah Tuan melakukan pekerjaaan ini? Bukankah Allah telah mencukupkan Tuan sehingga Tuan tidak perlu melakukannya.?"

Beliau menjawab: "Ya, namun aku ingin mematahkan kesombongan dalam hatiku kerana aku mendengar Rasulullah bersabda: "Tidak akan masuk syurga seseorang yang memiliki sifat sombong dalam hati walaupun sebesar biji sawi." (Riwayat  Muslim)

(Riwayat Abu Ya'la dan Ibn Asakir)


PENGAJARAN

Setiap manusia sentiasa berisiko untuk terjerumus ke kancah kesombongan secara tidak sedar. Sombong ini banyak peringkatnya. Namun asasnya bermula apabila kita merasakan diri lebih baik daripada orang lain sekaligus memandang rendah pada mereka.






BISIKAN IBLIS


Diriwayatkan daripada Ibn Syihab al-Zuhri, iblis bertanya kepada  Nabi Isa: "Wahai anak Maryam, bukankah musibah tidak akan menimpamu kecuali dengan ketentuan Allah?"

Nabi Isa menjawab: 'Benar, wahai musuh Allah.'

Iblis berkata lagi: 'Jika begitu, cubalah engkau naik ke puncak gunung lalu lemparkanlah dirimu dari atas. Lihat adakah engkau mati atau tidak?"

Isa menjawab: 'Wahai musuh Allah. Sesungguhnya Tuhan boleh menguji hamba-Nya, tetapi hamba Allah tidak boleh menguji Tuhannya." (Riwayat Imam Ahmad)


PENGAJARAN

Iblis makhluk Allah yang tidak pernah mengenal erti berputus asa dalam menyesatkan umat manusia. Janganlah kita yang sudah mengetahui kejahatan iblis mudah mengalah sehingga tewas dengan bisikannya.



Tuesday, 11 July 2017

CETUSAN MINDA



Orang yang terlalu sedih akan menangis kesedihan, manakala orang yang terlalu gembira juga akan menangis kegembiraan. Namun kedua-dua tangisan tiada nilai disisi Allah, melainkan tangisan kesabaran dan keredhaan bagi mereka yang diuji dengan kesedihan.  Manakala tangisan kesyukuran bagi yang diuji dengan kesenangan. Senyum.....






Sempurna manapun kamu...
Akan ada orang membencimu...
Hatta malaikat dibenci oleh syaitan...






Semua manusia mengharungi saat kedhaifan.
Hatta mawar disepoi angin dan disentuh titisan hujan.
Namun mawar tidak patah sebaliknya wangian harum dilontarkan.






Bahagiakanlah orang yang kamu kasihi...
sebelum kamu tangisi perpisahannya...






Hatta jika aku berjalan keseorangan dan semua manusia meninggalkanku...
Cukuplah Tuhan bersamaku...
Pencipta semua manusia...





Setiap kali perasaan putus asa mengetuk pintu hatimu...bukalah kitab Allah.
Dan bisikkan kepada hatimu...
Sesungguhnya bersama kesusahan itu ada kesenangan.
Sesungguhnya bersama  kesusahan itu ada kesenangan





Saat kita dewasa, kita akan semakin belajar untuk mati rasa pada banyak hal. Hingga satu waktu, hal-hal yang dulu menyakiti kita dengan muda...