Wednesday, 22 February 2017

KE PINTU BAHAGIA



Bertimbun moral yang dapat kita ambil dari kisah drama ini...ke Pintu Bahagia..

~ Sang suami berselingkoh sebenar sedar akan perbuatannya tersebut merobek kebahagiaan rumah tangganya dan isterinya tetapi dia tetap berselingkoh. Pendek kata dia buat dalam sedar. Pelikkan?


~ Sang suami menyesal setelah berselingkoh, seringkali mereka berpendapat perempuan baru bukanlah seindah dan boleh diharap seperti kehidupan dengan isterinya dulu....Pulak dah...Pelikkan?


~ Carilah orang gaji yang tua atau monopouse.....kalau tak suami kita akan suka balik ke rumah bila kita tiada. Atau mereka balik awal...haaaa.


~  Sebaik-baiknya selidiki dulu nurseri yang kita nak hantar anak kita tersebut....ada lesen ker tak?


~  Memang banyak lelaki yang tak guna, tetapi bukan semua. Ada juga yang baik dan setia....tapi mungkin baik dan setia sebab takada peluang/ kesempatan...haaa (yea ker...? jangan marah)


~  Walaupun isteri cantik, putih, kurus ada juga lelaki yang cari lain. Dan yang dicari itu pulak bukanlah cantik macam isteri dia pun...Pelikkan?


~  Cinta tak selalunya bahagia, ada kalanya suka dan duka.....Rumahtangga tak selalu berjaya, adakalanya hancur dan lebur...



~  sumber dari Sukiman Ishak.



Jika suami ada berselingkoh, itu bukan kesalahan anda, suami anda sedar semasa dia melakukannya...



Saat kita dewasa, kita akan semakin belajar untuk mati rasa pada banyak hal. Hingga satu waktu, hal-hal yang dulu menyakiti kita dengan muda...