Wednesday, 15 February 2017

12 TANDA WALI ALLAH



Abdul 'Aati ditanya oleh salah seorang muridnya, "Apakah syarat yang perlu ada oleh orang yang ingin menjadi wali Allah?"
Jawab Abdul 'Aati, "Seorang yang benar-benar dalam syariat ada dua belas tanda padanya, iaitu;

~ Benar-benar mengenal Allah s.w.t. Benar-benar mengerti tauhid dan mantap keyakinannya kepada
   Allah s.w.t.

~ Menjaga segala perintah Allah s.w.t. dengan sebenar-benarnya.

~ Berpegang teguh kepada sunah Rasul s.a.w.

~ Sentiasa berwuduk. Bila berhadas dia akan segera memperbaharui wuduknya.

~ Rela menerima hukum qadak Allah s.w.t. dalam suka mahu pun duka.

~ Yakin dengan segala janji Allah s.w.t.

~ Tidak mengharap semua yang ada di tangan manusia.

~ Sabar menanggung pelbagai derita dan gangguan manusia.

~ Rajin mentaati perintah Allah s.w.t.

~ Menunjukkan kasih sayang kepada semua makhluk Allah s.w.t.sumber

~ Tawaduk dan merendah diri kepada mereka yang lebih tua mahupun muda.

~ Sentiasa menyedari bahawa syaitan adalah musuh utama.


~ sumber majalah iman.


Saat kita dewasa, kita akan semakin belajar untuk mati rasa pada banyak hal. Hingga satu waktu, hal-hal yang dulu menyakiti kita dengan muda...